Sunday, May 29, 2011

Gardening and breadmaking updates

Assalamualaikum wbh kawan-kawan, 

As always aku super busy tak sempat nak update, activity2 aku. Aku dah cerita kan pasal I bought the breadmaker cum oven tu. Aku pergi tengok demo bebaru ni. It's not a cooking demo so to speak la, it's actually a product demo, where the product is the breadmaker tu ler. Tapi aku memang jatuh chenta u. Sebab, dia ada kneading utk buat doh tu, pastu terus leh sampai jadik roti. Pricey a bit, tapi kalo ko beli breadmaker biasa, dapat breadmaker yang boleh buat loaf bread tu jelah kan, tapi sebab bread maker ni boleh jadik oven gaks, so boleh la ko shape2 kan jadik whatever yang korang nak. So aku belilah breadmaker tu, and 2 more friends bought it also. So sembang2 dan our skype communication was about bread this and buns that. Muahahha.

Hari Jumaat tu ada talks pasal a new act yang bakal di enforcekan. Chewah, kami berjaya bertahan selama 3 hours tanpa bercerita pasal, bread tapi masa makan dah start cerita balik. Muahahhaha. Sebab kami berempat kat situ ada breadmaker dari jenama yg sama. Kawan aku sampai cakap, weis slow sikit cakap pasal roti tu, org lain dok cerita pasal aktalah, macamana nak sabit kesalahan lah kita cerita pasal roti, muahahha.

After that, 3 out of 4 of us pergi kedai jual barangan bakery. AKu carik sekitar Bangi, high protein flour or bread flour sumer tempat habis. Damn. So kami pergi Bake with Yen, Puchong. Hazabnya nak carik parking, tapi gigih la sangat. Excitednya. Hahahah. Tapi aku tak sempat nak mula baking sebab balik kg. Sebelum tu aku ada gak bake, pakai tepung gandum biasa jek, utk pizza base, oklah. Tapi utk bun, memang dense la, tak fluffy. 

Lepas balik kg, aku singgah di nursery sebab nak beli pokok bunga sikit. Mula ingatkan nak beli kat Sg. Buloh, tapi MIL cakap Sg Buloh tu dah over commercialized. Dia cadangkan beli dekat-dekat dengan kg jek. Fuhh memang best. Murah lak tuh. 1 pokok 4 ringgit, 3 rm10. So aku beli 3 pokok, 5 pasu bunga. (terpaksa beli yang plastik, sebab duduk apartment, berat nak angkat), fertilised tanah sekampit dan baja. Hahah Baru rm30. Mungkin tempat korang murah lagi. Tapi aku pernah beli pokok dekat dengan Giant Kinrara, RM15 sepokok kecik tu!

Sampai rumah, wei I really have to start thinking about buying landed house la. Horrible la time angkut2 barang cam tadi, dengan beg travel, dengan beg notebook, dan sebakul barang yang dikirm mak mertua, baju busuk, 3 pokok, pasu dan tanah. You imaginela la kami berselirat penuh barang-barang bersangkut cam pokok krismas, hmmmm. 

Lepas masukkan baju dalam mesin, aku pon ke balcony yang lagi kecik dari sekangkang kera, sekangkang kucing stray saja la kot. But peduli apa kan. So aku transfer sumer pokok-pokok dari plastik hitam tu ke pasu, dan transfer jugak pokok-pokok ku yang dah nak mampos ke pasu yang besar sikit. Seriously man, I don't know what I'm doing tau. Aku memang tak reti sikit bab pokok-pokok ni, and more ofter than not, pokok yang aku tanam or bela, memang mampos, kaedahnya. Aku harap bertahanla ye pokok-pokok semua.



