Friday, May 16, 2014

Farhan dah 18 bulan

Assalamualaikum wbh,

Kejap jek pejam celik. Pejam celik farhan dah pun 18 bulan. 

Seronok main dengan dia sekarang ni. Now that he started to learn how to speak  kurangla dia tantrum. Kami dah faham sikit sikit apa dia nak dan dia pon dah dapat sampaikan or at least boleh tarik tgn mama dia untuk tunjuk apa dia nak. Bila dia tak frustrated, takdelah dia tantrum kan. Lega nak oi.

Aku sampai blur bila dia hempas2 badan, amukan jek kerjanya. Tatau cara nak sooth dia. Masa pergi family day dekat Gold Coast Morib tu memang tercekik cekik kitorg makan sbb dia rimas orang ramai dan bising. Meraung.com jek kejernya. Naik je bilik pling sengih2 gelak. Haihh geram jek. 

Nak gi taska pon mudah now. Nak pegi mall pon better. Takla mudah benor tp better la. Bebaru ni pegi Ktn pon not badla. Takdela stress sgt kami. Before that sumer mender dia nak amukan. Ya ampun tatau nk ckp apa dah.  Dek kerana dah lambat update tak ingat dah what actually happened. Aku cakap kat Farhan, camni bolehl mama dan ayah bawak jalan, sambil jeling jeling dekat Ed. Sebagai kenangan here some pics of my cayang.
Zaman-zaman meraung.com
Superman's Day out. Selalu buat muncung cam tu kalau nak terjatuh or sakit
Ni ikut ayah dia solat, ikut dan jek kiblat ikut mana
Ni dengan cousin dia Ashley. Ashley demam masa ni. Moyok jek.
Cak!

Thursday, April 24, 2014

Study cekna study!!

Lahh naper gi update blog tu? Okla kan. Buat short update. Aku pernah tgh study benti jap gi buat karipap. Patutla x abis2 belajo ko nih.

Pic taken at Bangi Library.. laterrr..

Sunday, April 6, 2014

Ralat sikit

Terjaga at 4 am Farhan nak susu tadi. Syukur terjaga, sebab tak solat isyak lagi. Alang2 bangun tu terus clearkan bottle dan basuh toilet sikit sebab esok tade air. Ingat nak turun bawah tadah untuk drinking water pulak. Tapi errr takut ahahah. Kalau kat apartment dah buat segala dah. Apartment comel nak laundry ke masak ke pukul berapa pon x kisah. Takpelah dah pindah pon. Move on. Hehe.

Aku dok tengok2 fb page kursus yg aku pegi seblum ni. Ada sikit ralat dlm hati. Ralat sebab tak dpt all out buat Ms.Husna. Selagi aku kerja full time ni memang tak all out la bisnes. Masters aku pon tah ke mana ni. Sedey la. Aku rasa as if aku dah nampak peluang, dah ada direct access untuk everything that i need to make it big... and i am letting all that opportunities just passed me.  Rugi sangat.

Masa tak sesuai sangat lagi. Farhan pun tgh stage super duper clingy and bossy. Susah aku nak gerak. Nak buat apa2 pon nak kena tunggu dia tidor dulu. Haru camtu. Nak update new collection, nak sort tudung, nak hantar design ke kilang, nak collect. Sumer kena tunggu dia tido pastu berdesup aku gi buat itu ini. Tp x efficientla. Buatnya dia xmo tido? Dan ni on weekends jek aku boleh buat. Other days malam lepas dia tido jek aku berpeluang nak buat apa2 which by then aku pon selalunya dah pancit.

Buat masa ni, aku x dpt gerak dgn laju la Ms.Husna ni. Collection baru aku tak gi amek lagi dekat kilang. Tak sempat. Dah amek karang nak sort, style, photoshoot, edit, coding, upload sumer tu takes time. Takpelah one by one. My priorities is at Farhan ni. Kecik lagi. I will get there.. sooner or later.

Wednesday, March 26, 2014

The trip... Pheww..

Assalamualaikum wbh.

Hati ni selalu rasa nak update blog. Tapi busynyalah. Once dah balik rumah memang babaila laptop.  Walaupun tak banyak dah member-member update blog. Aku tetap nak update walaupun takde sapa bace, ahahaha. Senang aku nak tengok dan baca balik. Dekat FB, banyak share info orang jek. Dan buat some update, tu pon tak rajin sangat. 

