Sunday, October 30, 2011

Gi baca buku tuh..

Assalamualaikum wbh kawan-kawan

Actaully aku super-duler busy sekarang ni. Tapi aku notice, bila makin busy makin kerap pulak buat blog update. Korang paham tak apa penyakitnya kalau gitu? Tegar sungguh. 

Esok aku ada exam, so sepatutnya dari semalam aku study la kan. Yelah weekend, bukannya ada mender-mender sangat. Tak ingat hape ke bender yang aku buat semalam (sabtu), selain daripada laundry dan kerja-kerja rumah skit. Malamnya gi tengok Johnny English, bodo nak mampos ceritanya. Gelak sakit ati pon ada, gelak sebab lawak pon ada. Owh aku jugak berjaya menghabiskan duit beli kasut kerja, eii lawanya kasut aku, muahahah. Aku jugak beli bedak dan err maskara. Kenapa aku beli aku pon tataw. Maskara aku beli tak pernahnya habis. Kering gitu jek, yang currently aku ada, aku dah toss it in the garbage sebab pedih gila mata aku masa pakai bebaru ni. Tapi sebenarnyaaaaa, aku sangat jarang pakai. Semalam aku test pakai, wahh memang menjadi sangat panjang bulu mata, macam pakai bulu mata palsu, muahahhha, cuma ia tidak menambahkan volume jek, tu yang kurang best. 

Orang beli popcorn sebelum masuk wayang kan, aku beli lepas keluar wayang. Beli cappucino panas untuk Ed, pastu makan popcorn rebut-rebut dalam kereta. Buruknya perangai. Sampai rumah dek kerana rasa guilty, aku studylaa 5-6 helai, lepas tu tido.
Hari ni, bangun memang layan laundry jugak. Duduk dua orang pon laundry menimbun-nimbun, heran aku. Basuh baju almost hari-hari lak tuh. Tak paham. Korang yang anak 3-4 orang ni, memang aku tabikla, sure menggunung baju kan. Kalau ada mesin lipat kain sure korang yang first beli kan? Lepas dah buat breakfast, aku lagi sekali konon-konon study. Habis. separuh chapter, aku buat sit uplah leg liftslah, habis satu chapter, aku gi buat kulit karipap! Ko paham ke tabiat cam tu? Ada 5 chapter semua. By the time aku habis 5 chapter tah berapa dish siap aku tataula. 

Lepas dah siap buat inti karipap tu, i went out sebab nak potong rambut. Selalunya Ed jek, my hairdresser. Potong jek straight sudah. Tapi kali ni terasa nak buat layered sikit, so memusing-musingla aku sekeliling Bangi mencari salon rambut yang sesuai untuk muslimah seperti aku ni awww..Arghh susah gila nak carik, dah jumpa kena queue. So, aku pergi beli barang sikit dan patah balik ke salon tu. Finally sampai gak turn aku. Dan akhirnya aku balik, ada sikit moyok sampai malam, sebab aku soh dia layered, dia gi potong pendek rambut aku. Geramnyaaaaa!!!  

So, aku masih lagi tak baca buku. Inti karipap dah memanggil untuk aku buat kulitnya. Tapi aku nak cuba bertahan baca satu bab lagi. Habis satu bab, gi buat kulit dan siapkan karipap. Lepas tu baca balik. Hmmm aku ada cukup bahan-bahan untuk buat Portuguese Egg Tart, Spinach and mushroom Quiche, Prawn Creole, dan Oreo Cheesecake. Korang tengok jelah apa aku masak lepas habis chapter tu ok. 

Update at 12.30 am
Lepas habis baca 2 chapter. Karipap paling sedap di dunia ikut resepi mak aku
Dapat 32 bijik. Dekat 10 bijik dah masuk perut aku dan Ed. Supper konon2 nak sambung study lepas ni. Errr, iyer..saya akan sambung study.Sungguh..



Note : Aku ada exam esok, doakan aku eh. Takutt..
Note : Eh aku tak cerita kan, balik dari wayang semalam, Ed kasik aku a belated birthday card. Yehaaaa. Another great surprise. Suka..Suka..Suka..Berapa lama daaa tak dapat kad dari mamat nih. Tersengih-sengih aku. Tergelak dia tengok aku kejap-kejap gi depan baca balik kad dia bagi ulang-ulang. I am so easy to please. Haaa korang dengki tak? Dengki tak? Tak ngaku? Eleh, masa birthday korang dapat lagi best dari tuh? Hehehe. Iyolahh..

Thursday, October 27, 2011

Yorkshire pudding

Font aku ni kecik sangat ke aaa? Dah 5-6 tahun aku pakai font Trebuchet dengan size normal. Tapi semenjak pakai template ni. Rasa cam kecik pulak. Ke mata aku yang semakin tak nampak. So aku nak cuba pakai verdana pulak. 

Owh aku dah lama kan cakap nak buat update pasal yorkshire pudding ni kan. Tapi tak sempat dan nak bagi laluan pada entry lain dulu, Aku first kenal yorkshire pudding ni few years back masa tengok rancangan memasak Jamie Oliver. Masa tu baru aku tau that yorkshire pudding ni bukanla puding tapi jenis cam roti gitu. Dalam rancangan tu ia dimakan dengan steak. Kemudian aku nampak sekali lagi dalam MasterChef Aussie early this year. Rasa nak mencuba tapi entah tak yakin sangat. 

