Monday, March 12, 2012

Takde idea.

Lepas mengusik abang dengan adek aku tu. Jadik takde idea pulak nak update blog. Agaknya diorang dok bengkek gile  tengok enrty aku, terus takde idea. Aku tengah bosan gila tatau apa nak buat ni, sebelum ni even though aku cuti, aku still pegi office lagi, kemudian aku rajen ke uni.Pastu sebok dengan persiapan nak ke Turki pulak kan. So, many things were happening at the same time, so banyak le idea nak update. 

So korang yang hidup happening giler tu, bawak-bawak ler update ye. Bosan ni, takde bahan bacaan hahahah.

Oh ya, sedih kan Chong Wei injured. Frust giler jek muka dia. Fans yang pergi pon frust. Yelah tunggu sikit punya lama. Sekali sempat main satu set jek. Tapi yelah takkan dia nak lanyak jugak. Banyak lagi tournament dia nak main. Olympic pon tak lama dah. AKu rasa pressure gila la nak soh Chong Wei menang Olympic tu, last2 bebudak berbasikal yang akan menang or Bryan Nickson Lomas. Go Malaysia Go!

Oklah, kali ni seriously takde idea. So later ok. Bila ada idea, or ada bahan nak tayang kat my brothers muahahha.

Friday, March 9, 2012

Makan-makan di Kuantan II - Entry torture

Amy, ko tengokle adek aku tu kemaruk nak balik Kuantan makan. Eleh dek, you are only torturing yourself by publishing the list of yummy food in Kuantan tu, muahahhaha.  And to add to your misery, nah ko, I am putting up an old entry from July last year, masa awok balik Malaysia dulu. Alaaa masa kita balik Kuantan tu. So *ENJOY*!! Hahahha..rasakan..


*******************************************************
27/07/2011

Anyways , takde apa yang nak disaspennya, malam tu aku gerak balik ke Kuantan.  Tu aje. Mulanya Ed malas nak gi sebab dia penat. Lepas pujuk-pujuk dan cakap adek aku beria ajak balik Kuantan, he agreed. So kami singgah di Puchong, pick up adek aku dan 2 anak buah aku, we head to Kuantan.  Sebelum tu singgah makan dekat McD dulu. Tidor dekat Jengka sekejap, sebab parents aku ada kat situ. Sampai dah dekat pukul  2 pagi. 

Pagi-pagi esok kami gerak ke Kuantan. Adek aku tu nak sangat makan nasik lemak Zaman. Layann. Roti canai dekat situ sedap dan lain sikit, sebab roti canai Melayu kan bukan roti canai mamak. Kuah kari nya pon lain sikit. Lepas tu, kami balik ke rumah mak aku yang dah lama takde orang.  Sapu dan mop bagai. Lepas tu terbongkang tido. Hahahha. 
Besar punya gambar  Nasi Lemak Zaman - Silalah meleleh air liur Dek. Hahahha.

Adek aku ni dah ada mental list, apa nak makan, sabo jelah. Sepesen jek perangai dengan aku. Hahaha. Memang kaki makan. Petang tu, pegi order seafood pizza yang dah dekat 10 tahun tak makan dari kedai tu. Lepas tu kami gi pasar malam. Orang Kuantan panggil, pasar Malam Bandor. Tengah2 town gitu. Tutup jalan utk bukak pasal malam, macam Jalan TAR. Aku masa tu dah aim nak makan mini Murtabak, adek aku lak cari Laksa Pasar. Alhamdulillah, jumpa jugak selepas berjalan dari one end ke one end. Gigih ko, hujan lebat masa tu, aku dengan adek lipat seluar pakai payung bagak satu sorang gi jugak pasar malam. Bab2 mencarik makan ni best pegi dengan adek aku, Ed masa tu dok rumah babysit anak buah aku. Dia takdela minat sangat carik-carik makan yang specific nih. Dia makan, asal boleh je.
Balik rumah, makan dan makan dan makan. 



Seafood pizza yang inspired my seafood pizza. Tak sesedap dulu. Oklah.

Dinner sotong celup tepung, ikan bawal masam manis, ketam telur masin, tomyam dan kailan.