Lepas dah settle pokok-pokok semua tu, aku solat jap, and ke dapur untuk baking. Hehehe. Kali ni bahan-bahan aku semua cukup, so hopefully oklah. Aku akan tunjuk step by step untuk buat roti tu. Aku konpius sikit dengan si Jojoe ni. Babe, ko tu ada bakery ok, apahal lak nak step by step utk buat roti pakai breadmaker ni? Pastu nak makan bread kat rumah? errr kat bakery punya tak boleh ker? Hahahaha. Tapi takpe aku tunjuk le jugak. Actually aku malu gila nak tunjuk sebab ada kawan kita tu sure terer tak hengat tang buat roti kan. Ko jengan gelak eh, Joe. Maka, aku dengan rendah hati, berkata bahawa aku memang tak terer, dan aku baru belajar ok. Eii nak tunjuk gambar pon maloo hahhaha.. Anyways, I will swallow my pride and share with all you.

Sebelum tu, some background. Aku beli Noxxa Breadmaker Oven dari Amway. Actullay aku ada beli satu lagi barang gak which is the Multicooker with Pressure cooker function. Yang tu belum keluar kotak lagi ya. So yang tu nanti baru boleh buat update. Pricey gaks, tapi kalau member boleh buat 0% interest free installment, layan. 

The breadmaker tu yang tengah-tengah tu. Yang hitam tu, oven biasa dan yang kanan sekali ialah mircrowave oven. Macam industrial kitchen dah dapor aku.

Ni bahagian dalam dough pan nya dengan kneading blade yang nampak jek kecik but does it job.
Ok tadi aku buat Sunflower Seed Wholemeal Loaf bread. Resipinya kalau korang nak, baru aku letak ok. Untuk pakai breadmaker, memang kena letak ingredientsnya ikut turutan. Normally for all breadmaker, mesti masukkan the liquids first, followed by flour dan last sekali yeast. Buat roti ni bagi aku is a science, so tak leh main agak2 tang sukatan dan turutan. Mesti ikut betul-betul. Breadmaker Noxxa ni  ada jugak delayed timer where ko boleh letak dulu ingredients let say, sebelum tidur, dan ko set timer bila ko nak roti tu masak, so by the time ko tengah sembahyang subuh esok, ada smell of fresh bread baking in the oven. Atau ko set bila nak gi kerja, by the time ko balik, disambut oleh bau fresh bread, best kan? Kalau pakai delayed timer, kena make sure betul-betul that the yeast tu tak kena langsung the liquid.

Mula-mula aku letak, air, vegetable shortening, garam, gula, susu, followed by bahan2 kering like wholemeal flour, plain flour and bread flour. Note that yeast ada kat atas sekali.

OK, lepas tu masukkan dalam breadmaker oven. Setkan untuk rapid bread. So mesin tu akan mula kneading.

ok bila-bila pon boleh bukak dan tengok dohnya. Kalau ada yang tepung dekat tepi-tepi tu ko sapulah sikit pakai rubber spatula. Pastu masukkan balik.

Aku ikut resipi jek,, so aku masukkan sunflower seed ala cam kuaci tu kan, 5 minit sebelum doh siap kneading and more on top later.


Lepas letak semua benda tu, aku mulalah ngantuk. Korang kan pernah baca masa aku buat lasagna dulu, aku bosan potong carrot, aku gi tidor dulu, pastu sambung buat later, muahhaha. Tak senonoh kan. So tadi, aku pon ngantuk lagipun mesin Noxxa tu ckp ada lagi sejam lebih baru siap. So aku gi ler solat dan tido jap. Ingatkkan nak tidor lama sikit, sebab Ed pon tido (tidor mesti berjemaah ok, hahahha) tetiba aku dikejutkan oleh bau yang freshly made bread yang sangat mengiurkan. Muahahha. So aku tengokler, yes! roti aku dah siap. Lepas tu aku pon buatlah kari apa lagi kalau tak kari sardin! Hahaha sorilah ye, ayam or daging takde kat rumah aku. Make do with haper bender jek la yang ada. Tapi sedap ko, percayalah.

Yes! Tapi berdebar nak terbalikkan takut tak jadi.

Tadaaa.

Yey! Alhamdulillah berjaya cubaan pertama buat loaf bread. Nampak cam dense kan, tapi fluffy jek. Crusty sikit. Tapi masa panas-panas tu yang crusty tu paling sedap. Kena tunggu sejuk baru boleh potong, tapi apa barang makan roti sejuk kan hahaha.

