Thursday, February 10, 2011

Day Trip : Fraser's Hill - The Tourist Route

Kita kembali bersiaran dalam rancangan Jalan-Jalan di Malaysia - The Tourist Route. Actually ni trip yang tidak dirancang, hence terpaksalah jadik day trip jek. Last minute baru nak book hotel masa cuti panjang Chinese New Year bebaru ni, jangan harap la ada bilik hotel. 

Aku bosan dok rumah masa tu. Aku ajak Ed balik Kuantan, dia kata malas nak travel jauh-jauh. Katanya nak dok KL jek. Dia pulak cuti start dari Rabu, so bila dah malam Khamis tu mulalah bosan. Bila aku cadangkan untuk kami pergi Fraser's Hill, dia agree. Aku pon cubalah nasib carik hotel. Fat chance. Dream on. So kami pon cakap takpelah. Day trip pon ok. 

Kami bertolak takdelah pagi sangat dari Kajang. We stopped at McD's drive thru, isi minyak, beli paper dan terus jek memulakan perjalanan ke Bukit Faser atau Fraser's Hill. Ni kali kedua kami pergi. Dulu pon day trip jugak. Masa tu unplanned tengah jalan-jalan cari air terjun. Sampailah ke Bukit Fraser hahahha. Kali ni Ed masih menggunakan jalan dalam, so memang tak bayar tol lah. Ikut Selayang-Rawang-Batang Kali- punya jalan. 

On the way tu , dari Ampang Pecah (Sejarah Ampang Pecah boleh didapati di link sini) nampakla Empangan Kuala Kubu Baru.

 

Cantik jugak. Macam pernah tengok jek tempat ni dalam filem-filem Yusof Haslam, hehehhe. Lepas tu jalan dah mula bengkang-bengkok. Aku ni jarang pening or mabuk kenderaan, but off late aku mudah benar sakit kepala. Masa tu dah mula tangkap kat bhg belakang kepala. Kemudian kami sampai ke satu jambatan. Bila sampai jek jambatan kuning, maka sampailah korang ke kawasan air terjun Sg.Chiling.(tak leh upload gambar tatau pesal)
Kalau suka air terjun boleh ke sini. Tapi kalau nak camping weekend jek dibenarkan, nanti ranjer tak kasik masuk. Pasal kat area air terjun ni selalu jadik flash flood. Ko tengah sedap2 tidur dalam khemah, hujan jek, air melimpah hanyutlah ko dengan khemah-khemah sekali. Aku pernah ke Sg.Chiling ni masa bujang dulu. Masa tu takde restriction pon. Maghrib-maghrib masuk hutan tak de hal pon. I mean tak de larangan lah. Korang kena cross 4-5 kali anak sungai untuk sampai ke kawasan air terjun. Bagi aku, best dan memang berbaloi. Kurang sesuai kalau bawak budak kecik.  Eh melalut la plak. 

Okay back to the original post. Kami sampai di Gap iaitu kaki bukit Fraser's Hill. Silap aku jugak tak check waktu turun dan naik, sebab at one time kenderaan sehala jek boleh gerak. So odd hours dari Gap naik ke Bukit Fraser, and even hours untuk turun. Kami sampai dalam pukul 12.05 tengahari. Shoot. Lambat sikit. Kalau sampai dalm pukul 11.45 pon boleh naik lagi. So terpaksa lah kami queue dan tunggu pukul 1 tengahari.







At 1 sharp, kami dibenarkan naik. Jalannya super berliku with super sharp corner. Kejap-kejap aku tutup mata kasi rest sikit sebab kepala aku pusing. Tapi jalan yang memanjang ala-ala u-turn tu lebih kurang 15-20 minutes jek. Tak lama kami sampai le ke Bukit Fraser. Mula-mula nampak balai polis, dan diikuti jam besar ni. Takdelah crowded sangat. Not bad. AKu risau jugak kalau overly crowded sebab Fraser's Hill ni bukannya besar sangat. Overall keadaan trafik nampak terkawal.





Kami mula-mula cari Allen's Water dulu. Lepas dah jumpa, kami pusing ke area lain. Kali ni aku tak ingat langsung nak guna GPS so aku pakai jelah sign board dekat Fraser's Hill tu and end up at Jeriau Waterfall. Sebenarnya kami dah pernah pergi dulu ke sini. So takdela intention nak mandi. Tapi nampak ada perubahan jugak. Nampak lebih people friendly la tempatnya. Ada orang camping. Ada kawasan yang cam di empang sikit supaya ada bigger pool. Tapi I warn you, it's quite a walk from the place you park your car. Nak ke waterfall tu cam turun bukit so not bad. But the walk bad tu, phewww berpeluh gak ketiak. 





Dari Jeriau kami ke Allen's Water balik. Tempat ni used to be or was planned to be made into a reservoir. Tapi sekarang ni jadik tasik rekreasi jelah. Hijau jek tempatnya. Kalau korang datang pagi-pagi selepas subuh (hahhha) sure berkabus jek tempat ni, sebab I saw in TV rancangan apa entah, mamat tu pergi pagi gila ke area Allen's Water nih, memang berkabus sampai nampak macam moldy jek tempat tu.

