Monday, January 16, 2012

Clearing back log..

Actually aku memang dah pun mulakan hidup baru ni. Tapi, tak terasa sangat sebab last week busy balik Kuantan dan busy dengan exam. Makanya walaupun aku dah mula cuti, aku tetap bangun awal dan pegi office sebab nak study. Tapi besok dan mula kehidupan yang baru berserta aktiviti-aktiviti yang baru. 

Ya, aku memang cuti panjang. Bukan seminggu, bukan dua minggu tapi 6 bulan. Ye, korang tak salah tengok 6 bulan. Banyak perkara yang aku nak uruskan, nak habiskan belajar aku dan of course some of you may have already guessed ada urusan peribadi yang nak dibuat. I will blog about it when I am ready. As of now, aku simpan sendiri dulu. 

Sebelum aku menulis entry yang dok berlegar-legar dalam kepala aku ni. Baik aku buat updates on what's happening supaya takde backlog. 
  1. Baba masih di hospital, keluar sehari lepas tu masuk balik sebab ada kuman baru dijumpai dan the docs wants to treat that jangkitan. Jangkitan tu sangat bahaya, kalau tak treat betul-betul boleh merosakkan organ-organ dalaman yang lain. Remember, that he had to remove his gall bladder hari tu. In fact masa kuman tu mengganas, memang organ-organ lain pon terkena juga. Alhamdulillah, boleh kawal lagi. 
  2. Sem 2 pengajian master aku dah habis. So sekarang ni cuti sem lah. Lepas ni aku balik on research mode. Aku target nak habiskan hujung tahun ni. Boleh ke ni? macam banyak sangat program jek. So aku kena buat study plan sikit, karang leka,  tak abis-abis study aku, nauzubillah. 
  3. Aku masih masuk opis sekali-sekala. In fact aku akan masuk setiap hari Khamis untuk ada satu kelas ni di office. Walaupun cuti, aku ada deliverables yang aku perlu siapkan dan hantar. Aku bukan cuti gaji penuh. Tapi errr.. ada la arrangement nya. Memang kurang la sikit duit starting February onwards. Nervous jugak tapi kena yakin rezeki dari Allah bukan dari company aku tu. Insyallah I will be alright. 
  4. Aku terpikir bestnyalah kalau dalam cuti ni aku boleh gi umrah dengan Ed dan my parents. Best sangat-sangat-sangat-sangat. Mana tau ada rezeki aku kan. Should keep this options open.
  5. I will be going somewhere, for a few days starting Friday night sampai err next week. Will blog about that later as well. Si Joe Perantau dok tanya aku tak guilty ke gi jalan-jalan masa baba aku dok sepital lagi? Guilty nak mampos tahu tak?! Nasib baiklah he is already doing better, kalau macam masa mula-mula keluar ICU dulu, memang aku cancel je kot. But I still feel guilty ok. Risau gila, dahla adek-beradek aku yang lain takde kat sini. 
  6. Tangan aku dah mula sakit balik. Tangan aku ni prone sangat nak tergeliat. Masa balik kuantan baru ni, horror jugak sebab aku sorang jek jaga baba. Kena keluar bawak kereta, beli makanan, amek dobi semua. Nak nangis aku masa angkut dobi tu, sakit sangat tangan aku masa tu. berapa kali berhenti-henti. Sedih taw, bila sakit tangan ni. Macam-macam benda tak leh nak buat. Terasa nikmat yang Allah bagi tu ditarik sedikit. Nak pakai baju pun susah. Masa exam lagi haru sebab nak menulis kan. Memang torture. Nak kena buat treatment balik kot. 
  7. Masa hari last aku dekat office last week, aku buat roti sikit untuk kawan-kawan dan boss. Simple-simple jek, buat home made garlic roll dan fresh mushroom soup jek for breakfast. Habis semuanya, syukur sangat.Risau jugak sebab button mushroom takde, pakai shitake dan oyster mushroom jek. Seb baik hasilnya ok. Psstt kalau nak roll tu takde renggang2 dalam bulatan tu  kena susun rapat-rapat dan banyak-banyak sikit eh, bagi dia berlaga-laga gitu? tolong jawab sape terer..
Garlic roll. Lembut walaupun dah sejuk. Tapi renggang sikit.