My favorite niece and nephew
 Mak aku pulak bawak balik ikan, udang celup tepung dan temosa.  *Pitam.  Aku memang dah mengah. Adek aku dan Ed steady jek makan. Aku rasa adek aku lagi dasyat la makan.  Malam tu kami makan dekat Marina Seafood, ketam telur masin ler apa lagi. Gile mengah perut aku. Ed tak ikut dah masa ni. Dia kata dia nak tido. Mengah. Hahahaha.  Memang tak berabis makan, kena tapaw banyak sangat.  Balik rumah, dah dekat midnight, tapi terdengar ada bunyi gong, gendang gitu, so aku dengan adek followed the sound and found a group of belia tengah practice dikir barat. Comel jek. Layan kejap, lepas tu balik dan tido. 

Ahad pagi, aku ke Tanjung Api nak beli lauk-lauk basah. Aku gi sorang jek. Ed tak sehat ke hape entah malas nak ikut. Leceh gak nak parking sumer. Tapi aku pergi jek. Hmmm banyak ikan jek, mender lain kurang banyak. Udang, ketam sumer takde. So aku beli ikan bawal hitam, ikan kerapu, ikan kembong, ikan tenggiri  2 keping, dan sotong besar-besar. Lepas tu aku gi beli breakfast kat situ jugak, nasi dagang, nasi minyak, dan roti canai. Balik rumah, hidang makan, paksa budak-budak makan dan kemas-kemas nak balik ke KL.
Owh sebelum tu, si Olyn kena buat latihan matematik dengan Uncle Ed. Memang kena drill budak tu. After a while, bila dia dah nampak kepenatan, stop ler.  Balik kg pon kena buat latihan minah tu. Syian. Ala sikit jek, 2 mukasurat jek. 

Memang balik ke KL tu tak singgah mana-mana. Straight balik ke Puchong drop kanak-kanak dulu. Lepas tu baru hantar adek aku. Kami lepak kejap kat Puchong. Solat sumer dulu. Owh aku tak cakap kan. Barang-barang yang aku pesan dekat Adek aku dah sampai! Kena shipping barang-barang ni. Suker-suker kuasa seploh. Hmmm sekarang tengah mikir kat manaaaaa la nak letak barang-barang ni sumer. Best!
Tefal Stainless steel cookware. Yeehaaaa. Best sangat. Handle boleh masuk oven. Camla oven aku besar sangat nak isi periuk dan kuali tu. Sukanya.
 
Adek aku ni pandai, dia belikan pyrex yang boleh digunakan untuk masak dia punya baked macaroni. Murah as compared dengan kat Malaysia.


Le Creuset. Ceramic bowl gitula. Kalau beli yang cukup set memang mahal, beratus pound. Tapi ni sebab tinggal 1 so, dpt leh bawah 10 pound. Aku pesan kat adek aku kalau jumpa lagi, belilah. Hahaha. Kesian adek aku kena belin pinggan mangkuk dan periuk belang. You rock, Dek!

Oklah korang, esok aku conduct training seharian, lusa sampai ahad aku outstation. Rasa cam tak sempat nak update sebelum puasa. Selamat berpuasa kawan-kawan dan maaf salah silap. Yang belum ganti pose, ada lagi masa-masa kecederaan ni, untuk ganti beberapa hari lagi. Take care people, moga-moga puasa tahun lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Wednesday, March 7, 2012

Minum petang@Roti Puri

Bosan pulak takde update kan. Aku pon bosan nengok takde update, hahahha.

Oklah ni entry pendek jek. Aku rasa kat KL/Selangor ni takde tempat hangout or untuk beli food for minum petang. Habis terer gerai goreng pisang or keropok lekor gitulah kan. Kalau nak lebih-lebih sikit kena pergi pasar malam la kan. Kat Kuantan, minum petang is BIG. Bersepah-sepah gerai Sata, otak-otak puding raja, keropok lekor (freshly gentel'ed hehehe), fresh seafood celup tepung yg dibuka on daily basis. Don't even get me started on breakfast. Yummmm.

So, aku dengan Ed selalu pikir kat mana lah nak beli apa-apa for tea nih ek. Then we remembered one place yang kami suka sangat pergi breakfastnya. Almost every week kami pergi for breakfast. Restoran Roti Puri di Seksyen 3 Bangi. Area belakang Petronas tu.Kalau breakfast memang bestlah. Of course mesti order the roti purinya, dan adalah the normal breakfast like nasi lemak dengan macam-macam lauk, nasi impit dan lontong dan juga roti canai, bihun goreng gitulah.

