Sunday, May 29, 2011

Pirates of the Caribbean 4: On stranger tides

I watched this movie last weekend. The cinema was fully booked and I managed to get the tickets only on Sunday night. Jack Sparrow returns sans Will Turner and Elizabeth Swan. To me it's a little bit boring. Penelope Cruz role was err alright but not superb. And the villain for this installment is Blackbeard.

Watching from the first installment of POTC, I think it's hard for the production to top the villain Davy Jones and the plot where a betrayal on top of betrayal on top of another betrayal by Jack Sparrow, Capten Barbossa, Will Turner and Elizabeth Swan.

The only interesting part which i liked was the mermaid elements where it created a different dimension and elements to the movie. Overall I'll give 3 stars for the movie because there were part where I felt bored silly. Hopefully it's the last one. Johnny Depp, go on and do other interesting and huge project such as this.

Gardening and breadmaking updates

Assalamualaikum wbh kawan-kawan, 

As always aku super busy tak sempat nak update, activity2 aku. Aku dah cerita kan pasal I bought the breadmaker cum oven tu. Aku pergi tengok demo bebaru ni. It's not a cooking demo so to speak la, it's actually a product demo, where the product is the breadmaker tu ler. Tapi aku memang jatuh chenta u. Sebab, dia ada kneading utk buat doh tu, pastu terus leh sampai jadik roti. Pricey a bit, tapi kalo ko beli breadmaker biasa, dapat breadmaker yang boleh buat loaf bread tu jelah kan, tapi sebab bread maker ni boleh jadik oven gaks, so boleh la ko shape2 kan jadik whatever yang korang nak. So aku belilah breadmaker tu, and 2 more friends bought it also. So sembang2 dan our skype communication was about bread this and buns that. Muahahha.

Hari Jumaat tu ada talks pasal a new act yang bakal di enforcekan. Chewah, kami berjaya bertahan selama 3 hours tanpa bercerita pasal, bread tapi masa makan dah start cerita balik. Muahahhaha. Sebab kami berempat kat situ ada breadmaker dari jenama yg sama. Kawan aku sampai cakap, weis slow sikit cakap pasal roti tu, org lain dok cerita pasal aktalah, macamana nak sabit kesalahan lah kita cerita pasal roti, muahahha.

After that, 3 out of 4 of us pergi kedai jual barangan bakery. AKu carik sekitar Bangi, high protein flour or bread flour sumer tempat habis. Damn. So kami pergi Bake with Yen, Puchong. Hazabnya nak carik parking, tapi gigih la sangat. Excitednya. Hahahah. Tapi aku tak sempat nak mula baking sebab balik kg. Sebelum tu aku ada gak bake, pakai tepung gandum biasa jek, utk pizza base, oklah. Tapi utk bun, memang dense la, tak fluffy. 

Lepas balik kg, aku singgah di nursery sebab nak beli pokok bunga sikit. Mula ingatkan nak beli kat Sg. Buloh, tapi MIL cakap Sg Buloh tu dah over commercialized. Dia cadangkan beli dekat-dekat dengan kg jek. Fuhh memang best. Murah lak tuh. 1 pokok 4 ringgit, 3 rm10. So aku beli 3 pokok, 5 pasu bunga. (terpaksa beli yang plastik, sebab duduk apartment, berat nak angkat), fertilised tanah sekampit dan baja. Hahah Baru rm30. Mungkin tempat korang murah lagi. Tapi aku pernah beli pokok dekat dengan Giant Kinrara, RM15 sepokok kecik tu!

Sampai rumah, wei I really have to start thinking about buying landed house la. Horrible la time angkut2 barang cam tadi, dengan beg travel, dengan beg notebook, dan sebakul barang yang dikirm mak mertua, baju busuk, 3 pokok, pasu dan tanah. You imaginela la kami berselirat penuh barang-barang bersangkut cam pokok krismas, hmmmm. 

Lepas masukkan baju dalam mesin, aku pon ke balcony yang lagi kecik dari sekangkang kera, sekangkang kucing stray saja la kot. But peduli apa kan. So aku transfer sumer pokok-pokok dari plastik hitam tu ke pasu, dan transfer jugak pokok-pokok ku yang dah nak mampos ke pasu yang besar sikit. Seriously man, I don't know what I'm doing tau. Aku memang tak reti sikit bab pokok-pokok ni, and more ofter than not, pokok yang aku tanam or bela, memang mampos, kaedahnya. Aku harap bertahanla ye pokok-pokok semua.



