Sunday, October 9, 2011

Kerja-study-kerja-study-Great!

Aku tulis ni hari khamis . Ed patutnya outstation hari ni. Dia terlupa yang hospital appointment follow up aku ialah pada hari ni. Aku memula tu frust jugak sebab aku dah cakap. Tapi aku pon terlupa masa dia inform aku yang dia akan outstation semalam. So nak buat camana. Bukan salah siapa-siapa. Aku risau gak, sebab rasanya kalau pegi hospital sure kena amek jab punya tangan aku ni. Menurut si Amy, agak sakit kena inject tu. Nak bawak kereta balik rumah horror sikit. Alangkan nak gi kerja balik kerja yang dekat pon aku sakit tangan, ni pulak lepas jab dan nak drive dari Ampang yang mungkin jem tu.

So aku telefonlah mak aku, untuk mintak tolong dia hantarkan. Dia takde dekat KL lah pulak. So aku pening-pening lalat, tapi dah ada lah jugak last resort untuk ke hospital tu. Agaknya si Ed nampak aku dah susah hati, dia pon call colleague dia dan cancel ke outstation. Kesian jugak dekat colleague dia kena gi sorang-sorang ke JB nun. But thanks a lot babe. 
So pagi ni Ed hantar aku ke hospital. Aku dapat turn yang ke-8. Ed bosan gila tunggu aku so he went to sleep at the surau, kejap. Aku pulak dah tersenggok-senggok dah menunggu turn. Masuk je bilik doc, memang sah kena amek injection. Adoila. Masa masuk jarum tu tak sakit sangat. Bila dia masukkan ubatnya tu, maaaakkkk ngilunya. Pastu ngilu tu worsen dan berdenyut-denyut bila dah masuk kereta dan sampai rumah. Apa lagi tidur jelah.

AT 4 gitu, aku bangun sebab nak gi meeting. Aku memang dengan tangan tak kuat ni, pergi jugak meeting tu. Ada kawan datang pick up sebab aku tak leh drive. Nasib baik ada dia. Kalau tak maybe tak pergi meeting tu.  So we went for the meeting. Kol 9 malam baru habis. Adoila. Pengsan. Bila nak balik I bought dinner untuk Ed dan lepas tu makan pain killer. 

Actually menaip ni pon rasa tak best. Tapi nak jugak cerita kan. Tapi aku update lambat sikitlah. Bila nak pakai mouse,  aku ada tikus portable yang aku bawak dalam beg aku. The cushoned mousepad tu aku tinggalkan dekat opis. Ni dia..

Oppss sorry, tertunjuk bahagian bontot laks. 
Ok ni haa dia tikus aku. Mouse and mouse. Dapat dek anak buah aku, nescaya dia buat masuk bilik air nih. Berendam sama dengan dia. Lama pulak tak jumpa anak buah aku nih. Semenjak aku ada kelas ganti on weekend, memangla tak sempat nak gi jumpa diorang. Hishh busy sangatla sekarang. Ada masa-masa rasa overwhelmed tatau camana nak handle semua. Kena doa banyak-banyak, mintak Allah bagi ilham dan kekuatan untuk handle semua ni. 


Aku rasa weekend akan datang  baru leh buat update sebab, aku ada assignment nak submit, exam is on Wednesday, and Thursday and Friday outstation pulak.  Friday night ada status meeting plaks. Tu belum campur day to day punya kerja. Pengsan. Hishh sebut banyak-banyak kali perkataan pengsan ni cam doalah pulak kan. Kena tukar word yang positif sikit; Great! Kena makan vitamin nih. Wokeys, take care people. 


Note : Aku seram nak exam rabu ni. Haram tak study apa, dahla kat kelas asyik blurr dan tak faham jek. Eii takot. Doakan aku ye kawan-kawan.

11 comments:

  1. tak yah too gather gather ramai ramai.
    dua tiga family pun , ok dah




    gud luck...

    ReplyDelete
  2. Kak PB,
    Ni gather apa ni kak? Hehehe.

    Mawar,
    Thanks dear.

    ReplyDelete
  3. Betul kan aku ckp? Nasib baik ko bawak Ed. Aku follow up appointment besok..kiranya akan ku khabarkan pada doktor yg tangan aku dah ok, dah tak sakit, boleh pusing2 tangan macam Usop Wilcha. Tapi aku nak tanya dia kesan steroid ni sure 2-3 bulan..adakah aku akan sakit semula. Haihh hopefully not la. All the best in your exam.

    ReplyDelete
  4. Amy,

    Tulah sebab aku baca from ur blog la aku insist ed temankan aku, walaupun aku tau haruslaaa lama kat hospital tu kan. Aku pon rasa tangan macam ok sikit. Tapi tataulah lepas2 ni kan. Thanks babe.

    ReplyDelete
  5. gud luck 4 ur exam..jgn lupa mkn uabt yg prescribed..cepat sembuh cheNa...

    comei la mouse tuh..tang montot, seksi..hiks..

    ReplyDelete
  6. Oren,

    Thanks babe.
    Montot mouse tu memang comei, hehehe. punyalah comel sampai dekat kotaknya tertulis, jauhkan dari kanak-kanak dan objek ini bukan untuk digigit, diramas dan dicucuk hahaha.

    ReplyDelete
  7. good luck for your exam

    comel mouse tu

    ReplyDelete
  8. Kak Ummi,

    tikus comel tu untuk rehatkan tangan hehehe.

    ReplyDelete
  9. Sis,
    La isk.. dengo citer tangan kena injek, tumpang ngeri and ngilu sama. Huhu! Skang camno, dah ok sket ke?

    Camno exam hari tu? (ni kes terlepas ketapi la ni).

    Kiut sungguh tikus tu aa. Bontot pon kiut sama. Muaha!

    ReplyDelete
  10. Sis PP,

    Tangan daha bit better lepas inject. Memula jek rasa ngilu.exam was horrible actually. Tatau lah tunggu jelah resultnya. Thanks for asking

    ReplyDelete