Thursday, October 27, 2011

Yorkshire pudding

Font aku ni kecik sangat ke aaa? Dah 5-6 tahun aku pakai font Trebuchet dengan size normal. Tapi semenjak pakai template ni. Rasa cam kecik pulak. Ke mata aku yang semakin tak nampak. So aku nak cuba pakai verdana pulak. 

Owh aku dah lama kan cakap nak buat update pasal yorkshire pudding ni kan. Tapi tak sempat dan nak bagi laluan pada entry lain dulu, Aku first kenal yorkshire pudding ni few years back masa tengok rancangan memasak Jamie Oliver. Masa tu baru aku tau that yorkshire pudding ni bukanla puding tapi jenis cam roti gitu. Dalam rancangan tu ia dimakan dengan steak. Kemudian aku nampak sekali lagi dalam MasterChef Aussie early this year. Rasa nak mencuba tapi entah tak yakin sangat. 

Kemudian, adek aku cakap dia pernah makan this thing (nama manjanya ialah yorkie hahha) dekat UK nun, dan ada inti. Inti sardin. Wah intriguing, nih. Lepas tu balik daripada pameran buku baru ni, masa aku belek buku yang aku beli aku nampak satu resepi yang menarik hati.  So aku tryla. Ok, so korang tak leh kata aku beli buku resepi berlambak-lambak tapi tak cuba ok. Muahahhaa. 

 
Tak taulah kenapa they called on toad in a hole. It's basically yorkshire pudding bersosej jek. Geli pulak kan nama toad-toad nih. So i decided to try it. Resepinya pon simple jek. Tepung, telur, susu, baking powder. Cuma teknik jek lain. 

Mula-mula kena panaskan oven, amek muffin tray or whatever tray lubang-lubang yang lain. Letak minyak masak dalam tray. Jangan pakai butter. Letak dalam oven sampai betul-betul panas dan ada bunyik macam sizzle-sizzle sikit. Kalau nak letak sosej, letak dulu masukkan dalam oven 2 minit, dan keluarkan. Kemudian, letak batter yang dah kacau tu dalam jug supaya senang nak pour, and pour cepat-cepat sampai half or maybe 1 pertiga jek. Masa first attempt ni aku letak 3 suku penuh. Kemudian masukkan dalam oven dan bakar at 200 C.
First 2 mnutes memang tak naik langsung. Don't worry dia akan naik. Jangan bukak langsung pintu oven

Toad in a hole. Hahaha. Budusnye nama.

Err korang nampak tak buku-buku kat belakang tu? Tak muat rak daaa. Muaahahha.

Untuk first batch ni aku buat onion gravy. Masa panaskan oven tu, aku grill bawang besar dan bawang putih untuk gravy. Yey, dah tau buat sejenis gravy lagi. 

Ni yang plain.
Cheiss nampak cam burnt pulak. Lupa nak adjust setting camera.

Ok, sedap. Tu jek kesimpulannya. Macam lempeng yang dibakar but a bit fluffy. Cuma aku tak suka rasa baking powder kalau masak mender-mender savory. So aku carikla resepi yang takde baking powder. I found it in Jamie Oliver's website and Masterchef Aussie. I took the Masterchef punya recepi sebab portionnya kecik. 

Ni resepi tak guna baking powder taken from MasterChef Aussie Masterclass


It is suppose to be crisp on the outside and very light texture. Yup. Got that right







Grilled Rotisserie Chicken, with Yorkshire pudding and Onion gravy. Muahaha. Ayam golek jek tu.

Takde salad, timun or tomato. Nak add colours sikit, terpaksala letak daun bawang. Muahaha.
Aku beria masak sekali lagi yorkie(hahaha) ni bukan apa. Sebab gravynya ada lagi dan nak habiskan fresh milk ttu. For second trial tu aku gi beli ayam golek. Memula ingat nak masak steak. Hmm sampai dekat rumah pon dah nak maghrib masa tu. Beli jek ayam golek, senang. Pastu aku tuangle gravy atas ayam tu.Memang tak habis sekali hadap. But if kept overnight cam lembik sikit gitu, but bolehla heat balik dalam oven. 

Ni resepinya. 
1 cup plain flour, sifted
2 eggs, lightly whisked
300ml milk

Itu saja, bahan-bahannya. Kalau nak letak sosej ke sardin ke tambahla sendiri ok. I think letak mushroom pon macam sedap.

15 comments:

  1. cayalah sis arena... it looks tempting enuf..sgt kagum la dgn ur semangat ber baking2 nih..

