Monday, May 27, 2013

Cabaran breastfeeding 5 : Pumping Mama

Nak kata exclusively tak la exclusive sangat sebab campur gak FM. Tapi exclusive la jugak dari segi penyusuan. Sebab Farhan hanya minum susu mama dari botol sahaja. He refused to drink direct. Sedih ko. Allah saja tau camana sedihnya aku. Giler rindu masa dia direct feeding dulu. Terasa kuat sangat bonding tu. Pastu tengok mata dia tengok aku, arghhh. Sedih. 

Aku dah citer kan, dah banyak kali Farhan ni nursing strike. Macam-macam cara dah aku nak encourage dia DF balik. Mengamuk-ngamuk kalau aku soh nyusu. Ada jugak few times, berjaya tricked him, aku bagi botol, lepas tu aku bagi susu badan. Mencabar woo nak wat cam tu, bagi susu botol, sebelah tangan lagi, pam pakai manual supaya let down, bila susu dah turun, cecepat tarik botol susu dan susukan dia. Berjaya la sekali dua. Penat wei buat cam tu. Mencabar emosi, fizikal dan minda. Macam sotong tangan aku jadiknya. But dia merempan sangat, masa menyusu tu. Penat.

After a while, aku pon dah tak larat dah. So for the past month or two I have resorted to pumping jek. Malam pon dia tak DF. Memang dia 100% menyusu from bottle. Aku akan bekalkan dia 4-5 botol susu ke taska. Dan pamla pagi petang siang malam untuk bekal si Farhan budak bertuah ni. Aku pam minimum 4 kali sehari. Normally 4-7 times a day. 2-3 days dekat office, sekali sebelum gi office, balik kerja, malam dan yang paling mencabar yang sesi pukul  3-4 pagi. 

Tapi dalam-dalam aku takde stok, dan pam hari ni untuk kegunaan hari esok. Dah 6 bulan Farhan breastfeed. Walaupun dah campur FM, tapi Farhan masih minum 80%-90% EBM. Masa growth spurt memang top up FM lebih sikitla, sebab Ya Ampun kuatnya menyusu masa tu. Badan dia pon dah berisi sikit sekarang, hihi suke.

Semenjak aku telah menerima hakikat bahawa Farhan memang takmo DF dah, aku pon tukarla teat ke medium flow. Teat yang 2 lubang tu kan. Kesian pulak aku nengok si Farhan dok minum yang slow flow tu. Dan dia minum sikit sangat. Bayangkan dah 5 months masa tu 3 oz pon payah nak abis.  Sebelum ni aku sengaja retain cam tu sebab still nak encourage DF. Dah takmo DF pakai jelah yang medium flow. Apparently, teori aku betul rupanya. Memang selama  ni, dia bosan nak nyusu lelama. Sebab semenjak aku tukar ke Medium FLow teat, dia boleh menyusu 4 oz, i shot in 2 minutes. Dan dia jugak boleh jek habis minum susu 5 oz, kalau lepas penat main. Even lepas makan pon dia boleh minum banyak lagi. 

Aku tukar teat botol avent. Yang Tommy Tippee tu aku pakai teat yang Vary flow. yang cam x cut tu. Apparently teat Vary flow ni, tak sesuai kalau masa dia mengantuk, atau separa lelap, sebab susu tu akan turun dengan lajunya, dan dia cam nak tersedak. Mulala menjejeh jek susu. Sebab teat ni, baby yang akan control the flow. So aku dah terpikir cam kena gi beli teat med flow yang biasa jek. Adoi dah le baru tukar. Dan dahler teat TT ni mahal. But tak semahal Avent Natural la. 

Alhamdulillah, aku dah melepasi another milestone. Memula aku nak susukan Farhan, sampai habis pantang. Lepas tu sampai 3 bulan, dan syukurlah dah mencapai 6 bulan now. Next target ialah setahun. Hmmm mencabar gak tu, sebab kerja makin sibuk now, schedule pumping memang ke laut. Pastu ada pulak akanke outstation on the very near future. Adei. Camanalah tu. Takpe, aku akan cuba gak selagi boleh. Ada yang cakap aku determinelah, apalah. Aku rasa biasa jek. Harap-harap adalah rezeki si Farhan ni menyusu susu mama lama sikit. 

Okla tu jek. Laterrrrr..

Wednesday, May 22, 2013

Abang Farhan dan cousin Mia pakai topi Owl


Same hat. Hehehe

Posted via Blogaway

Friday, May 17, 2013

Farhan dah 6 bulan

Assalamualaikum wbh, 

Warghh busynya. 
Macam-macam update kat kepala. 
Tapi tak sempat nak update. 
Punyalah banyak gambar amek, tapi tak sempat nak update. 
Hehehe, rhyme plak kan. 