So one afternoon, kami pergi check it out. So this is what we had.

Cucur udang. Bila order baru goreng. Rangup giler. Best!

Their signature dish, Roti Puri

Soto Ayam
Aku suka sangat pergi sini. Servis cepat, kedai bersih, ada makanan yang unik ada kat kedai dia jek, sedap dan harga berpatutan. Oklah, till next update. take care people. Aku tau korang rindu kat aku kan..kan..kan... hahaha.

Saturday, March 3, 2012

Short one

Assalamualaikum wbh, 

Sorrilah lama tak update. Kawan-kawan punya komen pon lambat aku jawab. Aku distratced sikit. Banyak sangat yang berlalu kat aku sekarang ni, tapi aku tak sempat or tak ready nak cerita. 

Untuk minggu depan dan seterusnya aku akan busy dan occupied sikit. Maybe takde update dari aku. Cuti tapi banyak sangat mender kena buat. Korang jaga diri baik-baik. Nanti bila aku dah settled a bit aku update. 

Kalau aku rajen, aku korek gambar lama dan buat update hahaha. 

Till then, doakan semua urusan aku dipermudahkan. Dan aku jugak doakan korang semua. Take care.

Wednesday, February 29, 2012

Azan bersahut-sahut dan solat.

Aku pernah cakap azan dekat Istanbul tu bersahut-sahut kan. (tak abis-abis pasal Istanbul). Tapi aku ada mention tak, from tingkat 13 belas rumah aku dekat Kajang/Bangi ni pon boleh dengar azan bersahut-sahut gitu. Setiap waktu boleh dengar. 

Yang sangat obvious is of course masa Maghrib dan Isyak kan. Sebab dah selalu sangat dengar, aku selalu macam take it for granted jek. Malam ni aku dok diam dan hayati sikit. TV tak bukak, lagilah jelas kan. Kadang-kadang tak perasan sebab TV bukak. Memang aku rasa ada la dalam 10 azan boleh didengar. 3-4 yang sangat jelas. Dan selebihnya macam dekat belah background. You know that it's azan, cuma tak jelaslah. 

Sebenarnya tak yah jauh-jauh nak ada perasaan macam tu. Banyak sangat contoh dan kejadian-kejadian harian yang depan mata kita menunjukkan kebesaran Allah. Up to kita jek, nak bukakakn hati atau tak jek. 

Sometimes aku wonder jugak, memang belah kiri area apartment aku ni Bangi, which is kawasan muslim ramai kan, dan masjid pon memang banyak. Belah kanan aku dah area Sg.Chua yang banyak non-muslim, dan tak banyak sangat lah nampak di mata aku surau-surau semua ni. Tapi tetap jelas dan nyata aku dengar azan bersahut-sahutan ni. Kalau malam tu dekat-dekat 15 minit baru habis semua azan. I love it. 

Tapi kan, suka sangat dengar azan macam tu, diikuti dengan tindakan ke tak Cekna? Lepas tu terus solat awal waktu ke? Bak kata Ed, azan dah memanggil bersahut-sahut, pergi solat jemaah kat masjid/suraunya tak. He is referring to both of us. Sebelum ni, Ed giat gila jugak ke surau kat ground floor apartment ni for Maghrib or Isyak. Semenjak balik lambat dari kerja ni, sangat kurang berkesempatan solat jemaah dekat Surau ni. Tapi kaaaannn, orang lelaki ni, kat surau kat opis pon diorang jemaah kan? Dekat shopping complex pon jemaah Ed kata. Kita ni yang sangat kurang berjemaah. Dah la tak gi solat Jumaat kan. Pastu dalam sebulan ada seminggu lak takleh solat kan. So memang sikit dah pahala solat kat situ kan.

Aku kalau bulan puasa rajen gak solat jemaah dengan Ed. Maghrib dan subuh dekat rumah. Isyak kat masjidlah terus sambung Terawikh kan. itupun alhamdulillah dapat husband yang rajen gak ke masjid. Agaknya kalau dia pon liat, aku lagilerrr liat. Alhamdulillah, Allah jodohkan aku dengan Ed. 

