Monday, September 20, 2010

Raya Diary

Salam kawan-kawan, 

Amboih Si Amy nih, sejak bila pandai harass orang suruh update ni? Mentang-mentang dia dah buat raya update, kan main lagi ye. Kalau tak, dia ler 3-4 minggu tak berupdate blog, muhahhahaha. Biasa ni, cubit kang. Aku actually dah masuk kerja since last Friday. Tapi tak sempat gak nak update sebab aku dok pulun siapkan article untuk magazine laks. Pengsan.. Editor magazine kat UK tu, mintak summary sikit, untuk publish kat majalah dia bersempena dengan aku nak present kat UK tu kan. Eii ketor aku. Wokeys, panjang lak mukadimahnya. 

Dua hari sebelum raya
Pagi tu aku dah bersiap-siap nak balik ke kampung Ed. Pack barang. Dah bahagi-bahagi barang. Satu beg kuih dan kerepek2 hantar ke rumah mama, satu lagi untuk bawak ke rumah MIL. Lepas salam-salam dan kasik duit raya, kami ke Bukit Jalil untuk pick up Ed's aunt. Pening-pening jugak sebab tak sure sangat dia naik bas apa, dari mana dan pukul berapa sampai. Makcik dia pulak ada masalah pendengaran sikit, so dia takde handphone. Camanalah tu. Lepas half an hour Ed terpusing-pusing kat hentian tu, aku nampak dia tengah membawa beg dengan makcik dia menuju ke kereta. Menurut Ed bila sampai jek makcik dia taknak turun. Dia takut katanya. Puas driver tu suruh turun, dia tak mau. Kemudian dia kasi nombor telefon Ed, dan driver tu telefon Ed. Later, Ed picked her up dari dalam bas tu, hahhaha. Sebenarnya bagus jugak makcik dia tak turun, kalau turun memang tah camna nak carik. Thanks to the bus driver yang prihatin gak. Buatnya dia buat dek jek and leave the bus? Hmmmm..

Sehari sebelum raya
Pagi tu memang dah mula memasak. Ketupat yang dah dianyam dah mula direbus. Aku memang tak reti anyam ketupat. Sorri. Mintak tolong ketatkan pon boleh terburai ok, so kasilah aku mender lain nak buat. Ed tengah tidur was waked up untuk pegang ayam untuk disembelih.MIL nak masak emm apa namanya ye ayam masak Ungkep. Gitulah. Aku lak merendam beras untuk buat nasi dagang dan rebus ikan tongkol/aya/tuna untuk buat kuahnya nanti. Ikan tu kalau tak rebus dengan asam keping dan garam dulu, sure hanyir nak mampuih. Petang-petang sikit aku mulalah mengukus nasi dagang dan buat kuahnya. Aku tak bawak beras nasi dagang yang kaler coklat-merah tu, aku buatu style terengganu guna beras pulut. 8 pot gitulah. Gelabah aku bila masak banyak-banyak gitu. Masa nak naikkan kuahnya aku tepon mak aku nak confirmkan resepinya. Lepas maghrib gitu, settle la memasaknya. 

Raya Pertama
Pagi tu lepas mandi dan bersiap-siap aku tolong hidangkan makanan untuk raya, termasukla nasi dagang tu, hahhaha. Kami makan sikit dan pergi solat Raya di masjid dalam hujan. Balik rumah sambung makan balik. Bagi aku nasi dagang tu lembik sikit, dan kuahnya tak kick sangat. Tapi gamaknya sebab dekat kg Ed tu tak banyak orang buat nasi dagang, by tengahari dah sold out semuanya. Alhamdulillah. Syukur. Next time kalau aku buat, aku guna beras merah tu, baru best. 

Pergi rumah seorang makcik dan lepas tu pergi kubur pulak. Tak baca Yassin kali dan buat tahlil ringkas jek, sebab hujan. Petang tu layan orang datang beraya. Rumah MIL aku ni memang ramai datang beraya, kuih-kuiih raya memang boleh sold out.

