Salam,
Semua orang dok ucap Selamat Tahun Baru jek dalam posting diorang. So aku taknak la guna tajuk posting yang sama. Reflection 2011 tu nantila aku buat. Not now. Yang tu kena mengarang sambil kena buat recollection sikit. Banyak mender nak kena recall.
Banyak kan cuti Disember ni. Kejap sangat masa dah berlalu. Aku ni pulak banyak kena settlekan sebelum 6 hb. Sebab lepas tu aku errr cuti..err panjang..Inyallah. Nanti aku story bila dah melepasi tarikh tu. Buat masa ni, aku kena pulun settlekan kerja-kerja dulu. Banyak gila to do list nya. Kusss semangat. Oh ya dan on the 4th tu aku ada exam, subjek yang aku tak score masa mid sem dulu tu. Dah start baca sikit-sikit tapi cam errr tak berapa masukla, risau aku.
Ok lupakan kejap pasal tu. Aku nak cerita lain sebenarnya. Masa aku balik Kuantan jenguk baba last weekend, ada la aku keluar gi pasar malam carikan food yang baba selera makan. Dia sangat tak berselera makan. Mama cakap, fisrt 3-4 days lepas keluar sedar, dia hanya minum saja dan makan limau sikit. Memang makan tu je. So badan sangatla lemah. Tak makan, mana ada tenaga. Memang bangun sendiri pun tak boleh. So, bila aku balik aku tanya apa yang dia nak makan, dan cuba carikan, dan cuba elakkan makanan yang pedas dan berminyak sebab tekak dia sakit sebab banyak sangat masuk tiub-tiub masa dia tak sedar dulu. Sebelum aku sampai, abang aku ler yang bertugas carikan apa baba selera. Belikan untuk dia sikit jek, selebihnya beli makanan untuk aku dan Ed. Hahhaha. So makanler kami ramai-ramai di hospital. Nasib baik bilik baba tu single room. Boleh la kami makan sama-sama. Okla selera la jugak dia makan. 3 sudu bubur lambok, 3 sudu laksam, was a vast improvement already. Esoknya dia makan yong tau fu.
Esoknya baba teringin nak makan ikan singgang. Aku dan Ed teman baba di hospital, while mama keluar sekejap breakfast dengan my aunties and uncle yang datang dari KL. Lepas breakfast tu, mama pon pegi beli kepala ikan tenggiri dan buatlah singgang ikan. Selera sangat baba makan, lebihla 3 sudu. Lepas baba makan, aku pon amek la kuah singgang tu dan makan, ed pon jamah jugak. Seleranya lah kami masa tu. Tapi tak amek lebih-lebih sebab simpankan untuk baba makan dinner.
Lepas balik KL, teringat-ingat ikan singgang. Tak puas makan. Hahaha. Terus sms mama nak confirmkan resepi. Tah, aku tak pernah buat kot selama ni. Tak pernah teringin. So kena confirmkan resepi dulu. Ni mama punya sms exactly
Serai dan halia tak pakai,tarok sesedap rasa n nisan, rebus semua dulu baru taroh ikan. Selamat mencuba.
Hahaha, gila kiut kan sms mama. Nisan is cam gula merah yang bulat-bulat tu. Bukan kereta Nissan. So malam tu aku buatla. Alemek lupa lak kacang bendir. Arghh gantilah dengan carrot. Ada gak sayur. So the dinner that night was these :
Ikan kerisi goreng, ikan and udang singgang, telur bistik dan nasik panas. Yumm. |
Ada udang besar-besar sikit. So campakkan sekali. |
Sedap gila dengan nasi panas. Makan sampai nak melepoh jari-jari masa tu, hahhaa. Aku nak tumbuk sambal belacan dah masa tu. Tapi sebab aku tengah gatal hidung selsema ni, tak berani aku. Karang tak tidur malam merenyam hidung tu. Tak pernah makan kat tempat lain singgang udang, kecuali yang mama or baba masak, but they never combined it like I did. Dasar pemalas aku ni. Oh ya, aku masak sekali lagi, lauk ni malam ni. Best. Suka. Tengah-tengah batuk dan sakit tekak ni memang best makan singgang or singge ikut slang mama ku.