Anyways aku nak cerita trip ke Johor last weekend. Nilah paling jauh Farhan pernah travel. Sebelum ni paling jauh, Kuantan. Mencabar oihh.. Aku buat in point form jelah. Cepat sikit. Aku pon rushing ni. 

  1. Kami bertolak pukul 10 ke Kluang dengan 3 kereta. Nak attend wedding sebenonyer. Konvoi. Sebenarnya masa nak bertolak ni pon Farhan dah bad mood sikit, sebab dia dah siap pagi-pagi lagi tapi kami lambat gerak. Biasalah kalau konvoi camnilah.
  2. Tau jelah kalau cuti sekolah, ya Allah hiway plus tu jem cam harom jek. Grrr. Mulalah Farhan nak start dondang sayang. Tapi dia tido jugak lepas tu. Alhamdulillah.
  3. Dek kerana kami lead the way, we had to stop when geng konvoi nak stop for toilet break. Budak kecik ni ko taula kan. Bila kereta benti jek terus jaga.  Adeii. 
  4. Sampai di kenduri. Walaupun lambat dan pukul 2 masa tu, ramai sangat orang lagi. We had to wait quite a bit before seated and makan. Ok aku tak komplen bab ni tau. Aku faham, cuma mencabar sikit bila bawak budak yang tak berapa friendly bila kena berlama-lama di kenduri. Ye adala aksi dia terlentang dekat tengah-tengah kenduri tu. Protes nak apa tah, adoila.
  5. Dekat pukul 4 gitu kami gerak balik. Before gerak, aku tukar pampers budak 'comel' tu dan gerak. Dia dah cranky, badan pon macam panas sikit. Tak mo duduk car seat. Dok belakang dengan aku sambil membuas, dan main tingkap sampai tersepit jari. Ya Allah. Sabo jelah. 
  6. Ni sebelum tersepit jari. Kalau tak men'comel' memang comel kan.
  7. Kami ke Taman Merdeka, lepak-lepak dengan a friend of mama. Aunty Anne. Best. Nyaman. Berangin. Little EarthkuTeaRoom. Minum teh. Farhan pon let loose sikit kat sini. So he's quite ok. 
  8. @ Taman Merdeka, JB
  9. About 7 gitu kami gerak ke hotel. Aku book KSL apartment. 2 bilik harga RM280. Murah jugak walaupun cuti sekolah. 
  10. Park dekat shopping mall, nak pegi check in rupanya salah block. We had to bring all our belongings across the mall dan check in ke apartment. Jauh jugak. Anak buah aku cakap,  "Embarrasingnya berangkut beg-beg ni sumer thru mall ni. Nasib baik tak bawak tilam dan bantal busuk," 
  11. Check in, pastu tetiba receptionist cakap bilik tak ready lagi! Dah pukul 8 malam bilik tak ready lagi!! Masa ni I can hear Farhan meraung-raung kat background. Aku toleh dia tengah guling-guling kat lantai lobby tu. Adei. Memang aku sound gak reception tu " How come the room is not ready? I bukan datang check in pukul 3 i datang pukul 8 ni. This is so unacceptable. Can you hear budak yang meraung-raung tu? That's my son. Kalau you tak nak dia meraung-raung ganggu guest you yang lain, get me a room now. Call whoever. Call now," Aku cakap. Takdelah aku jerit tapi aku cakap tone tegas gakla. Geram tau. Memang jenuh dia call takde saper angkat. 45 minutes later baru siap bilik. Muka memasing kelat dah. Dahler bapak aku ada sekali masa tu. Adoilaa..  Alhamdulillah bilik ok, baru, cantik, luas. Kalau tak memang amukan lagi sekali. Farhan pulak naik je bilik, bila takde strangers terus ok jek. Sengih-sengih main-main. Ya Allah sabor jelah anak aku ni. Kelam kabut jadiknya sumer orang. 
  12. KSL Apartment. Spacious dan cantik.
  13. Esoknya another disaster. Sumer orang check out the same time. Apartment tu ada 40 tingkat. Lif ada 4 jek. 45 minit tunggu x dapat lif lagi. Baba aku yang ada heart condition tu turun tangga dengan cucu-cucu dari tingkat 17!! Mama berjaya dapat naik lif. Aku berjaya gak dpt sambil dukung farhan meraung-raung dlm lif tu. Ed had to go down the stairs, angkat stroller ok!! Such a bad experience. Seriously. Memang aku tak recommend korang stay situ. 
  14. After that, we went again to Taman Merdeka. Had brunch and kasi Farhan jalan-jalan. Lepas tu cebok dia, mandikan sikit dan kali ni aku ckp kat mama, kami gerak dulu. Tak konvoi. 
  15. Alhamdulillah, Farhan slept majority of the time masa balik tu, jem gila dekat Senawang. but Ed masuk lekas dan potong ke Bangi lama masa tu. Jem jugak sebab traffic light punyalah banyak. 
  16. Sekian. Penat oi. Kesimpulannya buat masa ni kalau travel dengan farhan :
  • Tak boleh konvoi. Mesti boleh gerak dulu before Farhan start men'comel'
  • Tak boleh travel more than 3 hours
  • Kena gerak pagi-pagi, masa mood dia baik. 
Kalo korang ada tips untuk travel dengan budak-budak meh share dengan aku. Tq korang. 