Kemudian, adek aku cakap dia pernah makan this thing (nama manjanya ialah yorkie hahha) dekat UK nun, dan ada inti. Inti sardin. Wah intriguing, nih. Lepas tu balik daripada pameran buku baru ni, masa aku belek buku yang aku beli aku nampak satu resepi yang menarik hati.  So aku tryla. Ok, so korang tak leh kata aku beli buku resepi berlambak-lambak tapi tak cuba ok. Muahahhaa. 

 
Tak taulah kenapa they called on toad in a hole. It's basically yorkshire pudding bersosej jek. Geli pulak kan nama toad-toad nih. So i decided to try it. Resepinya pon simple jek. Tepung, telur, susu, baking powder. Cuma teknik jek lain. 

Mula-mula kena panaskan oven, amek muffin tray or whatever tray lubang-lubang yang lain. Letak minyak masak dalam tray. Jangan pakai butter. Letak dalam oven sampai betul-betul panas dan ada bunyik macam sizzle-sizzle sikit. Kalau nak letak sosej, letak dulu masukkan dalam oven 2 minit, dan keluarkan. Kemudian, letak batter yang dah kacau tu dalam jug supaya senang nak pour, and pour cepat-cepat sampai half or maybe 1 pertiga jek. Masa first attempt ni aku letak 3 suku penuh. Kemudian masukkan dalam oven dan bakar at 200 C.
First 2 mnutes memang tak naik langsung. Don't worry dia akan naik. Jangan bukak langsung pintu oven

Toad in a hole. Hahaha. Budusnye nama.

Err korang nampak tak buku-buku kat belakang tu? Tak muat rak daaa. Muaahahha.

Untuk first batch ni aku buat onion gravy. Masa panaskan oven tu, aku grill bawang besar dan bawang putih untuk gravy. Yey, dah tau buat sejenis gravy lagi. 

Ni yang plain.
Cheiss nampak cam burnt pulak. Lupa nak adjust setting camera.

Ok, sedap. Tu jek kesimpulannya. Macam lempeng yang dibakar but a bit fluffy. Cuma aku tak suka rasa baking powder kalau masak mender-mender savory. So aku carikla resepi yang takde baking powder. I found it in Jamie Oliver's website and Masterchef Aussie. I took the Masterchef punya recepi sebab portionnya kecik. 

Ni resepi tak guna baking powder taken from MasterChef Aussie Masterclass


It is suppose to be crisp on the outside and very light texture. Yup. Got that right







Grilled Rotisserie Chicken, with Yorkshire pudding and Onion gravy. Muahaha. Ayam golek jek tu.

Takde salad, timun or tomato. Nak add colours sikit, terpaksala letak daun bawang. Muahaha.
Aku beria masak sekali lagi yorkie(hahaha) ni bukan apa. Sebab gravynya ada lagi dan nak habiskan fresh milk ttu. For second trial tu aku gi beli ayam golek. Memula ingat nak masak steak. Hmm sampai dekat rumah pon dah nak maghrib masa tu. Beli jek ayam golek, senang. Pastu aku tuangle gravy atas ayam tu.Memang tak habis sekali hadap. But if kept overnight cam lembik sikit gitu, but bolehla heat balik dalam oven. 

Ni resepinya. 
1 cup plain flour, sifted
2 eggs, lightly whisked
300ml milk

Itu saja, bahan-bahannya. Kalau nak letak sosej ke sardin ke tambahla sendiri ok. I think letak mushroom pon macam sedap.

Wednesday, October 26, 2011

Apsal aku rasa tua?

Because last Sunday I turned 34.  Siap bold ok.  Muahahaha. Sabtu malam tu Ed treated me with Secret Recipe. Aku biasala kan, yang orang lain order memanjang lagi sedap dari aku punya. We shared a slice of raspberry cheesecake. Balik tu we masa dekat-dekat midnight, we watched movie, sambil makan goreng pisang panas-panas. Mana pulak la dapat goreng pisang tengah-tengah malam buta tu; goreng sendiri la wei, hahaha. Got some wishes thru SMS. Thanks people.

Esoknya ada makan-makan dekat rumah mama. Mula-mula mama cakap nak masak, aku cecepat cakap, jangan masak order jek nasi dagang. Nanti penat je lebih. Padahal nak makan sambil lepak-lepak dan sembang-sembang kan. Aku gi beli kek, sekali lagi di Secret Recepi. Aku  beli slices jek, sebab tau kalau sebijik kek memang for sure tak habis. So aku beli chocolate cake for Olyn my niece, oreo cheesecake for Ed, chocolate raspberry cheese, marble cheese for mama and carrot cake for me to share with baba. Memang ler taste lain-lain kitorang ni, so memang kena beli slices gitu.

Selalunya October ni ada birthday bash celebration, sebab ada 3 orang birthday dekat-dekat lak tu tarikhnya. Aku on the 23rd, abang aku on the 24th, and Olin on the 26th. Abang aku tu sama birthday dengan Sultan Pahang. So masa kecik2 masa di Kuantan, kami akan celebrate masa 24 tu sebab cuti. Tapi sebab abang aku pon takde, so the celebration was low key jek. But we had fun. Lepas tu skype le dengan my brothers. 

