Friday, September 30, 2011

Books and more books

Hah, ada update kat private blog nun. Gi ler nengok to those who have access. 

Aku ni suka membaca. Buku ke blog ker, majalah ke, suratkhabar ke. Kalau kat opis, journal pon aku baca masa breakfast, sebab tak banyak bahan bacaan lain. Hmm kena bawak buku best2 sikitla gi opis gini.  Masa sebelum kahwin dan awal-awal kahwin, memang tak beli buku sangat, sebab tak ada duit sangat kot. Nak beli buku harga rm30 tu rasanya tak mampu sangat. Walaupun hati meronta-ronta nak beli buku, tapi kenalah dulukan my Needs vs instead of my Wants.

Dua tiga tahun kebelakangan ni, bila ekonomi dah baik sikit, aku dan Ed starts buying books again. Apatah lagi bila dah ada rak buku yang aku pernah tunjuk dulu tu. Rak tu memang dah penuh, ada section-section lagi. Pastu buku novel tak berfaedah aku, semuanya dah demoted ke rak kecik sebelah rak besar, sebab Ed kata, buku novel tu sama size letak jelah kat rak kecik. Sedih tau..hahha.. takdelah. Tak de sedih pon. Bila aku belek-belek buku yang aku beli, memang themenya berubah mengikut perasaan dan minat aku masa tu. Apa ke maksudnya? Tengok kat bawah ni. 

Buku-buku tak memeningkan kepala
Aku memang suka baca buku-buku jenis gini. Tak sakit kepala. Kelakar bodo-bodo pulak tu. For the past 3-4 years aku suka beli buku yang settingnya di UK. Satu lawak orang Brit ni kelakar. Dry and Cynical gitu. Kedua, sebab aku boleh imagine tempat tu kat mana, muahahhaha. Sophie Kinsella tu aku tak beli semua shopholic series, sebab aku rasa ceritanya sama jek, dan aku tak suka sangat heroin Rebecca Bloomwood tu. Rimas aku dengan perangai dia. Buku Alexandra Potter tu kiut gak. Aku tak bacalah novel seram, crime, sci-fi, buat sakit kepala aku jek. Banyak dah mender nak buat aku sakit kepala kan. 

Antara buku travel yang aku beli
Buku Perth tu aku beli sebelum gi Perth dulu. Yang lelain, berangan jelah dulu. Buku pasal Paris, aku pinjam dengan kawan aku. Sampai lunyai aku study selama 2 bulan. Tiap-tiap malam tidur mentelaah buku tu. Sudahnya gi paris sehari jek. Sehari jek!! Ko paham tak? Ape mender lah dapat cover sehari tu? Geram! Tapi syukurla jugak merasa le jugak kan. 

Spain tu sepatutnya aku pergi masa trip ke London tahun lepas. Memang dah prepare habis dah. Tapi dek kerana duit aku lesap kena tipu pasal mender lain masa tu, so tak pergilah Spain. Sedih gila ko, masa tu. Aku dah siap itenaries ko tau gi Spain tu. Naik flight apa, pukul berapa, tido kat mana, naik ketapi kat mana, apa nak tengok. Semua dah ready. Dari Madrid sampai Gibraltar. Iyerr, sungguh detail sis Aida PatinPasta. Arghhhhh. Apa nak buat takde rezeki aku la tuh. Buku Spain tu aku dah tanda-tanda tau, chapter dan reference penting. Meh close up sikit. 

Nampak tak tab-tab kaler-kaler tu? Kesian kan aku?
Bila aku dah ada breadmaker pulak, aku gila beli buku lain pulak. Buku apa lagi? Buku resepi dan buku cara buat rotilah. Sekarang ni buku masak-masak murah sikit even yang imported, mampu-milik la sikit. Kalau buku local fully coloured pon bawah RM20 je. Suke-suke.
Antara buku dan majalah memasak aku.
Apa, ko ingat aku ni gifted, terus pandai masak? Belajar maaaa. Banyak je yang tak jadi. Tu belum ko tengok aku nyer fridge lagi. Penuh dengan resepi roti yang aku tampal. Bukannya aku hafal resepi tuh, hahahha.

Dan ni, ialah aku punya passion lately. Beli buku ni,

Tak reti lerr. Bila baca macam faham. Tapi errrrr.. hahha
Adakah ini bermakna aku akan beli kamera DSLR? Hahahahha. Beli tak beli, berangan tetappp. Beli tak reti pakai karang rugi jek. So study lah dulu. Eh ke dah beli si cekna ni..? Hahhaha. 