Gambar mushroom sup takde, ni gambar lama















8. Aku suka sangat masak nasik sekarang ni, yang telah mengakibatkan aku dan Ed jadik sepasang beruang comel. Arrghhh..Ni start dengan makan singgang hari tula. Dah 3 kali aku repeat tau tak singgang tu dengan pelbagai ikan. Pastu baru ni sebab aku tengok resepi kari ikan sapa buat tah  pakai halba, aku try pulak. Sedap-sedap.  Adoilaa..Masa tu tempted jugak nak buat sambal belacan. Tapi tak buat, sebab takut bersin.
Kali ni ada bendi dekat kari tu. Abaikan peha ayam gemok-gemok hampir rentung tu. Orang pantai timur memang suka makan nasik ada keropok, yang sirap selasih cam orang nak bukak pose tu, aku pon tak faham

NI breakfast esoknya makan the kari dengan lempeng pulak. Perghhh kari ni kalau lepas semalaman lagi best. Hahaha.
9. Masa balik Kuantan baru ni, anak buah aku Bulat ikut sama. Memang bergumpal la aku dengan dia dari KL ni sampai Kuantan and back to KL again. Siap tidur dekat hospital ramai-ramai kau faham tak? Hahhaa. Gi makan sate dengan dia, which dia tak makan, cuma makan nasi impit jek 3 piring! Hahahha. Banyak gile dialog kelakar dengan mamat tu. Nantilah bila-bila aku buat entry pasal Sembang with Bulat ni.


Oklah aku rasa dah habis backlog, dan apa yang aku nak cerita. Dek kerana aku ada dekat rumah, maybe ada banyak blog update. Tapi yang aku herannya, makin aku cuti, makin banyak aktiviti dan appointmentnya. Makin sibuk pulak tiba-tiba. Ya Allah permudahkan urusanku. Berilah yang terbaik kepada hambaMu ini. Sesungguhnya hambaMu ini sangat lemah dan terbatas pengetahuannya serta tidak tahu apa yang terbaik baginya. Oleh itu, bantulah hambaMu ini yang sangat-sangat mengharapkan bantuan dan keredhaanMu Ya Allah.

14 comments:

  1. byknya, smpai tak tau nk komen..

    cumanya, kalo perlukan articles, feel free to email me..ko pakai add gmail ler..yahoo aku mmg tak bukak...

    achikseli77@gmail.com

    ReplyDelete
  2. apeni aku semakin tertanya-tanya!!!

    *tassabarrr nak tau

    ReplyDelete
  3. Oren,

    Thanks a lot dear. Telah belum masuk gear pasal research ni. Pepehal aku email ok..

    Joe,
    Hahaha, siap tertanya tanya tuh, kakaka. Aku lom comfortable nak share. Nantilah ye.

    ReplyDelete
  4. Hari ni aku senyum je kat opis lepas dpt sms :). Eh tangan ko ada white patches tak tempat yhg cucuk steroid ari tu? Masa aku buat follow up after injection tu doc dah nampak dia kata kesan steroid tapi aku tak perasan sgt. Start last week ketara sgt. Aku pindah opis baru2 ni, nak cepat punya pasal, dgn almari2 aku angkat sekali..pastu time weekend nangissss sbb sakit haha padan muka. Pastu aku insaf jap..

    ReplyDelete
  5. Bangga aku nama aku dimentioned dalam entry ko ekeke.