Nasi dagang

One of the cakes
I got a frame from mama, and dia kasik cash utk beli shades. Hihihi. Yelah dia takut salah belikan or aku tak berkenan  spek itam tu, so dia kasi duitla. And she warned don't buy the 10 ringgit one. Heheheh. Seumur hidup aku ni spek itam paling mahal ialah RM 29.90 muahahha. Sayangla duit nak beli spek mahal-mahal. Mak aku cakap nanti rosak mata. Okay mama. Nanti akan beli. 
Esoknya pegi office, and macam kelam-kabut sikit. My collegues ajak pegi makan-makan this Friday sempenah belated birthday. Aku on jek. Pastu tengah-tengah nak siap-siap pergi discussion tu, kawan aku tarik tangan ajak masuk pantry. Omigod, memang tak sangka. They tempah a special cake. I'll put the pics in private blog. Janji, lepas ni terus aku upload kat sana. Jangan 2 bulan lagi baru upload sudah cekna. Terharu giler. 

Korang rasa ini shape apa? Salah, it's not a tomb stone laa..
Ok, kalau collegue ku baca dan cam kek ni, jangan tanya apa-apa kat aku ok. Senyap-senyap jek baca, tau. nanti aku maloo. They said, susah jugak nak buat surprise, sebab aku yang selalu involve untuk buat surprise  birthday orang kan. But kali ni memang aku tak suspect langsung. Busy sangat kot. But it was a good day. The cake was super delicious and the design tu very thoughful. Hehehe.  Aku rasa Amy's birthday pon coming up soon. Angah baru lepas. Saper lagi same umur ngan aku nih? Eleh nak ngaku mude la tu, Sudalaaaa..

Note : Jom doakan Oren, moga dimudahkan semua urusan. Dan senantiasa diberi kekuatan dan kesabaran. We are here, sis. You take care, now.

Monday, October 24, 2011

Random things about blog

Nak mengaku blogger dah tua cam tak sanggup kan. Tapi tulah yang aku rasa bila baca blog-blog sekarang ni. 

Random things about blogs yang aku suka dan tak suka. The following are blog yang aku errr lemah sikit nak baca.  Don't take it personally dan aku tak kutuk sesapa in particular.

  1. Blog yang terlalu banyak adverts di kiri dan kanan menyebabkan lambat giler loading. Especially kalau load pakai iPad or on slower connection like wireless broadband ke haper. Aku tak jeles ok, rezeki korang la tu. Cuma tak daya nak tunggu loading, menyebabkan aku pangkah jelah blog tu dan carik blog lain. Dulu nuffnang menyebabkan slowness jugak. Tapi tahun ni dah ok. Takde menyebabkan lag.
  2. Blog yang ada lagu. Tetiba jek, opocott ko, especially kalau aku tengah ter'on the speaker. Selalunya aku offkan, atas sebab-sebab ginilah. Bila tetiba ada lagu, kelam kabut mutekan laptop. Even dekat rumah. 
  3. Blog yang ada background gambar-gambar tah camana dia buat tapi yes, menyebabkan lambat loading. Alaa yang masa ko tengah load, ada gambar banyak-banyak, sekali bila siap load, gambar tu dok dekat belakang blog background gitu. Memang jadik super-duper slow.
  4. Blog yang menggunakan ejaan yang menyakitkan kepala seperti aku dieja aq, I dieja ai, straight dieja str8. Ittew, innew, sikit-sikit bolehla, stylo kot. Tapi kalau all the way eja macam tu, grrrrr.  Tolongggla sakit kepala ok. Eja pakai short form pon tak daya gak. Lagi satu aku tak tahan, ejaan yang macam sms bebudak teenager ni, sekarang jadi skunk,or skrunk, howoe dan tah haper-haper lagi. Nak bagi contoh pon tak tau.  Elok-elok dah ok contentnya,  tetiba bahasakan diri ai instead of I.  Kenapaaa? Aku pon banyak jugak ejaan mengarut dan kekadang pakai jugak short form, so lepas ni mesti korang kutuk aku pulak kan, muahahahhaa
  5. Blog yang hanya display 1 jek posting dekat 1 page. Dahla posting tu pendek. Sebab nak suruh orang klik banyak-banyak ker? At least 2-3 entry tu ada gak ampon, ni satu okay, satu! Sebesar-besar page tu ada satu jek posting yang mengandugi 2 perenggan. Bloglist kat tepi tu lagi panjang ok. 
  6. Blog yang hanya linkkan content suratkhabar or link kan ke content blog orang lain.
  7. Blog yang takde jiwa. Emm aku rasa blog aku ni pon dah hampir nak jadik macam ni. Disebab kan aku terpaksa censor a lot of things, aku jadik cam tersekat nak menulis, which in the end menyebabkan blog ni macam bland kan. Takde soul. Disebabkan aku tau ada colleague dan family member yang baca blog ni, aku semakin tak boleh nak bercerita. Bosan tak korang bila baca cerita-cerita blog yang happy2 jek cam takde kaler dalam hidup diorang. Blog aku ni pon dah hampir jadik camtu. Muahahha. Iyer baik aku mengaku. Mana taknya si Ed kekadang jenguk, so takleh jadikan dia bahan hahaha. Cerita opis pon a big no-no. Family member pon ada yang baca so takleh gak. Hahahha. In the end bosan kan. Arghhhh. Kalaulah aku ni orangnya selamba jek. Memang aku belasah jek tulis apa-apa. Tapi tak, aku ni tak selamba. Aku ni pemaloo. Penakut pon ye. So takleh. Call me a coward or what not, sorryler nak bare all
  8. Blog cerita pasal artis. Adoilaa. Come onla tak cukup rancangan TV, suratkhabar, majalah dan websites, now banyak blog pull info from the sites pulak. Yelah lepas tu beramai-ramai la mengutuk artis tu kan. Hahahha. Bak kata Sarimah Ibrahim few years ago, this is just entertainment business, let's not get too carried away.  Eh, aku taula sikit-sikit pasal artis. Hehehe.
Gila punya mengutuk blog orang kan. Muahahaha. Aku bukannya mengutuk. Aku takde highlight sesapa in particular kan. What I am saying is, I am probably getting old. So bila blogger menulis style-style baru gitu, aku tak leh cope la. Bak kata Oren, semenjak jadik makcik-makcik ni, jiwa dah lain sikitla. Hahahha.