Lepas dah settle pokok-pokok semua tu, aku solat jap, and ke dapur untuk baking. Hehehe. Kali ni bahan-bahan aku semua cukup, so hopefully oklah. Aku akan tunjuk step by step untuk buat roti tu. Aku konpius sikit dengan si Jojoe ni. Babe, ko tu ada bakery ok, apahal lak nak step by step utk buat roti pakai breadmaker ni? Pastu nak makan bread kat rumah? errr kat bakery punya tak boleh ker? Hahahaha. Tapi takpe aku tunjuk le jugak. Actually aku malu gila nak tunjuk sebab ada kawan kita tu sure terer tak hengat tang buat roti kan. Ko jengan gelak eh, Joe. Maka, aku dengan rendah hati, berkata bahawa aku memang tak terer, dan aku baru belajar ok. Eii nak tunjuk gambar pon maloo hahhaha.. Anyways, I will swallow my pride and share with all you.

Sebelum tu, some background. Aku beli Noxxa Breadmaker Oven dari Amway. Actullay aku ada beli satu lagi barang gak which is the Multicooker with Pressure cooker function. Yang tu belum keluar kotak lagi ya. So yang tu nanti baru boleh buat update. Pricey gaks, tapi kalau member boleh buat 0% interest free installment, layan. 

The breadmaker tu yang tengah-tengah tu. Yang hitam tu, oven biasa dan yang kanan sekali ialah mircrowave oven. Macam industrial kitchen dah dapor aku.

Ni bahagian dalam dough pan nya dengan kneading blade yang nampak jek kecik but does it job.
Ok tadi aku buat Sunflower Seed Wholemeal Loaf bread. Resipinya kalau korang nak, baru aku letak ok. Untuk pakai breadmaker, memang kena letak ingredientsnya ikut turutan. Normally for all breadmaker, mesti masukkan the liquids first, followed by flour dan last sekali yeast. Buat roti ni bagi aku is a science, so tak leh main agak2 tang sukatan dan turutan. Mesti ikut betul-betul. Breadmaker Noxxa ni  ada jugak delayed timer where ko boleh letak dulu ingredients let say, sebelum tidur, dan ko set timer bila ko nak roti tu masak, so by the time ko tengah sembahyang subuh esok, ada smell of fresh bread baking in the oven. Atau ko set bila nak gi kerja, by the time ko balik, disambut oleh bau fresh bread, best kan? Kalau pakai delayed timer, kena make sure betul-betul that the yeast tu tak kena langsung the liquid.

Mula-mula aku letak, air, vegetable shortening, garam, gula, susu, followed by bahan2 kering like wholemeal flour, plain flour and bread flour. Note that yeast ada kat atas sekali.

OK, lepas tu masukkan dalam breadmaker oven. Setkan untuk rapid bread. So mesin tu akan mula kneading.

ok bila-bila pon boleh bukak dan tengok dohnya. Kalau ada yang tepung dekat tepi-tepi tu ko sapulah sikit pakai rubber spatula. Pastu masukkan balik.

Aku ikut resipi jek,, so aku masukkan sunflower seed ala cam kuaci tu kan, 5 minit sebelum doh siap kneading and more on top later.


Lepas letak semua benda tu, aku mulalah ngantuk. Korang kan pernah baca masa aku buat lasagna dulu, aku bosan potong carrot, aku gi tidor dulu, pastu sambung buat later, muahhaha. Tak senonoh kan. So tadi, aku pon ngantuk lagipun mesin Noxxa tu ckp ada lagi sejam lebih baru siap. So aku gi ler solat dan tido jap. Ingatkkan nak tidor lama sikit, sebab Ed pon tido (tidor mesti berjemaah ok, hahahha) tetiba aku dikejutkan oleh bau yang freshly made bread yang sangat mengiurkan. Muahahha. So aku tengokler, yes! roti aku dah siap. Lepas tu aku pon buatlah kari apa lagi kalau tak kari sardin! Hahaha sorilah ye, ayam or daging takde kat rumah aku. Make do with haper bender jek la yang ada. Tapi sedap ko, percayalah.

Yes! Tapi berdebar nak terbalikkan takut tak jadi.

Tadaaa.

Yey! Alhamdulillah berjaya cubaan pertama buat loaf bread. Nampak cam dense kan, tapi fluffy jek. Crusty sikit. Tapi masa panas-panas tu yang crusty tu paling sedap. Kena tunggu sejuk baru boleh potong, tapi apa barang makan roti sejuk kan hahaha.

Maafkanlah pinggan dapat free beli sabun Daia tuh hahaha, Best ko roti ni. Kalau wholemeal bread biasa, korang tak suka sangat, you'd love the warm bread gini. 