Note : Abaikan numbering tu malas nak betulkan

Friday, March 21, 2014

Promosi Ephyra

Assalamualaikum wbh, 

Promosi Ephyra datang lagi. Dapatkan 2 kotak Ephyra dengan harga RM370 termasuk harga pos. . Harga biasa ialah RM394. Penjimatan sebanyak RM24!! So tunggu apa lagi, sila whatsapp ke 0133650048. Promosi berlangsung dari sekarang hingga 31 Mac. 

Kalau beli sekotak dapat diskaun tak? Whatsapp dulu, maybe ada diskaun atau hadiah misteri menanti anda. While stock last je tau. Haa whatsapp laju-laju. Take care lovelies. 




Monday, March 17, 2014

#Pray4MH370

Assalamualaikum wbh, 

Rasa cam banyak benda nak update kat blog, tapi tah rasa x sedap hati nak tulis apa-apa selagi MH370 ni tak dijumpai. Been following the news closely jugak. Terkesan sangat di hati pasal insiden ni. Nak-nak pulak, pagi sabtu masa diumumkan kehilangan flight ni, aku dapat call daripada a counterpart dari Singapore mintak aku check kan nama dua orang staff dr China whether diorang on board or not. 

Scramblinglah aku mencari info. To cut the story short, yes they are on board :( Aku doakan moga cepatlah MH370 dijumpai, dan hentikanlah spekulasi-spekulasi tak baik. Media pon satu hal, dapat satu info, spin kemain lagi. Tak fikir perasaan family mereka yang terlibat. Meluat aku. Ko dipertanggungjawabkan menyampaikan berita bukan menyebarkan fitnah. Kadang-kadang tu ghairah sangat nak become the first to publish berita, unverified info pon publish. Malula sikit oi. 

Anyways, our prayers are with you. Moga pulanglah dengan selamat. Jika tak, mudahkanlah carian mereka, Ya Allah.
 

Tuesday, March 4, 2014

Cam ni la kedai yg aku suka!

Selingan kejap kat entry lepas. Gamvar dekt laptop 1 lagi. Galaxy note aku rosak so x dpt retrieve gambar dr situ.

Anyways just short update jek. Nak share dgn korang my kinda shop. Dah pernah citer kot dulu. Aku kalau plan week tu nak masak memang akan ke kedai ni sebab mudah sangat.

Tgk gambar bawah ni. Sumer dah prepack and prewash. Tapi aku wash jelah semula kan. Sekali masak. Campak lam kuali or periuk. Habis sumer. Takde aku nak simpan carrot or petola separuh dlm peti ais sampai kecut hahaha.

Dr atas sawi goreng campur dgn mushroom. Kiri bawah ialah dagung salai dgn belimbing dan kanan ialah fav farhan petola dan suun. Ada fishball sekali. Sup tulang dan kerang rebus with ingredients dah selamat masak tadik. Oh ya ikan cencaru dan siap letak sambal pon ada. Tinggal goreng jek.

Ni kalau malas lagi tataula nak kata apa. Ni semya dibeli di HS Nada di sek 7 Bangi. Sukerrr!!!