Blog yang aku suka?
  1. Blog kawan-kawan aku la. Tak kirala samada korang ada kat list sebelah ni ke tak. 
  2. Kebanyakannya blog yang dah diprivatekan ni. Bila dah private apa lagi, sesedap rasa la tulis kan. Yelah share dengan segelintir kawan je kan. Best2.
  3. Blog yang rajin update. Hahahha. Aku? Sendiri mau ingat.
  4. Blog masak-masak. Dan rajin share tips masakan dan gambar-gambar menarik.
  5. Blog travel. Blog orang-orang biasa tapi cerita pengalaman peribadi diorang bila travel, not just putting pics and then cakap, ni dekat mana, ni dekat mana. Sharelah what you see, what's odd, what's different. Kebanyakan posting travel aku di blog private. Sebab errr ada gambar, hahaha.
  6. Blogger yang rajin jawab komen. Aku kalau blogger yang malas jawab komen, aku pon malas nak tinggalkan komen walaupun kekadang tulisan dia memberi kesan pada aku. Cam tak appreciate jek pandangan orang kan. Yelah kot beratus-ratus komen tak laratla gamaknya nak jawab komen ye tak. Tapi ada satu blog ni, dia dapat komen beratus for every entry. Dan dia jawab most of the komen satu-satu. Talk about appreciation kan. 

Kenapa aku sungguh rasa macam makcik-makcik sekarang ni? Hahahha tungguuuu... 

Oklah aku nak sambung buat slides. Bosan gilerrrrrrrr buat slides ni tau tak? Tak larat dah aku dibuatnya. Kenapa la aku terjebak dalam mender-mender gini. Takde idea dah aku nak menggoreng slides nih. Dah pukul 2 am. Tido lagi best kot. Hahahah. Okla kawan-kawan next week bz sangat rasanya. Esok ada party. Yeehaaaaa..

    Thursday, October 20, 2011

    Blogging

    Aku sebenarnya excited nak update pasal 2 kali experiment buat yorkshire puddiing. Tapi gambar belum upload dan resize, so weekend nantila kot. Errr kalau sempat.
     
    Kalo korang perasan, blog aku yang Sporting and Happening tu dah takde kan. Aku dah delete. Tak kose aku nak update sini-sana. Letih. Takde idea dan mana ada masanye. Especially sekarang ni. Blog ni pon dah jarang-jrang update, sampai aku kena buat scheduled post on the weekend. Blog private tu lagilah. Nak upload gambor raye pon tak sempat. (macamla ada orang nak tengok gambo ko tu cekna, muahahha) 

    So aku deletelah. Masa aku buat dulu pon sebab aku nak testing Nuffnang tu. Nak tengok how it works semua. Masa mula-mula buat gigih jugak aku buat update sebab nak tarik orang ke blog tu. Baca pasal keywords lah haperla. Dok pikir camana orang boleh dapat giler banyak visitor dan boleh dapat earning dasyat-dasyat nih dan update sampai 2-3 kali sehari? After a while aku noticed, hilang seronok aku bila berblogging macam tu. Apa purpose aku menulis blog sebenarnya. Aku bukan blogger gossip, aku juga bukan blogger yang amek cerita sensasi dari sokkhabar or site lain, aku jugak bukan blogger sukan yang tau latest happenings. Aku blogger yang tulis pasal happenings dalam my mundane life. Tu jek. Walaupun aku ada buat update masak-masak, tapi aku takler masak hari-hari dan takkan makan nasik dan sambal sardin pon aku nak cerita kan. Actually nak cerita pon tak salah. Tapi dari blog catchme dulu pon aku update masak-masak pon selective sikit.

    Pastu aku noticed, kalau blogger anonymous macam aku ni memang payahla nak jadik blog yang ramai follower sebab orang suka follow blog yang they can put a face to the writings. Nak-nak kalau blogger yang ada personality sikit. Atau yang sensasi atau ada content sensasi. Memang ramai readers and followers. So, aku berbalik pada niat aku berblogging. I just wanna share my writings jek. Just be me.  Kalau ada orang yang sudi baca dan komen alhamdulillah. Tak perlulah aku compare dengan orang lain kan. Tapi tipulah kalau aku tak seronok kalau orang ramai komen kan, sure korang rasa camtu. Aku ni, selagi boleh setiap satu komen korang aku nak balas. Yelah orang dah komen kan, mestilah balas.

    Aku appreciate sangat kawan-kawan yang tinggalkan komen dekat sini sebab aku tau kita hanya akan tinggalkan komen kalau kita terkesan dengan tulisan blogger tu atau kita dah rasa cam kawan dengan blogger tu. Berapa banyak blog yang kita baca, tapi tak pernah komen kan. So either way, aku appreciate sangat. Kalau korang perasan, dari blog catchme lagi, aku seboleh-boleh cuba balas setiap satu komen korang. Kalau adala pernah aku tak balas tu serius aku tak perasan dan mintak maafla banyak-banyak. 

