Sunday, May 10, 2015

Sayang mama ketat-ketat

Dari tadi aku dok buka Blogger. Trying to write. Bila dah buka new post, idea tu hilang. Blank. Tak tau macamana nak mula. Tak pandai nak mengarang ayat-ayat cantik dan indah. Memang tak pandai.

Aku nak tulis entry untuk Mama. Sempena Hari Ibu. Tapi payah. Apa lagi kalau nak tulis ayat-ayat puitis. Pasal relationship kami bukan macam tu. Kami memang rock. Dulu aku rasa mama aku jenis tak ekspresif.  Lagi-lagi masa kecik sampai remaja. Tipikal mak-mak melayu agaknya. Takdenya nak peluk kami or cakap sayang pada kami masa tu. Masa tu cakap apa yang perlu je. Mama dan baba sibuk kerja while i was growing up. Hence, the gap. So apa-apa hal memang tak de cerita sangat pada mama. Fasa tu lebih rapat dengan kawan.  Tapi mak kan mestila sayang anak. Cuma memang style dia la tak reti nak tunjuk.

I grew close dengan mama masa di uni. Masa tu aku antara few students yang bawak kereta. Kancil aje pon. Mama aku punyalah risau aku drive. Tiap kali cuti semester, she will take a flight from Kuantan ke Subang then dari Subang ke Kepala Batas. I will fetch her from Kepala Batas and she will drive us to KL. Di KL we will sometimes be met by Baba dan adek. Stayed there a night or two then kami balik ke Kuantan. Begitulah setiap kali cuti sem sampai aku habis matrix. For the trip back to KL aku akan belikan kaset-kaset kat pasar malam supaya we can sing our hearts out sampai KL. Radio masa tu tak jelas sangat dan ada channel apa je pon.

Adek cakap kalau aku dekat U kadang-kadang mama akan masuk bilik aku just stand there quitely tak cakap apa-apa. Tu lah cara dia miss aku. She never told  me, of course. Tapi kalau aku balik, mesti mama akan masak makanan favorite aku sepanjang minggu tu. Baba pon akan keluar carik seafood yang sedap-sedao as well as buah-buah yangs sedap bila aku balik. I saw the same reaction masa adek aku fly pegi UK. Lepas adek salam dan  masuk kat boarding hall. Mama jalan sorang-sorang dalam airport tu. She was not crying, though. But she didnt say much, just layan perasaan dia kejap. Its just her way of dealing with sadness to be parted with her youngest i guessed.  We let her be. Later dia masuk kereta, dah macam biasa balik, takde nak muka sentap ke haper ke hahaha such a strong lady she is.

Banyak sangat aku nak cerita kalau pasal mama ni. But let me fast forward to the present day, panjang sangat nanti. Kalau any of us 3 siblings, yang ada exam, interviews, sales pitch ke haper ke, she will ask us pukul berapa event tersebut and she will on the prayer mat buat solat hajat followed by bacaan yassin. Masa aku buat treatment IVF dulu macam tulah. Every step every milestone dalam treatment tu, you can bet where she was at the time. No, not beside me. Tapi atas sejadah mendoakan aku. Kalau any of us tak sihat, atau cucu-cucunya tak sihat, yeah you guessed it, she will be on the prayer mat, solat hajat, baca yassin, dan buat air yassin. Esoknya if her schedule permits, she will come and visit us bawak air zamzam dan air yassin. Apa lagi as anak yang aku nak? Selain doa ibu? Ya Allah, syukurnya aku masih ada doa ibu.

Semenjak dia accident dan patah tangan dan kaki di beberapa bahagian, mama dah tak memandu. But she and baba hired a driver so that they are mobile.  Mama jenis tak kisah dan berkira  langsung to come down to KL or turun Kuantan and visit us the children (she lives in Jengka now by the way) kalau kami tak sempat balik.

Yang ni kelakar, mama ni selalu cakap takpe tak payah gifts. But she actually adore gifts hahaha. Kalau dapat hadiah, buat-buat muka tak excited padahal suka sangat. Kahkahkah. Lagi satu best kalau pergi shopping dengan mama. Tak ada orang nak larang aku shopping. Lagi dia galakkan aku lagi adala. " Beli jelah kakok. Bila lagi nak datang sini. Jauh nak datang. Pastu tengah sale ni. Beli jek. Tak cukup duit mama tambah "  macamlah jauh sangat. Padahal Sogo jek. Hahahah. Pastu mama kalau beli baju habis semua anak, menantu, cucu semua dapat.  Jangan cakap baju, handphone pon sama ok. Phone aku dan phone Ed was bought by my mama. Aku rasa both my brothers pon sama. Jangan tatau, mama aku gila gadget jugak. And normally she buys the phones way below market price. Tech savvy ok mama aku. Walaupun kekadang tu tah haper-haper dia sebut nama gadget tu. Haaa that one I have to save for another post. Hahaha. 

