Thursday, February 24, 2011

Sharing this..

Aku busy gilerlah. Tak sempat nak update. Last week outstation, minggu ni outstation 3 hari. Next week ada exam plak. Tak abis-abis exam aku nih. Letih.

So that you wont miss me that much, I will leave you with a great quote I just heard and saw from the Criminal Minds (one of my current fav serIes)

Scars remind you, where you've been, it doesn't have to dictate where you are going..

Deep.

Sunday, February 20, 2011

Lagi cantik dari Kim Kardashian?!

This conversation took place 2-3 weeks ago. Aku masa tu tengah melepak depan TV. Tengok cerita bodo-bodo jek. Aku masa tu tengah tengok Growing U* with the Karda*hian. dekat E channel. Aku tau cerita tu takde moral value, anak-anak yang cam tak hormat parents dan banyak ler lagi. Tapi kekadang tengok jugak hahhaha. Masa tu Ed tengah dok ngadap notebook dia. Sesekali dia angkat kepala tengok rancangan apa kat TV tu.

Ed : Apsal ler com tengok citer ni? Citer-citer tak berkhasiat ni?
Aku : Saje jek tengok cerita orang cantik-cantik. Orang US kata, The Kardashians got the reality series because they are "interesting" family and pretty. Sebab diorang asalnya bukannya pelakon, penyanyi, dancer or supermodel. Nobody. Tapi sebab cantik-cantik masuk le TV.
Ed : Cantik ke macam tu?
Aku : Laa cantiklerr. Tu pasal la jadik endorser produk-produk kecantikanlah apa lah.
Ed: Cantik macam tu? 
Aku : Hishh yelah. Kan cantik-cantik semua adik-beradik KIm Kardashian tu.
Ed : Cantik macam tu? Cantik com lagi.
Aku : HAH??!!! Muahahahhahahah... hahahhaha...hahahhaha
Ed : Apsal gelak?
Aku : Yelah com cakap na lagi cantik dari Kim Kardashian, bior betul muahahhahha

Memang gelak sakan aku masa tu. I don't care if dia nak amek hati aku or what. The fact that he said I'm pretty is enough. I simply don't care! Lagi lawa dari Kim Kardashian okay,  ko ada? muahahhahaha... Yehaaaa....

Saturday, February 12, 2011

Nuffnang really pays. Believe it.

Assalamualaikum wbh, 

Fellow friends. Yes, I have neglecting this blog for a while now. 2011 has started with a bang. Giler punya busy. And I presume this trend will continue for.. err.. forever. I don't see the pace will slowed any time soon. Combined with the fact that I am currently a student now! I am super-duper busy. 
Anyways, I just wanted to inform that I have received a cheque from Nuffnang! Yess!! Took them a while because I didn't check my details properly. I did check, and I thought it should be okay. But the lack of "BIN" or "BINTI" or "A/L" can effect the check preparation. So Nuffnang had informed me to update my info, which I did. I corresponded few times with them which they responded immediately. They later send an email that they will invoke the cheque preparation process and gave me a date where I should be expecting to receive the cheque. It arrives a week earlier! I am impressed. Thank you Nuffnang.

So for those who have some reservation about trusting Nuffnang;don't . They really pay you. If you are a blogger you've got nothing to loose. Just register and put up the advert and forget about it. That's what I did anyways. Yes, I know if you wanna earn more you've got to participate in contests and activities. That's what put me off earlier. I don't like crowds and slow in making new friends. So a Nuffnangers gathering for me is a big No-No. But I like to write. Anyways, I decided to give it a shot. What if I just put my ad, in my 2 blogs and see what happens. Tadaaaa. I still got paid. Takdelah banyak like some other active bloggers who updates every day and participate in activities held by Nuffnang, but I still got a cheque. Minimal to withdraw payment is if you reach RM50. I got a little bit more than the minimal amount. Great what?

Thanks Nuffnang. You rock! And the milkadeal is really a good deal. Showcasing local products from real people and from small businesses. Hats off! Thanks again Nuffnang!