    So aku nak tanya lagi, tak rasa guilty ker? Ekekekkeke

    then again ini bukan kali pertama ko buat donno ngan rasa gilty tuh kan? Alah bisa tegal biasa kata org kan? Ekekekke ***larikkkkkkkkkkkkk****

    ReplyDelete
  6. ish...aku pun x paham la babe...cer citer cer citer ape plan smpi cuti 6 bln tu? mode kepochi ni hahaha...

    knowing u ko ni mmg penuh dgn program..byk betul benda yg dia nak buat yer tapi mesti kebabommmm la tuh...apapun all the best ya!

    aku baru beli oven baru, duk korek entry ko nak cari resepi pizzaa..ade kan?

    ReplyDelete
  7. Amy,

    Tangan ada white patches? Tak nampak pulak. Eii ko gi angkat lemari wat per? Haruss sakit. Aku angkat periuk dari kabinet tinggi pon panggil ed tahu tak walaupun kekadang dia buat muka, aku buat dono jek. Habis tu kalau sakit camana? Langsung tak masak, dan tak buat kerja rumah.. Tak sakit pon malas buat kerja rumah, apatah lagi sakit. hahahaha.

    ReplyDelete
  8. Mana si Joe nih? Dah kutuk2 orang lari pulak tu. Berani kutuk berani la kena kutuk balik..Hahahah.

    Sudah la ko. Tak yah ler nak ngusik aku, dah tentu2 aku rasa guilty tu. Satu malam dok ngusik aku pasal guilty tu, debik karang. Eh meh sini jangan larik..

    ReplyDelete
  9. Mawar,

    Ya Allah makyong ni, beli oven pulak dah. Dah bersalin ke ko tuh? Hahahha. Nak resepi pizza? Sabo jelah. Aku cadangkan dek kerana ko dah nak bersalin sangat tak yah la uli pizza doh, ko gi super market, ko carik roti yang besar2, ko potong jadikkan pizza base or ko pakai tortilla. lepas tu ko letak apa2 jenis tomato pase/blognese paste/tomato puree(masam sikit) followed by whatever topping ko nak, pastu letakle cheese. Siap..

    ReplyDelete
  10. tah pelik plak aku mawar ni.. haha. org berdebar tggu suara baby ni dia beli oven pulak!

    ok skrg pas baca komen.. n ada banyak perkataan guilty. aku rs arena nak pegi travel. sekian.

    ReplyDelete
  11. aku beli oven nak buat lauk bakar/panggang masa dalam pantang ler...bukannya nak buat ape..saja je kalau nak buat pizza mmg aku gi beli roti instant je beb :p mana nak uli dough bagai

    ReplyDelete
  12. Joe,

    Hahaha dah tak yah teka-teka. The travel tu is part of the thing that I'll be doing in the 6 months. Memang ada mention kat item 4 kan. Takkanler nak travel sampai 6 bulan kan.

    Mawar,
    kakakak, cepat jek makcik ni justify kenapa dia beli oven hahahha. Owh ye kan ko nak berpantang sendiri. Ikan bakar tu kalau bakar mudah sangat jadik dry tau dalam oven, kalau beli aluminium foil or daun pisang baru cun.

    ReplyDelete
  13. Sis,
    6 bulan? Wah! Harap buleh tengok banyak projek bakor-membakor la lepas ni (termasuk dalam list ke ni? :D)

    Alhamdulillah your Baba dah semakin pulih.
    Awok te, bile pulak nak mula treatment tangan? Jangan tunggu lelama weh!

    Koi tak tere jugek keknye betul kot macam awok kabo, kena susun rapat2 and sumbat rolls sebanyak buleh :D

    ReplyDelete
  14. Sis PP,

    Tangan tu koi dah treat dah, cuma maleh nak gi follow up jek. heheheh.

    Bahaya wei cuti 6 bulan pastu dok membakor jek, memang boleh bermutasi dari berunag kepada raksasa nanti.

    Okeh next time koi, susun rapat2 sikit..

    ReplyDelete