On my own hijab label Ms.Husna Hijab, memula mama macam sceptical jugak. Mama cakap dia tak rasa lama aku akan buat bisnes ni. Dia cakap sure aku boring. But I think, i have proved her wrong. Expanding lagi ada. Albeit slowly. Boleh klik banner kat sebelah kanan to browse my own label at Zalora.  Mama tak pernah invest dr segi duit untuk bisnes aku. Tp dia support me in terms of time, and feedbacks. Macamana tu? Dia suruh driver dia bawakkan kami beli kain, bali manik atau teman aku hantar kain ke kilang. Dia komen kalau design aki buat tu nampak darat atau tak cantik.  Sometimes she  offerred to pickup the orders dekat kilang sebab aku tak sempat nak ambik and she was on the way to KL.

I call her almost everyday. And now that Allah has given me the chance to become  a mother, lagi aku appreciate dan sayang mama.  Aku akan cakap je kat dia, bila nak hang up the phone, ok ma thank you so much. Love u ma. Or sayang mama. Jangan minum teh tarik dah malam ni. Doesn't matter that she always jawab OK saja. Sebab aku tau dia sayang sangat kami and would do anything for us. Look at what she did for me in all aspects in my life.

Thank you mama for every single thing that you did for me. Tak akan mampu kakok balas. Ya Allah lindungilah mama, berilah kesihatan yang baik padanya and please surround her with good people. Please take good care of her ya Allah, I still need her. Will always need her.

Sayang mama ketat-ketat.

Friday, May 8, 2015

Can't help it

Assalamualaikum wbh, 


Can't help it, I have to write another post now. Ahahaha. Wah, hebat jugak penangan #blogreviveday. Ramai yang terpanggil nak update blog. Jenuh aku update blogs dekat blogroll tapi tak mampu nak update semualah. Sebab members dekat Sentraal Station saja pon dah 200++ sekarang. Kalau half of them update their blog pon dah seratus blog nak diletak dekat blog roll kan. So I just can't update all. Apart from what's announced at Sentraal Station, bila google #blogreviveday pon dah berjela keluar updated blogs. Yeehooo.. So I have spent the past few days, reading and commenting blogs. Nostalgia sekejap. 

Tapi semenjak ada smartphone ni, at night aku dah jarang sangat on laptop. Maka, aku akan baca blog melalui phone. Sometimes masuk sentraal station, dan klik link yang diberikan dekat situ. Yang tak best font adalah kecik, mataku tak nampak sangat. Sometimes phone tak support zooming, and sometimes yang tak best juga ialah nak komen tu hazab sikit. Kena reloginlah, kalau dekat Wordpress kena masukkan nama dan email lah. Menyebabkan adakalanya a bit discouraged nak tinggalkan komen. Tapi, selagi terdaya tinggallah jejak jugak, sebab banyak post yang menarik dan sebagai tanda support dan memberi semangat supaya all this blogger continue to write dan this blog revival will not just become a one time event. 

Sebab smartphone jugalah FB semakin mengambil alih blog kan. Convenient sangat. Download the apps, one time login and there.. you have all your friends around the world at your finger tips. Nak baca gossip, berita, nak shopping semua through FB jek. I myself, takde FB account for quite some time. I refuse to have it. Tak suka orang stalk aku. Kononnya. Cam la glamer sangat ko tu cekna, hahaha. But i had to create one, sebab nak shopping barang baby, and later because aku sendiri nak gunakan platform FB untuk Ms.Husna Hijab. FB ni memang user friendly sangat kan. Sebab tu makin lama, blog makin dilupakan. On another note, have you read comments on FB, kalau ada issue apa-apa. Bahasa diorang ni kasar sangat dan emm lucah. Ramai pulak tu yang macam tu. Buat aku rasa seram tentang manusia sekeliling kita dan anak-anak kita ni. Full of sick people. Tak larat aku baca, aku dah hide dan unfollow groups yang sepatutnya cerita pasal bisnes and so on, tapi dok asyik share berita-berita panas gossip artis. Amender ni wei. Mencik!