Hmmm so gituler, kaedahnya ye puan-puan. Masa ko bawak keluar roti tu dari loaf pan tadi tu, kneading bladenya ada kat dalam roti tuh hahahahha. So aku rasa sesuai utk orang-orang yang sebok gak, sebab ada delayed timer tu kan.Dan jugak kalau cam kawan aku, yang anaknya langsung tak suka makan nasik, boleh le ko prepare roti tu, dan by the time balik kerja, roti dah siap tinggal nak buat cecah dengan apa jelah. But the delayed timer tu untuk loaf bread sajalah.

Ok, aku dengan penuh rasa maloo tunjuk gak roti yang aku pakai tepung gandum hari tu. Buruk tak hengat sebab lembik giler doh tu. Memang nak gelek the dough tu pon melekat dekat rolling pin tu, ko. Stress aku. Tapi aku gigihkan jugak buat. Sebab sayang sangat bahan-bahan tu kan. Err tapi tolong jangan kutuk aku ok, sikit2 kutuk I can handle it la. Tula tak nyempat-nyempat nak beli bread flour tu. Ok here goes. 

Doh yang lembik tak hengat.

Pizza yang aku tak leh langsung roll pakai rollong pin tu, aku kena tolak-tolak pakai jari jek atas tray tu. Seba baik bila dah masak ok jek. Alhamdulillah.

Sorry gambar kabur. Asalnya nak baut seafood pizza, tetiba malas nak kopek udang, aku buat Pizza cenna style pakai crabstick, hotdog dan sardin. Sardin lagi. Hahah. Eh Macarel in can. Lebey kurang sardin la kan.

Roti hotdoh yang nak lilit pon tak leh sebab lembik sangat. Hilang rupa lilitan tuh. So ala-ala hot dog in a blanket jelah.

Ni aku malu gak ni, bun kacang merah. Punyalah banyak kacang merah aku letak, sampai melimpaj-ruah ko. MUahahha. Tergelak aku, sorang-sorang lepas tu. 

Tu jelah update roti dari aku. Ada byk jenis roti lagi yang aku belum explore. Memang seronok ada gadget baru ni. Kawan-kawan aku yang beli sumer nak buat ala-ala bonding time dengan anak-anak kan, so bebudak boleh tolong lilit doh dekat hot dog and they can make their own buns. Aku dah janji dengan anak-anak buah aku, nak buat roti dengan diorang. Nantiler bila-bila senang. Diorang tu terinspired semenjak tengok Junior Masterchef hari tu.

Banyak lagi function yang aku belum explore kat breadmker tu like baking a cake and what not. Satu jek kekurangan, ovennya kecik sikit. But, kalau ko nak masak sendiri jek, sufficient dah oven tu. Macamler nak bake, 40 bun sekaligus. Kalau novice cam aku nih, nak lilit hotdog pon dah sekian lama, so memang tak perlulah oven tu besor benor. So nantikan lagi update breadmaker oven aku dalam series seterusnya.  Oklah, aku ada minutes nak hantar dekat boss ni. So, sekian update from my breadmaker. Later..

Wednesday, May 25, 2011

Cekna punya bread maker dah sampai!

Yes..Yes..Yes!!
Tah apela projek cekna lepas nih..
Hahahah.. Nanti la aku update tah projek apa aku buat kat dapor tuh..

Sunday, May 22, 2011

One day at a time.

Assalamualaikum wbh,

Grrr, sepatutnya I got my bread maker semalam, and I was planning to cook up a storm yesterday and today. Tapi sebab some technicalities yang kalau aku explain pon buat sakit hati aku jek. Senang citer, belum dapat lagilah dan tertangguh la misi aku nak jadik bread chef minggu ni.. (ada ker? hahah)

Last week ada a colleague rumahnya kena rompak and the best part all of her family are inside the house! Macam kena pukau, the robbers siap masuk their bedroom lagi. Seram. Alhamdulillah all of them tak apa-apa. Tapi aku lah yang tak lelap tidor, sebab dok sorang, sebab Ed gi outstation. Adoih. 

Anyways, last week aku kerja tak produktif sangat sebab tak dapat buat kerja-kerja hakiki, instead kena buat kerja-kerja yang tak sure kerja siapa sebenarnya. Pastu malam-malam aku main game bodo-bodo kat Ipad tu. Serius la addictive game2 nih. 