Collection buku Ed pon banyak. Buku dia lain sikit. Totally opposite dari aku punya collection. Buku dia Islamic sikit. Dia membalance mende-mende lagho aku nih, muahahha.  Nantilah one day aku amek gambo buku dia pulak. Sure korang setuju dia tu geng Imam err tak berapa Muda. Takpe, yang penting imam. Imam aku jek pon, cukuplah.

Oklah aku nak tido, esok ada kelas, sepanjang siang tadi dok memasak jek letih aku. Kalah gi rewang kat kampung Ed, hehehhe. Take care korang.  Aku maybe gi Picnic weekend ni, eeii bestnya hehehe. 

Korang lak suka baca buku apa? 


OK aku update collection buku-buku Ed.  Contrast giler kan dengan aku. Nampak sangat la aku ni duniawi sangat. Hahhaha. Sebab tuler, dia husband aku. Kasik balance sikit. Hahahha.

Monday, September 26, 2011

Yela tu nak update kerap2 kan..

Niat tu kan main lagi. padahal sebok kan main lagi sepanjang minggu lepas. Dengan event, dengan kelas, masak serunding la, pastu dengan tah haper-haper la. Oh ya, assignment dah hantar, alhamdulillah. Satu dah settle, so now kena concentrate for project pulak. Fuh pantas betul sem ni, start jek sem terus masuk gear 4, sikit lagi nak masuk gear 5. 

Actually risau jugak, sebab the last 2 class tu, aku cam terblur sikit. Selalunya takdelah blur cam tu. Eh silap, selalunya blur jugak, tapi cam last sem, bila aku blur, orang lain sumer blur jugak. So tak la risau sangat. Ni aku blur, tapi ramaaai yang terang-benderang siap pakai lens makro lagi. Arghhh. Situasi ni merisaukan aku. So kononnya nak study weekend ni, tapi sebok pula. Sabtu ada kelas, kemudian kena pickup MIL dekat airport. Hari ni pulak memasak dan makan-makan sempena adek aku nak balik dah ke UK esok. Aku tengok beg dia nak meletop dah tu penuh dengan makanan, muahahhaa. Tapi takde kicap ye Sis PatinPasta, hehehhe. 

The next week pon cam sebok sangat. Grrrr. Tapi aku ada banyak sangat mender nak cerita. AKu dah kembali macam zaman dulu-dulu , bila ada mender yang best jek, mulalah terpikir, nak update kat bloglah. Muakakaka. Perangai blogger tegar tu cam dah datang balik. Tapi dulu2 back in 2005 and 2006 aku kerja mana sebok gini. Takde banyak accountability pon. Kat opis memanjang sempat buat update. Sekarang, hahahah nak jawab komen pon kena tunggu malam-malam. Nantiler aku citer pasal hobi baru aku selain meroti. hahaha.

Pasal tangan aku, hmmm aku dah gi sepital. Bila x-ray katanya normal. Yelaa aku bukannya patah tangan. Tapi takde check apa-apa dah lepas tu, bagi aku pain killer dan ubat sapu jek. And I spent almost 6 hours kat situ tau! dari sebelum kol 9 dah sampai, dapat ubat kol 4 petang!! Hospital berbayar ok!!! Malas nak cerita. Gone sehari aku gitu jek. Anyways, kalau takde improvement, which aku rasa takde, aku kena amek jab in 2 weeks time. Amy, kalau amek jab, lepas tu kita leh drive tak aaa?

Oklah nak gi pack bag sekolah dan gosok baju. Tomorrow's gonna be a long day, sebab ada kelas. Letih gak, dan masa bergerak pantas sangat aku rasa. Aku satu lagi opportunities pon aku tak sempat nak work on it lagi. Adoila. Kena makan vitamin yer, kasi bertenaga sikit. Oklah korang tak care, sampai aku update bila2 ok.

Thursday, September 22, 2011

Mengemas

Ni peel datang dari mana aku tatau. Aku dengan Ed ni kalau pergi jek bertandang rumah orang yang kemas-kemas, spotless  sure balik tu bersemangat nak kemas rumah. Nampak sangat rumah bersepah. Muahahaha. Inspiredla konon. Yang kelakar, both of us pulak perangai gitu tu. Macam ni, semalam aku pergi la beraya rumah neighbour aku. Dia buat mana-makan kan, so kami pergilah. Sebelah apartment aku ni betul-betul. 

Masuk jek rumah dia, Masyallah kemasnya. Dahla takde helper, anak 3 orang sumer kecik-kecik dan dia kerja pulak tu. Impressednya. Aku siap hantar gelas ke dapur nak tengok dapur sekali. Spotless ko. Buat makan-makan, tapi dapur spotless, tak faham. Takde langsung benda yang out of place. Kemas dan bersih.Sangat impressed. Dia cakap dia suka mengemas, memasak dia tak minat sangat. Totally opposite of me kan. Apa kata aku masakkan untuk ko, ko kemas rumah aku? Heheheh.

