Sunday, August 28, 2011

Alhamdulillah, tangan aku not so bad sehari dua ni. Aku kurang masak minggu akhir ni. Ed pon banyak belikan jek. Maybe tangan aku dah memang nak start sakit pastu bulan puasa ni, memasak hari-hari, campur buat roti campur buat kuih raya lagi, terus mogok gamaknya. So sehari dua ni tak masak. Earlier part of the week pon ada gak masak, tapi simple-simple jelah.

Oh, hari apa entah I had a disaster in my kitchen. Grrrrr. Tatau camana pizza yang berzaman dah aku buat, even before aku ada bread maker tu, tak menjadi hari tu. Rotinya tu takdelah horror sangat walaupun tak superb. Masa keluarkan dari oven, Ed dah tanya, apa yang bau masam tu? Aku dah saspen pasal aku bau jugak. Aku ingat bau dohnya, terlebih yis ker, adoih. Pastu try makan, amender yang off giler about the pizza ni. Tomato sosnya ker? Sardin ker? Pastu after a while, omigod it's the cheese. Memang hapak dan masam tau. Ed cakap sayang sangat soh aku try salvage, so aku cubalah ketepikan the cheese, boleh la makan sikit-sikit. Frust tau. 

Petang yang sama tu aku buat biskut arab. Aku ikut resepi. Dah banyak aku review resepi, memang sukatannya sama jek. So aku ingatkan trustworthy lah kan. I followed it cuma aku halfkan segala ingredients sebab nak buat sikit jek. Masa gaul tu dah perasan, apsal la lembik semacam ni, hish so aku tambah la sikit tepung. Tapi tak berani nak tambah banyak. Masa bentukkan bulat-bulat tu pon rasa tak sedap hati sebab lembik giler. I should have trusted my instinct la. Hmmm.  Then aku bakar. After 20 minutes lembik. Dah sejukkan pon;lembik. Bakar balik, sampai dah kaler brown pon lembek lagi. Arrrrrghhhh. Kuciwa. Rasanya ok lah. Tapi teksturnya, fail. Asal pegang jek hancur. 

Actually hari tu masa buat biskut conflakes hari tu pon takdelah a success sangat. But in the end it turned out ok jugak. So takdelah memanjang jek menjadik cekna ni masak kan, banyak kali jugak fail. Ada masa-masanya, aku give up langsung tak try dah certain resepi tu. Ada masanya especially yang aku determined sangat nak get it right, I'll try again. 

Ada gak aku try buat tuna roll hari tu. Tu pon satu hal lagi. Doh lembik, sampai aku sms si Jojoe, memalam buter ke pepagi buter tanya camana nak shape kalau doh lembik. Panjang lebar makcik tu bagi tips. Rajen gak dia melayan aku, hehehe. Thanks babe. Bila dah lembik gitu, memang la susah nak handle, rupe roti siap tu hazabnya Ya Allah. Rasanya memang sedap tapi, you eat with your eyes kan. Rupa mesti mau cantik,  baru rasa nak makan ye dok. So selepas mencari gadget yang sesuai dan tengok youtube, how to handle high hydration dough(giler semangat, okeh), ada la improvement sket, rupa roti ku.
Hazab kan rupenyer, mengembang  menelentang gitu. Gebu memang gebu, tapi rupnya tu, adoila..

Ada nampak cupnya tak? hilangkan cup tu.

Bila pakai tray lobang baru ler naik comey sikit.

Siap tak sempat buang harga tuh/
Baru la takde rupa roti terbarai kan. kan.kan?

Pastu buat la biskut mazolla untuk mak aku./. Mama aku tu mana makan sanghat biskut-biskut raya lain kecuali biskut mazolla. So mama punya pasal aku buatler biskut tu. Carik resepi dalam internet gak. Tapi masa tu pandai pulak aku trust instinct aku bila menggaul doh tu. Masa nak shape the biscuit dok mikir aku nak buat bulat-bulat dan penyekkan jek ker or terap. Sokmo kan biskut mazolla ni bulat-bulat jek. Tapi dek kerana aku risau size dan shapenya yang surenya lah takde uniformity kalau aku gentel sesedap rasa, aku terapla. Comel sikit kan. Lagipun tak kose la pulak nak timbang 10g per biscuit gitu kan.

Biskut ni doh selamat masuk perut mak, bapak dan adek aku. Babaku makan sampai sugar level dia naik esoknya. Dia sebokle kata, biskut kakok buat tu kan kurang manis, bolehla baba makan. Yelah ba, kot kalau dah belasah setangah balang sorang, hok tok berapa manis pon, jadik berlambok gulanya. Sabo jelah. Adek aku telefon semalam, dia kata,

kakok kuih raya awok buat sumer dah habis. Oh cornflakes jek ada sikit lagi, tu pon sebab tak nampok, awok letok kat atas microwave tu, kalau tok selamat doh.  Buat la lagi sebelum balik. 

Wei, aku nak balik doh esok nih, ngade-ngade pulok soh buat 1 more batch. Pengsan.