Aku masa baru kawen dulu, bila Ed tegur suruh solat awal or what, bukan main marah lagi aku. Suka sangat nak menjawab, taulaa, sekejapla, jap gi org semayanglaa, aku jawab. Keji gila. Takleh tegur langsung padahal, tegur ke arah kebaikan tu. Sensitip tak pepasal. Sekarang kalau dia kejut subuh, terus jek aku bangun. hahahha takut kena marah. Kalau tak dok mengeliang-geliut lagi atas katil tu, hmmm. Tak solat ialah perkara yg dia tidak tolerate, which is sebenarnya bagusss sangat untuk aku yang suka bertangguh-tangguh dan kadang-kadang termiss solat. Kalau siblings or anak buah tak solat pon dia tanya dan tegur gak, but lembut sikitla. Takdela cam dia tegur aku, hahaha. Tiang agama kan, rukun Islam tu. Memang perintah Allah. 

Aku ni bukanla baik sangat. Tapi aku aspire nak jadi lebih baik. Aku bersyukur juga pada Allah, sebab kawan-kawan di sekeliling aku pon  banyak yang jenis tak tinggal solat. Kawan sedepartment memang tak tinggal solat, dan rajen tanya, cekna dah solat? pegi solat dulu nak? Or jom kawan-kawan kita solat. Ya Allah bestnya kawan-kawan cam tu. Cara ajak pon lembut je. Tak terbukak hati nak solat gak tataulah. 

Aku tengok my sis in law, kakak Ed, gigih gila suruh anak solat. Kalau anak dah tertidur belum Isyak, dia akan kejutkan sampai bangun. Most of the time, diorang akan solat jemaah anak beranak. Anak-anak yang kecik semua dah tau masbuk semua, sebab kekadang bapak dia tak daya nak tunggu semua dah siap ambik wudhu' baru nak start solat. Same goes masa Subuh, nak bergegar rumah, dengar kakak ipar aku kejutkan anak dia solat. Sampai aku pon kelam-kabut bangun, takut, hahahha. Respectla aku tengok. Pastu anak-anak dia memang rajen ke masjid. Petang-petang diorang jemaah asar kat masjid on weekends, lepas tu main bola kat perkarangan masjid. The AJK masjid memang galakkan diorang main bola kat situ, dengan syarat datang solat jemaah kat masjid dulu, then baru main bola. Bagus kan. Sebelum tu, diorang take turns utk laungkan azan Asar. Senyum jek aku dengar masa azan tu suara budak-budak. Hebatnya,tak tahulah camana aku nak didik anak solat one day kan.  Hehehe optimis kan aku.

Korang yang anak-anak dah start sekolah, camner didik diorang solat? Start umur berapa?  And what are the challanges? Saja je nak tau. Aku suka dengar cerita-cerita muslim parenting ni. Mana tau kan, sampai nanti rezeki aku. Dah tau apa nak buat kan, Amin. Share eh kawan-kawan.

Sunday, February 26, 2012

Baked makaloni

Note :Sebelum start entry ni, just nak inform Irfa dan kawan-kawannya yang nak ke Istanbul Mac ni (dekat dah! Best! Mudah-mudahan ada tulip..) aku dah letak the entry kat belah kanan ni, senang nak refer nanti. Hope you all have fun. Irfa ko jangan lupa menyusul nanti ok. 

Haa, yang komen kat komen post bawah tu  ialah adek aku dekat Coventry nun. Dia panggil aku mok, aku panggil dia mok. Last-last dua-dua gemok, hahahha. Dek, awok kena panggil kakok slim, baru la kakok awok ni slim. Alang-alang nak panggil aku slim, panggilla gorgeous sekali, muahahhaa.

Ok baked macaroni ek. Tulah dah berpuluh kali aku buat, bukan nak nengok. Ni favourite Olyn jugak. Kalau puasa mesti aku buatkan untuk dia sebab dia akan makan for berbuka, supper and sahur. Eii dah berapa kali daa aku letak resepi ni. Takpelah Gemok punya pasal aku letak semula. Ni cheat style, sebab tau awok maleh.

