Saturday, September 17, 2016

Jom register www.mshusna.com

Assalamualaikum wbh.

Seseminggu dua ni memang dok mengadap website je. Based on our last comp meeting kami kena refocus and realign our branding, produk dan marketing. Test tu test ni. Adei akak yg dah tua ni nak install add ons itu ini dkt website mmg makan masa sikit. Alhamdulillah ada staff yg knowledgeble, resourceful dan  bersemangat maka hari-hari ada progres. Tu yg penting.

Now dah nak masuk fasa lain. Tak boleh rely on fb dan insta je. Nak kena utilize betul-betul website tu. Memang dah total revamp dah. Tambah payment gateway. Tukar look and feel. Tu pon tak 100% lagi. Tapi takkan nak tunggu perfect kan. Jalan dulu. Database pon tgh collect dr semua customer yg kami pernah pos order, dr registered members, dr zalora dan dari lazada. Nak extract tu pon berminggu-minggu tak settle sbb format berlainan. But like I said hari-hari ada progress so I am happy.

Walaupun aku ada baaanyak lagi masalah lain dalam my bisnes ni lets just focus on yg best-best je for now. Yg pahit dan perit, yg buat aku termenung panjang, yg buat aku berjurai air mata, biarlah simpan sendiri je.

Ok friends kalau nak beli baju or tudung boleh beli di www.mshusna.com  Koleksi baru office and casual wear are  coming your way this October. Why not register as member dulu dan simpan sesiap voucher diskaun  tu supaya boleh guna bila koleksi baru sampai hehe. Oh ya dan most item are in SALE now bersempena dengan website baru.  Ni linknya tau www.mshusna.com

Sunday, September 11, 2016

FB bukan utk aku?

Ya Allah lama betul tak berupdate blog ni kan. Hari tu ada dua tiga hari gak aku went down memory lane baca entry lama. Bestnya lah. Pastu sebab ada label kan senang nak carik post2 yg dicari.

Aku tak pandai susun masa nak update blog. Busy dengan never ending tasks dkt butik. Lagipun sbb aku quite rajin update di fb maka makin kurang update di sini. Dulu aku x tulis sgt kat fb.

The funny thing is aku update fb macam aku tulis blog. Panjang berjela. Pastu aku tak reti nak update style org lain yg checked in kat sini, checked in kat sana dan update pendek je.  Aku lebih suka nak menceceh camni. So lagi sesuai menulis di blogla kan. Nampak sangat dah tua ko tu cekna oi. Ahahaha.

Banyak tajuk-tajuk yg nak ditulis tapi tak berupdate. I should write about it. Sbb some of the events tu ada pengajaran dan pengalaman yang pahit dan mahal utk aku kenang. Maybe aku akan update balik pelan-pelan. Utk kenangan dan reference  aku sendiri.

Oklah harap this will start my engine back utk kembali blogging. Oh ya website ms.husna dah up dan ada upcoming new collections bakal tiba in 2 weeks time. So saya menjemout kawan-kawan  register as member and dapatkan voucher diskaun utk your first purchase. Register je as member terus dpt coupon dlm email. Kalau beli any item boleh guna voucer tu. Sekarang pon tgh ada sale dkt website. Boleh gi jenguk now. Mana tau ada yg berkenan.  Taip je www.mshusna.com ok.

Oklah selamat malam semua. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Esok, Ahad butik masih buka jemputla datang. Butik kami di Bangi Sentral.

Alamat : 6-23-02 Tkt 1, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral 43650 BB Bangi.

Kat bawah tu gambar kedai. Atas butik Nursafia dan bawah Exclusive Hijab. Tu Farhan anak bujang aku yang rajin benor teman mama dia gi kerja. Besar dah anak mama.

Ok lah nanti2 insyaAllah aku update lagi.

Friday, June 3, 2016

Koleksi Raya #mhlebaran2016 dan Selamat Berpuasa

Memalam cam ni baru la leh update. Siang cam org gila ke sana ke sini nak siapkan koleksi raya. Some siap, some cantik, some saiz salah-salah and some ..well.. hoi apsal taylor ko jahit camni?! Huhuhu..

