Saturday, January 14, 2012

Exam is over

Assalamulaikum wbh kawan-kawan,

Konon nak update kerap sikit, iyerla tu. Hahaha. Anyways, ituler niatnya sebab banyak sangat mender nak cerita. Sudahnya tak tercerita. So entry ni caca-marba, campur semua sebab aku nak habiskan back log. Hahaha. 

Yang menyebabkan aku tak update tu sebab aku ada exam semalam. Masuk opis sekejap hari khamis, sebab konon-konon nak interview staff baru untuk unit aku, bukan interviewla more to brief dia sikit on what he's responsibilities, should we decide to offer him and should he decides to accept. Pastu aku stay jelah sampai tengahari sebab ada kelas tajwid. Last2 stay sampai petang gak macam aku kerja, hahahha. Padahal aku dah cuti panjang kan. 
Kejap, sesambil aku menaip ni aku dok tengah tengok group Batteryheadz Percussions yang macam marching bands tapi hanya ada drums and percussions je tu. Apa entah the real definition. Aku tengok dalam TV tadi nampak interesting so googled them and found their channel on youtube. Kalau tak silap they wont the international championship dekat hongkong. Cool la jugak. Hahahah. Dah tua2 pon cakap perkataan cool aku nih. Lantak. Ni contoh one of the clips, quality so-so jek, sebab amateur camera kan, goyang sikit. 


Ok sambung balik, so semalam aku pergi library dan study. Panik gak sebab macam tak masuk langsung apa yang dibaca. Aku macam distracted. Mengantuk. Tersumbat hidung. Dan yang pentingnya, aku sangat bosaaaann nak study. Tapi aku cuba jugak. Alhamdulillah, ada sorang kawan lagi. Kalau aku sorang jek, mau aku tido jek seharian semalam, sebab aku rasa kepala otak aku sebu semacam jek. Tu pon aku nap jugak for 5 minutes, 2 kali pulak tu. Baru rasa segar sikit. 

Pagi tu aku dah sms mama mintak doakan aku. Alhamdulillah, aku masih ada doa ibu mengiringi aku dalam all my big milestones in life. Syukur. Dekat-dekat nak petang tu aku sms Ed cakap aku panik, dan kecut perut nak exam. Tak lama lepas tu dia hantar sms ni.

Ya Allah yang Maha Tinggi IlmuNya. Selawat utk Nabi saw. Bantulah cenna yang lemah menghadapi exam. Kurniakanlah hidayah dan ilham agar dapat menjawab semua soalan. Bantulah kami yang lemah ini. Amiin. 

Aku bacakan kat kawan aku, dengan dia-dia sekali tadah  tangan doa sekali. Ya Allah sukanya aku dapat sms tu. Semangat sikit dan rasa tenang sikit. Kawan aku cakap, perghh dpt doa online la. Aku gelak. Ed ni memang malas sms I tell you. Kalau aku tanya apa2, common anwers is K. Yang bebaru ni lagi haru, aku tanya dia beli tak dinner, dia jawab Li. Pffftt. That's new. Sabo jelah. Dulu aku dapat sms panjang2 gini was masa mid sem exam. He will not call. Dia tau aku nanti gelabah puyuh nanti tak pepasal nangis ke haper ke kalau dia telefon. Iyer aku memang gitu. Nampak jek cool and composed. Dengar suara dia jek karang berjurai-jurai air mata. So he sent me those du'a sms instead. Thanks babe. You're the best.

Geram jek aku nengok bebudak ni meniru masa exam tu. Dah masters pon perangai camtu. Bebudak foreign yang over sangatnya. Hishh. Patutnya aku report jek. Obvious maa. Anyways, bolehla jawab exam tu sikit-sikit. Ada satiu soalan aku dah tau salah semuanya. Demm. 

Bila habis jek exam tu, alhamdulillah. Leganyaaaa. Habis dah exam. No more amek paper lagi. Sambung research dan buat thesis. Syukur-syukur. Lega tak tau nak cakap dah. Sekarang hanya boleh berdoa semoga oklah resultnya. Macam payah jek nak dapat A ni. paper yang last week tu memang err macam tak de canla sebab carry mark pon teruk. Yang ni carry mark ok sikit, tapi jawab pulak tak berapa elok semalam. Hmmm. Aku serahkan pada Allah saja sekarang ni. Bukan ada apa yang aku boleh buat pon, selain berdoa. 

Hahhaa Yippie. Baru nak happy. Thanks korang yang supportive dan selalu bg kata-kata semangat kat aku. Appreciate it. Oklah korang aku berenti kejap. Jap gi buat entry lain, hehehe.

5 comments:

  1. Sis,
    Ooo dah lepas exam la ye? Mudah2an result terbaeeeek! :D

    Hmm.. tak de pengawas (ahaks!) nampak ke sampai ramai benor yang tiru tu? Berani sungguh.

    ReplyDelete
  2. PP,

    Ada tau pengawas, tapi diorang ni selamba jek tau.. Geram tau

    ReplyDelete
  3. Cute... cam bebudak... li... k... Hubby akak tak suka jawab sms... akak jer yang asik antar kat dia (kalau gaduh !)
    Hehehe...

    - Izawani

    ReplyDelete
  4. Akak,
    Cute ke jawab gitu. Geram tau. Tapi daripada tak jawab lagi sakit hati kan. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. sweetnya husband sms doa gitu :)

    ReplyDelete