Baked Macaroni
Bahan-bahan
Half pack of macaroni (penne/kidney pasta.etc)
Isi ayam/shrimp
2 ulas bawang putih
Bawang besar setengah bijik diced (kalau kecik sebijik)
Capsicum (optional)
Button mushroom
Carbonara sauce
1/2 cawan air panas
Mozzarella cheese

Cara-cara
1. Rebus macaroni sampai lembut
2. Tumis bawang putih dan bawang besar
3. Masukkan ayam followed by capsicum dan mushroom. Letak garam sikit at this point, nanti ayam tu tawar bluerrghh.
4. Masukkan carbonara sauce dan air panas untuk cairkan sikit.
5. Masukkan macaroni, and kacau sampai sebati.
6. Scoop the macaroni into a tray or oven proof dish.Grate cheese on top, pastu bakarla at 180C until cheese melt. Kalau nak cheesy lagi, masa gaul dengan carbonara sauce tu dah grate the cheese dalam the sauce. 
7. Siap

Kalau tak jumpa carbonara sauce yang halal err, kena buat bechamel sauce/white sauce ler. Sungguh ke nak buat ni?

Bechamel sauce
2 ulas bawang putih
Bawang besar setengah bijik diced (kalau kecik sebijik)
2 sudu besar butter
Secawan setengah susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 bay leaf
Cheddar/mozzarella cheese
Season with salt and pepper

Cara-cara
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai transluscent menggunakan butter. Mesti guna butter.
2. Letak tepung gandum, dan gaul rata2. Kalau berketul, rileks jek gaul terus. Api kena kecik. Periuk kena yg tak cepat hangus.
3. Masukkan susu. Kacau sampai tak berketul, maybe kena whisk supaya smooth.  Masukkan cheese. mesti letak cheese sebab takde cheese lagi kan. Dan bay leaf. Kalau tak berapa pekat pon tak pe, sebab bila sejuk nanti, it will thickens. 
Lepas tu  back to Number 2 dekat resepi asal, and bechamel sauce ni gantikan the carbonara sauce. 

All the best, mok!

Oh ya, bechamel sauce tu boleh digunalan untuk buat lasagne or potato gratin. Tapi potato gratin tu kena pekat sikit kot kuahnya. 

Gambar lama ni

Kabur sikit

Burnt sikit tapi, sendiri mau ingat la..
Ni pun gambar lama jugak. Kekadang aku suka tambah tomato.
Bekas kecik2, one for me and one for Ed.

Saturday, February 25, 2012

Mana ada diet, hahaha.

Hahaha. Okla..okla aku tak cerita la pasal diet. Bosan lak nanti kan. Semua orang tengah diet sekarang ni. Kalau aku pon cerita diet nanti korang takde gambar-gambar food nanti lepas ni. Hahaha. Dietla sangat. Aku mana boleh diet. Takat kontrol portion and reduce sweet bolehla. Diet tu cam kelakar sikit sebab aku suka masak. Lagi-lagi aku tengah cuti ni. Langsung aku tak makan kat luar, dari breakfast sampai ke dinner masak. Ed pon sekarang balik jek. Com lapar. Muahahaha. 

Okeh aku pergi kedai one morning, pastu aku nampak ada roti gardenia baru ni dekat kedai tu. 


Yang Passion Italiano tu macam savoury sikit pastu ada hirisan tomato in it. Yang Sommerset Cottage tu ada banyak grains but still taste nice. Aku makan for breakfast. Konon-konon healthy la, minum dengan green tea. 
 Petang tu, tadaaaaa..

Sudah jadik bruscheta
Sedap wooo. Hahaha. There goes eating healthily. Ko tengok cheese tu jek dah fail kan, muahahhaa. On my defense that is wholegrain bread and low fat cheese, hahahha. Iyolah keep telling yourself that Cekna. So, malam tadi si Ed sebok lapar, aku pon buatler untuk dia. Dia dok main game aper entah dekat iPad tu, sekali bila dah siap dan dah buat green tea, aku jenguk kat bilik, dah tido. Grrrrr. Aku kejut sikit, tapi I knew kalau aku berjaya kejut dia pon, dia akan makan dengan bad mood jek. So aku bior je dia tido. Dia makanler buat breakfast esok. Besok, aku tak nak masak... Kiutla konon, merajuk dah tua-tua gini. Hahaha.

