Salam korang,
Aku tengah sakit kepala ya amat. Kejer menimbun ni. Banyak pending tapi tak daya nak buat apa-apa. Rasa macam nak lie down and sleep jek. Seriously tak larat. Ed komen gak I am one person trying to do toooo many things. I agree gak. Tapi tak tau mana nak drop. Being a mom now memang busy la kan. Walaupun anak sorang jek. Yang anak ramai tu tatawlah cemana korang bahagi masa. Salute la.
Dengan FB, instagram, whasapp dll makin sikit orang update blog. Sedih sikit bila makin ramai blogger yang aku suka baca dah tak update blog. In fact kawan2 blog yang dah jadik kawan2 in real life pon x update dah blog diorang. Padahal asalnya semua berjumpa sebab memasing ada blog dan follow blog kengkawan ni kan.
Sekarang ni kerja sibuk, kat rumah sibuk dgn life as a wife and a mom. Pastu aku sibuk gak dengan Ms.Husna Hijab ni. Alhamdulillah Ms.Husna progress dengan baik. In fact aku rasa Ms.Husna boleh berkembang dengan lebih cepat dan maju cuma aku tak buat full time. Sekarang ni aku beli kain, design dan hantar kat kilang untuk jahit. Discuss dengan designer dan taylor kat sana dan diorang akan jahit as per spec. Penat. Sibuk. Tapi aku seronok. Something new. Something different. Tetiba jumpa minat dan hobi baru. Best kan kalau minat dan hobi boleh jadik a full time job. Mesti maju sebab I am so passionate about it. At the moment tak bolehla lagi. Tapi kalau u nak the business to go to the next level, you have to focus. You have to do it full time. Kalau sungguh-sungguh buat insyallah boleh success. Kalau korang nak tengok new collection sempena Raya 2014 ni boleh ke https://www.facebook.com/mshusnahijab . Next week ada photoshoot, so lepas tu baru upload latest collection.
Oh ya nanti Ms.Husna akan bukak booth. Hehehe. Nanti jemputla datang. Nanti aku bagitau lokasi dan date ye. Haiih segan lak aku nak kenal-kenal korang hehe. Camner nak meniaga nih?
On another note, aku masih struggling dengan masters ni. Early of the year tukar tajuk pulak. Dah lari sangat dah from area yang aku nak buat. Why now?! Tak larat la aku nak buat all over again dan area yang aku tak minat pulak tu. Tahla. Kena fikirkan something dah ni.
Oklah makin sakit lak paler ni. Later you all. Take care ek. Sesekali singgahla sini. I still write. Cuma x sekerap dulu jelah. Later..