    So sekarang ni kembali dengan dua blog. Blog catchme tu walaupun update setahun 2-3 kali jek sekarang ni, tapi aku sayanggg sangat. Sebab bermula dengan blog tulah aku kenal blog dan kenal kawan-kawan kat sini. Blog tu aku start tulis tahun 2005. Dah 6 tahun aku berblogging. Kadang tu sedih jugak sebab kawan-kawan bloggers yang aku dah lama follow tetiba tutup blog or privatekan blog tanpa meninggalkan kesan. Sebab banyak blog-blog baru yang aku baca sekarang ni, macam tak masuk sangat dengan jiwa aku. Maybe they are younger or mungkin sebab-sebab lain. Itu nanti aku olah lain kali.

    Apa point aku tulis ni pon aku tataw. Hahahah. Buang masa korang jek.

    Monday, October 17, 2011

    Update masak-masak

    Emm selain daripada pergi picnic hari tu, banyak jugak gambar masak-masak yang aku tak update. Takde masa la babe. Amek gambo bukan main lagi. Bila masak jek, mulalah amek gambo. Fed up jek aku tengok muka Ed bila aku tak kasik di jamah makanan tu selagi tak amek gambar. Muka dialah yang fed-up tu. Aku sengih-sengih. Muahahah. Kesian dia.  Selalunya bila dia lapar tu, sekeping jek aku amek gambar dish, pakai handphone. Takde pedulikan lighting, angle or whatever. Yeler, member tengah lapar tu kan, karang aku yang kena ngap susah laks.

    Aku pikirkan, blogger masak-masak yang hebat-hebat dan gambar lawa-lawa tu, sure amek masa lama jugak  untuk amek gambar supaya nampak mengiurkan. Korang pernah pergi blog akak ni tak? Adoi mak, memang terliur gila la. Gambar pulak cantik giler, pastu hasil masakan dia sangat kemas dan halus jek aku rasa. Memang sabar gila tinggi akak tu. Aku start tengok blog dia dari sebelum puasa dulu. Dekat opis bila bosan, aku akan jamu mata kejap tengok kek-kek dan deserts lain yang dia buat. Memang stress reliever. Kagum okay. 

    Okla, of course aku tak leh celen blogger masak2 yang hebat-hebat tu. Aku masak untuk tekak aku dan Ed jek. Sesekali untuk anak buah aku dan family aku. So diorang bantai jelah apa aku masak kan. Cekna, ko tak yah buat disclaimer or menjustify kenapa ko nyer dish tu tah apa-apa tapi nak update gak. Terus jelah upload gambar ye. 

    Semenjak lepas raya, ada beberapa kali jugak buat roti ni. Buat roti ni bagi aku ada perasaan gian sikit. Buat kek, tak pernah lak rasa gian. Maybe sebab tak pernahnya jadi sangat dan bukan boleh makan banyak pon kan. So kalau sesapa yang risau kalau beli breadmaker takut jadik gajah putih, insyallah tak. Mesti terasa-rasa nak buat, so the investment akan berbaloi. 

    Bun kacang dan sardin kot. Tak ingat dah. Gemokk kan...


    Mini pizza

    Sausage roll yang akhirnya comel sikit rupanya

    Roti kismis

    Pizza lagi

    Dan lagi

    Err dan lagi? Hahahha. Ke gambar sama entah.
    Last week lak, lepas habis kelas, aku gi super market sebab nak masak nasi lemak. Gigihnya tengahari buta tu nak masak nasik lemak. So ni ler nasi lemaknya,

    Ni namanya Nasi Lemak Gigih
    Kenapa nasi lemak gigih? sebab berie kopek kerang segala untuk buat sambal kerang, goreng ayam, celur kangkung(tak nampak sangat dlm gambar), ikan bilis goreng tu dah tentu dan rebus telur yang kuningnya cair sikit. Siap pakai timer ko tau. Iyer, aku tak makan kuning telur keras, lagi-lagi kalau dah cam lebam sikit keliling tu, lagi tak makan. Memang aku makan yang putih jelah. Telur goreng pon sama, kalau keras wa tak makan. 

    Emm yang ni pulak, hari apa entah yang aku takde kelas, aku masak. Selasa kot. Tak sempat nak pikir apa. Bukak fridge, So aku buatler, Fettucini goreng. Aku rasa kalau spaghetti lagi sedap kot. Lebar sangat fettucini tu, tapi masak apa pon dekat rumah mesti lebih sedap dari kat luar, so oraitla. Yelah kalau dah banyak udang dari fettucini, tak sedap lagi tataulah.
    Fettucini goreng takde sayur, hatta mushroom sekalipun. Yang hijau tu ialah daun bawang
    Pastu, aku ada backup plan, yang aku baru nak try. Mana tau tak sempat or sesak-sesak boleh ler makan dengan sambal ni. 

    Ala-ala cam Brahims la. Panaskan dan terus makan jek. Rasanya oklah. Manis sikit, cumaaa sikitnya lah sotong kering nya tu. Ada la 5-6 keping kecik-kecik. Aku terpaksa potong kecik-kecik lagi masa tengah panaskan tu, takut berebut dengan Ed. Hahaha. Harga tak ingatlah. 6.90 kot. Aku buat lempeng bodo makan dengan sambal ni. 