Lepas dah mencekik kat rumah neighbour. Balikler ke rumah sendiri. Masuk jek pintu rumah, ayarrrkk nak pengsan tengok rumah sendiri, hahahah. Duduk dua orang jek pon cam tu. Tak faham-tak faham. So kemasla sikit-sikit. Lepas tu aku gi rumah my ex-boss pulak. Si Ed ni malas nak ikut. Aku tak kisah, kalau dia tak nak gi, sudah. Tak kose aku nak pujuk-pujuk.  Aku gi jek sendiri. Cuma yang horror sikit, sebab aku dah tak berapa ingat lokasi rumah ex-boss tu, dan susah nak drive sambil tengok Google Map. So memang 2 kali jugakla aku berhenti untuk tengok map tu. Alhamdulillah, sampai jugak kat rumah yang dituju.

Habis jek makan-makan, balik rumah sambung mengemas? Hahahaha. Iyer aku pon tak paham. Dan mengemasnya sampai esok ok. Basuh balcony, makeover dapur(makeover ok..makeover!), basuh langsir (mengalahkan nak raya) vacuum, susun buku kat rak, lap dan sental sana-sini, rearrange itu-ini dan tah haper-haper lagi. Fuhh spotless. (tengokla tahan berapa hari). Tang langsir tu pon nak tergelak jugak, semenjak aku pindah sini dah 3 tahun lebih belum pernah basuh kot. Astaghfirullah, aku dengar korang mengucap. Hahahha. Disebabkan aku takut peristiwa lama berulang kembali yakni, langsir yang masuk washing machine jadik roti jala  kami basuhler langsir pakai tangan. Hand wash you! Bukan apa, lama sangat tak basuh takut reput, ko hahhha. Dah ada pengalaman ler tuh. Dek kerana aku sakit tangan maka, operasi membilas langsir sliding door itu dilakukan oleh Ed. Bravo babeh. U're the best!

Aku teringat gini jugak perangai kami, lepas pergi rumah sis in law aku kat Kuantan early of the year. Maaaakkkk kemasnya. Memang spotless. Masa buat makan-makan pon rumah kemas giler. Dapurnya bersih gila, sampai aku dengan kejinya tanya, pernah masak tak kat dapur ni? Keji giler kan soalan. Orang tu punya lah bersihkan dapur dia, aku sedap2 jek tanya cam tu, lempang sekali baru tau.

So, aku sangat suka dengan keadaan rumah aku sekarang. Barulah semangat nak buat assigment kan. Iyer, dah ada assigment. 2 hari lagi nak hantar. Hampeh. Tak buat apa2 lagi nih. Oklah korang, nak gi buat assignment.

Monday, September 19, 2011

Masak sambal tempe pon mau justify?

Entry ni aku tulis hari Sabtu lepas. Aku set scheduled post. Yelah kesian korang dok bukak blog aku tapi takde update. Muahahhaa. Ayat confident/perasan/poyo tak hengat. Yelah on weekdays aku busy kan, hahahha. Kerjala, kelasla, assigment la, nak gi sepital lagi. Belum apa2 dah bagi excuses kan. Nampak sangatt.. Hehehe, OK enough disclaimer or whatever.

Sabtu, aku bangun lambat. Saje jek nak bermalas-malasan hahaha. (Dasar pemalas? hahahah). Pastu malas jugak nak keluar gi breakfast. So bukak ler fridge tengok apa boleh masak. Nampakla dua bungkus tempe. Kenapalah aku beli sampai 2 bungkus tempe. Sebungkus sorang ker? Muahahaha. 

Anyways, aku dok pikir apala nak buat dengan tempe ni. Karang rosak pulak. So buatla sambal tempe dengan ikan bilis. Dulu aku haram tak makan tempe ok. Sebab mak aku kalau goreng tempe, masyallah macam tumpah garam. So aku dok pikir, memang cam gini ke rasa tempe. Amender yang sedap? Cam makan kacang dengan garam jek. Hahahha. Lepas kawen dgn Ed, amongst the first food mak mertua aku masak ialah tempe goreng. Kawen dengan Jawa maaa, mestilah kena reti makan tempe. Hahaha. Bila makan, eh takdelah rasa macam makan garam. So baruler aku reti makan dan masak tempe.