Kat Allen's Water ni takde aktiviti lain kecuali paddle boating. Bolehlerr kalau nak bagi ikan makan. RM6 satu boat untuk dua orang for 15 minutes. So masuklah aku dan Ed dalam boat ni sambil gelak-gelak sebab dah berpuluh tahun tak naik paddle boat kot. Last aku naik maybe in Genting masa aku darjah 6 and before that errr Mimaland kot, masa 4 tahun? Gila lah zaman dinosour tu. Errr memang ada replika dinosour kan kat Mimaland tuh? Muahahah. Bebudak sekarang Mimaland pon tatau apa dan kat mana.  Anwyays, kami berkayuhlah di Mimaland tuh, eh silap di Allen's Water tuh. Kaki dah ler lenguh naik bukit kat Jeriau tadi nak mengayuh pulak. Serius lenguh. Tua dah kitorang ni, aku dok pikir, aktiviti ni patutnya fun giler, tapi pehal lenguh nak mampos nih? Muahahha..Tapi tempatnya cantik, serene and the 15 minutes really flew by. The only drawback was, susah giler nak control paddle boat tu, terpusing-pusing jugak beberapa kali  sambil tergelak-gelak cam kucing kejar ekor tuh, muahhahah.

Lepas tu kami pikir. Nak makan ke nak gi mana? Nampak tempat makan pon macam crowded je lagi, so kami ke The Paddock. Aku takde map, tapi aku ada amek gambar map masa dekat Gap tadi so aku belek ler kamera dan navigate untuk ke sana. Tak lama lepas tu kami jumpala tempatnya. The Paddock ni cam kelabla. Ada kuda gitu. Sebelah padang golf. Ed tanya nak naik kuda ke? Kalau nak soh kuda tu cedera parah or kita kena saman sebab kasi kuda tu patah pinggang, cubalah naik. Hahahha. lagipun aku nampak bebudak jek naik kuda, takde pon orang dewasa naik. Hahhaha.

So kami ke satu section untuk cuba satu aktiviti yang Ed dah lama sangat nak cuba. Archery. So kami nampalah tempat memanah tu, dan queue untuk memanah. RM 8 untuk 10 anak panah. Memula tu aku soh Ed jek try. Aku sure tak pandai kan. Tapi aku pikir-pikir balik, baik aku cuba jek, bila lagi kan. So aku pon cubalah. Aku cuba tah hape-haper haram tak kena papan tu pon. Ke atas, ke belakang seb tak terkeluar pagar jek. Masa tu aku dah tinggal 4 jek anak panah aku cakap kat brader yang jaga tempat tu, encik tolong ajar saya cik, dapat kena papan tu sekali pon jadilah. So he stand behind me, gave instruction and..... yes I hit the board and the next 3 arrows. Yeeehaaaa. Bila dah mula kena, mulalah terasa best. 

It's a good family activities actually. Masa tunggu turn for the second round tu, memang terasa spirit 1Malaysia tu sebab memang ada kami, 1 family melayu, 1 family chinese and 1 family India. Pastu pakat gelak kat each other, bila buat kelakar, hahahha. The second round was better, Ed's target improved a lot which is not surprising. And I did not so bad myself. This round rasanya missed 2-3 jek and banyak jugak yang dekat2 area bull's eye tu. Ed rasanya missed 1 jek, and his target was good as well. Not bad for a second ever try.

Lepas jek habis memanah tu, kami pikir-pikir either, nak minum dulu or kejar nak turun at even hours tu. Tak nak stranded kat atas. Aku cakap dekat Ed, jomlah turun dulu. Memang dah waktu boleh turun masa tu. Takde aktiviti apa lagi nak buat dah kecuali jungle trekking, golfing and bird watching. So kami pon balik lah. Turun dekat Gap, pegi toilet dan order burger which took forever. Tak fahamlah aku, bebudak jual burger tu, orang sikit punya ramai order pon ko lemah gemalai lagi. Punya lama aku tunggu dapat 1 jek, aku terus blah, share the burger dengan Ed buat alas perut. Kami head back and ate real late afternoon lunch dekat Kuala Kubu Baru. Makan nasi goreng ape entah. Sedap dan murah. lepas tu kami pon terus balik ke Kajang. 

Bukit Fraser bagi aku a good excursion, kalau rasa nak keluar dari KL. Tak jauh sangat. Does not cause you a lot of money. We spent less than a hundred untuk semua aktiviti tadi. Kalau boleh bermalam even better. Pelan-pelan dan tak yah rushing macam kitorang untuk buat aktiviti-aktiviti semua tu. Satu malam maksimum la aku rasa. Sebab not much to do, and explore unless you like trekking, golfing or bird watching. Weekend break should be nice. Be prepared for jalan bengkang-bengkok and mind the time. Odd hours untuk naik Fraser's Hill and even hours untuk turun sampai pukul 6. After that takde jalan sehala. Serius aku tak leh imagine kalau jalan tu dua hala. Super-duper bahaya. Overall it was a nice trip, we got to do something different, and now I think we are hooked! Nak cari tempat memanah yang best kat KL nih!

