Thursday, August 11, 2011

Bakar kuih raya ke tu?

Baru lepas subuh. Tadi mengantuk gila nak bangun sahur. ikutkan mata aku, memang aku tido jek. Dah la si Ed takde. Memang lagi best layan mata. Tapi, mengenangkan aku ni ada gastrik, kenala gak bangun sahur, makan sikit dan makan ubat. Alhamdulillah puasa tahun ni, ada sehari dua jek gastrik tu horror sikit. Itu pon sebenarnya aku gastrik masa hari yang aku tak leh puasa. Hari aku puasa tu ok alhamdulillah. Rahmat Ramadhan kan. Dan rahmat orang berpuasa. Tapi aku pon memang kena usaha lebih. Kena pastikan ubat sumer cukup. Sebelum puasa tu dah borong segala mala ubat. Tau jelah aku ni macam-macam health condition. Beratus gak habis. Tapi takpe, nak sihat punya pasal. Kalau ubat gastrik tu memang every berbuka dan sahur aku makan. Hmm which reminds me, ubat gastrik dah nak habis, esok kena gi beli sebelum bebetul habis stok. 

Ed takde start semalam sampai Jumaat. Kesian dia, puasa-puasa ni kena outstation, travel panas-panas gitu. Moga diberi ketabahan. Dekat opis aku rasa mengantuk yang hamat. Yelah memang kurang tidur kan puasa-puasa ni. Masuk tidor cam biasa, kol 12.30 - 1 am. Kol 5 bangun, panaskan makanan dan terusla pegi office, lepas subuh tu kan. Memang mengantuk gila kat opis. Aku sekarang ni, pasrah jek, kalau orang nampak aku terlelap or terjuling bijik mata menahan ngantuk ke haper, hahahha. Can't help it, dah. 

Anyways, semalam konom-konon Ed takde aku nak beli jek untuk berbuka. Tapi, aku pon dah jadik pemalas nak gi Pasar Ramadhan or kedai sekarang ni. Aku rajin gi kedai barang basah jek. Lepas beli tah hape-hape kat kedai semalam, aku naik ke apartment, letak barang-barang dan konon-konon nak baring kejap. Bukak-bukak mata jek dah 7.05 ko hahahha. Kelam kabut pikir nak berbuka dengan apa. Last-last walaupun berbuka sorang-sorang je kat rumah, aku masak gak. Ala spaghetti jek. Tapi sebab daging tu tak berapa nak lembut, takes a while jugak kena masak. So aku berbuka dengan vitagen dan roti yang aku buat hari sebelumnya. Bagus jugak ada stok roti home made nih. Dalam 7.45 baru aku makan spaghetti tu. Bosan tol makan sorang-sorang ni. Ed ada gak tepon, dia tengah berbuka kat kedai mamak. Akhirnya kena gak makan kat kedai pakcik tu, setelah dok makan aku nyer home-cooking hari-hari sepanjang puasa ni. Oh with the exception of KFC hari tulah. 
Apple rolled bun

Roti buat semalam, apple roll bun dan mini sausage roll. Tengok tu, brown habis kan? Grrrr.

Menu berbuka tadi. Spaghetti bolognaise
Lepas solat sumer at 10.30 malam gitu rasa nak baking. Hahahha. Kemaruk ke aku nih haaa? Korang tau aku buat apa? Aku test buat biscuit raya. Hehehe. Semenjak ada kitchen scale ni, aku dah reti halve kan or even sukukan the ingredient. So semalam test drive buat chocolate chip cookies. Kali ni masa bakar, aku bakar at 150c letak kat level tengah. Selalu bakar 2 tray atas bawah dan kurangkan 5 minit dari time baking asalnya. Kena sabar sikitla. But alhamdulillah, ok sangat hasilnya. Tak burn la.

Whoaa tak ku sangka cam famous amos daaa. Heheheh. Tapi aku cheat banyakla buat kuih tu. Aku dah beli premix tepung, kakaka. Tak authentic la kan. Pedulik apa kan. Kalau ada mender-mender yang memudahkan, bring it on. So aku tinggal, tambah butter, esen vanila, kacang, chocolate chip, nestum, oat dan chocolate button jek. Gaul dan sudukan atas tray sesedap rasa. Panaskan oven, dan; siap. Aku sukalah buat biskut sikit-sikit ni, dua tray jek, siap. Tak penat. Kata orang tak berbaloi sebab still kena basuh the mixing bowl, dan tray sumer tu. Bagi aku, ok jek, sebab ko tak rasa slaved in front of the oven sangat. So dapatlah 1 tupperware setengah, which adek aku dah cop dan aku akan tinggalkan sikit utk Ed rasa nanti. Maybe weekend nanti boleh buat perabis.
Test drive chocolate chip cookies
Siap!
OKlah korang, aku nak membaca jek. Esok ada jumpa lecturer. Setelah lama bercuti. Life as a student will resume. Arghhh. Torturenya. Tapi dah ini jalan yang aku pilih, kena harung jelah. Ya Allah berilah kekuatan, kerajinan, ketabahan dan ilham untuk menulis research paper aku ni. Hmmm aku dah berkira-kira nak convert to coursework dah ni. Ada beberapa kekangan yang menyebabkan Masters by Research ni tak berapa conducive utk aku. Pepehal kena solat istikharah dulu dan jumpa SV. Lepas tu decision time.