    Mulanya ingat nak buat nasi lemak lagi. Tapi Ed kata, heavy sangat. So buat lempeng. Err aku rasa kalorinya lebih kurang jek. This is how I like my lempeng, kena garing-garing sikit. Ala-ala sikit lagi nak hangus gitu hahaha.

    Aku ni makin kurang memasak korang tau. Isnin dan Rabu confirm tak masak sebab ada kelas. Hari tu Ed akan makan sendiri dan belikan untuk aku jugak, sebab aku sampai rumah dah dekat kol 10. Kalau ada discussion hmmmm dekat pukul 11 baru sampai rumah. Last week lagi haru. Khamis dan Jumaat outstation pulak, lagiler tak masak. What a life kan. Tapi dia supportivela. Tu pasal kalau hari takde kelas, aku masakle jugak. Buat roti ke, so ada la makanan buat alas perut kalau dia lapar. Aku ni old fashion kot. Masih lagi berpegang with A way to a man's heart is thru his tummy/stomach. Tak ingat la. Tapi kekadang aku rasa aku masak sebab nak layan tekak aku. Aku ni kan memilih bila bab makan. Tu yang kadang-kadang nak ikut taste aku, kenala masak sendiri. 

    Hishh banyaknya membebel. Suruh buat assignment banyak je kan alasan ko, cekna. Takleh printla. Tatau nak olahla. Kalau bab update blog, laju jek.

    Saturday, October 15, 2011

    BIg Bad Wolf Bookfare

    Aku baru balik dari outstation petang tadi. Kena bagi talks. Sampai serak-serak suara aku. Alhamdulillah everything went well. Syukur. Punyalah mengantuk masa drive balik tadi. Serius rasa nak berhenti tido je tepi jalan. Tried telefon Ed, tak angkat-angkat laks, grrrr. So bila sampai je rumah, memang terus tido. Entah haper yang penat sangat pon tataw. 

    Bila bangun jek called Ed cakap nak pegi Big Bad Wolf bookfare dekat MAEPS tu. Si Delinn la punya pasal, pegi cerita dia gi borong buku dekat situ. Pastu aku geram sebab geng2 opis pon buat trip gi MAEPS tadi. Grrrrr tak leh jadi ni. Lepas mahgrib memang aku dah siap-siap dah. Tunggu punya tunggu mane daa si Ed ni? Dekat pukul 8 baru sampai. Bookfair tu sampai pukul 9 je. Nak hangen pon tak guna. Dia cakap kalau still nak pegi, bagi dia 5 minit, dan suruh aku tunggu di kereta. Aku terus gi tunggu kat kereta. Memangle cepat bersiap pakcik tu. Sekejap jek dia mandi dan solat and off we went to MAEPS.

    Sebab dekat sangat dengan rumah. Dalam pukul 8 gitu sampai. Walaupun dan dapat parking dekat, Ed nak jugak naik tram. Maybe sebab tak berapa sure belah mana the hall dan malas jalan. So naikla kami tram tu, buat satu pusingan dan turun di hall. Free je tau tram tu, best. Masuk je dewan, maaaakkkkk banyaknya buku! GIlerrr punya best. Novel english  RM8, buku memasak paling mahal pon RM25, yang RM25 tu hardcover dan imported tau.Macam buku Nigella Lawson tu. Memang semua imported books. Takde buku local tak silap aku.

    Aku memang main sauk-sauk jek. Bak kata Delinn, agak2 sinopsis best, amek je terus. Buku masak-masak imported ni aku amek satu jek. Sebab banyak sangat masak pork lerrr. Lagipon mostly hard cover so berat. Berapa kali buku dekat tangan aku tuh nak berterabur, lenguh giler daa pegang buku, dah terpikir nak bawak beg tadi, tertinggal laks. Tangan kanan dah ler tak kuat sangat. Anyways, lepas dah banyak kali nak berterabur buku tu, aku gi dok mencangkung tepi hall tu, amek kotak kat tepi tu dan letak all my books. Haaa senang sikit. Beratnya. Kemudian aku tunggu Ed. Manalah dia ni, tetiba dia tegur aku, Uihh banyaknya buku. AKu sengih jek. Tapi dia tak cakap banyak sebab buku kat situ memang betul-betul murah. Lepas tu kami sambar 1 buku photography by national geography. Gilerr wei kalau banyak masa nak browse dan lambat lagi tutup, tataulah berapa banyak aku beli. 

    Lepas dah pilih tu, mengharunglah satu hazab bab nak membayar. Panjang dowhh barisan tu. Sesambil beratur tu, sempat lagi aku gi sambar buku haper tah. Pastu tak jadi, aku gi sambar buku jamie oliver. Kenapakah? Covernya handsome ker? Muahahha. Lepas bayar naikler trem balik semula ke parking lot. Happy. Happy.Happy. Total damage is RM213!! Giler kan.  Okay dalam jangka masa less than an hour tu, nilah buku-buku yang kami pilih. 

    Buku football, dummies dan Mastering tah haper tu buku Ed. Yang lain buku aku. Hehehe

    Yang ni dah tentu-tentu buku aku, oh yeah.

