Nak kata exclusively tak la exclusive sangat sebab campur gak FM. Tapi exclusive la jugak dari segi penyusuan. Sebab Farhan hanya minum susu mama dari botol sahaja. He refused to drink direct. Sedih ko. Allah saja tau camana sedihnya aku. Giler rindu masa dia direct feeding dulu. Terasa kuat sangat bonding tu. Pastu tengok mata dia tengok aku, arghhh. Sedih.
Aku dah citer kan, dah banyak kali Farhan ni nursing strike. Macam-macam cara dah aku nak encourage dia DF balik. Mengamuk-ngamuk kalau aku soh nyusu. Ada jugak few times, berjaya tricked him, aku bagi botol, lepas tu aku bagi susu badan. Mencabar woo nak wat cam tu, bagi susu botol, sebelah tangan lagi, pam pakai manual supaya let down, bila susu dah turun, cecepat tarik botol susu dan susukan dia. Berjaya la sekali dua. Penat wei buat cam tu. Mencabar emosi, fizikal dan minda. Macam sotong tangan aku jadiknya. But dia merempan sangat, masa menyusu tu. Penat.
After a while, aku pon dah tak larat dah. So for the past month or two I have resorted to pumping jek. Malam pon dia tak DF. Memang dia 100% menyusu from bottle. Aku akan bekalkan dia 4-5 botol susu ke taska. Dan pamla pagi petang siang malam untuk bekal si Farhan budak bertuah ni. Aku pam minimum 4 kali sehari. Normally 4-7 times a day. 2-3 days dekat office, sekali sebelum gi office, balik kerja, malam dan yang paling mencabar yang sesi pukul 3-4 pagi.
Tapi dalam-dalam aku takde stok, dan pam hari ni untuk kegunaan hari esok. Dah 6 bulan Farhan breastfeed. Walaupun dah campur FM, tapi Farhan masih minum 80%-90% EBM. Masa growth spurt memang top up FM lebih sikitla, sebab Ya Ampun kuatnya menyusu masa tu. Badan dia pon dah berisi sikit sekarang, hihi suke.
Semenjak aku telah menerima hakikat bahawa Farhan memang takmo DF dah, aku pon tukarla teat ke medium flow. Teat yang 2 lubang tu kan. Kesian pulak aku nengok si Farhan dok minum yang slow flow tu. Dan dia minum sikit sangat. Bayangkan dah 5 months masa tu 3 oz pon payah nak abis. Sebelum ni aku sengaja retain cam tu sebab still nak encourage DF. Dah takmo DF pakai jelah yang medium flow. Apparently, teori aku betul rupanya. Memang selama ni, dia bosan nak nyusu lelama. Sebab semenjak aku tukar ke Medium FLow teat, dia boleh menyusu 4 oz, i shot in 2 minutes. Dan dia jugak boleh jek habis minum susu 5 oz, kalau lepas penat main. Even lepas makan pon dia boleh minum banyak lagi.
Aku tukar teat botol avent. Yang Tommy Tippee tu aku pakai teat yang Vary flow. yang cam x cut tu. Apparently teat Vary flow ni, tak sesuai kalau masa dia mengantuk, atau separa lelap, sebab susu tu akan turun dengan lajunya, dan dia cam nak tersedak. Mulala menjejeh jek susu. Sebab teat ni, baby yang akan control the flow. So aku dah terpikir cam kena gi beli teat med flow yang biasa jek. Adoi dah le baru tukar. Dan dahler teat TT ni mahal. But tak semahal Avent Natural la.
Alhamdulillah, aku dah melepasi another milestone. Memula aku nak susukan Farhan, sampai habis pantang. Lepas tu sampai 3 bulan, dan syukurlah dah mencapai 6 bulan now. Next target ialah setahun. Hmmm mencabar gak tu, sebab kerja makin sibuk now, schedule pumping memang ke laut. Pastu ada pulak akanke outstation on the very near future. Adei. Camanalah tu. Takpe, aku akan cuba gak selagi boleh. Ada yang cakap aku determinelah, apalah. Aku rasa biasa jek. Harap-harap adalah rezeki si Farhan ni menyusu susu mama lama sikit.
Okla tu jek. Laterrrrr..
Mia now sebat 3oz skali hadap.. membuatkan us amat takut to what extend max dia when she is Farhan age. DF still but cam tak cukup jek.. kena give FM gak. Hishhhh budak dobot ni ngalah kan boyce je minum susu..
ReplyDeleteHebatla Mia hehehe. Farhan now baru 4-5 oz jek. Pastu kekadang sebok nak main tak ingat nak nyusu. BUdak dobottt, cepat balikk!
DeleteHehehe... memacam kan ? Sabor jer la...
ReplyDeleteIyer, lain budak lain pe'el kan. Takpela, at least dia nak lagi susu badan, kira ok la. In fact dia lagi prefer susu mama dia daripada FM. Tapi kalo lapor, di sebat jek.
Deletesabar ye cekna...
ReplyDeleteSi nufah ni dah nak masuk 2 tahun, akak pun tak tahu macamana nak stopkan dia dari breastfeeding :)
makan pun dah kurang sbb asyik nak susu aje :( dah kurus sikit :(
Thanks kak. Memang kena banyak sabar. Oowh nufah masih bf, untungnya si Nufah ni. tapi kurang minat makan la pulak ye. Farhan tgh minat makan sekarang ni. Harap2 berterusn. hehehe
Deletesemua nih akan jadi kenangan terindah, tahu..
ReplyDeletego cheNa go!
Tulah ren. Sebab tu aku log kan segala mala pasal Farhan kat sini. Nanti best nak baca2 balik. Blog ni boleh print, kan? Kalau dah rasa tanak nulis dah. print je lah nanti. SUkerrr.
Delete