Friday, December 27, 2013

Announcing........

Bismillahirrohmanirrahim. 

Announcing my new online shop. Ms.Husna Hijab 
Baru je beroperasi dan website pon baru sangat up. Produk tak banyak lagi sempat diupload. Buat masa ni fokus kepada tudung, shawl dan inner sahaja. Kalau ada rezeki kita expand lagi, hehehe. 

Dekat FB page ada diterangkan kenapa dan siapa Ms.Husna ni. So kalau nak tau lebih lanjut dan nak tengok koleksi terkini boleh Like dan browse www.facebook.com/mshusnahijab

Mintak sangat jasa baik kawan-kawan untuk Like page tersebut dan kalau nak enquire any tudung dekat page or website boleh pm, atau SMS/Whatsapp ke 0133650048. Memang belum banyak tudung diupload, walaupun stok dah melimpah ruah dekat rumah tu, hahaha. Bagi aku sikit masa untuk sort all the tudung ye. Take care korang, thanks in advance for your support. Korang memang best!

Monday, December 23, 2013

Tah bila nak abis..

Salam korang,

Ni kol 2.30  pagi ni. Aku baru lepas edit-edit website sikit. Dah lama tak godek2 website. Tak reti aku. Esok kejer ni. Carik pasal betul la tak tido lagi masa ni. Alang2 aku tengah  on laptop ni buat update la terus. Kang dah bz lama sangat pulak baru berupdate kan. Kesian korang yang tinggal tah  berapa kerat je readers blog ni. Tak berupdate kalu, monolog lah sorang-sorang aku kat sini.

Menjawab soalan Delinn sebelum ni. No, aku belum habis Masters lagi. Gatal sangat buat by Research, haaa rasakan. Orang lain dah grad pon. Yang mula lambat dari aku pon dah grad. Kalau ikutkan aku, memang most times rasa nak quit jek. The drive dan semangat tu takde tau. Tapi bila pergi jumpa lecturer rasa cam semangat sikit. SV aku tu baik. Dalam hati sure dia rasa nak lepuk jek aku ni.

Kejap.. selingan... Bencinyerr ultrabook ni. Asyik terlompat lompat cursor ni naik turun. Menyampah aku nak menaip jadiknya.

Oklah mood dah terganggu sebab cursor asyik pergi tah mana2. Maybe the touchpad ni kot. Budus. Korang doakanla aku tak patah semangat dan grad ye. Aku nak habiskan sem depan jugak-jugak. Tatau cemana nak realisasikan matlamat tu, tapi tulah my goal. OKlah nak tido dah ngantuk ya amatzzz.. Website apa aku dok godek. Haaaa.. dalam minggu ni aku announce. Maybe lepas krismas or during krismas. Jangan lupa check it out. Tungggguuu..Take care korang.

Saturday, December 14, 2013

Busy memanjang. Boring kan..

Lama tak update. Bz dengan kerja. Bz dengan projek baru dan of course bz dengan Farhan. Projek baru tu nanti aku announce ye. Belum properly setup ni. Kelam kabut lagi.

Aku kat Ijok. Kg Ed. Visit Mak kejap. Farhan baru lepas susu. Dah about a week minum susu tak habis. Alhamdulillah habis minum susu kali ni. Last week was really testing us. Farhan demam panas. Makan ubat kebahnya kejap je. Temprature reach sampai 39.5C ada one nite tu. Ada one day tu samppi 5 ke 6 kali mandi. Mmg berlenggeng jek dia sbb aku nak turunkan temprature. Muntah2 jangan cakapla.Memang macam air paip. Sampai habis kain batik aku buat alas. Cadar mmg tak pasang la. Jenuh tukar.

Alhamdulillah dah semakin baik. Memangla kan baby ni kalau sakit. Risau sangat kan.Meraung jek kejernya. Sabar pon kena tinggi. Anak ni pon ujian untuk ibu bapa jugak. Aku masa dia x sihat tu selamba kodok je EL jaga dia. Walaupun tgh kerja banyak gila. Oklah aku nak sambung golek2 dgn farhan.  take care u all.

Gambar bawah tu satu masa temp tinggi. Satu lagi masa lebah sekejap. Yer duduk dan berdiri atas laptop mama. Insurer tgk teeua cancel insurance laptop tu haha.