Monday, September 5, 2011

Ramadhan and Aidilfitri Random updates

Assalamualaikum wbh kawan-kawan,

Aku menaip pakai wrist guard ni hah. Punyalah terbatas aku rasa movement tangan aku bila menaip ni, tapi aku rasa lega banyak bila pakai wrist guard ni. Masa beli tu konon-konon pandai, naseb baik salesgirl tu tanya nak try tak, sebab aku nyaris terbeli guard for my left hand! Yang sakit tangan kanan daaa. So bila menaip or browsing on my iPad, aku pakai la mender ni, and also bila tidor. Aku ni suka sangat terlipat-lipat tangan bila tidor. Ngaper entah suka tidur awkward-awkward position gitu. Ed kata, selalu sangat kena betulkan tangan aku tu masa tidur, kaki pon sama gak. So it helps la bila pakai guard ni, memang takleh bend awkward2 gitu. Amy, ko kan kembar tak seiras aku, so ko mesti ada bend tangan jugak masa tidor kan..kan..kan.. hahhaha.

Aku belum masuk opis lagi. Cuti sakan. Boleh tahan jugak visiting saudara-mara raya tahun ni. Jenuh aku basuh baju raya aku tu dan ulang pakai dari raya pertama sampaila raya ke-5. Raya ke-6 dah bali rumah sendiri dah. Hari ni pulak, buat laundry dan macam-macam urusan such as ke Tabung Haji dan Bank Rakyat. Psstt Bank Rakyat punya saham tu ada lagi tau. Sesapa yang nak beli lagi can head to your nearest Bank Rakyat.

Tengok tu aku nak tulis pasal my Raya reflection tapi dah melalut ke mana-mana entah. Aku rasa aku letak in point form jelah. Sebab macam bercampur-campur sangat apa yang aku nak tulis ni. Here's my random thoughts about this year's Ramadhan and Aidilfitri.