Ok back to cerita tadi, carik-carik nasi impit untuk makan dengan sambal tu takde pulak. So I decided to make the nasi impit the old school way. In the rice cooker, and kemudian tekan-tekan the rice. Baru betul nasi impit kan. Rationya ialah 1 bhg beras kepada 3 bahagian air, lebih sikit pon boleh. Jangan banyak sangat. Kaedah ni cepat. Cuma kalau nak simpan sampai esoknya macam nasi impit paket tu susah sikit. Senang basi, sebab nanti kena tangan masa potong-potong dan bhg topnya  mudah dried up.

Lepas goreng-goreng tempe, buatler sambal tu. Nasi impit pon dah masuk rice cooker. Lepas masak nasik  tu, aku masukkan dalam bekas, tak kisahla tupperware or loyang, tekan-tekan sikit. Lepas tu kasi sejuk. Baru potong. So lepas tu apa lagi, "mencekik" la (sila iku tone  si Sudin dalam citer P Ramlee bila baca part mencekik tu)
Ni balance, yang memula letak dalam mangkuk hilang dalam jangka masa 3 minit
Malam tu, aku buat kek batik again, sebab nak habiskan barang. Kali ni aku susun biskut marie tu. Cantik sikit, cuma coklatnya tu dok kat tepi dan tak berapa bind the cake dan nak potong challanging sikit.  So kalau nak senang, patah2 dan gaul jek. Hahahha.

Layer tersusun kan, tapi tang coklatnya tu sememeh sikit. Grrrr.



Okay, aku tau hari ni hari Sabtu. Aku ada at least 2 undangan open house yang aku akan pergi. Ada lagi yg terpaksa aku decline. So, apsal yang aku berie masak sambal tempe dgn nasi impi tu? Gi jelah makan dekat open house kan.  Reasonnya ialah :

  1.  Nak habiskan tempe. Pastu sambal tempe memang best kalau makan dgn nasi impit. Takkan aku nak bawak sambal tempe tu ke rumah open house orang dan makan kat situ sebab nak makan dgn nasi impit. Muahahhha.  Solutionnya ialah, buatla nasi impit sendiri.
  2.  Kena masak jugak takut jadik macam last week.
Apakah yang berlaku last week? Ok camni, last week kami ada undangan open house jugak. So dek kerana taknak terlebih makan, we skipped our lunch dan kononnya nak makan dekat rumah Ed's friend's house la kan. Sekali bila sampai, semua benda habis! Takde food langsung. So kami amekla air, owh ada balance buah tembikai beberapa potong dan makanla kat meja. Atas meja tu adala kuih raya dan maruku. Dek kerana lapar, tak sedar 3 genggam maruku aku makan, muahahhahah! Tuan rumah ada la apologise, dan soh kami tunggu food yang sedang diorder, dan jugak emergency mee/bihun yang baru nak digoreng. Ed punya ayat memang baekk punya, "eh takpe, don't worry, yang penting dapat jumpa ko. Makan-makan ni tak kisah," Iyolah.Sampai pening kepala aku lapar.  Masuk kereta, aku cakap ler pegi drive thru mcD boleh tak, lapar. Ed cakap beli roti apa2 jelah kat Petronas. Aku taknak. Eksen, kan. 

Naaah keluar dalam kol 3.45,  dekat kol 6 baru sampai rumah kawan Ed sorang lagi! Sesat barat punya pasal. Dah sesat tapi taknak tanya direction kan. Tu yang aku tak daya. Dah sesat jauh baru nak call. Oh ya, masa call tu pon sebab dah termasuk ke area kubor. Bukan lalu kubor ok, memang masuk dalam area kubur, kiri-kanan depan belakang hanya kuborrrrrr saje. Saujana mata memandang ok. Ayarrrrkk!!! Dahla tengah lapor masa tu, rasa nak makan orang jek masing-masing bila bercakap hahaha.

So at 6 gitula baru dapat proper food. Semuanya sedap, siap ada taufufah panas cedok sendiri lagi. Perggghhh. Punyalah cover tanak nampak pelahap sangat. Hahahaha. Tapi cam tak tercover kot. Lepas dah kenyang tu baru boleh bercakap baik-baik aku dengan Ed tu. Sebelum tu memasing nak mengaum jek. Lapor le katakan. So tu pasalla aku masak jugak hari ni. Takut food habis, hahahah. Eh oklah, nak gi open house dah.

