Friday, August 15, 2014

Beraya di Pahang

Salam semua,

Ok memang tak abis lagi citer beraya kami. Kaki bertolak ke Pahang pada hari raya ke-3. Takdela awal sgt gerak. Dalam kol 12 gitu kot. Trafik ok jek. Alhamdulillah. 

Sampai jek dekat rumah mama. Terus masuk dapor goreng bihun sebab makcik dan family sampai nak beraya. Kakak ipar aku cakap cepatnya aku siap masak. Mana tak cepat. Umah mama bawang dan cili dah siap blend. Ayam sotong sumer dah defrost dan bersihkan. Tinggal potong2 je kan. Memang tinggal goreng jek. Goreng 2 batch. Pastu goreng mee pulak. 

Tahun ni mama dan baba macam tak  beraya sangat sebab baba masih sakit. Kesian sangat dia. Tak tahu macana nak tolong dia. Nak nangis bila tgk dia mengerang ngrang sakit tu. Up till now belum betul2 recover. Sebulan lebih dh sakit. Ya Allah berikanlah kesihatan yg baik pada baba. Berilah kesembuhan pada sakitnya. Adek aku pulak masa ni beraya kat jepun dan korea. So dia xdela. Ada aku dan family abang aku jek. 

Dok atas riba neni amaze neni leh sembang2 dgn acu kat Tokyo
So kami beraya esok2nya sendiri jek. My small family dan family abang aku. Kami pergi visiting makcik makcik dan cousins. Ramai lagi yang kami x sempat jumpa. Takpelah ada rezeki nanti jumpa lagi. 

I found out that kalau masa ziarah. Aku lepaskan Farhan main kat laman masyaAllah kemain enjoy dia. Kalau force him to stay indoor. Kejap jek dah nak start tunjuk perangai comel. Dan tuan rumah mmg x leh tegur2 sangat dia, nanti dia tempik jek. Bila people leaves him alone. Haa ok jelah ia. So after that cam tulah aku buat bila raya kat KL. Salm2 tuan rumah and ket him roam kat laman. Mostly rumah makcik pakcik kat sini ada laman sebab rumah tanah lot gitu. Seronokla dia lari sana sini. 

Farhan enjoying himself main-main dekat outdoor.
Ni dekat rumah auntie aku. Kemain ralit tengok fish dalam tu, siap panjat nak masuk dalam kolam. Adei.
Oh ya masa aku gi rumah one my aunties aku tanya dia tak buat kuih gunting ker? Di ckp tak dia tak berapa nampak dah payah nak buat. Dia buat kuih gunting and opor daging yang bapok sedap. So aku mintakla resepi. Kalau tak salah tepung gandum, bawang merah, cili giling, ikan bilis, santan dan daun kari.  Aku pon buat mental note dan try buat balik dr ziarah tu. Sedapp oi. Tapi mencabarnya nak dapat the right temprature. Api kecik - tak garing, besarkan api cepat benor rentung. Pastu time consuming dan labor intensive sangat nak gunting doh atas api tu. Nak terbakor bulu roma lengan aku masa gunting tu. Ahahahhaa. Pastu anak buah aku goreng tp canai besor dah cam roti puri lak. Berebut rebut makan. Cam tu pon ada. Gasakla korang.
Kuih gunting bapok tebal tapi sedap
We stayed there 4 malam, and tengahari ahad, baru balik ke KL. Kereta banyak la, terberhenti-henti jugak kat highway karak tu, but not so badla. Alhamdulillah. Smooth belaka. Ok la tu jek nak citer meh aku tepek gambo plak.Laterr..
Dah boring sikit2 dalam car seat
Nyanyi phonics ABC dengan abang Baby dan Abang Aboi
Banyak melantak buah2 local masa raya. Musim buah yo!
Farhan dengan cousin dia Ashley.

Tuesday, August 12, 2014

Tutup alamat email

Salam, 

Kawan-kawan, 

Aku just nak inform korang yang aku akan delete akaun yahoo aku gemarena70s@yahoo.com.my tu. Sedih gak delete akaun tu. Tapi dah banyak kali akaun tu compramised. Nanti tetiba korang yang pernah email aku akan terima link lah apa lah dari akaun tu. Siot sangat. Dah banyak kali jadi tau.  Aku dah report kat yahoo. Tapi steps yang diorang suruh buat tu aku rasa not solving my issue. Few months jek dah kena again. So kali ni aku dengan hati yang saaangat berat decides to delete the akaun. Sayang sangat sebab akaun tu started dari tahun 2005 lagi, tahun aku mula berblog. 