Last week jugak, ramai gila orang resign dan reached their last day. Rasa cam best jek, that they are on their way to greener turf. But we'll never know kan, whether you'll be hapier or not. Aku pulak, dah nam[ak that another opportunities untuk change of career dah mula menampakkan hasil, but the thought of leaving my current company, the stability and the security is making me nervous. Tak leh imagine kalau takde duit gaji bulan-bulan nih. Hishh seram lak. Anyways, decision point will come in mid June. So sebelum sampai that juncture, aku malas nak pikir lagi.

On to some good news. Aku amek dua subject sem ni for my masters kan. Kejap jek dah habis satu sem kan. Macam baru jek register sebenarnya. Aku bukak la portal, dok tengok-tengok updates sebab aku risau aku dokumen yang aku tak submit lagi. Pastu aku tekanler result kan. Macam Delinn gaks, aku genyeh-genyeh mata dua tiga kali, siap panggil kawan aku soh tengok result dia pulak. Alhamdulillah aku dapat A untuk subject tu! Syukur..syukur.. 2 hari lepas tu, kawan aku cakap result subject satu lagi dah keluar jugak. Berdebarnyaa. Aku pon login, pastu takut nak nak tekan button result tu. Another A!!! Alhamdulillah. .alhamdulillah..alhamdulillah. Syukurnya Ya Allah. Azab sangat rasanya kerja sambil belajar ni.. So you loose some you win some. Research aku kena restart but my class suject result sangat-sangat baik. Syukur Ya Allah. 

Ada a friend tanya, Master ni senang sangat ke, bersepah orang dapat A. Tataula kan. Pada pandangan aku, bukan senang. Susah. hazab apatah lagi kalau sambil kerja ni. Cuma our commitments are different as compare to masa undergrad dulu. Bayar sendiri kan penat lelah sendiri lainlah. Masa dulu-dulu buat assignment lebih kurang;hantar. Now pergi tanya lecturer 3-4 kali sebab we wanna nail all our assignment. Sebab risau takut tak sempat study for exam. So memang assignment and carry mark tinggi.

Apa-apa hal pun aku bersyukur atas kurniaan Allah ini, dan thankful to a friend of mine yang sesama berjuang untuk masters ni. Teringat masa hari exam tu, aku asthma sikit so aku tak gi library study, aku study dekat rumah jek atas katil. Aku punya note penuh keliling katil. Pastu aku skype dengan sorang member lagi untuk discuss jawapan exam. Pastu siap telefon Ed nak nangis (ke dah nangis aaa?) sebab panik tak habis study dan tak prepare untuk exam. And later Ed smsed me a really touching Doa. You're the best babe.

So lepas ni kena work on with my research paper yang kena buat balik tu. Ughh. Walaupun cuti semester sekarang ni, tiada cuti untuk yang buat Masters by Research kan. Okay, one day at a time Cekna. One day at a time.

Wednesday, May 18, 2011

FInally, a proper update

Lama aku tak update blog ni. Busy giler, dan agaknya aku distracted main game Tiny Kitchen tu di waktu lapang, aku memang takde masa jadiknya. Game Tiny Kitchen tu ada untuk iPad. Simple jek gamenya. Game ringan kepala gitu, tapi addictivenyalah. Ed suruh uninstall jek. Dia jadik manager zoo untuk game Tiny Zoo, tapi dia takdela addicted cam aku. Muahahhaha. 

Anyways, banyak perkara terjadi sepanjang minggu lepas dari aspek kerja dan belajar. Kerja cam biasalah tak abis-abis. Dengan meetinglah discussionlah.  Serabut aku. Aku sampai jumpa boss, cakap tolonglah kasik orang lain gak bahagian kerja tu, sebab aku overwhelm dengan kerja. Tak reti nak manage. Muahhaha. Terang2 jek cakap sekarang nih. 

Bab study laks. Aku ada present pada supervisory committee last week. Punyalah kecut perut sampai telefon mak aku dan Ed mintak tolong doakan. Aku pon doa-doa jugak mintak-mintak takler ramai orang, which memang tak ramai. The committee pon ok, takde kena asak teruk-teruk. Cumanya, hmmm tetiba direction of my research dah jadik lain pulak. Diorang tak kata, anything wrong with my problem statement and LR, cuma tetiba nak mender lain. Aku angguk-angguk, take notes dan lepas tu ada sorang lagi present. After that, sebok la nak settlekan paper work lah apelah.  So lupa kejap pasal feedback committee tu. 

