Saturday, January 1, 2011

Penang - 3 hari 2 malam : The Tourist Route

Salam kawan-kawan, 
Seberang perai bandar yg indah menuju pulau pinang
melintas selat yg tenang permai
jambatan pulau pinang…
kini kau menjadi lambang malaysia
hasrat kemegahan tercipta
kini kau menjadi titian yg muhibbah
negara Malaysia tercinta
 
 - lagu dari kelas muzik sekolah rendah dolu-dolu

Day 1
Aku dah balik dari percutian 3 hari 2 malam di Penang. Both Ed and I have went to Penang before. Tapi pergi either untuk makan-makan or pergi rumah sedara. Ed gamaknya pergi masa rombongan sekolah kot. We decided we are going to Penang this time dan jalan-jalan gaya tourist. Aku biasalah kan, mesti akan buat research dulu, buat listing apa nak buat, apa nak makan dan yang penting kali ni aku download google map for mobile. Gile punya accurate, ko. Semua tempat that we intend to go semuanya was accurately navigated by the map. Tak yah turun-turun tanya orang dan depend pada sign board sangat. Siap boleh pilih route mana lak tuh kan. 
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi macam tu. Memang aku intent nak travel pagi kali ni. Ed memang takde hal punya pasal dia memang morning person. We stopped at McDonalds TPM for breakfast. Isi minyak dan terus gerak ke Lebuhraya Utara-Selatan. We took the Penang Bridge and will save the ferry ride for the return journey later. Bila sampai jek, kami decided untuk pergi check in di hotel dulu. Masa tu dalam pukul 1 tengahari. Maybe dah boleh check in aku pikir. So we head to the Hydro Hotel bertempat di Miami Beach, Batu Feringghi. Miami Beach, ko. Hahahahha. Jangan main-main.
Lepas check in, letak barang-barang semua. Kami pergi ke Gurney Drive untuk makan. Hahaha aktiviti pertama di Penang surelah makan kan. Dapat parking dekat jugak dengan tempat food court tu. Ed makan pasembor aku pulak makan mee rebus. Masa nak pilih-pilih items for the pasembor tu aku beringat jugak not to go crazy. The pasembor was reeeaaally nice. Mee rebus tu err biasa-biasa je kot. The pasembor tu RM12, sebab aku aku tambah sotong besar, whilst the mee rebus was RM3. Tu pon aku dah limit-limit amek pasembor tu. kalau tak, entah berapa lah kena. Seb lah pernah baca dalam blog sapa tah, don't go crazy when choosing the items for the pasembor. Could set you back till RM40. Gila kan. 
Pesiaran Gurney


 

Mee Rebus

Pasembor
Lepas habis makan, kami pusing pulau. Patah balik ke Tanjung Bungah. Batu Feringgi, menghala ke Teluk Bahang. Ingatkan nak pergi Spice Garden kat situ, tapi hujan la pulak nak ronda-ronda dalam taman tu. So kami teruskan perjalanan, menghala ke Balik Pulau. Kemudian ternampak ada Empangan Teluk Bahang. Kami berhenti kejap untuk amek gambar. Kemudian kami lalulah jalan berliku-liku macam nak gi Cameron tu, all the way ke Balik Pulau. Really the opposite of hingar-bingar dan kesibukan Georgetown.  Nampak jugak ada beberapa small waterfall. Kemudian keluar ke bayan lepas, naik balik ke Bayan Baru, Gelugor dan balik semula ke Hydro Hotel. 
Empangan Teluk Bahang
Sebelum sampai ke hotel singgah kejap dekat gerai-gerai tepi jalan dan beli laksa dan jagung bakar, buat bekal untuk dinner. Malam nanti takmoh keluar, nak tengok bola Malaysia lawan Indonesia. Lepas tu kami balik lah, nak solat dan rest. Tak dan malam aku dah bukak bungkusan laksa tu dan makan dekat balcony. Eh jangan tatau, aku came well prepared, siap bawak mangkuk sudu, garpu dan pinggan tau. Yelah kotlah nak tapaw apa-apa senang nak makan. Pernah dulu tapaw apa tah balik hotel takde sudu kena la pakai sudu buat teh tu kan. Haru. Ni memang complete. So bolehla aku dan Ed makan di balcony mengadap laut sambil aku baca buku cerita tu. (aku baca 4 mukasurat jek rasanya, hahahha...tak sempatla)
View from the balcony. Lupa nak tutup flash
Nampak laut. First day kami sampai tu mendung jek. So laut pun tak nampak biru sangat.
Makan laksa sardin kat balcony. Later was joined by Ed. Buku tu eksen jek, hahahah

The spacious room
The room at Hydro ni okayla. Bilik luas, mengadap laut. Biliknya cam baru direfurbish. Tapi bila masuk toilet, taulah kan, hotel baru ke lama. Anyways, kami makanla laksa di balcony tu. Tapi laksa tu tak authentic. Tetiba ada rasa sardin dalam tin apahal kan. Hahahha, nak pi beli laksa janggus kat Balik Pulau tu, tutupla pulak masa tu. Malam tu kami tengokla bola. Tahniah Harimau Malaya! You did well! Best2. Lepas bola, tidola. 

2 comments:

  1. Mamatin,

    Bila kita nak organize trip beramai2.. hahah nak buat makan2 pon tak terbuaut ek.. akkakkaka..

    ReplyDelete