Wednesday, January 16, 2013

Entry Backdated - Cabaran breastfeeding


As salamualaikum wbh

Ni another entry backdate. Aku dah start tulis masa belum habis pantang lagi. Tapi tak ter'publish lagi sebab tak sempat dan ada perkembangan terkini pasal breastfeed ni. Kalau uncomfortable baca entry ni, sila abaikan dan tunggu next entry. Aku nak tulis jugak, untuk remind me of all the struggle yang aku lalui nak breastfeed Muhammad Harith Farhan ni. 

**********

Sihat korang? Aku okaylah. Makin baik. Actually sakit luka czer tu rasa apa dah, sakit lain yg banyak.  Mencabar jugak. Tapi takpe, bila sakit kita giat mengingat Allah. Kalau tak, macam kurang sgt dzikir, dan berdoa semenjak bersalin nih. Yelah takleh solat kan. Rindu pulak rasanya solat, doa banyak2 dan mengaji lepas solat tu.

Kan aku citer masa kat hosp aku breastfeed Farhan, malam tu jugak, aku soh Ed gi amek breastpump dalam kereta dan aku start pam. Mmg susah sbb aku masih numb lagi, tp memikirkan Farhan hypo masa tu  aku pam jugak. Kekok gila dahla takleh duduk tegak masa tu. Tah camnerlah ed tlg pasangkan, akhirnya dptla pam. Dpt le sesudu kolestrum, dan ed mintak nurse hantar kat nursery. Nurse cakap paras gula dia naik sikit tapi tak ke tahap sepatutnya. Dan aku dengan berat hati terpaksa allow them to give FM to Farhan malam tu.

Esoknya aku dah mula breastfeed. Tak taulah ada susu ke tak, aku sua jek kat Farhan. First day balik rumah, aku pam jugak susu bila Farhan tidur. Dapatla dalam 1oz lebih gitu. Bila Farhan nangis-nangis tak hengat malam tu, kami suapkan dengan pakai sudu selain of course direct feeding(DF) dia. Susu yang di pam tu jugalah dibuat bekal masa pergi hospital untuk checkup.

Minggu pertama dan kedua susu agak meriah. Baju asyik soaked with breastmilk jek. Maybe masa tu keperluan Farhan pun tak banyak, so susu macam ada lebihan gitu. Plus aku ada rajin gak pam masa tu. Kononya after 3rd or 4th week aku nak buat stock susu beku dah (EBM). Masa checkup aku, kami tinggalkan Farhan dan tinggalkan susu yang aku dah pam. So tu pertama kali Farhan minum pakai botol.Alhamdulillah, dia ok jek berbotol syukur sangat. Dan malam tu bila menyusu balik, dia okay jek masa latch.

Masuk minggu ketiga, tak tahu kenapa breast mulai rasa sakit, dan ada few times aku demam gigil2 masa tu. Bukan bengkak susu. Sebab tu aku dah alami which is boleh hadap lagi. Makin lama makin sakit. Masa tu aku dah limitkan direct feeding pada Farhan dan banyak feed him thru bottle guna susu yang di pam(EBM). Unfortunately, bila buat macam tu, Farhan jadik marah sikit bila DF sebab susu tak selaju macam botol dan dia kena lebih effort untuk menyusu. Ni menyebabkan dia menyusu dengan sangat vigorous, which resulting aku bertambah sakit. 

Aku pergi hospital, masalahnya nak jumpa gynae sumernyer kena appointment, so aku pergi klinik family. Doc check dan kata kena infection. So dia bagi antibiotics for 3 days. Dan suruh continue DF atau pam. Masa tu sakit yang amat. The whole breast rasa inflamed. Memang nangis. Bila nak susukan Farhan memang aku dreaded sangat. Dan memang nyusukan dia sambil nangis. Bila sakit sangat I stopped menyusu belah yang sakit tu dan pam jek. Pam pon sakit wei.  I was so miserable masa tu. Bila stress dan tak sihat susu makin sikit dan Farhan pon mengamuk je kerjanya sebab tak puas menyusu.

After 3 days rasa cam ok balik, so aku bg jelah balik Farhan DF. Masa tu rasa Ya Allah, lamanya tak BF budak Farhan ni. Dia ok jek, cam kekok2 sikit nak DF belah yang sakit tu sebab dah few days aku pam je kan. Tak dan 2 hari aku sakit balik. Dan aku jugak kena sakit lain yang dah lama tak kena. Horror sangat-sangat. Farhan pon memang nangis memanjang masa ni. Susu sikit sebab aku sakit tak sanggup nak pam, tapi tak pam lagi horror. One night, Ed cakap kat aku, 

Bagila FM(Formula milk) kesian kat Farhan dan kesian kat com jugak. Dah lama ckp soh bg FM, bukan forever. Sampai you heal. Betul-betul heal. Macamana nak heal, baru nak baik dah DF balik.  