For me, personally reason yang menyebabkan aku kurang berblog ialah, kawan-kawan yang selalu komen dan sama-sama sembang di blog dah jadik kawan in real life. Dok berwhatsap and later migrated to Telegram jek kerjanya. Hari-hari sembang. Hahahha. Memang hari-hari. Mereka ni banyak support aku, especially masa lepas we had Farhan. Anak first blur tatau apa nak buat. Walaupun umur aku dan Ed dah late thirties, still Farhan tu anak first kan. So diorang la talian hayat aku. Lepas tu, bila kadang-kadang rasa nak cerita apa-apa di blog, eh aku dah citer ni tadi kat diorang. Padahal, dlm group Lovelies tu 9 orang je, ahahhaa.  Ada lagi reader lain, sebenarnya. Eh ada ke? Muakakakkaka.

Aku harap kawan-kawan yang dah kembali menulis, akan terus menulis. Seronok sangat baca. Senyum sorang-sorang aku dibuatnya. Dan ada banyak lagi aku nak baca pulak tu. Suka..suka..suka.. Oklah, nak buat slides pulak. Eii boringnya. Take care peeps, and keep em coming.

Note : Pakpin, the hospital date with Ed series will have to wait till next week :)
Note 2 : Here's my miracle baby, Farhan. Dah besar dah :)

Wednesday, May 6, 2015

It's today!! #blogreviveday

Assalamualaikum kawan-kawan semua, 

I don't know how many people will be reading this. But numbers has never concerned me much while blogging. Tapi tipula tak senyum sampai ke telinga  kalau tiba-tiba dapat komen sampai 40 ke 50 comments tu. Hahahaha. 

First of all I would like to thank Sis Ailin dan Kak Teh Zaharah for giving birth to this idea. Aku tukang bagi date je. Sebelum tu pernah juga sembang-sembang dengan Amy, yang rasa bosan dengan FB. Takde soul, katanya. Hahaha.. Kemain, kan. Macam-macam aku plan dalam kepala. Nak tukar layout. Nak buang links yang tak berkenaan. Sesambil sibuk dok harass orang suruh buat entry. Siap buat countdown lagi, ahahahha. Sebok jek.  Last-last aku sendiri yang tak siap entry untuk #blogreviveday ni. Sekarang baru terhegeh-hegeh menaip dalam gelap, atas katil, bawah selimut ahahaha. How blogging scene have changed, kan. 

Semenjak Kak Teh buat closed group Sentraal Station tu,  phone tak berhenti beeping sebab dapat notification. Ya Allah seronok sangat baca dan reconnected dengan bloggers who have touched my life few years back. Bila tengok their nick terus senyum-senyum sendiri. Happy. 

Aku sendiri started blogging in 2005. Ya ampun masa zaman gila blogging tu tiap-tiap hari ada update. Siap sempat tulis telenovela lagi. Banyaknyalah masa kan. Tapi seronok masa tu, follow life kawan-kawan yang seangkatan, dan juga follow the life of people who inspire me and wiser than me. Banyak sangat belajar dari situ. Masa tu aku sedar Ya Allah ramainya manusia hebat-hebat sekeliling kita ni kan. 

Later I made my blog private. And I blogged privately until 2010. After that the lure of wanting to have more interactions with people made me created  this new blog. One journey that I am so thankful that I blogged was having my miracle baby, Farhan. Kadang-kadang bila aku geram dengan perangai 'comel dia tu. Aku baca balik what i have gone through to have him. Terus tak jadi marah dan rasa sangat-sangat bersyukur.   Nasib baikla aku blog agak detail, best bila baca balik. That's the thing about blog kan. Tak kisahla ada follower ke takde yang penting you can go back to whichever significant moment in your life and read again how you were feeling back then. Sebab selalunya, cara kita tulis tu captured our feelings at the time. 

Because of the IVF entries, I got a lot of email from people who were facing the same situation but are inspired to undergo IVF treatment because of my stories. I am so happy that I can inspire people. Hanya orang yang pernah melaluinya saja yang faham. Go for it! It is so worth it. 

Aku plan macam-macam nak tulis, nak tulis bahasa cantik-cantik. Malu jek kat blogger2 tersohor tulis macam ni karang. But Pak Pin told me, just be yourself. So here I am being myself. In real life memang aku cakap campur-campur English Malay macam ni.  Dan in real life memang aku suka cakap lompat-lompat topik ikut apa yang terlintas jek. I have 5 to 6 entries still in drafts. Maybe, I will start publishing it next week. One by one. Oit pasal apa tu? Tungguu... 

Oklah  I am signing of  now on 6th May. Please excuse the formatting as I am typing using the Blogger for Android with limited functionalities. Hopefully today is the spark and start of the #blogreviveday. Let's #bringthesexyback 

P/s - sis ailin no photos at all, okayyy.. haha