Thursday, February 10, 2011

Day Trip : Fraser's Hill - The Tourist Route

Kita kembali bersiaran dalam rancangan Jalan-Jalan di Malaysia - The Tourist Route. Actually ni trip yang tidak dirancang, hence terpaksalah jadik day trip jek. Last minute baru nak book hotel masa cuti panjang Chinese New Year bebaru ni, jangan harap la ada bilik hotel. 

Aku bosan dok rumah masa tu. Aku ajak Ed balik Kuantan, dia kata malas nak travel jauh-jauh. Katanya nak dok KL jek. Dia pulak cuti start dari Rabu, so bila dah malam Khamis tu mulalah bosan. Bila aku cadangkan untuk kami pergi Fraser's Hill, dia agree. Aku pon cubalah nasib carik hotel. Fat chance. Dream on. So kami pon cakap takpelah. Day trip pon ok. 

Kami bertolak takdelah pagi sangat dari Kajang. We stopped at McD's drive thru, isi minyak, beli paper dan terus jek memulakan perjalanan ke Bukit Faser atau Fraser's Hill. Ni kali kedua kami pergi. Dulu pon day trip jugak. Masa tu unplanned tengah jalan-jalan cari air terjun. Sampailah ke Bukit Fraser hahahha. Kali ni Ed masih menggunakan jalan dalam, so memang tak bayar tol lah. Ikut Selayang-Rawang-Batang Kali- punya jalan. 

On the way tu , dari Ampang Pecah (Sejarah Ampang Pecah boleh didapati di link sini) nampakla Empangan Kuala Kubu Baru.

 

Cantik jugak. Macam pernah tengok jek tempat ni dalam filem-filem Yusof Haslam, hehehhe. Lepas tu jalan dah mula bengkang-bengkok. Aku ni jarang pening or mabuk kenderaan, but off late aku mudah benar sakit kepala. Masa tu dah mula tangkap kat bhg belakang kepala. Kemudian kami sampai ke satu jambatan. Bila sampai jek jambatan kuning, maka sampailah korang ke kawasan air terjun Sg.Chiling.(tak leh upload gambar tatau pesal)
Kalau suka air terjun boleh ke sini. Tapi kalau nak camping weekend jek dibenarkan, nanti ranjer tak kasik masuk. Pasal kat area air terjun ni selalu jadik flash flood. Ko tengah sedap2 tidur dalam khemah, hujan jek, air melimpah hanyutlah ko dengan khemah-khemah sekali. Aku pernah ke Sg.Chiling ni masa bujang dulu. Masa tu takde restriction pon. Maghrib-maghrib masuk hutan tak de hal pon. I mean tak de larangan lah. Korang kena cross 4-5 kali anak sungai untuk sampai ke kawasan air terjun. Bagi aku, best dan memang berbaloi. Kurang sesuai kalau bawak budak kecik.  Eh melalut la plak. 

Okay back to the original post. Kami sampai di Gap iaitu kaki bukit Fraser's Hill. Silap aku jugak tak check waktu turun dan naik, sebab at one time kenderaan sehala jek boleh gerak. So odd hours dari Gap naik ke Bukit Fraser, and even hours untuk turun. Kami sampai dalam pukul 12.05 tengahari. Shoot. Lambat sikit. Kalau sampai dalm pukul 11.45 pon boleh naik lagi. So terpaksa lah kami queue dan tunggu pukul 1 tengahari.







At 1 sharp, kami dibenarkan naik. Jalannya super berliku with super sharp corner. Kejap-kejap aku tutup mata kasi rest sikit sebab kepala aku pusing. Tapi jalan yang memanjang ala-ala u-turn tu lebih kurang 15-20 minutes jek. Tak lama kami sampai le ke Bukit Fraser. Mula-mula nampak balai polis, dan diikuti jam besar ni. Takdelah crowded sangat. Not bad. AKu risau jugak kalau overly crowded sebab Fraser's Hill ni bukannya besar sangat. Overall keadaan trafik nampak terkawal.





