Thursday, September 19, 2013

Farhan dan 10 bulan dan potong rambut

Pejam celik dah 10 bulan kan. Pada yang tanya Farhan dah sihat belum. Alhamdulillah. Dah sihat dah.  Syukur sangat. Sekarang ni selera sangat makan. Ambik je dr taska akan makan dan nyusu non stop sampai dia tidor.Perghh.

I have to be brief sbb byk kerja. So his progress in point form jek as always.

  • Kuat betul makan sekarang. Dlm kereta 2 keping rice rusk. Sampai rumah, sometimes 1 bijik pisang cavendish. Followed by soup or porridge. Pastu nak susu pulak, 4-5 oz. Pastu bila aku makan nasik, dia nak jugak. Sesambil tu sekeping dua lagi rice rusk.  Pastu susu balik sebelum tido. Hebat dok? Kalo lapor, merempan.
  • Gigi takde lagi. Tapi tak suke makan yang pureed food. Nak yang bertekstur. Tu yang suka nasik biasa tu. Bila sengih nampak gusi jek. Haha
  • Garang ke main. Sergah orang je kerjanya. 
  • Pastu kalau nak marah dia lepuk-lepuknya kita. Sakit wei kena lempang dengan Farhan ni. 
  • Kalau nak amek barang dari tangan dia, memang tak bagi, jerit-jerit marah. Pastu lagi best dia campak jek barang kat kita. Grrrr. Gigit kang, budak Farhan ni
  • Meniti-niti sana sini. Kekadang lepas tangan sikit-sikit. Tapi takdela attempt sangat nak berdiri or jalan sendiri. Agaknya aku pon jarang Tatehkan dia.
  • Suka bukak almari sekarang. Adeh. 
  • Dah pandai panggil mama dan ayah sekarang. Suka noo jerit panggil ayah dari tingkat atas. Hahaha.  
  • Suara adalah garau. Boboy sangat.
 Tu jelah kot. Yang lain-lain cam biasa la kot. Gambar kat bawah adalah gambar sebelum dan selepas potong rambut. Rimas aku tengok rambut dia tutup telinga. Pastu nengok dia dok tergaru-garu kepala. Dahla kuat berpeluh. Ikutkan aku soh bawak barber jek. Tapi Ed kata, malas nak layan dia meraung. So aku potong jek sendiri masa mandi. Lepas tu Ed sambung pulak potong. Tapi dapat trim sebelah jek, sebelah lagi masih cam mushroom. Takpe akan mama trim lagi weekend ni, hehehe.

Oklah tu jek dulu nak log. Dah besar dah Farhan. Tak lama lagi setahun. Cepatnya besar. Sobs. 

Sebelum potong. Panjang kan. Mengerbang kekadang
Ni lepas potong. Ada sideburn. Yang kelakar, cam ada remos plak. hahaha.

2 comments: