Wednesday, November 2, 2011

Stress lagi ke tu?

Assalamualaikum wbh.

Sebut betul-betul tau. Bukan assalamualaikom.. assalamualaikum..kum.. Peringatan dari kelas mengaji hari ini.

Macamana exam? Alhamdulillah. Ok la sikit daripada exam yang satu lagi tu. Exam tu memang aku termenung giler lepas keluar. I didn't do very well on that paper. Ada one page tu aku rasa salah semua. Tapi mender dah lepas buat apa dikenang. Exam semalam was not bad. Memula tu terpanik jugak, sebab bila aku tengok soalan, demmit, amender jawapannya ek? Ada satu tu memang tak ingat langsung. Not a clue. So aku pon bacalah doa, mintak dari Allah agar diberi ilham, start dari awal exam sampai ler habis. Alhamdulillah, tengah-tengah jawab solan 3, ada idea soalan 5, tengah jawab soalan 4 ada idea soalan 2. Syukur. Tapi tetaplah ada yang ku deep fry jek. Goreng jangan tak goreng.

Lepas exam tu punyalah ngantuk dan lemau, terasa macam nak drive laju-laju balik rumah sebab nak tido. Sampai rumah tak leh tido daaa. Kol 4 pagi kot baru tido. Grrr. Pastu dengan kepala tingtong pergi uni nak settle urusan tapi tak berjaya settle. Geramlah actuallynya kalau berurusan dengan uni nih, tak pernahnya sekali harung boleh siap. Memang kena pegi 5-6 kali baru siap satu urusan. Berapa banyak dah cuti aku habis pasal urusan study nih. Dahla aku ada meeting hari ni. Arghhh. 

Cakap banyak pon tak guna, masuk opis, masuk meeting sampai tengahari dan sibuknya itu berlanjutanlah sampai ke petang. Malas nak stayback dalam kol 6.30 gitu aku balik rumah. Tak tau kenapa, agaknya sebab dah cukup barang, aku pon memberanikan diri buat ni. 

Oreo Cheese Cake. Ed's favorite!
First time aku buat cheese cake ni. Ever in my life! Alhamdulillah menjadi. Nervous giler la buat kek-kek ni. Buatnya tak jadik or not edible, camno? Sayang giler kan buang. Kena pulak barang-barang buat cheesecake kan mahal. So aku memang ikut step by step dan measurementnya betul-betul. Aku pakai resepi dari Kak Ummi Kuantan tu dan resepinya boleh didapati di sini

To me buat cheese cake ni kena banyak sabar. Memula kena buat basenya. Pastu buat cheese layernya. Pastu kena biar sejuk dalam oven, lepas tu kena letak dalam peti. Takdela renyah sangat. Tapi nak boleh siap satu kek tu makan masala. Told Ed that it's gonna take at least 4 hours dalam fridge for it to be nicely set. Member dah tak sabor nak rasa. So I cut him a slice. Sempat lagi amek gambor tu. Muaahhahha

Ed's slice. Gamabr ni focus dekat cake slice yang kat depan dan kaburkan kek yg kat belakang

Gambar ni pulak focus dekat kek  kat belakang. Attempt nak kaburkan yang depan, berjaya 30% jek
Hasilnya? The base tu was garing a bit. Nasib baik tak hangus. Tu pon aku dah kurangkan 5 minit dan kurangkan temprature sebanyak 30C. Geram dekat oven gila aku nih. Selalu hampir merentungkan masakan aku. Yelah dah base tu pon hitam, manala aku tau dia nak rentung ke haper kan. The cake tu pulak cam fluffy sangat. or maybe sebab tak sejukkan betul-betul, entah. Kata Ed selalunya cheese cake ni cam dense sikit. So aku ratekan kek tu 8/10. Not badla kan. Maybe aku bawak ke office sikit esok.

Oklah aku ni entah apa penyakit, I haven't slept since my 2 hour plus sleep last night. And here I am updating my blog at 1.45 am. Esok kerja daaa. Nervous breakdown pasal upcoming event ker? Entah. Serius aku banyak kerja sebenarnya tapiiii update blog tu, tetapppp. Hahahha

16 comments:

  1. sama la aku jadi burung hantu malam ni.. skrg 3.36 pagi..anak aku pun join ni ha.. isap susu tgk ceria bole?

    cheesecake mmg pekat kot. mkn sket dah x lalu lagi.. yg no bake tu ringan sket but stil dah nama pun cheese.. very der creamy

    hv a good day cena

    ReplyDelete
  2. Joe,

    Geram, aku nak tidoo..aku nak rest..tapi kenapa entah mata tak lelap. banyak sangat mikir kot.

    Tu ler, aku pulak bukan cheesecake fan sangat, melainkan marble cheese sebab yang tu half of it is chocolate cake kan. anyways, you have a great day too babe..

