7 March 2012
Hari ni dah hari ke-4 selepas ET. Aku banyak bed rest jek. Adala aku bangun jugak untuk prepare food dan solat. Lepas makan pon, takkanla terus baring kan. Alhamdulillah, takdelah cramping sangat macam masa lepas buat OPU tu. In fact hari kedua tu aku dah keluar dah, sebab kena gi klinik amek jab tu. HIssshh serius la aku dreaded amek jab ni. Sakit giler. Memang tak leh duduk, sejam dua lepas tu. Tapi apa nak buat nilah yang kena dihadapi. Memang sakit lepas kena jab tu. Adesss.
Semalam aku ada minum chilled water from the fridge, lepas minum 2 gelas, terus aku cam sengal kat pinggang. Berdenyut-denyut. Sakit gile. Menangis-nangis aku telefon Ed. Ed suruh aku call Sunfert Careline, kotlah apa-apa. Aku cakap aku sleep it off dululah. Lepas tu aku tidur. Lega la sikit tapi sampai ke malam jugak berdenyut. Hari ni dah takde dah. Saspen aku tau. Lain macam berdenyutnya, sampai aku pergi toilet beberapa kali gak takut bleeding ke, spotting ke apa ke. Alhamdulillah, takde apa-apa.
Semalam pagi sebelum Ed gi office, aku bagi dia a list of things to buy. Alhamdulillah, berjaya dia beli semuanya. Rupanya kena bagi dia list, barulah dia beli mender yang tepat dan logic-logik sikit for barang dapur. Husbands are not mind readers. Kalau nak roti gardenia biasa, tulis roti gardenia biasa. Kalau nak bawang besar yang merah ke Holland ker tulis specifically. Bila salah beli mulalah nak sentap-sentap, laaa apsal beli bawang jenis gini. Mana pernah saya masak pakai bawang ni. Manerrrla dia tau kan. Hahaha. So kena bagi list, jangan pesan belila apa-apa, roti ke, ape ker untuk saya masak simple-simple. Kalau nak best lagi, tulis kuantiti dan brand sekali. Nak kicap kipas udang kaler merah, bawang besar, 10 bijik, kentang 5 bijik. Kalau tak, naaahh ko sebeban dapat, ko jugak yang bengkek. Hahaha, dah terkeluar topic.
10 March 2012
Hari ni hari ke-6 selepas ET. Tadi per gi Sunfert sekejap. Ingat nak tukar date of Beta HCG test ke 17 March tapi nurse kata ramai sangat, so she adviced better stick to the original date jek. Baru 6 hari jek post ET. Aku nervous breakdown rasanya. This wait is driving me crazy. Tanyalah Amy berapa kali aku sms dia. Kesian ko sis, siang malam kena layan aku. Hahaha. Thanks babe.
Hari ni jugak first time keluar selain ke klinik amek jab. Pergi warta for makan dan beli barang kat guardian sikit. Kononnya nak beli apa entah lagi. Tak jadik. Perut aku rasa cam cramping gitu. So sekejap je keluar. Sejam gitulah.
First 2 days aku banyak baring jek. Lepas tu kena gak bangun sikit-sikit, kena keluar amek jab, kena prepare makan. Yelah Ed selalu belikan dinner, tapi breakfast dan lunch takkan nak suruh dia beli jugak. Trust me, I didn’t go crazy on the cooking. Simple-simple jek. I did claypot rice (tp dlm rice cooker), nasi bubur, roti makan dgn omellete gitu jelah. Janji tak kebulor, sudah.
Aku kan amek progestron twice a day. This hormone is making me weepy, muka aku berlambak acne, kulit aku cam kering semacam, bloated, my breast are sore, tummy cramping (ni yg paling aku seram), sakit pinggang dan sesekali pening kepala yang sangat-sangat. I also have to eat on time. Kalo tak nauseous gile aku rasa. I hope this are all signs the baby is implanting and I am pregnant. Insyallah. Saspen ko, kejap-kejap gi toilet. Takut bleeding ke apa ke? I am going nuts here. Memang doa tak putus-putus la masa ni kan. Nothing much I can do on my side now, memang hanya berserah pada Allah jelah. Ye Allah peliharalah embryo kami ya allah. Kuatkanlah ia agar menjadi anak-anak yang soleh.
Setakat aku 6 days wait ni aku dah habiskan emm dalam 7 novel kot semua novel yang tak sakit kepala membacanya. Ada yang aku ulang baca. Ada banyak lagi buku yang belum baca from Big Bad Wolf Expo tahun lepas but those books are mysteries, thriller and murder punya buku, malasla aku nak baca. Amy kata tengok cerita Korea. Aku tengah download some romantic comedies, esok2 Ed pergi kerja aku nengok citer tulah.
Pening kepala giler sekarang ni. Nak gi lay down kejap.