Raya kedua
Aku macam tak berapa ingat dah. Owh baru aku ingat. Hari raya kedua kami ke rumah sepupu Ed di Puncak Alam. Hospitality memang dasyat la diorang ni, kami dijamu nasi arab. Lepas tu kami ke rumah kakak Ed. Makan bihun goreng pulak. Adoi ketat dah kain aku. Lepas tu kami balik untuk tunggu orang Baraan. Dekat pukul 5 gitu or pukul 6 baru geng Baraan sampai. Lepas diorang balik, si Ed ni lesap. Aku suspect dia ikut Baraan. Tapi tak pulak dia cakap. 

Pastu aku tercongok ler sorang-sorang sampai pukul 10 malam baru dia balik. Tu yang aku malas kalau dia pergi Baraan tu, aku nanti dok sorang-sorang. Itupun ada ampun dia start join dah petang, kalau dari pagi? Berayalah aku cam anak dara ikut mak  mertua aku ke hulu ke hilir macam dua tahun lepas. Serius perasaan yang tak best, beraya sorang2 ikut in laws. Cuba kalau dia ikut mak aku beraya, dan aku takde, harus dia lepak rumah jek. Pastu ada gak remarks dia cakap semenjak 2003 onwards dah jauh sikit dari sedara-mara. 2003 onwards tu sejak dia kahwin dengan aku la kan. Kecik ati wa, as if la aku penyebabnya. Dia takdela cakap specific gitu. Aku je ler nak terasa hati gitu. Malam tu jugak balik ke rumah parents ku di Puchong sebab esoknya adek aku bertunang. Malam tu tolong mak aku siapkan barang hantaran adek aku. Tolong teman jelah, aku ni hopeless bab menghias-menghias ni, tolong potong dawai, gunting-gunting bolehla. Lepas subuh baru kami balik rumah. 

Raya ke-3
Pagi tu aku beli makanan breakfast untuk dibawa ke rumah mak aku. Tengah2 isi minyak, aku nampak ler mamat rambut panjang ni sengih-sengih cam kenal. Aku haram tak register sapa mamat tu. Aku dah dekat nak masuk dalam kedai petronas baru aku perasan tu husband Mamatinie. MUhahahha. Yehaaaa sempat ler beraya dengan sahabat lama ku ittew di petronas ngeh..ngeh..ngeh.. 

Terus shoot ke rumah mak aku, makan roti canai macam orang kebulor dan terus ke Damansara untuk meminang anak dara orang. Everything went really well, alhamdulillah. Dekat rumah tunang adek aku tu melantak tak hengat jugak. Hancusss..

Raya ke-4
Tak ingat buat apa, yang penting malam tu aku gi main bowling dengan Ed. Pathetickah? Ok la jugak aku tak ler pakai baju raya gi main bowling tuh. Ada pakcik tu dengan baju melayu siap sampin gi tempat bowling tu dengan anak dan cucu. Gila sporting kan, hahhaha. 

Raya ke-5
Bangun jek tido Ed cakap, husband cousin dia meninggal sesak nafas. Orangnya sihat walafiat baru umur 35 tahun, tapi dah tertulis ajalnya kan. Aku tak kenal sangat tapi bila tengok wife dia tersengguk-sengguk nangis, memang tak tahan. Seharian jugak kami disitu, sampailah kebumi di kubur. After that kami ke rumah cousin Ed untuk beraya. Malam ler baru sampai. Pergi jugak sebab memang dah janji nak pergi, dia dah masak semua kan. Sebenarnya penat, tapi kalau tak pergi tak best pulak. 

Raya ke-6
Pergi SACC Mall Shah Alam dengan parents aku. Beli apa? Tunggguuuuuu..
Raya ke-7
Aku start puasa ganti. Melepek cam kain buruk itu sangat-sangat biasa untuk aku for 1st day puasa. Berbuka di rumah mama, makan mee udang. Pastu tah kenapa baba buat laksa pulak lepas tu, giler ketat seluar aku lepas tu.

Raya ke-8
Dah masuk kerja. Kalau ikutkan memang nak cuti lagi tapi, aku kena submit article yang mentioned kat atas tu. So gagahkan diri masuk opis gak.
Alhamdulillah, siap jugak article tu ahead of deadline. Beg aku, aku mintak Ed kemaskan, habis jek kerje dia pick up terus kami ke kenduri di Jengka. Ada kenduri doa selamat sikit. 