Oklah 3 Mei hari tu Farhan dah 6 bulan.
Alhamdulillah. Sihat walafiat anakanda ku.
Lasak boleh tahan. Penat mama ko, Farhan.
Macam ni lah gaya bila ada anak pertama di usia lewat 30an ni. Penat sangat. I am not complaining. Syukur Allah kurniakan this bundle of joy to us. Besttt tersangat sejak ada Farhan. Cuma aku dan ayah dia cam tak cergas sangat nak attend to his needs. Ya Allah kurniakan lah kami kecergasan supaya kami boleh jadi parents yang baik untuk Farhan. Semoga dia akan experience good childhood with us, walaupun mak pak dia dah kertu hahaha. Masa 5 bulan dulu apak Farhan cakap, terima kasih Farhan dah 5 bulan buat mama dengan ayah gembira. Now dah lagi cheeky lagi seronok. 

Farhan memang tido dekat cot dia. Sejak dia jatuh dulu memang tak bagi sangat dia tidur dengan kitorang. Cuma masa demam hari tu jek, almost seminggu tido sama. Masa demam tu, memang mencabar yo. Dia nangis meraung-raung. Nak dukung jek, dan nak tidur either  berdukung, berdodoi atau beriba. Macam masa dalam pantang dulu. Nak bermanja ye cayang. So mama dan ayah layan jelah. Dia demam dia ok jek dengan both of us. Taklah dia asyik nak dengan aku jek. Alhamdulillah, syukur for this. Memang ting tong kepala sebab tido asyik terjaga-jaga jek. Takpelah dah baik dah pon. Syukur lagi. 

Farhan dah start gain weight sekarang ni. Sejak aku tukar teat botol dia ke medium flow, dia dah start gaining weight. Plus, dia dah start makan. Setakat ni dia dah makan, puree pisang, carrot, apple, pear dan sweet potato. Pasal makan ni nanti aku update sekali dengan pasal menyusu badan si Harith farhan ni. 
Lepas demam. Kurus jek


Masa mula-mula makan


One happy morning



Luas gila dahi kan hehehe

Ni masa ikut mama dan ayah mengundi

Actually masa ni gelap, dia dok dengar Al-Baqarah smbil
dok swipe2 kat ipad

Masa balik taska. Bulatnya mata
tgh test high chair

Test bumbo seat. Neni ckp nak belanja

aku ckp c yah kot sbb farhan nak duduk dah

ni masa kena impetigo hr tu

ni dia nak buat summersault. kusss semangat mama

Bosannya ikut mama shopping ni. Dah cam gaya ed aku tgk

Temgok tv

Makan pon kaki nak letak atas meja hishhh
Sekarang dah kuramg dah tido sujud gini hehe

Setakat 6 bulan ni, dia dah 
  • Berat finally cecah 7 kilo. 7.15 kg to be precise. (mak dia punya berat jangan tanya... huarghhh) Panjang err 62 cm kot. Tinggi kot si Farhan ni. 
  • Mengensot sgt laju.
  • Merangkak dah banyak tapak. Setakat ni dia merangkak dengan tenang jek
  • Hampir nak duduk. Neni cakap, dia selalu duduk cam raja bila tgk tv. Hehehe
  • Dah mula makan
  • Playful sangat suka main, especially mainan yang berbunyi. 
  • Suka buat bunyi cam ketuk2 lantai, cakar2 cot dia
  • Dah makin banyak senyum. Dan dah ketawa kalau kita gurau2
  • Suka sangat tengok muka sendiri dekat cermin siap ketawa lagi
  • Dah mula menyepah barang, tarik baju yang dilipat
  • Suka sembang-sembang. Kalau pandang Ed dan hulur tangan dia panggil Buh Buh. Jenuhla Ed dok ajar dia.. Aaa..Yah..Aaa..Yah hahaha
  • Kuat menyusu
Ada lagi kot. Aku jelah tak terpikir sekarang ni. Cepatnya Farhan dah 6 bulan. Sedey pulak. Tapi dia membesar dengan sihat dan cergas, syukur alhamdulillah. Okay guys. Laterrr. 

Wednesday, May 15, 2013

Diserang Bullous Empetigo

3 weeks back rasanya Farhan diserang Bullous Empetigo. Mula-mula aku ingat rashes. Pastu aku ingatkan chickenpox sebab dia naik spot yang cam berair tu. Naik kat muka dan kat kaki. Bila pergi klinik, dan klinik cakap bukan chickenpox aku lega lah jugak. 

Pagi Jumaat tu aku hantar, telinga dia dah merah-merah sikit. Tapi takde la teruk sangat. By the time petang masa amek tu, kakak taska cakap dia meragam sebab demam sikit dan bintik-bintik merah kat muka tu nampak macam melepuh. Kakak taska kata tu sejenis kudis. Sebab ada budak taska cawangan lain kena jugak. Aku tanya jugak, ada budak lain kat taska sama Farhan kena ke, kakak cakap takde. 