Aku diam jek. But malam tu dengan linangan air mata, aku soh Ed gi beli FM pukul 11.30 malam. Farhan masa tu dah tak berapa tidur for few days, nangis jek. Aku suspect dia lapar. Sebab aku tau amount yang dia nyusu. I was also miserable, sebab dahla sakit berdenyut-denyut banyak hari tak tidur pulak tu.  Bila Ed balik, memang nangis-nangis aku bancuh dan bagi FM pada Farhan. Aku tau dramatik habis kan. Tapi hanya mak-mak jek tau perasaannya bila terpaksa bagi FM. Seriously, masa tu I felt like a failure. Macamana aku tak dapat breastfeed my son ni? I have all the tools in the world. Dah equippe myself with the knowledge. Apa je yang boleh bantu aku BF aku beli. Aku ada electronic dual pump (madela freestyle), aku ada manual pump Avent, aku beli 2 type nipple shield (which langsung tak berkesan in my case), aku beli berjenis-jenis nipple cream (purelan, Lansinoh, Earth mama), soft shield, milk collection shell, apa entah lagi, you name it, I got it. Tu belum lagi aku buat all the  tips2 utk BF anak ni. Still aku ada this problem. Aku hulur susu tu pada Farhan, and Ed asked me to feed him. Memula aku suruh Ed jek, but Ed insisted aku yang feed Farhan. Broke my heart bila aku bagi FM tu pada Farhan. Dek kerana lapar, dia tak hesitate langsung bila aku bagi. One shot dia habiskan 2oz, dan terus tidur dengan nyenyaknya kekenyangan. 

Aku pergi pulak specialist bila aku sakit balik. Siap scan ko tau hahah. Lepas tu dia kasik another course of antibiotic, kali ni seminggu punya course. During aku makan ubat ni, aku direct feeding sikit-sikit jek and he is on mixture of formula and breast milk.  Kurang stress aku, sbb Farhan kenyang dan tidur lama sikit. But deep down aku rasa sedikit terkilan sebab tak dapat full breastfeed Farhan. Ada one time tu aku rasa ratio FM dan BM dah tahap 90:10 dah. Bila pam dapat few drops jek. Masa tu aku rasa macam, that's it. My breastfeeding journey probably ends soon. Tapi aku rasa nak cuba lagi.  Bila dah habis the antibiotic course, aku cuba introduce balik direct feeding pelan-pelan. Aku rasa aku dan Farhan sesama kekok, sebab lama tak DF. Aku pikir, aku kena cuba jugak BF Farhan selagi boleh dan selagi ada susu. Dan selagi dia nak. 

Masa tu dah dekat nak masuk kerja. AKu ada stock EBM 2 botol jek. 2 botol lagi rosak, sebab freezer tak menyejuk. satu botol dalam 3oz gitulah. Aku pam balik. Dapat tak sampai 1 oz for both breast. aku tak simpan pon, aku bagi jek direct dekat Farhan. Then aku pam lagi, sakit pulak. So aku rilex dulu. Malas dah aku nak pressure myself. Aku rasa aku sendiri yang pressure myself untuk pam awal-awal. I think I overworked the breast. Later masa nak train Farhan pergi nursery, Farhan aku hantar dekat nursery memula half day. So aku perlu preparekan 2-3 botol jek of 2.5-3oz. So aku pamlah. Jenuh ko nak dapatkan 3 oz tu. But aku try jugak. Kat rumah aku kerapkan DF. Masa ni dah start makan carrot putih, sawi, dan minum soya bean balik. Kemudian aku minum horlicks pulak. Aku jugak try makan pil ASI dan start makan multivitamin.  Combination of all this, alhamdulillah susu nampaknya meningkat sikit-sikit day by day. Bila masuk office full day, aku bekalkan Farhan 4 bottles of EBM. Memangla jenuh everyday pam, sebab aku takde stok. Memang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi, the good thing is, aku bekalkan Farhan fresh EBM bukan frozen.