Now blog tu aku dah privatekan. And blog kat sini jek publicly. Tadi masa aku tengah copy email addresses,  I found that banyak sangat email dari reader yang enquire dan share pasal journey diorang untuk conceive. Ada yang buat IUI, IVF ada jugak ICSI. I am happy that my blog inspire people to take the plunge untuk buat treatment to conceive. Yang whatsapp mintak pandangan pon ada. Aku jawab cuma cepat dan lambat jelah. Lagi cepat aku jawab email dari whatsapp kot, sebab banyak no whatsapp pening paler aku. Faham sangat perasaan anxious bila dah mula treatment, masa mula2 tau pregnant, dan faham sangat we need all the support that we can get. Lagi-lagi daripada orang yang pernah lalui the same phase kan. Aku alu-alukan kalau korang nak email aku tanya pasal treatment to conceive tu. Aku jawab dan tolong sekadar mana yang aku mampu ok. Untuk korang yang nak email dan nak share dengan aku pasal your journey, silalah email aku di cekna70s[at]gmail[dot]com

Pastu aku jumpa jugak email blogger yang aku rajin follow since zaman 2005 dulu. More than half of them dah tak menulis blog dah. Sedih betul. Walaupun ada FB, Insta and what-not, aku masih suka baca blog. Cakap banyak aku ni kan, aku sendiri pon jarang-jarang update blog dah. Kalau update pon pasal Farhan jek. Memang takde masa la. Pastu kalau nak mengarang pajang-panjang dan cerita detail2 memang time consuming sikit. Memang takde masa. But Insya Allah aku akan tetap menulis. Panjang ke pendek ke, jarang-jarang sekali ke, aku akan tetap tulis. Sebab suka nak baca-baca balik. Kalau FB gitu tak best baca balik. 

Kalau ada kawan-kawan lama yang baca dan nak email aku. My email is as per above. Nanti aku tukar dekat profile jugak. 

Oklah, aku mengantuk yang amat ni. Tak leh bukak mata ni. Cam kena gam. Ginilah aku kalau ganti puasa. Ngantuk memanjang. Ye, aku ganti awal sikit tahun ni. Insaf sebab cam nak gila ganti last minute sebelum puasa baru ni. Pastu aku nak cuba follow kengkawan office yang rajin puasa ni. Bagus betul diorang ni. Memang puasa Isnin dan Khamis, all year round. Hebat la. Semalam aku puasa first day, ya ampun sakit kepala. Hari ni belum sakit sangat lagi. Hopefully okay jek sampai berbuka. Okay geng, nanti aku tulis lagi. Take care peeps.



Tuesday, August 5, 2014

Our raya 2014

Salam korang. 

Dah masuk kerja ke? Aku baru je masuk hari ni. Lemau jek. Cepatla pukul 6. Nak balik!!. Teringat kat Farhan. Hahaha.

Sempoi jek raya tahun ni. 4 hari di Ijok. 4 hari di Jengka. Sempoi tapi best. Kat Ijok tak banyak visiting sangat. Tunggu orang datang jek hehehe. 

Raya kedua ed gi baraan. Nanti next 2 years bawak Farhan pegi ek. Aku pulak buat nasi dagang masa 2nd day tu. Nervous gak sebab masak banyak. Tapi kali ni aku cheat sikit. Aku tak kukus. Aku tanah dalam rice cooker jek. Ok jek. Nasik jadik elok jek. Tapi kena guna basmathy baru cantik. If not, nasi akan jadik lekat-lekat cam pulut. Tak cun la kan. Member blog dan in real life si fiya dtg beraya masa tu. Dapatla merasa nasi dagang tak brp nak superb tu hahaha. Thanks for coming babe.  

Farhan kat ijok asyik tempik jek. Marah orang nak amek dia. Garang benor. Haishh. Raya la dek. Rilexla. Memangla orang nak amek nak dukung. Eksyen benor. Pantang pintu terbukak asyik meluru keluar jek, nasib baik tak pergi jauh-jauh. For nowlah. So ni gambar raya di ijok.  Yang kat Pahang nanti aku upload next.Err kalau rajin.
Bergerak satu rumah atas push car ni.
Posing di pagi raya
Naper tah nak pakai cloth diapers ni kat luar seluar. Sabo jelah.
Anti-mosquito patch. Pakai siang-malam. OKla takla kena gigit nyamuk
Nasi dagang. Terengganu style, sbb xde beras merah