Melt in your mouth, kakok. Buat le lagi.

Pandaila sangat dia tu kan jek aku, sebab nak soh aku buat lagi. Lepas raya la aku buat.Hahaha. 

Aku dah nak balik Kuantan jap lagi.Ada lagi satu entry Ramadhan aku nak letak kat blog private nun, tapi tak sempat kot. Aku nak upload gambor pon hazab pakai berukband nih.  Now aku dekat kg Ed. Balik Kuantan jek, terus tukar slang, muahahah. Masuk raya pertama bila visiting family kat Chenor dan Temerloh, lagi bersepai. Org Pahang kata Bersepey. Muahahah.

Oklah, korang aku nak ambik kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya dan mintak maaf segala salah silap sepanjang aku berblogging ni baik utk geng2 lama mahupun kawan-kawan blog yang baru. Jaga diri bebaik. Travel safely. Dan yang di perantauan, jangan sesedih ok.

7 comments:

  1. Apa kehalnya aku buat mazola dan cornflakes dan kau pun buat jugak biskut yg sama haha. Semalam aku buat mazola dua adunan dan cornflakes pun dua adunan. Dari 8am sampai 6pm..gasak ler dah tak posa kan, asyik teguk air jek. 8pm adik aku ajak buat cornflakes madu plak. Mmg marathon buat kuih. Aku tak nak tengok butter dah seminggu dua ni hehe

    ReplyDelete
  2. kalo bake pakai paper cup kena pakai cupcake tin. if not mmg flatten.. my fren aritu ada ke bake cupcake tanpa acuan.. dah la batter kek tu cair..mmg penyek la cupcake dia. opt for muffin cup or baking foil*for pie* yg mcm mangkuk kecik to bake without tin.

    terigin sangat nak buat tat krim cheese tu. tapi u know my issue dgn kitchen kat kem tu.. so takdelah kuasa. tggu kitchen baru.

    ReplyDelete
  3. AMy,

    ko kan kembar tak seiras aku. aku buat kuih apa, sure ko buat. aku sakit tangan, ko pon sakit tangan kan.kan.kan. heheheh. iyer aku pon rasa tak moh buat kuih dah.

    Joe,
    tu lah aku ni memang try and error. bila dah terlentang roti aku, baru ler beli pan lobang2, Hahahah. Bilanya nak move ke rumah baru. baru ler ada cooking adventure yg dasyat2 dari jojoe..

    ReplyDelete
  4. Arena,
    Hahahaha! Sepaanjang koi dok membaca entry awok, koi dok tersengih dan tergelak jek tau! Kuuuusss semangat!

    Tarik napas!

    So ini lah cerita-ceriti kejadian malang di dapor awok yek? Haish! Koi yang membaca pon dah buleh rasa stress nye. Memang kadang kita konpiden dengan resipi tu keknye bila try, ces.. rasa nak hentak kepala somebody jek, kan? Keknye nasib baik la at least dapat jugak diselamatkan juadah awok tu weh.

    Koi ngucapkan Selamat Hari raya Aidil Fitri untuk awok sekeluarga yek. Travel safe and have fun di kampung. Jangan lupa tinggalkan beruang kat sana :D

    * psst.. memang sah la tray muffin tu dibeli, bukan dibuat sendiri. bukti kat sticker :D

    ReplyDelete
  5. Sis PatinPasta,

    Doh tentunya koi tok buat seniri muffin tray kan. Koi memang sah2 jadik beruang wei. Tadi dapat kuih pena kat Chenor bapok behnya. Seb baik dodol kukus takde, kalau ada beruang kutub;confirm!

    Tuler, koi bukannya terer masok2 ni.. kekadang jadik..kekadang dok. Yang tok jadik tu, koi tepek gok gambor buat teladan.. ceh teladan ler sangat hahaha,.

    ReplyDelete
  6. beb

    apa yg ko buat for CTS tu? aku pun rasa mcm nak kena menda alah tu je, tho aku takda la pi klinik lagi. just based on reading thru net and asked around. maleh noks nak gi klinik. kasi advice pls.

    kalo ada fb, can inbox me there. ina haron.

    ReplyDelete
  7. Delinn,

    Pegi klinik pon dia susah nak diagnose bebetul CTS tu. Memang kena gi specialist baru bebtul leh diagnose. For me aku rasa tangan tak kuat. Dekat wrist tu, kalau bend ke bawah memang sakit, which means nak memotong or menulis yang ada pergerakan dan pressure pada wrist sakit. Aku sampai kebas2 tangan dan sakit sampai ke bahu. Cara kita pegang mouse, menaip or pegang touchpad tu yg contribute to this. Beli wrist guard dekat farmasi will help a lot. Sebab kekadang bila dah sakit ni, terlipat tangan masa tido pon horror. Kalau boleh carik yang khas utk CTS, mintakle ngan farmacist tu. Guard tu akan paksa tangan ko straight dan kurang bend2 yang menyebabkan sakit tu..tapi seelok-eloknya pegi klinik. hehehe.

    ReplyDelete