Anyways ini ialah tahun pertama kami buat baju raya. Tahun sudah hanya tudung raya je sebab tahun lepas jual tudung je.. Of course berbeza. Tudung setakat 500 to 1000 pieces tu sekejap je taylor buat. Kain pon banyak mana sangat pakai kan. Masuk game clothing line, menangis bayar kain dan upah jahit. Dan menangis tunggu baju tak siap-siap. Errr actually tak nangis pon. Buat muka toya, pastu buatla apa yg boleh.

Team dah bertambah sorang lagi. So marketing material utk web dan kedai dah ada org prepare. Yelah kang sebok siapkan stok je, marketing tak buat, lempang je diri ko tu cekna. Baju lawa ada 1000 helai stok pon  tapi kalau takde sape tau, watpe kan. Hummpfftt..

As always takde sape pressure aku. Aku je pressure diri aku sendiri muahahaha. Ye dowh,  dah benti kejer sebab nak buat biz full time kan, buatla betul-betul.

Sebenarnya aku serabut kepala nak launch koleksi raya  #mhlebaran2016 ahad ni. Tapi banyak tak siap lagi. Rasa cam dah habis daya dah usaha ni. Ya Allah permudahkanlah. The show must go on. Ada sikit lagi masa nak pulun.

Kalau korang ada sekitar Bangi Ahad ni jemputla datang Butik Ms.Husna di Bangun Sentral. Kami nak launch koleksi raya #mhlebaran2016 ada makan-makan dan free gift utk customer. Ada apa lagi? Ada akula kat situ bukakan pintu sambut korang dengan senyuman muahhaha. Ok aku tinggalkan korang dengan jemputan dan voucher RM10 utk korang guna nanti dan some collection yang available di butik nanti. Selebihnya korang tgk kat IG ms.husna_hijab dan FB mshusnahijab lah ye...

Selain dari tu aku nak ucapkan Selamat Berpuasa pada korang semua ye. Jaga diri dan semoga kita dapat beribadah dengan baik pada tahun ni.

Friday, May 20, 2016

Fullamak, tokey masyukla, bolehla belaja.

Assalamualaikum wbh. Siapa yang cakap bisnes ni ada lebih banyak masa untuk keluarga, pastu masyuklah apalah meh aku cepuk-cepuk sikit muka tu hahaha. Lagi-lagi yang baru transition dari full time makan gaji ke full time berbisnes.
Don't know about orang lain la, this is what I have went through for the past 5 months. 

I hardly have any day off
I hardly attend any family or friend's gathering or weddings
I have not taken any overnight vacation
I haven't gone to any lepak session with friends
I have no time to bake
I have no time to blog
I dont spend a bomb on food anymore (sayang duit)
Hardly have any pocket money to buy makeup πŸ˜€
Some days Farhan is the last to be fetched at nursery
No ' takde mood nak buat pa per" day for me

I slept 3 to 4 hours only daily
I watch every single cent I spent
I am more grateful to any rezki and kemudahan that Allah gave me
I leave everything to Allah and prays harder for His guidance
I am humbled and more understanding of other people's kesusahan
I worked harder than I have ever worked in my entire life

Business is not a walk in the park and it ain't for the faint hearted. Tapi aku ada hari yang lebih flexible. Butik tutup on Mondays jadi Farhan get to stay with me at home. So he basically goes only 4 days to nursery. Takde saper nak pressure aku except aku la pressure diri sendiri by putting KPIs and targets hahaha. I have also not taken any salary for the past 5 months and I have survived thus far, alhamdulillah. I wonder how, though. Allah cukupkan. Yakinlah pada Allah. Anyways, InsyaAllah target ku bulan ke 7 the business will start paying me salary. Biiznillah. 

So kalau jumpa kawan-kawan yang baru mula berniaga, korang belanjalah diorg dulu, pastu kalau kawan ko tu pompuan, cer belanja dia beli makeup, hahahha. Sian tau tah-tah bedak or lipstick dia dah habis tu. Hihi.
Oklah buat penat je korang baca haha. 

If anyone asked if I were given a choice, would I quit my job and choose business again? Absofreakinglutely. I'd do it in a heartbeat. Despite all my long-winded rant, I am really, really and truly happy 😊

Ya Allah semoga kau permudahkanlah urusan kami. Hanya redha Mu yg kami cari.