Sampai jek rumah aku belek-belek si Farhan beria sikit. Ya Allah teruk dah ni. Yang kat belakang telinga tu dah berair sampai rambut lekat-lekat dekat situ. Aku cakap dekat Ed nak bawak ke klinik. Malam tu memang Farhan bad mood. So kami bawak ke klinik lambat sikit.  Sekali klinik sumernya penuh. Memutar-mutar carik yang bukak, akhirnya jumpala. Aku rasa doc kat klinik tu aspire nak jadik paediatrician kot. Detail gila dia tanya. Beria dia check. Siap rule out ubat itu ini. Dan akhirnya dapat ubat untuk infection. 
Mulanya sikit jek

Memula macam kena gigit nyamuk  jek


Masa ni nak nangis aku tengok telinga dia.

Cian kan
Ok lepas sapu ubat nampaknya kering la kudis tu, but new ones keep on coming. Kami pergi paediatrician pulak. Pergi Az-Zahra. Sekali tengok jek, Dr.Nik terus diagnose Bullous Empetigo. Symptom dia includes, bintik-bintik merah, followed by cam berair gitu, pastu dia akan burst dan cam melepuh gitu. So doc bg ubat antibiotik dor 1 week dan ubat sapu antiseptik. Tapi ubat sapu kena tunggu dia tidur dulu, sebab racun. Adei. Alhamdulillah, Farhan ni senang makan ubat, siap nak suruh suap lagi sabo jelah, anak mama ni.

Lepas sapu tu dia beransur baik. Cuma now ada spots yang doc diagnose as kena gigit hama tilam pulak. Ada one night tu aku jaga nampak Farhan selak seluar dia tengah garu baekk punya kat betis dia. Sabo jelah mamat tu. Moga Allah lindung dia dari sakit-sakit kronik. Dan beri kami kesabaran dan ilham bagaimana nak jaga dia. Robbi Yassir Wala Tu'Assir. Syukur dah pelan-pelan baik.  Teringat Mawar ada cakap, kalau dengan anak kecik ni, memang cecepat bawak gi Paed, rule out anything yang more serious. Anak mahal tu, dia cakap. Hahaha. Mama dan ayah, would do anything for you sayang.

Saturday, May 11, 2013

Papalong


Farhan pinjam topi Mia jap. Kiut tak? Cepat balik, farhan ngan mama nak jumpa baby Mia.

Posted via Blogaway

Wednesday, May 8, 2013

Shopping makanan online

As Salam, 

Aku tak sempat nak citer my latest buy online. Korang tau la aku kan selalu beli barang online, especially barang baby. Now aku dah ada benda lain yang aku beli online. No, not like aku beli kat Littlewhiz or OnebabyWorld tu. Klik..Klik.. and pay. Yang ni aku beli sebab aku tau memang best. Actually ni first time aku beli makanan online. Order hari ni, esok sampai. Kalau ku place order lambat then lusa sampai. 

Ni aku order dari blogger Dong.
Spicy Curry Cornflakes
Sedap wei. Tak leh benti makan. Snek sihat. Hehehe. Yelah sihat la daripada makan jajan lain kan. Yang penting sedaappp. Dulu aku tak pernah tau ada mender ni. Dan asalnya takla teruja sangat nak order. Tapi once dah try memang hooked. Dah repeat order 3 kali. Nanti aku letak contactnya. Aku update dari laptop lain...... ok dah dapat contact Dapur Dong - 01121097582


Ni pulak brownies yang aku order dari Angah

Ni ialah Pecan Brownies. Sangat moist.

Atas cam garing. Dalam sangat moist,
Angah ada few perasa lain yang boleh order dan pos which is hazelnut dan walnut. Actually Angah ni macam2 cake dia jual. Aku sangatttt suka Kek aramel dan Red Velvet yang Angah buat. I have eaten few Red Velvets tapi Angah punya paling sedap. Sayang tak leh post. Anyway kalau korang nak order boleh  contact Angah at angah1410@yahoo.com. Harga RM55 satu tray tu.


Yang lain aku tak cuba so aku tak leh bagi testimoni. Dua ni memang aku dah order dan dah repeat order.

Sunday, May 5, 2013

Esok Mengundi

As-Salam,

Esok hari mengundi wei. Jangan tak mengundi tau. Tak kiralah gi awal pagi ke tak ker, yang penting kena gi ngundi. Jangan cakap berdegar-degar. Yo-o je lebih sekali mendaftar sebagai pengundi pon tak. Lempang jek sekali kalau cam tu kan. 

Aku mengundi dekat Puchong. Parlimen Sepang, Dun Dengkil. Siapa aku pilih? Undi adalah rahsia lah. Cam ko tatau. Ikut alamat rumah lama kami. Aku ada tukar alamat kat IC, tapi aku tak pulak update kat SPR, so ke Puchong la kami esok. Ed pon sama. 

Petang tadi gi minum kat Roti Puri. Nampak peraih-perih undi kat traffic light. Meriah wei. Seronook jek. Kata diaorang, Kalau sokong bunyikan hon. Hon jelah, suker. Sokong tak sokong belakang cerita.

So esok gi ngundi bawak budak Farhan tu. Farhan dah 6 bulan semalam! Ya Allah cepat kan. Pasal perkembangan Farhan 6 bulan ni. Esok-esok la pulak. Okay korang. Jom kita mengundi. Jom kita mengundi.