Kami mula-mula cari Allen's Water dulu. Lepas dah jumpa, kami pusing ke area lain. Kali ni aku tak ingat langsung nak guna GPS so aku pakai jelah sign board dekat Fraser's Hill tu and end up at Jeriau Waterfall. Sebenarnya kami dah pernah pergi dulu ke sini. So takdela intention nak mandi. Tapi nampak ada perubahan jugak. Nampak lebih people friendly la tempatnya. Ada orang camping. Ada kawasan yang cam di empang sikit supaya ada bigger pool. Tapi I warn you, it's quite a walk from the place you park your car. Nak ke waterfall tu cam turun bukit so not bad. But the walk bad tu, phewww berpeluh gak ketiak. 





Dari Jeriau kami ke Allen's Water balik. Tempat ni used to be or was planned to be made into a reservoir. Tapi sekarang ni jadik tasik rekreasi jelah. Hijau jek tempatnya. Kalau korang datang pagi-pagi selepas subuh (hahhha) sure berkabus jek tempat ni, sebab I saw in TV rancangan apa entah, mamat tu pergi pagi gila ke area Allen's Water nih, memang berkabus sampai nampak macam moldy jek tempat tu.

Kat Allen's Water ni takde aktiviti lain kecuali paddle boating. Bolehlerr kalau nak bagi ikan makan. RM6 satu boat untuk dua orang for 15 minutes. So masuklah aku dan Ed dalam boat ni sambil gelak-gelak sebab dah berpuluh tahun tak naik paddle boat kot. Last aku naik maybe in Genting masa aku darjah 6 and before that errr Mimaland kot, masa 4 tahun? Gila lah zaman dinosour tu. Errr memang ada replika dinosour kan kat Mimaland tuh? Muahahah. Bebudak sekarang Mimaland pon tatau apa dan kat mana.  Anwyays, kami berkayuhlah di Mimaland tuh, eh silap di Allen's Water tuh. Kaki dah ler lenguh naik bukit kat Jeriau tadi nak mengayuh pulak. Serius lenguh. Tua dah kitorang ni, aku dok pikir, aktiviti ni patutnya fun giler, tapi pehal lenguh nak mampos nih? Muahahha..Tapi tempatnya cantik, serene and the 15 minutes really flew by. The only drawback was, susah giler nak control paddle boat tu, terpusing-pusing jugak beberapa kali  sambil tergelak-gelak cam kucing kejar ekor tuh, muahhahah.

Lepas tu kami pikir. Nak makan ke nak gi mana? Nampak tempat makan pon macam crowded je lagi, so kami ke The Paddock. Aku takde map, tapi aku ada amek gambar map masa dekat Gap tadi so aku belek ler kamera dan navigate untuk ke sana. Tak lama lepas tu kami jumpala tempatnya. The Paddock ni cam kelabla. Ada kuda gitu. Sebelah padang golf. Ed tanya nak naik kuda ke? Kalau nak soh kuda tu cedera parah or kita kena saman sebab kasi kuda tu patah pinggang, cubalah naik. Hahahha. lagipun aku nampak bebudak jek naik kuda, takde pon orang dewasa naik. Hahhaha.

So kami ke satu section untuk cuba satu aktiviti yang Ed dah lama sangat nak cuba. Archery. So kami nampalah tempat memanah tu, dan queue untuk memanah. RM 8 untuk 10 anak panah. Memula tu aku soh Ed jek try. Aku sure tak pandai kan. Tapi aku pikir-pikir balik, baik aku cuba jek, bila lagi kan. So aku pon cubalah. Aku cuba tah hape-haper haram tak kena papan tu pon. Ke atas, ke belakang seb tak terkeluar pagar jek. Masa tu aku dah tinggal 4 jek anak panah aku cakap kat brader yang jaga tempat tu, encik tolong ajar saya cik, dapat kena papan tu sekali pon jadilah. So he stand behind me, gave instruction and..... yes I hit the board and the next 3 arrows. Yeeehaaaa. Bila dah mula kena, mulalah terasa best. 