Take care korang. Korang buat kuih raya tak? Ke order dengan si Jojoe? Hehehe. Aku buat tu buatla, tapi order, tetapppp. Hehehhe.

12 comments:

  1. premix tepung tu cemana weh? cam senang giler je biskut ko nih and amat sedapp je bunyi nyer..gila mewah ingredients dia...aku nak test drive gak la weekend ni kat umah mertua ada oven..nanti ko tunjuk contoh premix tepung tu eh?

    ReplyDelete
  2. kelasss ko cekna haha..aku choc chip cookies ni dah macam buat tiap minggu gitu sebab kalau stok habis anak2 aku bising. Tapi kan aku rajin terlebih jadi guna tepung sukat sendiri lah..

    cekna..kalau line aku premix tu jalan tar hahaha..

    Mawar..tepung premix tu tepung dah siap segala neka bahan, ko tinggal tambah bahan basah jek. banyak jual kat kedai bakery.

    ReplyDelete
  3. warghhhh che Na spegetti mu itu membuatkan air lur ku bertakung hahahah..aku j=kuih raya tak pernah lagi aku buat..asal aku berazam nak buat je kengkawan datang jual..kesian plak kalau tak de org beli kuih dewang kannnn..;p

    ReplyDelete
  4. angah : line aku pun premix jalan tar kakakaka

    ReplyDelete
  5. Mawar, seperti yg dahdijawab dek angah. Premix tu bahan yg dah siap campur. Tah yah sukat apa, takyah masuk air ot telur or baking soda. My premix tu letak butter dan esen jek. Yg lelain ko pilihla apa yg tekak ko nak. Nak tambah raisin pon boleh. Aku beli dekat kedai bakery Yummy kat bangi. Dekat bake with yen pon ada. Or mana2 kedai jual bahan bakery. Baguz pon ada rasanya. Ko tu kalau tak larat, jangan berie nak buat. Hehehe. Tapi kalau teringin, silakannn.

    ReplyDelete
  6. Ngah,

    Dulu, aku mix sendiri gaks. Tapi tahun ni sebab alang2 dah terjumpa, aku beli terus. As i said memana yg memudahkan idup aku, aku rembat. Itu pasal la boleh masak hari2 hahahah. Ko memang rajen. Dgn anak kecik pon sempat, salutelah. Jalan tar? Hahahah.

    ReplyDelete
  7. Kak nonie,

    Tahunni budget ciput kak. Kuih pon dah mahal. 50 bijik dah 20 lebih kan, so aku buatjelah satu dua yang memana family aku suka. Memang kesian bebudak yg jual kuih kat opis, kurang sambutan tahun ni. Silalah buat spaghetti tu. Senang jek. Aku ptg karang nak buat baked macaroni. Layan request adek aku. Take care kak. Hugs to kakak dan nayli yang buka puasa kat sekolah tu hahahah.

    ReplyDelete
  8. Aku dah order kek lapis dan 2 jenis kuih. Adik aku plak gatal ajak buat biskut cornflakes dan biskut kacang sendiri memandangkan dah ada oven kat rumah mama. Hajat hati Sabtu ni nak buat. Tengoklah camner..

    ReplyDelete
  9. Amy,

    Tulah ramai orang nak buat kuih sendiri tahun ni. Dpt satu dua jenis pon jadilah kan. Alu biasalah terlebih semangat tahun ni. Chef unleashed lah katakan muahahah.

    ReplyDelete
  10. okay cikNa..soalan x bape nak cerdik lagi..kalau dah guna tepung premix tu just tambah bahan-bahan and kacau2 je kan? pastu bentuk2 cam ko buat terus la masuk oven kan?

    ker kena uli dgn mixer jugak?

    ReplyDelete
  11. hajat dihati tu ,esok nak ler membakor biskut


    tapi



    tengoklah camner



    tunggu che muud dtg

    ReplyDelete
  12. Mawar,

    Soalan yang valid. Aku gaul biskut itu pakai senduk jek, hahaha. pastu bentuk pakai sudu or tangan jek.. settle. Biskut memang tak boleh overmix.

    Kak PB,
    Tu lerrr, nak buat kuih ke baking apa pon, memang kena mood datang dulu kan. kan..kan..

    ReplyDelete