Thursday, October 20, 2011

Blogging

Aku sebenarnya excited nak update pasal 2 kali experiment buat yorkshire puddiing. Tapi gambar belum upload dan resize, so weekend nantila kot. Errr kalau sempat.
 
Kalo korang perasan, blog aku yang Sporting and Happening tu dah takde kan. Aku dah delete. Tak kose aku nak update sini-sana. Letih. Takde idea dan mana ada masanye. Especially sekarang ni. Blog ni pon dah jarang-jrang update, sampai aku kena buat scheduled post on the weekend. Blog private tu lagilah. Nak upload gambor raye pon tak sempat. (macamla ada orang nak tengok gambo ko tu cekna, muahahha) 

So aku deletelah. Masa aku buat dulu pon sebab aku nak testing Nuffnang tu. Nak tengok how it works semua. Masa mula-mula buat gigih jugak aku buat update sebab nak tarik orang ke blog tu. Baca pasal keywords lah haperla. Dok pikir camana orang boleh dapat giler banyak visitor dan boleh dapat earning dasyat-dasyat nih dan update sampai 2-3 kali sehari? After a while aku noticed, hilang seronok aku bila berblogging macam tu. Apa purpose aku menulis blog sebenarnya. Aku bukan blogger gossip, aku juga bukan blogger yang amek cerita sensasi dari sokkhabar or site lain, aku jugak bukan blogger sukan yang tau latest happenings. Aku blogger yang tulis pasal happenings dalam my mundane life. Tu jek. Walaupun aku ada buat update masak-masak, tapi aku takler masak hari-hari dan takkan makan nasik dan sambal sardin pon aku nak cerita kan. Actually nak cerita pon tak salah. Tapi dari blog catchme dulu pon aku update masak-masak pon selective sikit.

Pastu aku noticed, kalau blogger anonymous macam aku ni memang payahla nak jadik blog yang ramai follower sebab orang suka follow blog yang they can put a face to the writings. Nak-nak kalau blogger yang ada personality sikit. Atau yang sensasi atau ada content sensasi. Memang ramai readers and followers. So, aku berbalik pada niat aku berblogging. I just wanna share my writings jek. Just be me.  Kalau ada orang yang sudi baca dan komen alhamdulillah. Tak perlulah aku compare dengan orang lain kan. Tapi tipulah kalau aku tak seronok kalau orang ramai komen kan, sure korang rasa camtu. Aku ni, selagi boleh setiap satu komen korang aku nak balas. Yelah orang dah komen kan, mestilah balas.

Aku appreciate sangat kawan-kawan yang tinggalkan komen dekat sini sebab aku tau kita hanya akan tinggalkan komen kalau kita terkesan dengan tulisan blogger tu atau kita dah rasa cam kawan dengan blogger tu. Berapa banyak blog yang kita baca, tapi tak pernah komen kan. So either way, aku appreciate sangat. Kalau korang perasan, dari blog catchme lagi, aku seboleh-boleh cuba balas setiap satu komen korang. Kalau adala pernah aku tak balas tu serius aku tak perasan dan mintak maafla banyak-banyak. 

So sekarang ni kembali dengan dua blog. Blog catchme tu walaupun update setahun 2-3 kali jek sekarang ni, tapi aku sayanggg sangat. Sebab bermula dengan blog tulah aku kenal blog dan kenal kawan-kawan kat sini. Blog tu aku start tulis tahun 2005. Dah 6 tahun aku berblogging. Kadang tu sedih jugak sebab kawan-kawan bloggers yang aku dah lama follow tetiba tutup blog or privatekan blog tanpa meninggalkan kesan. Sebab banyak blog-blog baru yang aku baca sekarang ni, macam tak masuk sangat dengan jiwa aku. Maybe they are younger or mungkin sebab-sebab lain. Itu nanti aku olah lain kali.

Apa point aku tulis ni pon aku tataw. Hahahah. Buang masa korang jek.

15 comments:

  1. Arena sis,
    Gelaran Cekna ka? ;)

    Betul, bila berblog terpaksa or mengejor something ni.. kita pon naik serabut. Baik slow and steady jek. Time rasa nak tulis, tulis. Tulis pasal sambal sardin pon apa salahnya. Tak salah di sisi undang2. Hehe!

    Love reading your writings, so do keep on writing :)

    ReplyDelete
  2. Sis AIda,

    Yeah, boleh panggil cekna. Betullah tu, nak tulis pasal sambal sardin pon tak salah kan. Lantokler kan. Tulah, just be true to myself jelah. Baru ada idea nak menulis, if not rasa cam pressured kena buat update hari2 dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. yerp..aku pon memula dulu tulis sebab suka benau compare berapa byk comments yg masuk..bila byk, rasa seronot..bila sikit, rasa mcm..eh..org tak baca eh blog aku??

    tapi tu dulu..sejak2 dha jadi geng makcik nih, aku menulis utk meluahkan sesuatu..i am not good in vocal..nak cakap, silap2 org tak paham sbb vocab berterabur, hatta in b.melayu..so, bila tulis blog, luahkan perasaan terbuku, rasa lega..mmg suka kalo org komen, sbb byk komen yg membina, bg semangat, which is I appreciate most..yg tepuk2 bahu, hugs, walopun di alam maya, makes me feel good and hati sedikit reda..

    dan aku antara org yg privatekan blog..hahaha..tapi oklah, sbb kawan2 aku, yg ituuuu jek..no harm at all..biarlah grup kengkawan yg sedia ada nih, aku maintain jek..nak expand, mcm tak masuk plak kan..eceeeehhh...

    terus jek menulis..aku tetap dtg baca, walopun baked macaroni n lasagna tu, dok ngidam lama dah...hahahaha..makcik lari tajuk..

    larikk...