Saturday, September 17, 2011

Finishing what you've started

Hmmm, aku ni memang selalu buat kerja half way. Tah haper perangai pon tataw. Kalau masa kecik-kecik dulu, tengok orang buat cross stitch, aku pon nak buat. Berie la ajak mama pergi kedai beli design cross stitch tu. Kan kalau beli, dia akan kasi kain base hitam or putih, designnya, dan benang-benang yang berkaitan. Satu set gitu kan. Mesti kroang pernah buat ni kecik-kecik dulu, baik ngaku cepat! So mama aku belilah satu set. I still remember, gambar bunga. Pasal apa aku ingat sangat? Sebab by the time aku siapkan satu daun, aku dah give up. Muahahhaha. Giler tedious cross stitch ni. Kena bilang, kena tukar-tukar benang, kena simpul, arghh. Pastu kan, aku kalau malas sangat, selamba jek aku tak matikan, aku cross jek benang tu gi lobang-lobang mana tah, kalau pusing belakang kain, maaaakkkk berselirat. Hahahhaa. Sebab tu aku kalau nampak orang framekan hasil cross stitch diorang, aku respecccttt sangat. Kagum ok.

Taken from maycraft.com.my


Taken from easycrossstitchpatterns.com

Kalau buat jigsaw puzzle pon sama gak. Bila dah reti buat jigsaw puzzle yang snow white(alaa yang besar2 jigsaw puzzlenya tu.Gila beginner punya), so pester la mama aku soh beli satu yang advance sket. Yang 200 puzzle gitulah, tak ingat dah.. Harammm tak siap. hahahah. Bosan, susah, takde idea..

Dekat universiti amek Tae-KwanDo as Ko-K. Kalau tak kerana Ko-K tu masuk dalam CGPA walaupun 1 kredit, takde nyer aku amek dampai sem 4 dan sampai dapat black belt. (Black belt okay, you don't play-play!).
Aku rasa ada banyak lagi projek yang aku buat half way. Nanti kalau aku ingat aku letaklah. Aku ni mudah sangat patah semangat. Kejap jek berie-ie tu. Kena setbacks sikit, terus  throw in the towel. Aku jugak  pernah buat Masters masa baru kawen dulu. Tak sempat habis sem, aku dah drop out. Banyak sangat reason tah haper-hapernya. Kalau tak cepat no putus asa, dah berzaman ada Masters, sekarang ni tengah buat PhD gamaknya. Tapi every thing happen for a reason. Adalah tu hikmahnya.

Kenapa aku cakap pasal ni? Sebab aku tengah psiko diri aku nih. Aku dah pon convert my Masters from by research to Coursework. So aku nya research dan literature review yang berlambak-lambak aku print dan baca tu, tersadai gitu jelah. Aku taknak Masters aku pon mengalami nasib yang sama. 

Bila buat by coursework ni, panjang lagilah masa nak belajar dan nak grad tu. Jauh sangat tak nampak cahaya sangat lagi. Kerja laks, hmmmm malas nak komen.  So aku betul-betul berharap that I can finish what I have started now. I've already has unsuccessful attempt at Masters ni. So harapnya aku terus gigih walau apa pon cabarannya. And at the same time, macam dapat rezeki tak terduga pulak, right when I started my class balik. Masa cuti panjang hari tu takde pulak. (no-no I am not pregnant yet, hahahha. Ni rezeki lain) Kena banyak sungguh berdoa ni. 

Aku petik kata-kata yang Bill Rancic selalu cakap "Winners never Quit. Quitters never win,"
Insyallah, aku akan gigih gak walau camner pon. Kalau aku dah start lemau or korang baca aku cam bosan or semangat cam dah luntur tu, silalah tegur-tegur aku ye. Wokeys, nak gi buat assignment.

Tuesday, September 13, 2011

Mushroom soup again

Actually kan, aku banyak giler mender nak update. Rasa nak update 2-3 entry jek sekali buat. Tapi masa begitu limited. Makanya tak leh nak update as often as I like. Pastu start Rabu ni aku ada kelas balik. Arghhh. Apsal la motivasi untuk pergi kelas hampir-hampir takde nih? Lama sangat cuti kot. 

Pastu aku jadik fed up pasal banyak sangat mender yang tak certainnya. Kejap kena gi school ni, kejap kena gi sini. Hishhh. Pastu kena amek subject yang hmmm. Tahla malas nak komen. Memang ler mengganggu my motivation. Oh ya, aku dah tukar masters aku ni from by research to coursework. Tak daya aku derr, tak bergerak research aku ni. Tapi coursework pon horror jugak. Yang penting belajar sambil kerja adalah horror. Ya Allah berilah kekuatan dan semangat untuk meneruskan pengajian ku ini. 