Maafkanlah pinggan dapat free beli sabun Daia tuh hahaha, Best ko roti ni. Kalau wholemeal bread biasa, korang tak suka sangat, you'd love the warm bread gini. 

Hmmm so gituler, kaedahnya ye puan-puan. Masa ko bawak keluar roti tu dari loaf pan tadi tu, kneading bladenya ada kat dalam roti tuh hahahahha. So aku rasa sesuai utk orang-orang yang sebok gak, sebab ada delayed timer tu kan.Dan jugak kalau cam kawan aku, yang anaknya langsung tak suka makan nasik, boleh le ko prepare roti tu, dan by the time balik kerja, roti dah siap tinggal nak buat cecah dengan apa jelah. But the delayed timer tu untuk loaf bread sajalah.

Ok, aku dengan penuh rasa maloo tunjuk gak roti yang aku pakai tepung gandum hari tu. Buruk tak hengat sebab lembik giler doh tu. Memang nak gelek the dough tu pon melekat dekat rolling pin tu, ko. Stress aku. Tapi aku gigihkan jugak buat. Sebab sayang sangat bahan-bahan tu kan. Err tapi tolong jangan kutuk aku ok, sikit2 kutuk I can handle it la. Tula tak nyempat-nyempat nak beli bread flour tu. Ok here goes. 

Doh yang lembik tak hengat.

Pizza yang aku tak leh langsung roll pakai rollong pin tu, aku kena tolak-tolak pakai jari jek atas tray tu. Seba baik bila dah masak ok jek. Alhamdulillah.

Sorry gambar kabur. Asalnya nak baut seafood pizza, tetiba malas nak kopek udang, aku buat Pizza cenna style pakai crabstick, hotdog dan sardin. Sardin lagi. Hahah. Eh Macarel in can. Lebey kurang sardin la kan.

Roti hotdoh yang nak lilit pon tak leh sebab lembik sangat. Hilang rupa lilitan tuh. So ala-ala hot dog in a blanket jelah.

Ni aku malu gak ni, bun kacang merah. Punyalah banyak kacang merah aku letak, sampai melimpaj-ruah ko. MUahahha. Tergelak aku, sorang-sorang lepas tu. 

Tu jelah update roti dari aku. Ada byk jenis roti lagi yang aku belum explore. Memang seronok ada gadget baru ni. Kawan-kawan aku yang beli sumer nak buat ala-ala bonding time dengan anak-anak kan, so bebudak boleh tolong lilit doh dekat hot dog and they can make their own buns. Aku dah janji dengan anak-anak buah aku, nak buat roti dengan diorang. Nantiler bila-bila senang. Diorang tu terinspired semenjak tengok Junior Masterchef hari tu.

Banyak lagi function yang aku belum explore kat breadmker tu like baking a cake and what not. Satu jek kekurangan, ovennya kecik sikit. But, kalau ko nak masak sendiri jek, sufficient dah oven tu. Macamler nak bake, 40 bun sekaligus. Kalau novice cam aku nih, nak lilit hotdog pon dah sekian lama, so memang tak perlulah oven tu besor benor. So nantikan lagi update breadmaker oven aku dalam series seterusnya.  Oklah, aku ada minutes nak hantar dekat boss ni. So, sekian update from my breadmaker. Later..

13 comments:

  1. eee bestnyer aku suke this update!!

    so brape RM mesin ni? mak aku pas retire konon2 nak buat roti.. belilah oven. dah 2 tahun sebijik roti pun tak nampak. so sebenarnya dia perlu breadmaker.. tapi aku dgr mmg pricey

    apa jadi kalo roti dah siap tapi kita cuma balik 3 jam kemudian? adakah ia tetap lembut dan hangat..? it shud stop cooking rite mcm keep warm gitu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kat kedai kitorg x buat foccacia.. wholemeal.. rustic bread..sbb market tak memberi sambutan.. pastu setiap step ada mesin khas yg amat ler besar. sbb tu aku tetap jakun ko bole lambak semua igredient n siap masak dlm satu mesin hahaha!! cepat cakap brape rm ni??

    ada fungsi reheat ke? kalo roti tu x habis simpan dlm tu orait tak? ke berwap air?