Raya ke-9
Kami ke rumah my aunty kejap di Chenor. Sembang-sembang dengan dia. Pastu ada ke patut dia tanya dekat Ed, taknak kawen lagi ke? Tersedak si Ed. Aku cakap, tak payah, aku ni comel lagi, muahahha. Terusik jugak hati aku masa tu. Malas jek nak layan sangat. Sampai jek di KL, aku pergi rumah mak aku sebab anak-anak buah aku dah sampai dari kg, so bolehler gomoi2 anak buah aku yang kecik tuh. 

Pastu aku ada janji nak view satu rumah atas tanah tu. Nampaknya macam good bargain sangat. So we went to view the house. Sangat-sangat berminat, telefon sana-sini. Lepas view the documents provided, aku dan Ed gi booking rumah tu! Adoi impulsnya buying.

Raya ke 10
Which is semalam. Aku berpuasa balik. Tidur jek cam hape entah. Dalam pukul 4 gitu. pegi supermarket dan beli barang untuk buat baked macaroni. Adek aku dan anak buah aku request. Berlambak giler aku buat sampai melimpah dari kuali besar tu. Dapat 2 caserol besar. Selamat. Petang tu aku bawak parents aku gi tengok rumah tu, nampaknya they liked it. Haa satu kerja besar akan bermula untuk acquire rumah tu. Adoihh..
So today aku masuk kerja awal, sebab lepas sahur tadi aku terus tak tido. Ala2 jadual waktu masa bulan Ramadhan dulu. Tahun ni aku tengah cuba sedaya-upaya untuk puasa awal sikit. Tak larat dah puasa masa-masa kecederaan macam tahun sudah-sudah. Hari ni hari ke-3 aku puasa. Insyallah, aku akan cuba puasa sampai Rabu. Oklah korang tulah update aku yang giler panjang. Aku pon naik bosan menaipnya. Sementara syawal masih bersisa, Selamat Hari Raya dan maaf salah silap.

8 comments:

  1. Aik tetiba ko beli dulu? Aku smpai skrg tak dpt view rumah lagi.. rejeki btol korg.. area situ gak ke? sbb ada few housing tgh mencanak2 situ..

    ReplyDelete
  2. info tentang masalah pendengaran di SIHAT SELALU - Lawak Masalah Pendengaran

    ReplyDelete
  3. panjang update! raya betul :=)

    weh korang..raya2 ni x de gathering ke? Jojoe aku dah jumpa si arena ni je blom pernah bertentang mata..

    Arena ko beli umah baru ke second hand? good luck ok.

    ReplyDelete
  4. Jojoe,
    Tulah unplanned tapi timingnya kena dengan requirement cuma tak kena dengan kesibukan. Yelah semua nak duit aku dengan nak gi london ni lagi kan.. hishhh.. Tapi rezeki jangan ditolak ye tak.

    Mawar,
    aku macam tak sempat jek nak jumpa sesapa. boring giler terkejar-kejar sana-sini nih. letih. sabar ek, mana tau satu ahri nanti, aku berjaya beli rumah tu ker, aku buat makan2 ek..rumah tu dah lama siap tapi owner tak pernah duduk lagi.

    ReplyDelete
  5. Gila panjang, I loikkeee. Aku pun baru sahur tadi dan berangan nak puasa. We'll see. Ko kira beraya dgn Ayen kat Petronas jek ah, aku dgn Zul kenal gak suami Ayen tu, maklum la dari 'kelompok' yg sama.

    So ada next entry la kan sbb nak cerita beli apa dgn parents ko hihi. Jgn lupa jemput aku sama kalau ko buat makan2 tu..:)

    ReplyDelete
  6. Amy,
    Gilerrr punya panjang kan..itulah beraya dekat petronas jek dulu dengan ayen. Owhh korang kenal la gak ek. Tu ler, aku tatauler buat makan2 ke tak. Dengan geng2 kamceng seuni pon tak buat lagi. Normally raye jek, kitorang jumpe.

    ReplyDelete
  7. selamat membeli rumah..aku pun boleh consider impulsive buying gak dulu..anything on the transaction just call me ok..aku ada contact kat semua pejabat tanah kat selangor tu. bleh buat cepat sket..

    ReplyDelete
  8. Angah,
    Owh ye ker..
    actually risau gak nak beli rumah tu sebab hmmm nantila aku citer.. ape contact number ko ek..

    ReplyDelete