Anyways, aku rasa bosan nak masak dan makan malam tadi. Nak goreng bihun pon rasa tak selera. So buatlah mushroom soup balik. Konon2 nak buat oyster mushroom soup. Mushroom soup yang pakai oyster mushroom tu lah kan. Tapi errr aku baca gak dari Cik Mat Gebu punya blog yang he himself preferred the button mushroom version. So aku pon stick with the button mushroom version jelah. Version tu dah tried and tested kan. 

So this was our dinner tonight. Hari ni instead of using cream, aku pakai fresh milk jek. Sebab tak nak the soup tu too thick and heavy. Muak sangat karang.
Mushroom soup with garlic bread. Baguette takde dekat Giant, pakai jela roti gardenia

Sebelum ni, aku pernah try buat mushroom soup ala pot pie. Alaa yang letak puff pastry kat atas tu kan. Memula letak sebab tak lekatkan bebetul the puff pastry tu, terus the pastry terendam dalam soup. Grrrr. So the next batch (2 batch je pon), aku ensure that the pastry tu melekat pada the casserole before baking it. Verdict? Aku tak suka sangat. Aku rasa giler muak. Yelah sup tu dah creamy kan, pastu puff pastry tu pon muak kan sebab ada butter sumer. Kembang tekak aku. Kena makan limau gamaknya nak hilangkan rasa muak tu.


So puff pastry tu ada lagi dalam freezer, kononnya aku simpan sebab nak buat Portuguese egg tart. Bila zaman entah nak buat. Dah compare beberapa resepi dah. Takde keyakinan nak cuba kot. hahahah. Pastu the pastry tu 4 segi, kalau nak buat kasi bulat comel, kena buat shape bulat dululah ye, pernah tengok orang bantai jek buat 4 segi gitu. Ok jek cuma errr tak berapa comel la kan. Ngade-ngade kan aku ni. Oklah nanti aku update lagi.

Monday, September 12, 2011

Terminal Bersepadu Selatan

Sebelum raya baru ni, aku ada pergi ke Terminal Bersepadu Selatan(TBS) dekat Bandar Tasik Selatan tu untuk pick up makcik Ed. Terminal bas ni ialah khas untuk bas-bas dari selatanlah kan. Sebelum the actual day kami dah recce gak tempat tu. Supaya tau enterance ke TBS tu, tempat menunggu dan sebagainya. Nampak dari luar canggih jugak.
Parking Lot
 


On the actual day, kami sampai ke TBS dalam pukul 12 tengahari. Ada sikit miscommunication sikit dengan makcik tu, where kami hanya tau dia bergerak dari Johor pagi. Bas apa, dan the actual departure time dari Johor kami tatau. Aku mula-mula tu dah pening gak. Tapi pergi jelah kat situ. Kami park dekat covered car park dekat tingkat 5. Parkingnya luas dan cantik. Cantik lagi dari parking KLIA. Yelah bangunan baru kan.
Main lobby
Kaunter tiket bersepadu
Cam airport kan?
Kiosk DIY untuk beli tiket
Lepas tu kami turun ke tingkat 3. Ada lobi, kaunter tiket dan sebagainya. Wah canggih jugak. Siap ada departure and arrival board electronic tu kan. Kaunter tiket pon bersepadu. Maksudnya nak naik bas apa2 pon boleh beli dari mana-mana kaunter. Except for Transnasional saje yang ada kaunter sendiri. Ada juga kiosk tiket untuk beli sendiri.

Kalau nak naik ke bas, kena turun escalator ikut tanda arah Departure/Pelepasan tu. Ada polis bantuan yang akan check ticket sebelum masuk thru departure gate. Ala-ala macam check boarding pass kat airport tu kan.
Departure gate
Lepas tu kami tanyala, kalau nak tunggu orang sampai dari bas kat belah mana. Information counter tu tunjukkan arah area Arrival Hall. Ada ruang menunggu kat situ, dan semua bas akan sampai ke area tu. Semua penumpang akan naik escalator dan keluar melalui pintu arrival tu. Macam airport punya concept gak. So sepatutnya takdelah termiss orang yang kita tunggu sebab dia keluar ikut pintu lain ke. Memang kena ikut pintu arrival tu jek.  Masa tu dah rasa lega sikit walaupun takde details pasal bas makcik Ed tu. From the electronic board tadi, kami jangka makcik akan sampai dalam pukuln 1-1.30 tengahari.  Sementara menunggu tu ada wifi so boleh la surf sikit-sikit, dan disebabkan aku mengantuk sangat. Aku tertidur kejap.
Arrival hall

Bas-bas yang akan drop off penumpang.
Escalator ke arrival gate
Dalam pukul 1.30 gitu, Ed cakap makciknya dah sampai. Nampak dah dari atas arrival hall tu. Dia terus turun bawah dan pickup makciknya. Lepas tu kami ke parking lot dan beredar. Masa sebelum raya, parking free lagi. Masa lepas raya tu parking dah kena RM3 per entry.
Pada aku, TBS tu sangat convenient. Centralized departure and arrival gate memang sangat-sangat organized dan membantu untuk orang yang menunggu dan juga orang yang memang menggunakan perkhidmatan tu. Lepas tu ada link bridge dengan LRT dan ERL untuk ke KLIA.