Ya Allah, mengantuknya.  Setakat ni berjaya lagi bekalkan susu untuk Farhan. Semenjak masuk kerja aku pam susu at 10 am, 1.30 pm dan pukul 5 petang. Hasilnya selalu belah pagi dalam 3-4 oz, tengahari 3 oz dan petang 1.5-2 oz. Takdelah meriah benor. Tapi cukuplah untuk Farhan. Dia pon kecik lagi, kan. Alhamdulillah. Syukur sangat. So ratio susu badan feed to Farhan dah naik dari 10% ke 80-90% sekarang. Ya Allah syukur. Aku doa-doa sekarang, bukan untuk banyak susu tapi moga Allah cukupkanlah susu untuk Farhan. Tak pasti sama ada aku akan berjaya full BF balik, tapi kalau tak berjaya pon dah baik sangat dah aku dpt increase BF Farhan.

Aku respect sangat orang yang berjaya full BF baby sampai dua tahun, baik yang kerja atau stay at home mom. Sebab mencabar sangat. Memang bukan senang. Sebab kalau baby datang time nak mengempeng jek tu, memang tak leh buat kerja jadinya. Bagi FM memang senang, bancuh-bancuh dan feed. And aku boleh mintak Ed yang feedkan. Tapi yelah baby loose the best nutrition, and then the bonding time dengan mommy tu. Kalau masa kerja pon mencabar gak. Aku ni sementara tak sibuk sangat bolehla pam 3x. Dah sibuk kalu, or kalau masa meeting or aku conduct training, camana nak curik time tatau. Aku malas nak fikir lagi. Nanti sampai timenya, aku fikirlah. 

Saje je aku tulis ni, bila aku rasa down pasal breastfeeding ni, aku kena ingat aku almost nak terberhenti dah BF Farhan at 4 weeks gitu dek kerana macam-macam sakit dan susu pon ada beberapa titik jek. But, aku masih dapat BF sampai sekarang, walaupun tak fully. So kalau ada korang yang sakit masa nak nyusu, gi klinik, amek ubat dengar advice dan boleh kurangkan feeding tp jangan berhenti terus. Kalau dah start bagi FM, tak bermakna tak boleh BF balik. Boleh. Set small achiaveble targets. Aku setkan, aku nak bekalkan, at least 1 bottle of EBM pada Farhan kat taska. Jangan sampai dia tak minum breastmilk langsung dekat taska. Alhamdulillah, dapat bagi 4 bottles. Memang kena gigih, tapi kita cuba jelah sedaya upaya. Kalau tak dapat takpelah, at least we have tried  semua cara dah. FM pon susu jugak. Bukannya racun.

Aku pon masih belajar lagi. Terima kasih Angah dan kengkawan@lovelies yang banyak bagi semangat kat aku, di masa-masa aku tengah down. I will keep on trying sampai ke titisan akhir. Ya Allah, hambaMu mohon, dipermudahkan urusan.

7 comments:

  1. sedih pulak baca perjalanan BF ko ni
    aku pun tak istiqamah sgt dlm BF.
    yang paling untung cuma si kenit sbb solid 8 bulan.tp lepas tu campur dgn FM jugak
    mmg kagum dgn org yg solid 2tahun bagi BF
    apa2pun semoga terus tabah ye

    ReplyDelete
  2. Irfa
    tulah kan hebat betul yang berjaya BF sampai 2 tahun tu. Memang kena gigih giler kan. Sekarang pon ala2 penat pam 3x sehari kat opis.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. mcm aku cakap set target slow supaya tak stress. Sekarang dah nampak hasil kan :) Daripada satu session cuma dapat 1oz sekarang dah boleh dapat banyak oz..

    InsyaAllah niat baik dan usaha berterusan Allah mudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ngah for all your advice and encouragement. It meant a lot to me.

      Delete
  4. cekna...sabar kay... kite hanya mampu berusaha....tp Allah yg izinkan....gitu gak ngan bf... sape tak mo bagi yg terbaik untuk anak...kadang2 Allah menduga kita.... byk2 doa pada Allah agar murah rezeki farhan....caiyok2!

    ps: kawan2 aku ramai yg consume vitamin shaklee for milk booster...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. CUbalah selagi terdaya ye tak. Thanks babe.

      Delete
  5. Saya baru 14 hari melahirkan, susu langsung tak mau keluar banyak..baby pun asyik melalak je bila saya nak BF dia. Sekarang dia bantai FM. Sedih nak paksa dia BF sebab tak kenyang. Orang sekeliling macam tak faham kita nak BF anak kita. Mereka beriya iya nak sumbat FM. Stress gila sebab BF tak pernah wujud dalam plan. Tapi semua orang beriya iya nak bagi budak tu kenyang. Sekarang, dia mengamuk dan ganas sangat masak BF. Sebab, susu tak laju macam botol. :( Stress.

    ReplyDelete