    Kesemua buku-buku yang kami beli. Oh ada sebijik lagi tertinggal sebab si Ed tengah belek.
    Bila nak baca bukunya tu tatau lagi. I guess all of this books will tak me a year kot nak habiskan, sebab errr bilanya ada masa nak baca. Dengan kelas, dengan projek semua tu kan. Nanti aku kasi tau updates, berapa banyak dah baca, Buku cerita saja adalah 12 ketul. Yang lain semi ilmiah. Muahahhaa. 

    Aku rasa dulu aku pernah cakap dekat delinn padal book light kan. Poyo jek aku ni, suka sangat gadget2. Sudahnya bukan pakai pon. Pakai masa awal2 belu jek dulu. But err I like it. Kalau nak baca dalam gelap, dan tanak kaco orang, be it your spouse or orang yang duduk besides you dalam bas or flight boleh ler pakai nih.


    Hehehhe book light.
    Reading light tu aku tak beli dekat book fair tu. Beli dekat MPH Mid Valley kot kalau tak silap. So sekarang ialah masanya untuk memikirkan dekat mana nak letak buku-buku tu semua sebab rak buku kami dah tak muat.Owh ekspo buku tu sampai hari ahad ni. Starts from 10 to 9 pm. Kalau pegi bawakla beg kain or trolly especially if you are a book junkie like me. Memang orang bawak trolley bag dan trolley pasar ko tau! Lokasi di MAEPS berdekatan dengan MARDI dan hospital Serdang. Parking banyak giler dan free, dan ada tram.

    Sunday, October 9, 2011

    Kerja-study-kerja-study-Great!

    Aku tulis ni hari khamis . Ed patutnya outstation hari ni. Dia terlupa yang hospital appointment follow up aku ialah pada hari ni. Aku memula tu frust jugak sebab aku dah cakap. Tapi aku pon terlupa masa dia inform aku yang dia akan outstation semalam. So nak buat camana. Bukan salah siapa-siapa. Aku risau gak, sebab rasanya kalau pegi hospital sure kena amek jab punya tangan aku ni. Menurut si Amy, agak sakit kena inject tu. Nak bawak kereta balik rumah horror sikit. Alangkan nak gi kerja balik kerja yang dekat pon aku sakit tangan, ni pulak lepas jab dan nak drive dari Ampang yang mungkin jem tu.

    So aku telefonlah mak aku, untuk mintak tolong dia hantarkan. Dia takde dekat KL lah pulak. So aku pening-pening lalat, tapi dah ada lah jugak last resort untuk ke hospital tu. Agaknya si Ed nampak aku dah susah hati, dia pon call colleague dia dan cancel ke outstation. Kesian jugak dekat colleague dia kena gi sorang-sorang ke JB nun. But thanks a lot babe. 
    So pagi ni Ed hantar aku ke hospital. Aku dapat turn yang ke-8. Ed bosan gila tunggu aku so he went to sleep at the surau, kejap. Aku pulak dah tersenggok-senggok dah menunggu turn. Masuk je bilik doc, memang sah kena amek injection. Adoila. Masa masuk jarum tu tak sakit sangat. Bila dia masukkan ubatnya tu, maaaakkkk ngilunya. Pastu ngilu tu worsen dan berdenyut-denyut bila dah masuk kereta dan sampai rumah. Apa lagi tidur jelah.

    AT 4 gitu, aku bangun sebab nak gi meeting. Aku memang dengan tangan tak kuat ni, pergi jugak meeting tu. Ada kawan datang pick up sebab aku tak leh drive. Nasib baik ada dia. Kalau tak maybe tak pergi meeting tu.  So we went for the meeting. Kol 9 malam baru habis. Adoila. Pengsan. Bila nak balik I bought dinner untuk Ed dan lepas tu makan pain killer. 

    Actually menaip ni pon rasa tak best. Tapi nak jugak cerita kan. Tapi aku update lambat sikitlah. Bila nak pakai mouse,  aku ada tikus portable yang aku bawak dalam beg aku. The cushoned mousepad tu aku tinggalkan dekat opis. Ni dia..

    Oppss sorry, tertunjuk bahagian bontot laks. 
    Ok ni haa dia tikus aku. Mouse and mouse. Dapat dek anak buah aku, nescaya dia buat masuk bilik air nih. Berendam sama dengan dia. Lama pulak tak jumpa anak buah aku nih. Semenjak aku ada kelas ganti on weekend, memangla tak sempat nak gi jumpa diorang. Hishh busy sangatla sekarang. Ada masa-masa rasa overwhelmed tatau camana nak handle semua. Kena doa banyak-banyak, mintak Allah bagi ilham dan kekuatan untuk handle semua ni. 


    Aku rasa weekend akan datang  baru leh buat update sebab, aku ada assignment nak submit, exam is on Wednesday, and Thursday and Friday outstation pulak.  Friday night ada status meeting plaks. Tu belum campur day to day punya kerja. Pengsan. Hishh sebut banyak-banyak kali perkataan pengsan ni cam doalah pulak kan. Kena tukar word yang positif sikit; Great! Kena makan vitamin nih. Wokeys, take care people. 


    Note : Aku seram nak exam rabu ni. Haram tak study apa, dahla kat kelas asyik blurr dan tak faham jek. Eii takot. Doakan aku ye kawan-kawan.