Link bridge ke ERL dan LRT
Tempat makan

Food court
To me personally bestla TBS ni. Luas, lapang kemudahan pon banyak. Ada jugak, tempat rest untuk tido dan sewa laptop. Fully air-conditioned. Bas pon tak leh tunggu situ lama. Just untuk pick up and drop off jek. Baru ler tak berasap dan panas terminal tu kan. Harap2 boleh maintain kebersihan dan infra tu. Sayang, tempat dan kemuudahan dah bagus, maintenance pulak tiba-tiba cam haram kan. So hopefully akan dapat bertahan la kemudahan yang bagus nih. Kalau zaman aku berulang-alik ke utara masa student dulu dah ada kemudahan as this, sure best. Dedulu, puduraya jelah kan. Tapi sebab nak jumpa boyfriend masa tu, gigihnya naik bas ke KL, hahhha. Seb baikla kawen dengan boyfriend tu ngeh..ngeh..ngeh..

Monday, September 5, 2011

Ramadhan and Aidilfitri Random updates

Assalamualaikum wbh kawan-kawan,

Aku menaip pakai wrist guard ni hah. Punyalah terbatas aku rasa movement tangan aku bila menaip ni, tapi aku rasa lega banyak bila pakai wrist guard ni. Masa beli tu konon-konon pandai, naseb baik salesgirl tu tanya nak try tak, sebab aku nyaris terbeli guard for my left hand! Yang sakit tangan kanan daaa. So bila menaip or browsing on my iPad, aku pakai la mender ni, and also bila tidor. Aku ni suka sangat terlipat-lipat tangan bila tidor. Ngaper entah suka tidur awkward-awkward position gitu. Ed kata, selalu sangat kena betulkan tangan aku tu masa tidur, kaki pon sama gak. So it helps la bila pakai guard ni, memang takleh bend awkward2 gitu. Amy, ko kan kembar tak seiras aku, so ko mesti ada bend tangan jugak masa tidor kan..kan..kan.. hahhaha.

Aku belum masuk opis lagi. Cuti sakan. Boleh tahan jugak visiting saudara-mara raya tahun ni. Jenuh aku basuh baju raya aku tu dan ulang pakai dari raya pertama sampaila raya ke-5. Raya ke-6 dah bali rumah sendiri dah. Hari ni pulak, buat laundry dan macam-macam urusan such as ke Tabung Haji dan Bank Rakyat. Psstt Bank Rakyat punya saham tu ada lagi tau. Sesapa yang nak beli lagi can head to your nearest Bank Rakyat.

Tengok tu aku nak tulis pasal my Raya reflection tapi dah melalut ke mana-mana entah. Aku rasa aku letak in point form jelah. Sebab macam bercampur-campur sangat apa yang aku nak tulis ni. Here's my random thoughts about this year's Ramadhan and Aidilfitri.