Lauk singgang pon nak cerita. Hahhaa. Lantakla, nasibla korang. Aku tau korang sumer sibuk anak nak masuk sekolah dan sebagainya. Maka aku pon tulisla update buat hiburan korang, hahahha.
Oklah kalau aku bosan study karang, aku buat update lagi. Take care, dan moga tahun 2012 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyallah.
aku pun saje tulis panjang-panjang kot ada yg new year blues karang bole la layan hihi..
ReplyDeleteok aku agak x pasti resepi ko ni. x pakai serai n halia.. asam keping? lain tempat lain resepi.. kalo ko tulis pun aku suka.
aku la tu yang menunggu korang update panjang2. Hehe...
ReplyDeleteoowhhh singgang is my fav yo! aku kalau ade lauk singgang sama budu plus cili padi 3 pinggan pun jalan..aku rasa ko punya singge ni lain pesen sikit kot..kalu singge aku taruk lengkuas, asam keping, ketuk bawang putih seketul dua, taruk kunyit sikit nak kasi warna kuning, nissan tu sikit, kacang bendi last sekali belacannn sikit...perghhhh terangkat youuuu..masin masin masammm...i likeee..
ReplyDeletetgk lauk ko pun tapi dah buat perut mak yong lapar nih.
selamat study for exam dear
ReplyDeleteJoe,
ReplyDeleteTuler, kotla ada yang kebosanan. Memasing dok sibuk budak nak sekolah kan, so takdela update. Tuler pasal aku dok nulih ni.
Resepi mak aku simple jek, bawang putih and bawang merah, hiris or ketuk, lengkuas, asam keping 4-5 keping, garam and nisan. That's all. Yumm..
Dong,
ReplyDeleteAku, mawar dan Joe, memang timing update blog lain sikit.Sebab tak update dekat opis, hahaha. So weekend, malam or public holiday pon kami bersiaran hahahha.
Mawar,
ReplyDeleteAku dah agak,sure ko suka ikan singgang. Tulah kalau terengganu akan letak kunyit. Ko letak belacan ek, aku tak letak. Belacan and budu akan ignite aku nyer resdung hahaha. Tapi memang resepi mak aku memang tak pakai pon. Aku still ingat, tatau berapa kali aku cerita ni, aku gi satu wedding kat Kuala Berang, dia buat 2 types of nasik. Satu tu nasik minyakla. Another 1 is, Nasi putih, singgang ikan aye dengan bendi, sambal belacan dan timun. Mesti korang tau aku pilih yang mana kan. Tak pernah aku bertambah-tambah makan kat kenduri kawen, tolak tepi perasaan malu. Dahla makan sorang-sorang sebab diorang asingkan tetamu laki dan perempuan. (aku lemahla makan asing2 ni. Bukan ada anak nak temankan. Ed makan sana sorang2 aku makan sini sorang2. Hate it. Hate it. Hate it)
Anyways, memang makan bertambah-tambah kalau buat singgang ni. Very the bahaya. Ed siap hirup kuah cam sup kau tau. hahahha.
And thanks for the wish. Panik sikit sebab banyak sangat tak baca/
aku pun x suka jenis yg pisahkan guest camtu.. esp kalo dtg berdua.. terbangak-bangak makan sorg2..aku sini ko sana.. mula la mkn cecepat pastu angkat kaki blah tatau nak buat apa..awkward.. entah..
ReplyDeleteJoe,
ReplyDeleteBoring kan cam tu. Dekat belah Ed pon ada yang gitu jugak bila kenduri. Imagine kalau yang bawak anak ramai-ramai tu, kena bahagi-bahagi separuh ikut ayah separuh ikut mak ke? Leceh. Cam bodo tau makan sorang2 gitu. kalau sedap camner pon confirm takkan tambah, hahahha.
Arena,
ReplyDeleteAyah tak sihat ye? (sori tak tau, lama dok bawah tempurung). Alhamdulillah la dia dah selera makan sikit sekarang. Kita ni memang tak keruan bila tengok loved ones tak sihat.. tak lalu makan. Tapi kan, gamaknye singge tu memang makanan penaik selera bila sakit kot sebab time Mak saya masuk spital dulu pon, dia selera makan singge.
Happy new year to you girl! (better late than never, no?)