    ReplyDelete
  4. Oren,

    tuler, semenjak dah jadik makcik, aku pon kurang concern about it anymore. Kalau ada komen I appreciate it. Kalau takde, then takpe, sebab purpose berblog tu apa kan sebenarnya. Kadang2 dah kita update mender2 yang tak thought provoking camana orang nak komen. Asyik update weekend gi shopping complex, masak, life pon mundane jek cam aku nih macamana org nak komen. But tak kisahla kan.. Cam ko cakap, kita dah jumpa few bloggers yang same wavelength so seronoklaa.

    One day aku akan masak gak baked macaroni tu utk ko. Kalau datang traiing kat KL, sound awal sket. Setakat baked macaroni tu sekejap jek boleh buat.

    ReplyDelete
  5. Cekna.. I am still a reader to ur blog even jarang tinggalkan komen...

    ReplyDelete
  6. salam sis arena,

    saya terkesan dgn tulisan anda..
    ;)

    tang bab byk blog yg suka baca dulu2 dh jd private tu setuju sgt.. dulu sy suka baca blog ma & brood citer kehidupan single mother n her childrens..tup tup dh private.. kecewa rasa..

    ReplyDelete
  7. MR,

    weii mana pegi daaa. blog pon dah berzaman tak update ko tuh.. pekabo sis? appreciate it that u still drop by here..

    MsCloudy
    Thanks for dropping by sis. Yes, memang banyak blog yang dah private dah sekarang ni. Kak Sya maniszarif tu pon dah privatekan..Hmm owh blog MA can be found here http://beyond6years.blogspot.com/ happy reading.. :)

    ReplyDelete
  8. Babe, ko antara org yg aku appreciate di alam maya sbb antara yg rajin jugak meninggalkan komen kat blog aku. Sebenarnya aku kekadang bila tengok entry aku with no comment terkesan gak rasa di hati. Ada 2 sebab:
    1) Dulu kawan2 Uni selalu tinggal banyak comment, tapi sejak active di FB, dah tak ramai yg comment sbb bleh comment secara 'live' kat wall/status
    2) Kalau aku tak update ada gak kawan2 sms la or tanya naper tak berupdate. Bila aku dah semangat update panjang2 hampeh takde comment pun hahha
    So aku accept la, aku pun bukan celebrity blogger pun, dok tulis apa aku buat weekend, apa aku rasa so nobody cares la kan. Janji aku dpt meluah rasa dan 'record' my life dah cukup baik bagi aku. And sampai sekarang aku masih rasa selesa meluah rasa di blog dari meluah rasa kat status FB walaupun blog aku open sedangkan FB are my selected friends. Ironic kan?

    ReplyDelete
  9. Lagi satu if aku hanya ada sedikit masa bukak blog, blog ko memang most of the time yang pertama aku akan bukak dari berpuluh2 blog dlm list aku..kira macam wajib buka la :)

    ReplyDelete
  10. Amy,

    Ko kan kembar siam aku, muahahha. Sangat boleh relate cerita2 kan. Tu ler, aku rasa kalau komen nampak banyak kat entry aku pon sebab err aku banyak balas, sebab tu nampak banyak hahhaha. U take care there. Anggapla macam diary, where kita sendiri yang akan baca2 balik kan.

    ReplyDelete
  11. rasa kak sya dah tutup blog.tapi tak tahu la kalau dah private..

    aku suka zaman berblog dulu..sekarang ada yg berblog nak kejar nuffnang je.

    blog aku pun apdet ala kadar..takleh tulis isu perasaan sbb ramai budak opis yg dah tahu aku ada blog :-(

    ReplyDelete
  12. HI,
    tulah tang nuffnang tu betul. Sampai tak daya baca sebab hari2 cerita pasal produk jek. Once in a while share tu ok. Kalau selang satu entry buat advertorial tak dayala.

    Tulah aku pon tak berapa boleh nak meluah perasaan kat sini. Sipi2 jek bolehla.. tapi kalau nak tulis without restriction memang tak sanggupla sebab risau ada colleague baca kan. Bosan kan. Tulis yang ceria2 jek. hahha.

    ReplyDelete
  13. Salam Arena,

    eh, kuar ke komen ni klu tulis yek..try je lah..
    sy ni suka bc blog arena ni...dr dulu arena start tulis...
    cara u tulis best..pastu bila arena stop jap, ilang punca gak pastu ni jumpa balik..dpt rasa beza cr arena tulis dl n skrang :)

    eyyza@hotmail.com

    ReplyDelete
  14. Salam eyyza,

    sekarang tulisan saya lagi teruk kot dari dulu. Sekarang ni busy, tulis ikut dan jek. Takde langsung bahasa cantik2. Anyways, thanks a lot for dropping by and keep on reading my blog. Take care there.

    ReplyDelete
  15. Salam arena..again :)

    bkn sbb bhs cantiks ke..rasa sbb arena tulis dr hati kt...so smpai ke hati gak...stories jaman kanak2...cinta cintun...sesungguh menghayati gitu bila bc apa arena tulis..n 1 yg mmg sy gelak kuar air mata n still ingat smpai skrang is kisah arena giler naik moto smpai masuk 'gol'..cannot help maa..mmg gelak kuar air mata :D

    eh, acilah kan komen lagik kat post yg dh lama..hehe.
    just red your current post-jng patah semangat yea..(bg nasihat mmg xreti..:)) take care!

    eyyza@hotmail

    ReplyDelete