    ReplyDelete
  3. My feveret !!!! (sambil goyang goyang tangan ala Usop Wilcha)...cheese is my weakness la Cekna...tapi tengah preggy nih, tekak takleh terima..so had to wait for a few more months before boleh melantak cake...Eii..sedapnya cake Ceknaa !!!!

    ReplyDelete
  4. KLM,

    Sis, you are expecting? Alhamdulillah, tahniah. Berapa bulan dah. Sukanya dengar orang pregnant, hehehe. Memang ler muak cheese cake tu, kena pulak time2 pregnant ye. Apa yg selama ni suka tetiba takleh terima lak ye.

    ReplyDelete
  5. Aku pun suka buat cheesecake cuma aku lg suka buat base dia guna biskut mcvites..sedap hiks..

    pastu rajin sikit buat kecik2 sekali ngap jek..

    ReplyDelete
  6. Ya allah dia ni, makin stress makin banyak mende masak. Aku lagi stress, lagi la aku malas nak pikir masak. Ni sampai end Nov agak2 kalau aku membeli je makanan, derhaka kat suami dak? Uhukkk..weh pasal easy to please tu (dpt birthday card) aku mmg suka. kalau sesekali dpt kad dari zul seharian tu senyum2 belek2 kad hahah sebab susah nak dpt

    ReplyDelete
  7. weiii..series nak jadi jiran ko jugakkkk huhuhu meleleh leleh ni :-) hari tu ngidam cheesecake terus lari pi scret recipe dpt makan 1 slice nikmat amat, dah happy sgtttt :-)

    ReplyDelete
  8. meh hantar skit kek cheese tu ke opis aku..

    ReplyDelete
  9. Arena


    sila berhenti kerja dan buka bakery shop



    akak jadik silent partner

    ReplyDelete
  10. sedap :)

    rajin sungguh arena ni :)

    ReplyDelete
  11. Angah,

    Biskut mcvites tu camana rupanya? i pon ingat nak pakai base lain, sebab macam kurang best jek pakai base ni..

    Amy,
    hahaha, tulah kan. Aku pon tak sangka, makin aku stress makin giat pulak memasak. Tapi masak yang pelik2 nilah. Masak2 biasa cam nasi dan lauk tu super duper malas la pulak. Hahha. tak faham.. tak faham..

    ReplyDelete
  12. Mawar,
    Meh jadi jiran aku meh. Tulah aku sendiri bukan suka sangat cheesecake. Memang ed jek makan kek ni. aku makan first jek sebab nak rasa. maybe lepas ni ada lebih keberanian utk try cheesecake lain..aku suka yang ada masam2 sikit macam strawberry ker, raspberry ker..

    oren,
    Uishh banyak dah aku kena pos kalau gini kan..banyak dah request dari ko tu.. heheh..

    ReplyDelete
  13. Kak PB,

    Ala kak saya takde keberanian la kak. Bilalah nak confident cam si jojoe tu berenti kejer bukak bakery.Kalau satu hari nanti dah berani, saya buzz akak hehehe.

    Kak Ummi,

    Hehehe oklah rasanya.. takdela rajen sangat kak. lepas masak nak nangis mengemas hahhaa..

    ReplyDelete
  14. Arena,
    Waalaikumussalam..

    Alhamdulillah exam ok :). Deep fry memang amalan biasa. Koi lagi semangat deep fry kalo tengok member2 lain dok angkat tangan mintak extra papers. Haha!


    Weh! Cheese cake awok tu sungguh menyiksa diri ku ini! Baru je semangat tak mo buat kek sampai capai berat target tapi sekarang dah nak mencapai pen and kertas untuk salin resipi. Wawawa!

    Suka tengok awok main focus kat gambo tu. *tabek!*

    ReplyDelete
  15. HI,
    Sedap boleh tahan, syukur. Dah habis sebijik kek tu. Ed makan 3 suku kek tu heheh.

    Sis PP
    Lecturer dah pesan, jangan panjang sangat jawab. The space allocated should be sufficient for us to jawab tak payoh mintak kertas patutnya.

    Sis, makin memberuang koi sekarang ni. Risau koi nengok the scale tuh. Kena buat sesuatu dah koi nih hahaha. Activtiti membaking, mempizza dan meroti patut diminamakan .. Tapiiiiii.. kesianla koi nyer oven dan breadmaker tu kan..kan..kan..

    Wah, dapat tabek daripada orang yang pandai amek gambor, sungguh mengujakan. Hahaha. Tapi tulah, koi tak dapat nak blur habis bhg yg tak difokus tu. Takpe belajor lagi. Takde masa nak duduk pegang kamera sambil try ikut manual2 dan tips2 online tu.

    ReplyDelete