Saturday, September 4, 2010

Geng Surau di Astro Oasis

Salam kawan-kawan, 

Lama jugak tak update kat sini. Was super-duper busy last week. Siang, malam, tengah malam, pagi buta, memanjang busy. Serious, aku rasa Rabu, Khamis dan Jumaat lepas, I had very minimal sleep. Dengan nak hantar proposal, dengan nak hantar paper, macam-macamlah. Detailnya ada dekat private blog. Saper yang ada access, gi sana kalau nak baca detail. Eh, belum habis tulis lagi dekat catchme27 tuh..Saper yang takde access, boleh mintak access dan err, aku akan timbang-timbang kan, ngeh-ngeh-ngeh.

Okay, back to the tajuk. Korang tengok tak siri  Geng Surau dekat Astro Oasis? Aku sangat-sangat-sangat suka tengok siri Geng Surau. Waktu siarannya di Astro Oasis, masa kita tengah buka puasa tu. Ed pon suka ceritanya. Jalan ceritanya menarik. Ada mesej dakwah tapi sangat subtle dan berjaya keluar dari cliche, ewah cam bagus-bagus jek aku ni kan. But really, kadang-kadang aku perasan jugak, dalam cerita-cerita nak berdakwah ni kadang-kadang dakwahnya keras, tidak menunjukkan yang Islam itu indah dan mudah. Nampak macam soo stressful kan. Tapi dalam Geng Surau ni, simple, orang background macam-macam dan berbeza-beza boleh get involve dengan aktiviti surau. Yang kelakar, yang muda, yang tua, yang suka memasak, yang suka bernasyid, macam-macamlah. Sangat menarik bagi aku. 

Selain dari cerita di surau tu, the main storyline berkisar watak Mayat/Razif tu, sangat menarik olahannya. Dan dibawa dengan sangat baik oleh Beto Kusyairi. What's interesting is bila dia dah jadik baik, dia taklah ekstrem dan sibuk membetulkan orang jek memanjang. Dia jadik baik dengan menunjukkan he's changed and set a good example. Senang cerita, Kusyairi tu bawak watak Razif setelah berubah tu, tak over la. Memek mukanya memang semuanya kena. And I got to know that Beto Kusyairi tu pon berlakon as Rosli Dhobi dalam Warkah Terakhir, sayang aku tak subscribe Citra so tak pernah tengok siri tu. Aku nampak mamat ni boleh pergi jauh, sebab dia nampaknya very talented.

Watak-watak lain dalam cerita tu pon menarik. Cuma watak Imam tu kena tone down a bit la dok syok kat awek-awek, nama pun Imam. Yelah I know they are trying to show that, Imam pon manusia jugak. Buuuttt, kena ada sedikit limit la kot. Abang Abu tu pon kelakar yang hamatz, cuma kekadaang ada masa cam over sikit. Anyways, tak yah lah aku mengarang dan mengomen dengan lebih panjang sebab aku bukannya pakar pon.  Siri Geng Surau tu habis setakat ni dulu rasanya, entah bila akan bersambung. Janganlah puasa tahun depan baru sambung. Sambung jelah cepat-cepat. Tak puas nak nengok, dahla I missed few episodes yang awal-awal.

Maklumat pasal siri ni dalam internet pun tak banyak. Patutnya dah ada website, ramai yang follow cerita nih.  Ala-ala macam Nur Kasih tu. Siap boleh play balik episode-episode yang termiss, kan best.

Note : Mintak jasa baik Astro Oasis ulang tayang back-to-back Geng Surau dari awal boleh?

2 comments:

  1. aku pun nk suh astro oasis ulang tayang gak.boley aku tgk balik msia nnti.

    ReplyDelete
  2. Anis,
    Memang best sis. Ko mesti suka tengok. Heheheh. Cewah2 ada orang tu dah sebok2 packing nak balik Malaysia..hehhe..

    ReplyDelete