Sis Aida,
ReplyDeleteDi manakah dikau berada sesebulan lalu? Boring tau tak, kurang bahan bacaan.
Baba masih belum recover sepenuhnya. Memang makan masa sikit. Singgang memang bukak selera. Yelah tak bersantan kan, ada masam2 sikit, tak pedas macam tomyam dan tak berminyak. Perfect dish untuk orang sakit.
Selamat tahun baru gak sis. You take care ok
Na,
ReplyDeleteAduss tengok gambar je pun dah kecur :). Good luck for the exam and enjoy the cuti panjang. Travel ke :)..
Zue,
ReplyDeletehahah tengok singgang pon kecur ek.. kekkeke. thanks.. cuti panjang tu err cam tak dela enjoy sangat. Ada mission hahahha..
Na,
ReplyDeleteIf pantai timur, tgk singgang mmg kecur babe :).I kalau lapar atau nk menjamu mata, haaa good time to dtg yr blog :).. Especially the rotis.. I remember pernah datang rumah a friend of my parents and masa tu dia baru buat roti.. Mak aih, bauuuuu... Leleh you :), nanti la one of this days, mana tau boleh kirim bli oven roti kt u :). My boy yg eldest tu mmg suka masuk dapur ni..
Good luck on yr mission :), semoga berjaya insya allah..
As salam
ReplyDeletetak pernah pulak kak pB tengok orang guna udang buat singgang ...
Guna ikan tamban buat singgang pun sedap. Bila tak habis ikan tu , kita goreng garing garing...
perghhhh !!!!
Zue,
ReplyDeleteowh u pantai timur gak eh. Semalam baru buat roti. biasala aku ni kan, bila exam jek mulalah projek baking. Tak faham kan. Now kat library tengah study. Hahahha. Nak beli breadmaker oven tu, boleh2. bila2 nak sound jek.
Kak PB,
Ikan tamban? hmmm tak pernah try. Goreng balik lepas tu. Mak saya selalu buat gitu untuk ikan kembong. Sedap. Udang kalau nak buat singgang kena udang besar sikit. kalau udang karpan tu tak sesuai sangat.
Oh singgang !!! sedapnya. Mak akak suka buat singgang camtu... cuma tak taruk gula merah... warna putih gitu... tapi kalau yang masak dengan ikan sungai, lagi sedap... rasanya seperti masak asam... tapi warna kuning... (campur kunyit dan beras tumbuk) hehehe...
ReplyDeleteApa apa hal pun... semuanya ok jer kalau lalu makan...
Salam kak,
ReplyDeletekalau ikan sungai memang letak kunyit gak. Tapi ada tambah daun kesum dan bunga kantan. Eh dah macam masakan lain dah tu. Betul, kalau tekak selera, bedal jelah ye tak.
Dah lama tak makan masakan tu dah... leh kasi full recipe x che na???
ReplyDeletesinggang nih, kira mcm ikan masak rebus jek eh?
ReplyDeletemasa baca sms mama ko, aku pon dok imagine, apo ko bondo lah nisan nih? takkan taruk kereta dlm tu? hahahahha..gila jahil betul..
Aku masak singgang seminggu adalah 4 kali atau lebih haha..tapi resepi aku warna putih letak lengkuas jek..guna ikan fresh samada aya atau kembung..
ReplyDeletesemoga baba ko cepat sembuh ek
dah banyak update ko kat kuantan..cer call2 aku bleh kita jumpa..
Sis,
ReplyDeleteHmm.. sori ni nak kacau sket. Hari tu kabo ada info pasal terbitkan buku? Kalo ada masa dan tak menyusahkan, buleh emelkan ke koi tak?
aida.rezuan@gmail.com
Thanks!
Mrizq,
ReplyDeleteNak recepi, heheh ok sis. Nanti aku letak.
Angah,
aku ada phone number opis ko jek, nanti email contact number, I'll be going to Kuantan solo, maybe sunday or monday, mana tau ada rezeki jumpa. Macam sibuk sikit, but who knows kan, terbukak di hati aku untuk bertemu kawan2. Maloo giler dowh tengah gemok giler nih..
Sis Aida,
ReplyDeleteI left the info at the office, nanti bila koi gi opis, koi email ewok ok..