Bila balik rumah, dan pikir-pikir balik, memang all my work selama 4 bulan ni almost all emm down the drain. Aku rasa aku hanya boleh pakai the introduction jek. LR pon boleh pakai dalam 2 mukasurat jek punya findings. Selebihnya SCRAP. Frust woo. Takdelah rasa sia-sia jek study sebab pepehal pon semuanya ilmu, tapi sedihla semua kerja ko dah tak leh pakai. All your sleepless nights, and countless hours spent in library (hahah baru pegi sekali dua) tak mendatangkan hasil. Buat masa sekarang ni, problem pon takde lagi. Adoih. I thought aku dah boleh concludekan LR dan start on methodology dah. Memang back to square 1 lah gayanya. Tatau nak cakap perasaan aku camana masa tu, There goes my intention to present dekat conference this November and habis kan the study by early of the year. Arghhh frust. 

Balik daripada present dua tiga malam after that, memang aku main game full swing. Muahahha. Lepas tu last weekend aku temankan mak aku kat Puchong, sesambil babysit anak buah. Terhibur sikit hati aku nengok budak bulat tu. Tapi tetiba aku jadik risau bila mak aku showed both her feet jadik biru dan bengkak sangat. I kid u not. Aku suspect either water retention or sugar level naik. Mak aku nih payah betul nak bawak ke hospital. So dia balik ke Kuantan jugak malam tu, and I called my brother soh dia bawakkan ke klinik. Memang betulla sugar level naik, dan banyak sangat walking, sampai ada effect pada nerves nya. Camana entah. Gitulah lebih kurang. So aku sekarang ni dok membebel la tiap kali phone, soh dia rest. Aku ikutkan nak soh dia admitted so boleh bed rest. Tapi payahnya nak pujuk. Hishhhh. Risau lah, kalau parents tak sihat nih.

Semalam, aku pergi tengok demo masakan. Its actually demo barang la. Of course la there's a catch. But I enjoyed it. Rasa inspired to do something about it. Nanti kalau aku dah take a step in this, aku cerita ek. Aku ni mudah sikit inspired kalau tengok orang masak-masak nih. Muahahhaha. 

Hari ni sungguh tak semangat nak kerja. But tak leh layan sangat, kepala aku ni. Merapu-rapu nanti kat opis tu. Oh ya, ada satu good article yang aku baca yang aku nak share. Tapi malas sikit nak mengarang. Hopefully we can benefit from it. 

Take care people. Entah bila lah, nak update pulak lepas ni.

Saturday, May 14, 2011

Time

Time doesn't heal a damn thing. It's what we do within that time that may heal our wound. 

Heard this on Oprah. Deep. Nanti aku update ok. Aku dah balas komen kat bawah tu sebenarnya, tapi mana entah hilang.

Sunday, May 8, 2011

Update

Assalamualikum wbh kawan-kawan,

Final exam dah habis, assigment pon semua dah hantar. Alhamdulillah, at least that part dah settle. Cma takdelah senang sangat hati sebab next week ada presentation dengan supervisory comittee research aku. Adusss seramnya. Masa jumpa sv last week, aku cam down buat kali kedua sebab dia tak ouas hati dengan content thesis aku. Baru intro dgn lr jelah. Tapi kali ni tak se down hari tulah. Sebab hari tu aku dah buat berie-ie tapi dia tak setuju, this time around aku memang tak sempat langsung nak tengok. Next week lagilah busynya. Tobatt tatau camana nak csrik masa.

Semalam dan hari ni which is ahad, banyak layan laundry jek, tapi gile tak dayanya nak lipat. Malas sangat. Semalam aku sempat baca 2 jam jek journal hopefully, kejap lagi aku transfer kan ke thesis aku. Actually banyak kerja aku bawak balik rumah weekend ni, tapi letihnya nak buat. Sudahnya, aku layan main game, tidodan buat la kejer rumah sikit2.

Tadi petang ajak ed gi Mines, ramainya orang. Tapi takdelah super duper crowded sebab tempat tu besar kan. Kononnya nak beli toner jek, sekali ed belanja aku lampu study, toner semua
warna, buku cerita dannnnnnnnnn cincin. muahahahha ye korang tak salah baca.. I got a ring! Sengih menyeringai jek aku hari ni. Now dua-dua dah melepek penat. Eh, bukan aku nak beli tu
sebab nak Print draft thesis ker? Wargghh malasnya nak baca journal dan mengarang thesis tuh!

Wednesday, May 4, 2011

Sebok memanjang..

Assalamualaikum wbh..

Aku busy dengan final exam, 2assignments, 1 workshop, prep for few meetings dan tah haper2 enta. So jumpa lagi minggu depan or maybe after final exam malam esok. Eii cepatnya masa berlalu kan, dah nak habis 1 sem dah. Doakan aku score ek exam.