It's a good family activities actually. Masa tunggu turn for the second round tu, memang terasa spirit 1Malaysia tu sebab memang ada kami, 1 family melayu, 1 family chinese and 1 family India. Pastu pakat gelak kat each other, bila buat kelakar, hahahha. The second round was better, Ed's target improved a lot which is not surprising. And I did not so bad myself. This round rasanya missed 2-3 jek and banyak jugak yang dekat2 area bull's eye tu. Ed rasanya missed 1 jek, and his target was good as well. Not bad for a second ever try.

Lepas jek habis memanah tu, kami pikir-pikir either, nak minum dulu or kejar nak turun at even hours tu. Tak nak stranded kat atas. Aku cakap dekat Ed, jomlah turun dulu. Memang dah waktu boleh turun masa tu. Takde aktiviti apa lagi nak buat dah kecuali jungle trekking, golfing and bird watching. So kami pon balik lah. Turun dekat Gap, pegi toilet dan order burger which took forever. Tak fahamlah aku, bebudak jual burger tu, orang sikit punya ramai order pon ko lemah gemalai lagi. Punya lama aku tunggu dapat 1 jek, aku terus blah, share the burger dengan Ed buat alas perut. Kami head back and ate real late afternoon lunch dekat Kuala Kubu Baru. Makan nasi goreng ape entah. Sedap dan murah. lepas tu kami pon terus balik ke Kajang. 

Bukit Fraser bagi aku a good excursion, kalau rasa nak keluar dari KL. Tak jauh sangat. Does not cause you a lot of money. We spent less than a hundred untuk semua aktiviti tadi. Kalau boleh bermalam even better. Pelan-pelan dan tak yah rushing macam kitorang untuk buat aktiviti-aktiviti semua tu. Satu malam maksimum la aku rasa. Sebab not much to do, and explore unless you like trekking, golfing or bird watching. Weekend break should be nice. Be prepared for jalan bengkang-bengkok and mind the time. Odd hours untuk naik Fraser's Hill and even hours untuk turun sampai pukul 6. After that takde jalan sehala. Serius aku tak leh imagine kalau jalan tu dua hala. Super-duper bahaya. Overall it was a nice trip, we got to do something different, and now I think we are hooked! Nak cari tempat memanah yang best kat KL nih!

Tuesday, February 1, 2011

Allah Knows Best

Susah sikit nak komen dan balas komen kawan-kawan. Dekat opis dah tak boleh masuk blog. Update memang selama ni tulis dekat rumah so tak kisahla.

Aku kan tengah sambung masters sekarang ni. Mencabarnyalah. Kerja dahler cam haram banyak sekarang ni. Tak larat dowwh. Mula-mula tu aku happy that me and my friend dapat supervisor sempoi. Nampak macam flexible jugak. Tak dpt nak adjust time untuk jumpa, she agreed to meet us once in two weeks. 

Lepas present proposal bebaru ni, aku dapat email yang dia tak boleh supervise kami lagi. Termenung kejap kami. Lahh SV tu dah drop kami ker? Katanya dia hendak kami dapat SV yang dapat lebih membantu area kami lagi. Apa nak dikata. Terima jelah kan. Frust jugak sebab nampak dia okay. But after a while kami pujuk hari yang Allah knows best. Adalah hikmahnya ni. First impression terhadap SV baru kami yang berada jugak di pembentangan proposal baru-baru ni, nampak macam no nonsense dan macam strict je. 

Hari ni, kami ada appointment dengan dia. Risau jugak. Tatau apa nak expect. We were preparing for the worst. Bila sampai je depan bilik dia, dia sapa kami and seemed quite friendly. Later, we told her about ourselves, our proposed topics, dan dia telah memberi sangat banyak guidance dan tips-tips berguna. Most importantly, she made us feel very optimistic dan bersemangat. She also gives us great suggestion on the schedule to see her.

Balik tu, aku sembang-sembang dengan kawan aku, dengan begitu bersemangat sekali. Hari ni balik rumah tak pening kepala, hehehe. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, sesungguhnya Allah Perancang Terbaik. So when something hits you, moan, take a deep breath and trust Allah has your best interest. Allah Knows Best.