Saturday, October 19, 2013

Tetiba penakut

Hahaha. Now kol 3.05 pg. Aku baru lepas pam susu. Yer, aku masih pam susu. Tak banyak pon dpt ada masa-masa setengaj oz jek  hahaha.  Byk kali dah aku rasa cam dah the end of my breastfeeding journey. Tp banyak sangat instances dan keadaan  yang clearly  Farhan ni sangat memerlukan susu mama ni lagi. So aku keep on pumping. Hari hari dia akan bawak sekurang kurangnya sebotol ebm ke taska. Ada masa2 yg sgt horror dpt bawak 2 oz jek. Aku tetapp bekalkan dia ebm tu. Len kalilah aku citer pasal ebm ni.

Anyways, aku tertido awal malam td. Farhan lelap by 8.30 pm aku pon join sama lepas sembang sembang dengan ed. Kol 1 gitu dia bangun. Dek kerana lambat attend dia sebab aku pon lelap sama, dah tercegat dia berdiri dekat cot sambil tepuk tangan pffftt. So dia minum susu 2 round. Dengar2 lagu dan selawat dia pastu tido. Aku purak2 tido so dia pon lelapler balik.

Kononnya nak turun bawah amek pam susu. Tapi rasa cam tah takut pulak hahaha. Haihla ni yg aku malas dok rumah 2 tingkat ni. Dulu dok apartment langsung aku takde perasaan ni. Apartment aku tu dahler cam bising jek sokmo. Kol berapa pagi pon mesti ada orang kat corridor. Tu yang kalau terjaga cool jek gi masak apa apa kalo lapor. Tu yang gemok dok sana hahaha.

Yang lagi wat aku takut tu satu aku ternampak iklan citer hantu br kejap kat internet ni bodow betulla. Kedua tingkap dapor aku tu takde langsir or blind. Buatnya aku turun nampak ada orang tercegat kat luar dapur tu camner.mencik tau tetiba jadik penakut ni

Camner nak kena pam gak ni. Sakit hoih tak pam. Kang esok susu merajuk terus takdek utk dipam. Tetiba terpandang pam manual yang aku baru bawak kuar dari kotak kelmarin. Hah pakai pam manual jelah. Padan muka penakut sangat gigihla ko pam pakai pam manual ye cekna. Tp kan aku rasa ok gak pam manual tu banyak pulak dpt hasil tuaian. Hehe. By my standard banyak dah tu.

Aku lapor actually. Tapiii tahan jelah sampai esok hahaha. Takut punya pasal kan.

Oklah nak tido. Or nak baca blog lama. Baca entries travel. Oh Farhan bila cayang bersedia nak travel yang? Mama dah tergedik gedik rasa nak travel. Ok frenz. Laterrr.

7 comments:

  1. kelakar la..yana kdg2 pun mcm tu bila buat keje dapur kul 2 3 pagi,,tp buat2 bodoh je la..hahaha..org tua pesan kl buat keje pg2 buta sblm tdo balik tu cuci kaki..hrtu yana penah bangun 2 pagi buat keje sampai 4 pagi..lps tu tido terus bole mimpi hantu nnek kebayan..hahahaha..seerrraammm nihh - susu kita pun da merajuk ni..tp mmg ada gak bekal an paksaan nt aisyah meragam kat bs kl xd lgsung.waaa..Aisyah selamat da jalan2 kat Langkawi..nasib behave..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam dah reply. Tapi mana entah pegi reply tu. Tu la kena beli gak blind tu cecepat. Boleh la turun naik tanpa perasaan takut hehe. pastu nak beli portable fridge gak. supaya senang simpan susu kat atas jek. Waa Aisyah dah sampai Langkawi ek. Farhan sampai KK masa 4 bulan tp horror sikitla.

      Delete
  2. When I had my first baby mmg breastmilk sikitttt! Bila pam tu nak dpt 1oz pun sikit punya lama. But alhamdulillah bm sampai 2 thn lebih although not exclusively. Bila pi kerja, 2x bm, sekali fm. Masuk anak kedua, fuh, bm macam air paip! Org pun kata after 1st baby, susu jadi lebih banyak. Memancut2 kena komputer kat tempat kerja semua. Hihihi. Takpe, nanti bila dah ready nak buat adik Farhan, baby lahir mesti banyak susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah i pon tak consistent sangat sis pumping ni. Dekat opis mmg pam 2 x tapi timing takla on the dot sangat. Memang lari2 gak sebab meetingla haperla. Plus Farhan tak direct feeding so tu pon menyumbang kepada penat pam siang malam. Tapi tetap pam jugak selagi ada itu susu hehehe. Tulah harap2 nanti adek Farhan, mama dia dah tau what to do dah dan susu meriah untuk adik dia.

      Delete
    2. Sampai memancut susu kena pc sumer kahkah.. tu bebetul meriah tu. I wish.

      Delete
  3. Salam. Nanti berkesempatan, I ll drop by. ye. TQ

    ReplyDelete
  4. boleh blogwalk saya..
    untuk banyakkan susu jua boleh cuba dengan Shaklee

    mamabeauty1.blogspot.com

    ReplyDelete