    ReplyDelete
  4. Jojoe,
    Muahahah aku qmembaca komen ko menggunakan mod excited jugak hahaha. Wokeys pricenya ialah tak berapa ingat yang tepat tapi dlm 10++. Kalau jadik member dpt harga rm846.membership 85 kot. Kalau ko rajen beli2 vitamin, worthwhile jadik member. Wei aku bukan promote mlm ok. Ko tanya, aku jawab saja. Aku tak pasti pasal reheat tu, kalau pakai oven biasa punya function bolehla reheat. Cuma takut jadik dry sangat jelah. Aku suka sebab leh campak2 dan terus bake. Siap boleh tidur dulu, dan wake up to a fresh bread aroma. Kan best tu. Ed pon tak suka sangat wholemeal ni, saje jek nak guna healthier options kan. Memang cepat kenyang makan wholemeal. 2 potong dah nak pengsan kenyang..yg tak abis aku letak dalam zip lock beg supaya tak kejong. Nanti boleh panaskan dan buat mini pizza on wholemeal base kan. Hehehe. Rumah aku penuh dgn barang2 buat roti skang ni. Gi borong dekat bake with yen ari tu, sampai senget2 bahu nak bawak ke kereta. Hahahah.

    ReplyDelete
  5. mananya roti yg ko kirim kat aku tu???

    ReplyDelete
  6. Oren,

    Roti aku takde preservatives. Tak tahan lama. 2 hari jek boleh rosak, so tak leh kirim. Mehla makan kat umah aku nih hahahah.

    ReplyDelete
  7. Mak oiii..sungguh teruja ii!!
    Sila hapdate dgn lebih banyak lagi kaedah membuat roti...
    Berapa ukuran breadmaker tu? - i lagi risau nak letak kat mana kat dapur i yg memang dah sedia sesak tu..kalau beli mesti buat dgn gamaknya..kan? kalau tak mesti laki i kutuknya..

    MakBulu

    ReplyDelete
  8. MB,

    Hehehe. Susah sikit sebenarnya bila nak amek gambar sambil buat roti tu, But I will try ok. Sis, my dapur memang sesak. Dapour kecik jek kan apartment nih. I am really thinking about nak beli kabinet dapur kat ikea yang boleh letak oven dan breadmaker tu bertingkat-tingkat. Anyways, saiznya 48cm x27 cm. Memula beli breadmaker, followed by a trip to bake with yen. Lepas tu boleh start jadik the domestic goddess, muahahhha. Jangan kasi berabuk itu barang ok sis..Husband I sampai nak pengsan makan roti. But he's not complaining.. errr yet.. hahahha..

    ReplyDelete
  9. Aku suka sbb ko dah update hehe. Sedapnyaaa nampak. Naper kita tak pernah bertembung eh dkt Giant Kinrara or bake with yen puchong ni?

    ReplyDelete
  10. Hahaha

    Naper tak pernah bertembung di Bake with Yen Puchong? Hahahha. Sebab aku pon dah bertahun tak pergi, itulah reasonnya. ok ler rasanya.. But aku ada buat newer batch of bread yesterday.. Lagiii sedap..hehhe

    ReplyDelete
  11. weh..letak resepi..aku nak try.. bila makan rasa mcm makan koci dak..?

    ko kalo rasa doh tu byk sgt, ko leh frozen kan..simpan untuk next time..

    ReplyDelete
  12. Jem,

    Wokeys, nanti aku letak recipi. Aku lupa letak mana buke recipe tu. Damn. Nampak sangat rumah berserabut sampai letak apa kat mana pon tatau. Tulah tapi aku ni tak suka nak ulang2 masak. So aku habiskan jugak semua doh tu. Roti yang berlambak-lambak tu bawak gi opis. Habis. Settle. Heheheh.

    ReplyDelete
  13. Multi ye oven noxxa ni. N sis, sy salute sis sbb ada koleksi oven n semua terpamer cantik tu 👍🏻. Mesti rajin baking ni 👍🏻

    ReplyDelete