    Thursday, October 6, 2011

    Picnic at Janda Baik

    Busy giler dowwh minggu ni. Kerja banyak gila. Dengan kerja hakiki, coordination yang tak berapa hakiki, dengan draft report, slides lagi, pastu kelas, assignments, projects, pastu ada sikit-sikit freelance project. Warghhhh. Nangis. Tu belum campur attend to my mum's request dan sebagainya. Tapi aku biasalah, sibuk camner, dalam meeting ker, discussion ke kalau ed or my mom called, mesti angkat. Hehehe. Manala tau ada urgent ke kan. 

    Anyways, aku nak cerita mender lain, tapi biasalah kenalah ada luahan perasaan sikit. Hahaha. 

    Last weekend, aku dan kawan-kawan uni pergi picnic dekat Janda Baik. Yeaahhh. Mula-mula tu susah gila nak set time, bila orang ni boleh orang ni tak boleh. Grrr. Pastu bila dua orang cakap, diorang pergi je dulu, terus aku dan si Mamatinie, dengki dan bolehkan jugak pegi. Muahahhaha. Habis tunggang terbalik program lain, sebab aku nak gi jugak. Ni geng uni yang aku masih in contact ada dalam 4 kerat jek. Yang ni every year mesti beraya sesama. Once a year paling koman akan jumpa. Aku tak banyak kawan lain. I am lousy at maintaining friends. Dan aku malas mantain kawan yang no longer sekepala. Maksudnya, kalau dah ko tiba2 dah tua2 gini perangai menyakitkan hati jek, aku tak agak2 pangkah jek walaupun ko dah kawan dari kecik dengan aku. Yelah kadang-kadang kita stuck dengan kawan yang cam haram perangai, tapi kita tahan jek sebab kita kenal dia dari kecik. Apa barang? Menyemakkan kepala je kan. Carik jek kawan lain. Kawan-kawan blog aku pon banyak yang best-best kan. Hehehe. 

    Tengok tu melalut. Sabtu tu aku ada kelas. Semua tak confirm lagi. Jumpa kat mana, sapa lagi pergi, dan sapa bawak apa. Malam tu aku beli barang sikit nak masak, sesambil tunggu sms dari bebudak ni. Sekor pon tak berjawab, hishh perangai! Last2 aku jawab jek aku tunggu kat mana, dan aku bawak apa, dan pukul berapa. Esok jumpa! Hishh mak-mak budak ni, busy benor. 

    Malam tu mulalah memasak. Memula aku ingat nak buat roti jek. Buat sausage roll, roti sardin, roti kacang dan pizza ke. Sekejap jek boleh siap semua tu. Pastu aku terbengong nak buat lasagna pulak. Kenapeeeeelah aku tukar fikiran. Gila lambat tau buat lasagna. Nak buat kuah daging lagi. buat cream sauce lagi. Nak layer lagi, dan bakar dua kali! Arghhhhh. Sampai pukul 2.30 pagi aku membakar. Hissshh.


    Yang ni, aku terlupa yang the last layer tak yah letak daging.

    Sebelum tu aku buat agar-agar santan gula merah dulu. Nilah agar-agar aku yang paling berjaya sekali. Hahaha dari segi rasa, tekstur dan rupa. Selalu aku buat agar-agar pandan. Rupanya agar-agar gula merah lagi sedap. Ada lemak-lemak gitu dan telur tak hanyir. I likeeee.. Dah 5-6 kali buat baru cun. Errrkk...Pastu mulalah, adegan hazab nak menyiapkan the lasagna. Aku buat 2 tray gitu. *Pitam
    Yeah, aku suka agar-agar ni. Akhirnya cantik gak rupa, tekstur dan rasanya.

    Nearly 3 am kot baru aku tido. Memula Ed taknak pegi Janda Baik ni. Biasalah dia, malas nak bersosial sikit. Lepas dipujuk-pujuk dia pegilah jugak. Alhamdulillah, tak yah aku drive. Aku kan sakit tangan, susah nak drive jauh-jauh. Bawak kereta gi opis pon sakit.  If not pon, aku tak drive gak. Aku naik dengan sorang member lagi. Lepas tunggu-menunggu dan tinggalkan sorang lagi geng, kami terus ke Janda Baik. Naik sampai ke Sungai Benus. Pastu, bila sampai jek, tengok suasananya heheheh. Suke..suke..
    Kat tepi sungai ni kami picnic. Gambar-gambar artis dan keluarga adalah confidential hahaha.


    Siap bawak tent tau kawan aku ni. Best

    Walaupun sebenarnya ramai orang, siap ada orang berfamily day gitu, tapi sungainya landai dan panjang so banyakler area ko boleh conquer hehehe. Pastu the car betul-betul boleh park tepi sungai tu dan air tak dalam sangat. Very family and children friendly. Park kereta, bentang tikar tepi kereta dan  gedebush. Makanan pon mewah alhamdulillah.

    Giler banyak kan makanan. Eh kopi panas takde dalam gambar laa.


    Bapak-bapak budak layan anak-anak mandi. Mak-mak budak, sembang dan makan dan tak gerak-gerak dari depan makanan sampai sudah. Aku celup kaki kat air pon tak, ko tau. Muahahaha. Gelak macam pontianak. Serius, I kid you not. Banshee-like laugh non stop hahaha. Aku rasa k=our husbands tertekan dengar kitorang gelak hahaha. At 3.30 pm gitu, kami pack-pack balik rumah. Hari pon gelap macam nak hujan, dan aku pulak ada meeting at 5.30 petang tu. So kena balik. Iyerrr hari Ahad pon ada meeting. Sabo jelah. Rasa cam nak pegi lagi jek. Hehehe.