Alhamdulillah, tangan aku not so bad sehari dua ni. Aku kurang masak minggu akhir ni. Ed pon banyak belikan jek. Maybe tangan aku dah memang nak start sakit pastu bulan puasa ni, memasak hari-hari, campur buat roti campur buat kuih raya lagi, terus mogok gamaknya. So sehari dua ni tak masak. Earlier part of the week pon ada gak masak, tapi simple-simple jelah.
Oh, hari apa entah I had a disaster in my kitchen. Grrrrr. Tatau camana pizza yang berzaman dah aku buat, even before aku ada bread maker tu, tak menjadi hari tu. Rotinya tu takdelah horror sangat walaupun tak superb. Masa keluarkan dari oven, Ed dah tanya, apa yang bau masam tu? Aku dah saspen pasal aku bau jugak. Aku ingat bau dohnya, terlebih yis ker, adoih. Pastu try makan, amender yang off giler about the pizza ni. Tomato sosnya ker? Sardin ker? Pastu after a while, omigod it's the cheese. Memang hapak dan masam tau. Ed cakap sayang sangat soh aku try salvage, so aku cubalah ketepikan the cheese, boleh la makan sikit-sikit. Frust tau.
Petang yang sama tu aku buat biskut arab. Aku ikut resepi. Dah banyak aku review resepi, memang sukatannya sama jek. So aku ingatkan trustworthy lah kan. I followed it cuma aku halfkan segala ingredients sebab nak buat sikit jek. Masa gaul tu dah perasan, apsal la lembik semacam ni, hish so aku tambah la sikit tepung. Tapi tak berani nak tambah banyak. Masa bentukkan bulat-bulat tu pon rasa tak sedap hati sebab lembik giler. I should have trusted my instinct la. Hmmm. Then aku bakar. After 20 minutes lembik. Dah sejukkan pon;lembik. Bakar balik, sampai dah kaler brown pon lembek lagi. Arrrrrghhhh. Kuciwa. Rasanya ok lah. Tapi teksturnya, fail. Asal pegang jek hancur.
Actually hari tu masa buat biskut conflakes hari tu pon takdelah a success sangat. But in the end it turned out ok jugak. So takdelah memanjang jek menjadik cekna ni masak kan, banyak kali jugak fail. Ada masa-masanya, aku give up langsung tak try dah certain resepi tu. Ada masanya especially yang aku determined sangat nak get it right, I'll try again.
Ada gak aku try buat tuna roll hari tu. Tu pon satu hal lagi. Doh lembik, sampai aku sms si Jojoe, memalam buter ke pepagi buter tanya camana nak shape kalau doh lembik. Panjang lebar makcik tu bagi tips. Rajen gak dia melayan aku, hehehe. Thanks babe. Bila dah lembik gitu, memang la susah nak handle, rupe roti siap tu hazabnya Ya Allah. Rasanya memang sedap tapi, you eat with your eyes kan. Rupa mesti mau cantik, baru rasa nak makan ye dok. So selepas mencari gadget yang sesuai dan tengok youtube, how to handle high hydration dough(giler semangat, okeh), ada la improvement sket, rupa roti ku.
Hazab kan rupenyer, mengembang menelentang gitu. Gebu memang gebu, tapi rupnya tu, adoila.. |
Ada nampak cupnya tak? hilangkan cup tu. |
Bila pakai tray lobang baru ler naik comey sikit. |
Siap tak sempat buang harga tuh/ |
Baru la takde rupa roti terbarai kan. kan.kan? |
Pastu buat la biskut mazolla untuk mak aku./. Mama aku tu mana makan sanghat biskut-biskut raya lain kecuali biskut mazolla. So mama punya pasal aku buatler biskut tu. Carik resepi dalam internet gak. Tapi masa tu pandai pulak aku trust instinct aku bila menggaul doh tu. Masa nak shape the biscuit dok mikir aku nak buat bulat-bulat dan penyekkan jek ker or terap. Sokmo kan biskut mazolla ni bulat-bulat jek. Tapi dek kerana aku risau size dan shapenya yang surenya lah takde uniformity kalau aku gentel sesedap rasa, aku terapla. Comel sikit kan. Lagipun tak kose la pulak nak timbang 10g per biscuit gitu kan.
Biskut ni doh selamat masuk perut mak, bapak dan adek aku. Babaku makan sampai sugar level dia naik esoknya. Dia sebokle kata, biskut kakok buat tu kan kurang manis, bolehla baba makan. Yelah ba, kot kalau dah belasah setangah balang sorang, hok tok berapa manis pon, jadik berlambok gulanya. Sabo jelah. Adek aku telefon semalam, dia kata,
kakok kuih raya awok buat sumer dah habis. Oh cornflakes jek ada sikit lagi, tu pon sebab tak nampok, awok letok kat atas microwave tu, kalau tok selamat doh. Buat la lagi sebelum balik.
Wei, aku nak balik doh esok nih, ngade-ngade pulok soh buat 1 more batch. Pengsan.
Melt in your mouth, kakok. Buat le lagi.
Pandaila sangat dia tu kan jek aku, sebab nak soh aku buat lagi. Lepas raya la aku buat.Hahaha.
Aku dah nak balik Kuantan jap lagi.Ada lagi satu entry Ramadhan aku nak letak kat blog private nun, tapi tak sempat kot. Aku nak upload gambor pon hazab pakai berukband nih. Now aku dekat kg Ed. Balik Kuantan jek, terus tukar slang, muahahah. Masuk raya pertama bila visiting family kat Chenor dan Temerloh, lagi bersepai. Org Pahang kata Bersepey. Muahahah.
Oklah, korang aku nak ambik kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya dan mintak maaf segala salah silap sepanjang aku berblogging ni baik utk geng2 lama mahupun kawan-kawan blog yang baru. Jaga diri bebaik. Travel safely. Dan yang di perantauan, jangan sesedih ok.