Tuesday, February 25, 2014

Happy Anniversary to Mak Pak Farhan

1st Feb 2014 marked our 11th anniversary. Punyala sibuk dengan kenduri dan Ed balik kg jaga MIL, sampai terlupa our 11th Anniversary ni, aku ingat pon dah malam, hahahaha. Kalua aku lupa, Ed lagiiiiiiila lupe. Hahaha. Tapi dah tetua ni cool jek, takde nak merajuk ke haper sebab aku pon lupa jugak hihi. Masa teringat tu aku whatsapp Ed dan kitorang sembang-sembang kejap. That was it. Bila sampai jek dr kg, we grouped hugged. Pastu esoknya pegi makan sushi berdua, ehemmm sambil sembang-sembang. That was it. Tapi meaningful sangat. 

Last year we went to Kota Kinabalu. Celebrate 10th Anniversary. Nak gi jauhla kononnya. Farhan masa tu 4 bulan. Aku rasa aku tak buat update trip KK tu bebetul lagi. Sebab tah, tak transfer gambarla. Malasla. Tah haper tah lagi. Dah setahun dah. So here's some note on that trip, 1 year late. Ahahaha.

Kami pergi naik flight MAS, pagi tu kami breakfast dekat KFC KLIA dan. Farhan lepak-lepak dalam stroller jek. Bila board the flight, the stewardess was really nice mintak passanger yang sebelah kami untuk duduk dekat seat lain so that Farhan ada ruang nak baring. He was ok for the first half hour sampaila kami makan. Lepas tu, start dah. Nangis tak benti-benti. nd he only stopped bila Ed berdiri dekat isle. So for the rest of the trip, mme Ed berdiri dukung dia. Actually aku rasa xdela horror sangat dia nangis. Kami jek yang panik lebih hahaha. 

Sampai sana kami checked in dekat Le Meridien. Kena gi lunch dan ronda-ronda dulu, sebab bilik tak ready lagi. Aku register jadik member terus. Once dah balik dari lunch the room was ready. And kami dpt bilik Starwood Prefered Guest sbb member. Luas biliknya. dannnn diorang bagi complimentary gift sempena anniversary kitorang sebab aku mentioned that masa buat booking. Suker. 

Breakfast was superb. Spread was huge. Meja untuk roti dan croissant jek dah bermacam-macam jenis. Jem pon macam-macam. Belum campur mender2 lain lagi. So we ate lepak-lepak sampai habis time breakfast. Lepas tu kami sewa kereta dan ke kaki Gunung Kinabalu. Keluar sikit dari KK. Farhan masa ni behave jek. We took several pics there. Ed ckp kat Farhan, Dek nanti adek 10 tahun kita panjat Gunung Kinabalu sama-sama ok. By that time bapak Farhan dah 45. Boleh ke agak-agak? Hahaha.

Nantilah aku sambung. Bz plak. Oh ya got this ed sorok kat almari hehe.. Comel kan. Thank you dear. 


Wednesday, February 19, 2014

Terganggu fikiran

Assalamualaikum wbh, 

Hmmm aku terganggu sikitla emosi dan fikiran. 
Lately teruk pulak menangis si Farhan nak gi taska.
Meronta-ronta. 
Bila tah nak abis separation anxiety dia ni.  
Dia setahun 3 bulan sekarang ni.
By petang aku gi amek, dia ok jek. 
Kesian sangat, pepagi dia bangun, mood happy jek.
Gurau-gurau. Sengih-sengih jek.
Main sorang-sorang dulu semantara kitorang siap-siap.
Bila ayah nak amek jek, dah start nangis. 
Dia associate kalau pagi-pagi ayah amek mesti kena gi taska.
Kalau dah siap mandi masa aku siap-siapkan tu, masih ok lagi, walaupun dah tak mau senyum dah. 
Pastu dia jeling-jeling ayah tengah siap-siap. Dia baring balik atas katil la.
Minum susula buat-buat tidola. Dengan harapan tak yah gi taska.
Cerdik anak mama ni.
Pastu bila ayah amek jek, bermulalah tangisan yang meruntun jiwa. 
Meronta-ronta kadang tu.
Sedihla.
Tak tahan kekadang.
Orang dok ckp this phase shall pass.
Bila tu? Sampai bila ni?
Aku nak tukar taska lain, takut lagi teruk pulak.
Babysitter, aku tak jumpa lagi.
Maid, hmm risau jugak tinggal anak dekat maid.
Solution yang aku nampak ialah, benti kerja jaga anak sepenuh masa.
Memang aku contemplating this seriously ok.
Tak tahan aku as a mom tgk dia cam tu day in day out.
Bila weekend jek, bak kata mama aku, tak dengar nangis langsung si Farhan ni. 
Nak tido pon, bila penat dia tido sendiri. 
Tapi kalau tak kenal orang, atau gi taska, Allah je yang tahu kesian sangat tengok dia macam tu. 
Tahla aku memang takde solution lagi masalah ni.
Kat opis ni teringat-ingat dan terdengar-dengar dia nangis tadi. 
Ya Allah permudah dan tenangkanlah anak kami Ya Allah.
Berilah ilham kepada kami dan penjaga dia bagaimana menguruskan dia. 
Jauhkalah Farhan dari kecelakaan.
Jadikanlah anak kami anak yang sabar, tenang, gembira dan soleh. 
Please take care of him Ya Allah. 
Hanya padaMu kami bermohon Ya Allah. 