  1.  Aku berjaya jugak ke terawikh hasil doa dan pujukan Ed. Masa awal puasa dulu, aku memang takleh puasa awal-awal tu, so I missed few terawikh already. Ed memang pergi dari 1st Ramadhan. Every time dia pergi, aku akan mintak dia doakan aku dilembutkan hati dan dikuatkan semangat ke masjid. Aku ni kekadang pemaleh, buat terawikh sendiri je kat rumah. Lepas dah start puasa pun, aku belum pergi lagi. Masuk second week jek, dah start pergi dan alhamdulillah, almost sampai ke hujung Ramadhan. Tak sampai bebetul hujung Ramadhan sebab aku tak leh puasa semula. I am thankful that dia tak jemu ajak aku ke masjid tiap-tiap hari sebab I found some kind of peace and I love the feeling. I already missed that feeling now. Akan dapat rasa perasaan tu, Ramadhan akan datang je ker?
  2. Ed choose to pray dekat masjid yang jauh sikit daripada rumah kami sebab dekat situ ada tazkirah. Memang ler mula-mula aku rasa letih gak, sebab tazkirahnya lama, 30-40 minutes. So terawikh habis dekat-dekat 10.45 malam dan sampai rumah nearing 11 pm. Tapi after a while, and opening my heart, aku rasa best pulak. Bila lagi aku nak dengar tazkirah kat masjid? Tiap-tiap malam pulak tu kan. Penceramah-penceramah pon best-best.
  3. Aku juga mulai missed the Subuh berjemaah. Masa bulan puasa aku sahur memang bebetul last minute dan terus sambung solat jemaah subuh dengan Ed. Best giler jemaah subuh. Lepas raya nih, errr macam payah jek nak continue buat hahaha. 
  4. Ed dah sampai Kuantan baru nak carik baju Melayu. Aku dah lunyai masa tu sebab panas sangat.  Tau sangat sure susah nak jumpa yg dia berkenan sebab dia particular jugak. Tapi dia carik gak, tu yang penting. So dptler bergambar raya dengan baju melayu dia yang matching sikit-sikit dengan err tudung aku. Hahahah.
  5. Tahun ni masak rendang dalam pressure cooker jek, cepat dan tak berkecah dapor. Yesss. 
  6. Tahun ni gak, tak dapat ler aku solat raya sebab err memang tak leh kan. Tak feel betul bila tak solat raya kan. Tapi surau depan rumah mak  aku buat solat raya so dengar la jugak diorang solat dan takbir tu. Syahdunya. 
  7. Raya pertama kami pergi visit saudara-mara belah ayah aku. So we went and visit my uncles and aunties. Dah makin tua kan diorang tu dah banyak sakit-sakit. Tapi aku sangat sedih pergi rumah one of my aunties ni. Dia orangnya sangat jovial and used to take care of me masa kecik-kecik. Aku sangat manja dgn auntie aku ni. Dek kerana diabetes, dia hampir-hampir tak nampak sepenuhnya. Bila aku sampai jek, dan hulur tangan, she just angkat tangannya dan tanya, ni saper? Omigod sedih rasa nak nangis. Apatah lagi tengok rumah yang dia duduk sekarang, macam kedai converted into a house. Memang tak proper. Sedih. Bila balik rumah, aku, adek dan Ed masih terkenang-kenang dan sedih. Muda lagi tau aunty aku tu, sampai dah tak nampak macam tu. Aunty yang rapat pulak tu. Aduss. 
  8. Second hari raya we had a small tahlil dan makan-makan dekat rumah mak aku. Told Ed that he has to lead the tahlil. Dia keberatan, katanya banyak lagi kot orang-orang yang berkaliber. I just asked him to be prepared. Yelah tahlil ni kan elok dibuat oleh anak-anak dan saudara terdekat arwah kan. True enough, memang dia yang lead tahlil. Alhamdulillah, it really warmed my heart to see him stepping up to the task. . Dah sampai masanya untuk generasi kami ni yang take up this kind of responsibilities. Dia kata dia terketor-ketor jugak, tapi aku tak perasan pon and I am sure orang lain tak perasan. Respectlah encik Ed. You rock man! I salute you. 
  9. Raya ke-3 kami balik ke kg Ed. Fuhh kalau beraya dekat kg dia, memang orang tak henti-henti datang rumah. Memang asyik buat air dan basuh gelas jelah, hahaha. Lepas tu banyak jugak kami pergi visit cousins and other family members. 
  10. (kejap, aku nak bukak guard tangan ni. Giler gatal..) Masa second hari raya kot, parents aku memang akan buat self checkup for sugar level diorang kan. So aku pon saje jelah join sama. Terkezut aku! Tinggi betul sugar level aku. Bapak dan mak aku dah suruh berjaga-jaga sebab both of them ada diabetes. Penyakit tu memang keturunan kan. Abang aku pon ada. My reading masa tu was 6.8 gitula. Ketor aku. Masalahnya takdelah pulak aku kurangkan minum manis. Leceh la pergi rumah orang sumer hidang air gas gitu kan, if not air cordial. Ngade-ngade sangat aku rasa kalau nak mintak air kosong khas utk aku. Sebab most rumah dah buat air siap-siap dalam container besar tu kan. Nak bawak bekal, macam inappropriate pulak. So aku berazam nak control sugar intake starting err tomorrow onwards. Eii pergi open house camner? Itu pon aku tak makan biskut-biskut manis sangat tau. Kalau aku jenis yang makan biskut, tataulah sugar level reading aku berapa. 
Cukupla kot kan, panjang sangat dah entry aku ni. Tangan pon dah start sakit sikit. Camana entah nak kerja nanti.  Aku masih belum masuk kerja esok. Mula-mula ingat nak cut short cuti, tapi si Ed ajak aku teman hantarkan aunty dia balik. So memang cuti sakan la aku. Bestnya kalau tak yah kerja kan, hahahah.


