Assalamualaikum wbh.
Salam Maal Hijrah kawan-kawan. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas-lepas ye.
Hmmm. Banyak weddings kan bulan ni dan bulan depan. Weekend memang penuh aktiviti dan kenduri-kendara. Semalam aku pergi Daiso dekat IOI Puching. Dah lama dengar pasal Daiso ni. Kedai barang-barang Jepun yang semua barang harganya RM5 tu. Ada yang berbaloi ada yang tak berbaloi harga RM 5 tu.
So aku biasala kalau pergi kedai-kedai gini, aku gi section barang-barang dapur jelah. Hmm aku beli 3 pisau, 1 knife sharperner, 2 baking pan kecik, 1 mandolin, dan shoe soles. Sangat2 berbaloi. Pisau sangat tajam dan cukup berat. Pisau roti pon best jek bila potong baguette tu. Takdelah senget benget dan terpenyek roti aku tu kan. Pengasah tu pon best, sekejap jek gila tajam pisau lama-lama aku.. Pheeewwwiittt. Best..Bestt..Best..
Hmm semenjak sakit tangan ni, mempunya pisau yang super tajam is very essential. I cannot rely for my hand to force when cutting veges ke apa ke. Samalah Amy, bibit nak sakit balik tu dah datang. I am very careful, so as not to make a return trip to the doc. Pisau yang beli kat Daiso tu punyala tajam, tak biasa pulak, sampai terluka tangan aku, hahahah.
Monday yakni besok ni cuti kan, tapi aku ada kelas. How boring is that kan. Baru ingat nak bangun santai2 dan makan breakfast dekat Roti Puri. Nak ponteng errrr, dah pernah skip kelas hari tu. Aku super duper busy masa tu. Esoknya aku ada assignment luar yang first time aku buat, tapi aku tak prepare haper lagi, which is making me super nervous. So aku skipla kelas malam tu dan prepare for the assignment.
Aku banyak gila kerja nih. Macam-macam nak kena prepare sebelum Januari. Kalau ikutkan last month was probably the busiest this year. Aku memang pikir one day at a time jek. Bila habis jek kerja satu hari, malam tu prepare untuk hari esok pulak. Gitu jekla yang aku daya buat, so that I keep on going. Penat sebenarnya, weekend pulak, sibuk dengan social obligation pulak kan. Bilanya aku nak mula projek untuk master aku nih. Nak hantar lagi 2 minggu tau tak?!! Install pon tak berjaya lagi ni. I am getting super nervous now. Tatau macamana dah. Kalau tak berjaya install, memang tak leh proceed. Camana nih??!! Sekarang ni aku tengah backup laptop aku, sebab lepas ni aku nak download tools haper ke bender tataw. From my reading, tools tu boleh buat notebook aku kaput. Tu yang kena backup semua tu. Risaunyaaaa.. Bukannya aku reti nak trouble shoot if that happens. Tapi macam takde jalan lain, sebab dah cuba semua cara, tak jalan jugak. So aku kena try jugak.
Wokeys, aku punya hard disk have stop copying. Time to start downloading. Jangan notebook aku blue-screen lepas ni sudah. Uwaaaaa memang aku nangis tau kalau jadik, memang aku nangis. Doakan aku ye kawan-kawan. Bismillahirrohmanirrohim. Let's download the darn thing!