 

Tuesday, January 28, 2014

Perihal Farhan, apa lagi...

Salam korang, 

Tetiba rajin pulak buat update kan. Actually takdelah rajin mana. Aku sebenarnya nak buat appraisal, tapi carik supporting documents tak jumpa pulak, terus terbantut semangat aku. Kejer banyak ni. 

Sekarang bila balik rumah memang kelam kabut sikit, sebab aku Farhan memang comel sangat perangai. Aku pon baca gak kenapa budak baya dia suka tantrum, protes dan jerit-jerit. Through my readings, maybe dia nak main kat luar (nak burn of his energy), dia nak cakap something tapi tak reti lagi, lapar, dan simply nak attention. Memang nak attention x berbelah bahagi ni. Kena duduk jek dengan dia. Masalahnya dia nak makan, so bila masanya aku nak masak ni kan. Asal aku gi dapur, dok meraung.com peluk kaki. Nak aku dukung sebab nak tengok aku buat apa. So balik kerja memang waktu2 kritikal la kan. Tapi aku rasa semua mak2 lalui keadaan ni. Sabarla banyak-banyak kan. Aku ni kepala ligat dok atur menu supaya aku cepat jek boleh masak untuk kasi dia makan. Now petang-petang balik aku bawak dia pusing taman dulu atas basikal dia. He enjoys it. Tapi lepas tu hadapla amukan bila nak masuk rumah kan.

Masuk je rumah, dia dah tolak high chair nak makan. Kalau makanan tak siap, hadapla sekali lagi ke'comelan dia. Baiknya anak mama ni. Pastu bila siap makan. Dah sibuk nak naik atas dah. I am done mama, let's go. Selagi tak naik memang 'comel habis perangai. Nak tak nak, siap tak siap, kemas tak kemas, naik jelah atas. Lepas naik atas, tukar baju, or mandi, pastu minum susu. OK sangat mood dia. Masa tu lah nak main-main, gurau-gurau sambil gelak terkekeh-kekeh. Mak Farhan masa tu dah super fenat dah, ahahaha. 

Layan jelah, elokla tu dia rindu mak pak dia kan. Masa ni la dia super clingy. Dah besar karang dia buat hal sendiri dan berkurung dalam bilik jek, mulalah kita rindu kat dia ye tak. 

Tadi makan spaghetti sedap dan tak pedas, terus simpan untuk Farhan sikit. Balik karang aku dah ada food. So hopefully memang comel jek balik ni.  Dalam kereta pon dah ada biskut-biskut untuk dia munch on the way back from taska. Kuat makan dia ni, nampak jek badan slim hehe. 

Besides ni, Farhan dah nak masuk setahun 3 bulan tak lama lagi. Memang tengah macam-macam akal dan idea. Kena hati-hati sangat cakap dan buat apa depan dia. Memang dia dok perati je kan. Dah banyak vocab jugak. Nak, ayah, mama,  nak?nak?
(offer people), dah. Tepuk tangan sendiri bila achieve something, joget-joget bila dengar lagu, buat gaya tangan bila dengar twinkle-twinkle little star, tau nose, gigi, mata, suka hi-5 dengan neni dan aki, pandai main sep-sep-sep -bom2 dengan mama dan apa tah lagi. Memang best layan sebab dah banyak akal kan. Kena sabar jelah bila dia 'comel tu. 

Oklah, gambar sumer kat phone, next time leh letak. Till then. Moga anak mama, jadi anak yang soleh, mudah dijaga, dihindari dari bahaya, diberi kesihatan yang baik, dan mendoakan mama dan ayah nanti. We love you, Farhan.