Another thing that aku nak share ialah kalau malas nak menguli untuk buat pizza, tapi tekak terasa nak makan pizza. Or utk orang yang baru beli oven  masa sarat-sarat mengandung bebaru ni, boleh guna cheat style ni.  Korang boleh buat pizza guna tortilla bread, or whatever flat bread available in supermarket. Lepas tu korang letak whatever toppings yang korang nak. Jangan lupa letak tomato sauce, cam preggo ker, jangan letak tomato sos dalam botol tu manis sangat pulak karang, and letak jek whatever u like. Doesn't have to be fancy. Aku punya ni simple jek, mushroom, and tomato je kot. Oh and of course, mozzarella cheese.

I soo need to get nice plates. Buruk nau pinggan mangkuk aku

Kabur sikit sebab pakai BB camera jek. Malas nak amek the digicam

Owh kalau takut nipis sangat, leh buat 2 lapis ala-ala Dominos punya Cheese Burst. Letak one tortilla layer letak cheese and letak another tortilla layer (tapi kan Dominos punya cheese burst tu does not taste cheesy. Instead it taste creamy. Macam guna cream instead of cheese. Paham tak apa aku maksudkan, never mind..) So utk my brothers dekat UK nun, boleh try senang jek. Pastu kat sana mushroom and cheese murah kan. tapi yelah mana leh lawan pizza yang makan kat Milan tu..(eksen tau pernah makan pizza kat Milan..Mencik! hahahha)

Lepas tu tengok kat TV punya pasal, pasal banana nutella crepe orang makan dekat Paris. Dek kerana aku takde nutella, so aku buatle Chocolate Banana Crepe. 

Banana Chocolate Crepe
Emm too sweet for my liking. So untuk Ed punya aku buat without the chocolate. And aku tambah cinnamon sikit. Yummm

Lempeng pisang je pon. I sooo need to buy set pinggan yang comel sikit
Pastu bila Ed makan dia cakap, Eh manis. Ingatkan ada inti cam karipap. Leeerrr. I got the hint la. Dia nak yang savory. Terus aku gi buat yang inti sardin cam kat bawah ni. The crepe batter tu ada lagi, dan aku ada sardine with oregano leftovers. So aku buatler 4 ketul crepe ni. 2 minit jek habis aku rasa, I kid you not. Muahahha.

Savory crepe with sardines. 
Oh ni resepi entah bila. Masa ni kononya, nak buat meatless and carboless meatloaf. Guna tofu and mushroom, carrots and apa entah lagi. Saje jek try. Atas tu as always ada cheese la. Mampuih. Hahahha

Meatless and vegetarian meatloaf

Kecik jek tray ni, besar tapak tangan jek.
So korang janganla percaya bahawa aku akan berdiet. Hahaha. Wokeys, see ya.

Friday, February 24, 2012

Korang semua diet ke?

Aku nak taip entry masak-masak tadi, pastu bila aku baca blog si Jojoe, Dong dan sapa lagi entah. Semuanya tengah gigih berdiet. Terus aku tak jadik buat entry. Hahaha bila aku nak gigih diet nih? What I do now is just trying to reduce intake manis jek. Family aku ada diabetes maa, takut. So I drank plain green tea jek sekarang ni. Tapi baru jek ni. Last week dah makan coklat bagai dengan Ed. Ed pon dah larang aku bake cake ke apa, sebab nanti dia makan kek banyak gila. He has a sweet tooth. 

Bab makan, aku belum diet lagi. Portion control adala sikit-sikit. That's it. Aku pernah turun 8kg in 2 weeks, muahahha. Punyala nak slim sebelum kawen kan, but I can't do that diet againla. Lapo sampai takde tenaga. Tapi kena buat sesuatula. Bak kata Dong, maybe tu petunjuk dari Tuhan, suruh aku jaga kesihatan sikit, bila baca blog kawan-kawan semuanya tengah diet belaka. Hahahha. Oklah aku ngantuk. Nanti2 aku update.  