  1.  Aku berjaya jugak ke terawikh hasil doa dan pujukan Ed. Masa awal puasa dulu, aku memang takleh puasa awal-awal tu, so I missed few terawikh already. Ed memang pergi dari 1st Ramadhan. Every time dia pergi, aku akan mintak dia doakan aku dilembutkan hati dan dikuatkan semangat ke masjid. Aku ni kekadang pemaleh, buat terawikh sendiri je kat rumah. Lepas dah start puasa pun, aku belum pergi lagi. Masuk second week jek, dah start pergi dan alhamdulillah, almost sampai ke hujung Ramadhan. Tak sampai bebetul hujung Ramadhan sebab aku tak leh puasa semula. I am thankful that dia tak jemu ajak aku ke masjid tiap-tiap hari sebab I found some kind of peace and I love the feeling. I already missed that feeling now. Akan dapat rasa perasaan tu, Ramadhan akan datang je ker?
  2. Ed choose to pray dekat masjid yang jauh sikit daripada rumah kami sebab dekat situ ada tazkirah. Memang ler mula-mula aku rasa letih gak, sebab tazkirahnya lama, 30-40 minutes. So terawikh habis dekat-dekat 10.45 malam dan sampai rumah nearing 11 pm. Tapi after a while, and opening my heart, aku rasa best pulak. Bila lagi aku nak dengar tazkirah kat masjid? Tiap-tiap malam pulak tu kan. Penceramah-penceramah pon best-best.
  3. Aku juga mulai missed the Subuh berjemaah. Masa bulan puasa aku sahur memang bebetul last minute dan terus sambung solat jemaah subuh dengan Ed. Best giler jemaah subuh. Lepas raya nih, errr macam payah jek nak continue buat hahaha. 
  4. Ed dah sampai Kuantan baru nak carik baju Melayu. Aku dah lunyai masa tu sebab panas sangat.  Tau sangat sure susah nak jumpa yg dia berkenan sebab dia particular jugak. Tapi dia carik gak, tu yang penting. So dptler bergambar raya dengan baju melayu dia yang matching sikit-sikit dengan err tudung aku. Hahahah.
  5. Tahun ni masak rendang dalam pressure cooker jek, cepat dan tak berkecah dapor. Yesss. 
  6. Tahun ni gak, tak dapat ler aku solat raya sebab err memang tak leh kan. Tak feel betul bila tak solat raya kan. Tapi surau depan rumah mak  aku buat solat raya so dengar la jugak diorang solat dan takbir tu. Syahdunya. 
  7. Raya pertama kami pergi visit saudara-mara belah ayah aku. So we went and visit my uncles and aunties. Dah makin tua kan diorang tu dah banyak sakit-sakit. Tapi aku sangat sedih pergi rumah one of my aunties ni. Dia orangnya sangat jovial and used to take care of me masa kecik-kecik. Aku sangat manja dgn auntie aku ni. Dek kerana diabetes, dia hampir-hampir tak nampak sepenuhnya. Bila aku sampai jek, dan hulur tangan, she just angkat tangannya dan tanya, ni saper? Omigod sedih rasa nak nangis. Apatah lagi tengok rumah yang dia duduk sekarang, macam kedai converted into a house. Memang tak proper. Sedih. Bila balik rumah, aku, adek dan Ed masih terkenang-kenang dan sedih. Muda lagi tau aunty aku tu, sampai dah tak nampak macam tu. Aunty yang rapat pulak tu. Aduss. 
  8. Second hari raya we had a small tahlil dan makan-makan dekat rumah mak aku. Told Ed that he has to lead the tahlil. Dia keberatan, katanya banyak lagi kot orang-orang yang berkaliber. I just asked him to be prepared. Yelah tahlil ni kan elok dibuat oleh anak-anak dan saudara terdekat arwah kan. True enough, memang dia yang lead tahlil. Alhamdulillah, it really warmed my heart to see him stepping up to the task. . Dah sampai masanya untuk generasi kami ni yang take up this kind of responsibilities. Dia kata dia terketor-ketor jugak, tapi aku tak perasan pon and I am sure orang lain tak perasan. Respectlah encik Ed. You rock man! I salute you. 
  9. Raya ke-3 kami balik ke kg Ed. Fuhh kalau beraya dekat kg dia, memang orang tak henti-henti datang rumah. Memang asyik buat air dan basuh gelas jelah, hahaha. Lepas tu banyak jugak kami pergi visit cousins and other family members. 
  10. (kejap, aku nak bukak guard tangan ni. Giler gatal..) Masa second hari raya kot, parents aku memang akan buat self checkup for sugar level diorang kan. So aku pon saje jelah join sama. Terkezut aku! Tinggi betul sugar level aku. Bapak dan mak aku dah suruh berjaga-jaga sebab both of them ada diabetes. Penyakit tu memang keturunan kan. Abang aku pon ada. My reading masa tu was 6.8 gitula. Ketor aku. Masalahnya takdelah pulak aku kurangkan minum manis. Leceh la pergi rumah orang sumer hidang air gas gitu kan, if not air cordial. Ngade-ngade sangat aku rasa kalau nak mintak air kosong khas utk aku. Sebab most rumah dah buat air siap-siap dalam container besar tu kan. Nak bawak bekal, macam inappropriate pulak. So aku berazam nak control sugar intake starting err tomorrow onwards. Eii pergi open house camner? Itu pon aku tak makan biskut-biskut manis sangat tau. Kalau aku jenis yang makan biskut, tataulah sugar level reading aku berapa. 
Cukupla kot kan, panjang sangat dah entry aku ni. Tangan pon dah start sakit sikit. Camana entah nak kerja nanti.  Aku masih belum masuk kerja esok. Mula-mula ingat nak cut short cuti, tapi si Ed ajak aku teman hantarkan aunty dia balik. So memang cuti sakan la aku. Bestnya kalau tak yah kerja kan, hahahah.