    ReplyDelete
  2. alamak cekna.. telan air la aku camni.sib baik tak peknen..kalau tak aku paksa ko pos kan utk aku tau

    ReplyDelete
  3. CikCloudy,

    Thank you..thank you. I ni suka baking mender2 savory jek.. Mender2 manis kurang sikit. Sebab err tak reti..

    HI,
    sabor2 seb baik tak pregnant. kalau tak memang aku kena masakkan utk ko.

    ReplyDelete
  4. Amy,

    Yess! that's the idea.. hehehhe..

    ReplyDelete
  5. bahan gila mudah mcm buat pancake kan..harus try neh

    ReplyDelete
  6. Yup, silalah try Ngah.
    Memang sebijik bahan pancake. Cuma baca sikit teknik2 nya. jangan tuang more than half, nanti cam tak gebu. Minyak kena bebetul panas dan jangan bukak 2 oven tu.

    ReplyDelete
  7. mana cara-cara beb? aku ada acuan sebijik camko tu.. nak try gak. x manis ek?

    ReplyDelete
  8. Lerr aku takde gambar langkah demi langkah. Masa buat tu kena cepat2 takut tak naik kan, sebab tak pakai baking powder..

    Ok cam ni jelah lebih kurang..

    1. Pukul telur sikit, tak yah beria sangat.
    2. Ayak tepung gandum. Masukkan dalam telur dan masukkan susu. Pukul sampai takde lump dan cam ada bubble-bubble sikit. Season with salt and sugar. Taknak sugar pon takpe. Kalau nak savory lagi, letak thyme, or rosemarie pon ok.
    3. Chill it in the fridge for at least half an hour. Aku letak dalam sejam gitulah.
    4. Panaskan oven at 200 C. Tapi oven aku at 170C jek sebab oven aku giler.
    5. Letak minyak sekadar menutupi base dan masukkan pan berisi minyak tu dalam oven. Biar betul2 panas sampai sizzle.
    6. Kalau letak hotdog or mushroom, letak dulu masukkan balik dalam oven kasi masak sikit dan get the temp panas balik dalam 2 minutes.
    7. Bawak keluar batter tadi. Pour in a jug supaya senang nak tuang.
    8. Bawak keluar muffin pan tadi, dan tuang cepat2 dalam lobang pan tu, dan masukkan cepat2 dalam oven balik dan masak dalam 15-20 min, jangan bukak2 the oven.
    8. Tips : tuang separuh jek. Kalau tinggi sangat, it may not hold the weight dan benyek balik.
    Tips 2 : Pernah tengok dalam masterchef buat, bila dah nampak cam agak garing, turn it, or sengetkan the yorkies supaya minyak2 tu akan drip from the yorkies. So takdelah minyak sangat.

    Selamat mencuba. Tak manis mender ni. Macam lempeng bakar yang fluffy sket. Gamaknya makan ngan sambal sardin pon sedap. Kasik Fusion sikit hahahha.

    ReplyDelete
  9. Yummy..
    I tengok juga kat MC Aust. dulu.. emak 1 of the chef datang, diorang sama2 masak, kan?

    Resipi nampak ez tapi ada DOs n DONTs juga eh?

    ReplyDelete
  10. Somuffins,

    Ha'ah maknya Gary kan datang dan ajar buat yorkshire pudding ni. Betul bahan2 sikit dan simbple jek, cuma ada simple teknik yang kena betul2 ikut je. Kalau minyak tak betul2 panas memang tak akan naik dan puffy la kan. Taknak try ke heheh

    ReplyDelete
  11. nak kena cuba ni, akak ambik resepi ye :)

    ReplyDelete
  12. Sila sis, sila.. Jangan amek jek, kena try.. hehehe.

    ReplyDelete
  13. Arena,
    Tuh dia.. dok terbayang all those yorkies berfiesta kat dalam oven, melantun-lantun naik. Hehe! Walopon nama toad tu ala wakala sikit tapi nampak sungguh yummeh weh! (ha ni mula la nak mencuba gak ni.. haish!)

    Koi ada jugak tengok Jamie buat tapi nampak macam rumit jek. Tapi tak ek?

    ReplyDelete
  14. Sepesen je kot dgn jamie buat. Maybe boleh tgk youtube camne diorang buat yorkies nih. Kasi tambah konfident sket. Koi tgk berkali kali dan makan tahun jugak br konfiden haaa..

    ReplyDelete