9 comments:

  1. Sis,
    Alahai.. tangan still sakit ek? Wrist guard tu matching dengan kaler baju raya tak? (lawak mengundang panahan petir). Seriously, hopefully you recover soon. Cuti sampai bila? At least kalo lama, buleh la rehat2kan tangan tu.

    Take care!

    ReplyDelete
  2. hmmmm ....
    kencing manis .....



    jaga jaga


    susah nak makan benda yang tawar tawar ni kalau kita dah biasa makan makanan dan minuman yang manis manis nie

    ReplyDelete
  3. PatinPasta,

    Sis,yezza masih sakit. Tapi bearable. Tapi masih belum baik seperti dulu. Memang kena gi sepital jugak rasanya. Wrist guard tu kaler kulit la sis. Takdok hok kaler shocking pink or bright red. Gatal pulok tu. Kena beli jenis lain kot..Hehehe.

    Kak PB,
    tulah kena jaga2 sikit bab makan ni kan. Risau gak kalau dah teruk kan. Tapi errrr baru lepas minum sirap.. Grrrrrrr..

    ReplyDelete
  4. Aku baca wrist guard tu aku dah senyum tadi, pastu bila ko sebut nama aku terus aku tersengih. Satu sebab mmg masa fisio tadi diaorg dah suggest pakai splint. Splint ni pun warna kulit dan lebih kepada nak pastikan thumb aku tak gerak2 bebas. Kedua mmg la tangan aku time tido syok melipat, letak tangan bawah bantal mmg favorite, takpun letak kepala yg berat ni. So ter accident gak letak tangan kanan bawah pipi or terkulai tepi katil. Bila bangun tido, mak aihhh sakit. Duduk kat passenger seat pun sakit if travel lelama sbb tak tau nak gayakan tangan camner dah, jap atas peha sendiri, jap atas peha Zul, jap letak kat celah2 kerusi dgn handbrake tu. Tak selesa! If aku drive, at least belah rest tangan kanan kat arm rest pastu pegang stereng tangan kiri. Hmmm.

    ReplyDelete
  5. Amy,

    Mana la komen aku dah tulis tadi. geram betul. Hahhaa, aku dah agak dah sure ko pon suke terlipat-lipat tangan tu hahaha. Aku rasa kena beli lain aaa guard bodo tu, gatal nak mampos apakai mender tu. Ke kulit aku yang sensitive. Grrrr..

    ReplyDelete
  6. laaa..tak pi klinik lagi ka chekk..

    aku tahun ni emotional lebih, so lagu raya kena banned.. hasben aku plak asyik dok tanya nangis ker nangis ker.. tahan jer jiwa takut banjir..

    ReplyDelete
  7. Jem,

    Lerr, kalau tanya nangis ker, nangis ker, sure nangisla kalau aku hahaha. Dah pegi klinik. Tapi belum pegi amek referral letter. Entah kenapa la aku tak pegi lagi. Maybe sebab dah kurang sakit, tapi still sakit.

    ReplyDelete
  8. pegila cepat spital tu jgn sampai kena operate bagai lak hehehehe saja kasi Arena suspen..

    Aku pun sejak raya ni asyik pening-pening je lepas makan-makan..masa makan aku x makan byk sgt tapi seme menu raya kat Kg adalah menu nasi so pagi, tghari dan malam adalah nasi yer..aku risau naik darah tinggi je..duk remindkan diri sendiri supaya berdiet sikit tapi bila tgk makanan nafsu makan mencanak-canak...hahahaha risau jugak sebab bab beraya kat KL ni blom abis lagi ni kan.

    u take care ok.

    ReplyDelete
  9. Mawar,
    Aku pon makan sakan. Belum habis lagi bab2 makan nih..Dok layan open house jek kan. Hahhaha.

    ReplyDelete