I wrote a comment somewhere, tipulah kalau orang cakap 'takpela aku gemok as long as I am happy. Ye ker tuh? Camne mau happy, cakap sikit kalau duduk tahiyat akhir pon rasa perut berlipat, pakai baju apa pon kaler hitam or trimmings camana pon takkan buat nampak slim hahhaha. And actually sebenarnya aku rasa aku kurang cergas sikit semenjak gemok ni. So camana nak happy? Tu belum rasa rendah diri kalau jumpa kawan-kawan yang dah beranak pinak tapi slim belaka. Or orang lain cute jek pakai baju barbie doll, tu tapi ko nampak pregnant. Or tak leh pakai lingerie sebab you look horrendous in it sampai tak sanggup nak tengok cermin, opps. Muahahhaha.  So tell me camana nak happy kan? So buatler sesuatu cekna. Gi ler gym tu ye. Apsal malas? 

Tuesday, February 21, 2012

Sambal tumis dan food presentation

Aku takde idea nak update semenjak habis update jalan-jalan hari tu. Entahla kenapa. Jiwa masih kat sana kot? Kakakka. Pastu aku kan ke cuti, so takde aktiviti sangat kecuali baca research papers (which is sikit giler baca) dan masak-masak-masak.

Bukanlah masak hebat-hebat sangat. Tapi almost everyday masak from breakfast to dinner. So antara yang aku masak adalah :  

Di satu petang yang bosan aku buat

Ubi rebus dengan sambal tumis udang dan kelapa
Ubi kayu takde jenuh aku carik so kenala pakai ubi purple tu. Sedap jugak.Sambal tumis aku dah improve gile la off late. Ed lepas makan sambal tumis tu cakap, Ya Allah, Alhamdulillah isteri aku pandai masak. Terburai gelak aku masak tu. Gitu sekali sedap ke? Muahahahah. The past year ni jek baru improvenya aku punya sambal tumis. Reason being : Guna minyak banyak untuk menumis dan masak lama giler bawang dan cili tu. Dulu aku tak pakai minyak banyak. Konon nak healty sikitla. Tapi aku tengok rancangan Chef Wan dia kata, masakan melayu memang kena tumis dengan banyak minya, sebab nak kasi pecah minyak dan cili tu garing, and you can skimmed the oil later. So that was what I did, skim the minyak later. Esoknya sambal tu makan dengan nasi lemak.

Yang bawah ni pulak, spaghetti with Grilled Chicken. Aku marinate jek ayam tu dengan Ottoman Spice, pastu letak satu sudu oyster sauce nak kasi ayam tu kilat sikit. Kemudian spaghetti tu masak dengan sos dalam can jek. Tumis bawang outih, bawang besar dan hirisan daging dan mushroom. Kemudian campak jek sos tu. Aku rasa hirisan daging lagi sedap dari letak minced meat. Minced meat selalunya err, hanyir.


Cuba korang compare presentation aku masak spaghetti tu dengan Resepi Rahsia punya last weekend. 

Macam ni jek, diorang hantar kat aku. Takde langsung kaler. Letakla salad dengan tomato sikit. Baruler ada kaler. Food presentation teruk gila. Bukan murah kan belas-belas ringgit tapi, gitu jek rupanya. Bukan mahal pon letak sehiris tomato, dan sehelai lettuce kan. Masak kat rumah takpelah kan. Itupun aku selalu potong daun bawang dan cili utk kasi meriah sikit rupa food tu. Sebelum ni, not bad jugak presentation diorang. Hmmmm.

Pastu tadi ada goreng sotong celup tepung. Tengok kat blog saper entah, cam best jek. Nak makan kat KL ni memanjang goreng macam cekodok tu, tau kan camana. Tepung kan main tebal, kecik jek sotong. Thai style kot ye. Kalau gitu, udang acceptable la, kalau sotong emm tak best. Sotong celup tepung paling best pernah aku makan ialah di Kuala Perlis. Best gila. Order by the kilo pulak tu. Gila menimbun. Makan puas-puas. Followed by Restoran Pak Da, Mergong. Tapi rasanya dah takde kot reataurant tu. Ada satu restaurant kat PJ, order sotong celup tepung dapat errr, maruku. Muahahaha. Dia potong sotong tu punya halus, dip in batter pastu goreng. Jadikler maruku halus-halus tu. terburai aku gelak dengan kawan aku masa tu.

Goreng jelah sendiri. Malu nak tunjuk banyak mana aku goreng muahaha.

OK, ada satu lagi cheat punya cooking aku nak share. Kejap lagi kalau rajin aku buat another entry.

Sunday, February 19, 2012

Ada gambar dekat blog sana. Limited time only