16 comments:

  1. penah nmpk board yang orang aim panah tu? (ape nama dia eh?) dengan banyak kat area rumah abg kat keramat, x taulah kelab ke mende

    ReplyDelete
  2. aku rindu nak mandi sungaiii.. dari kecik lagi aku teringin nak pegi fraser hill, tapi tiap kali ckp kat pak encik, dia cakap situ tarak apa..buang masa jer.. sian kat aku kan..

    ReplyDelete
  3. The last and only time aku sampai FH tu was masa fourth year in uni,1998...tengah praktikal...entah apa mabuk, pegi plak first day pose...hahaah...bengong tul !!!

    p/s: Happy anniversary to Cekna and Ed !!!!

    ReplyDelete
  4. Yo,

    Menarik tu!Dekat keramat? Nanti aku carik2 info. Kalau ko ada additional info or tanyakan pada abang ko, kasi tau aku boleh? jauhler jugak area rumah aku dengan keramat. Tapi dekat la sikit dari Fraser's Hill kan. hehehhe

    ReplyDelete
  5. KLM,

    Thanks a lot sis.. Wei ape ke hal pergi on the first day of pose.. Haus weh..

    ReplyDelete
  6. akak pernah pergi dan tido kat situ 3 days and 2 nite, masa tu tak lah macam skrg ni, boleh nampak banyak aktiviti yang boleh buat kat sana

    masa akak pergi dulu tu, encik abah meeting, akak dan batrisya tido aje, sebabnya sejuk, kalau boring pergi kat kedai-kedai tu shopping :)

    ReplyDelete
  7. Eh mana pulak jawapan aku kat si jem tadik. Nanti2 ko ajakler husband ko bawak bebudak mandi sg or air terjun nih. Banyak giler tempat yg family friendly kat malaysia ni. Nak mandi kat jepun nun sejuk, pastu kena la plak pakai bikini kot hahaha

    ReplyDelete
  8. Kak ummi,

    Dulu saya pergi pon tatau nak buat apa. Pergi waterfall jek. Kali ni banyak sket aktiviti. Sekarang ni sebelum gi mana mana saya akan list down apa nak buat, mana nak pegi dan apa nak makan hahaha

    ReplyDelete
  9. Kat keramat tu betul-betul depan AEON Setiawangsa, tak silap aku pusat sukan MSN AU2.. mmg tempat prektis archery not sure if they open to public.

    Tak silap aku mmg ada kedai untuk main memanah ni.. ko kena sewa per hour ke camtulah. cuba google.

    ReplyDelete
  10. lama tak gi tpt2 mcm ni...
    best sungguh!

    ReplyDelete
  11. Joe,
    owh tapi yg kat setiawangsa tu tataulah kan open for public or not kan. Dekat sunway dengan mana ek satu lagi ada gak yang open for publik RM9 for 12 arrows.. Tapi belum cuba lagi. Tapi Ed suka yang old scholl yang cam kami try hari tu. Manalah nak carik tempat gitu. Takkan nak gi fraser hill sokmo..

    Ezad,
    Sebenarnya best. TUlah pasalnya aku dan Ed plan nak menghidupkan balik2 jalan2 di tempat kita sendiri. Tapi nak buat aktiviti yang tourist buat. Kita ni kadang2 bila2 jalan2 tempat sendiri jadik malas or tak adventurous nak try mender baru kan. I'm talking about myself lah ni.

    ReplyDelete
  12. Aku KAYUH sampai puncak Fraser thn 2009. gila kan...but i did it!!

    ReplyDelete
  13. Memang giler sis.hebatlah ko.giler steep dan berliku liku tuh..agak2 sekarang ko boleh tak naik b.f sekali lagi?

    -arena

    ReplyDelete
  14. sekarang ni tak fit lagi la beb..baru nak start trening cadence semula..aim aku thn ni nak kayuh ke puncak cameron plak..dari pos betau - ringlet - tanah rata..dalam 80km gitu la..(uphill all the way)

    kalau tak kurus gak aku humban beskal kat gaung (gamak ke aku muahahaha)

    ReplyDelete
  15. Arena, puas aku mencari engko. Di sini rupanya. Write me, ailin_abdullah@yahoo.com

    Kalau you ada kat London, even better. Will be there next week.

    ReplyDelete
  16. Angah,
    weih jangan humban dulu hahaha. uphill 80km? ayarkkkkk aku baca pon dah rasa penat. All the best sis. If anyone can make it;it's you.

    Ailin,
    Sis, you yang asyik tukar2 url sampai tak terkejar hehehe. Wokeys, nanti akan email you. Alaa sis, takde la I pegi London tuh dalam masa terdekat ni. Maybe next year la kot..

    ~arena

    ReplyDelete