Sunday, March 27, 2016

Jenguk blog kejap

Assalamualaikum wbh, 

Ya Allah dah dekat 3 bulan tak update blog. Memang lama kali ni. di FB dan IG ada juga update sikit-sikit tapi still takdelah kerap sangat. Dah berniaga full time ni memang sibuk. Penat. Kena pulak ada staff sorang je yang permanent dan few more part time je. Memang segala menderla buat sendiri. Biz memang kelam kabut lagi. Documentation bagai memang ke laut sangat setakat ni. Hajat hati ni semua mender proper. Semua mender ada SOP. tapi apa kan daya baru few things yang berjaya disistem kan. Actuallynya, rimas sangat bila semua SOP tak in place. Rasa cam tak proper. Sekarang tengah busy dengan projek Raya. Ya Allah semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

Last weekend balik kampung sekejap di Pahang. Dapat tidur semalaman je sebab kena masuk butik hari Ahad. Banyak orders nak disettlekan berserta pesanan-pesanan penaja nak ditinggalkan untuk staff sebab next week aku  busy sikit. But even though sekejap tapi fun sangat. Along dan adek with their family semua balik. So, seronokla. Farhan pon enjoy sangat sebab ada sepupu dia si Nazheef dan Ashley yang almost sebaya. 

Balik kampung tu sempena dengan birthday mama. Ya Allah panjangkanlah dan berikanlah kesihatan yang baik pada mama. Semoga dimudahkan semua urusan mama. Mama banyak support aku masa berniaga ni. Selalu pinjamkan staff dia untuk event Ms.Husna hihi dan bagi pandangan-pandangan yang bernas pasal design dan bisness. Memang best. Thank you mama. 

Ed pon semakin adapt dengan lifestyle isterinya yang berniaga ni dan semakin supportive. Semoga hijrahku ini ke arah yang lebih baik. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Memang bila mula berniaga ni, terasa the pinch jugak. Dulu masa makan gaji tak tengok harga pon kalau berbelanja. Serius, I kid you not. Now nak beli apa-apa semua kena hati-hati. Sebab semua income yang dapat nak rolling balik into the business kan. 

Oklah korang. Nanti aku upload gambo-gambo kat kampung. Amender tah lagi yang aku nak citer semua dah basi sampai rasa malas nak citer dah. Hahahha. Take care ye korang. Nanti koleksi raya dah ready aku update korang ye. Korang jangan lupa datang shopping kat butik atau order je online nanti hehe.

Tuesday, January 5, 2016

Selamat Tahun Baru semua

Assalamualaikum wbh, 

Harap tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru untuk korang semua. Kali ni bersiaran dari butik. Ya ampun banyaknya kerja. Memang aku flexi sikit tapi sibuk all the time. Aku on the phone on FB, IG, email dan whatsapp all the time. Dekat rumah letak phone dan concentrate dekat Farhan. Bila dah baring-baring baru bukak phone balik respond apa yang perlu sampai tah pukul berapa pagi. Memang makin kurang tidur semenjak berniaga. Seriously. Dan aku haven't had a day off since aku resign 13 November lepas sampailah last weekend, baru aku bersantaian dengan Ed dan Farhan. Yang tu aku cerita kejap lagi or dalam entry lain.

Blog ni giler lama tak berupdate kan. Hari-hari aku karang update dalam kepala hahaha, tapi tak de masa nak duduk dan karang. Masa kerja dulu aku a bit frustrated tak dapat nak buat promo all out. So dah full time biz ni memang kena all out la promote dan buat marketing. Kena buat aktiviti untuk pull customer ke butik. Sebab tu busy. Dengan nak masukkan design baru. Nak buat update, photoshoot alah malas la aku nak list kan because the list goes on and on dan orang lain pon busy jugak. Macamla ko sorang je busy pffftt..

I don't know how orang lain business, tapi Ms.Husna memang kena strong online foundation. Sebab kalau harap kedai je, kedai orang belum kenal sangat lagi, plus Butik aku tingkat atas, so memang kena extra effort to pull crowd. Ada few effort yang aku buat utk pull crowd dan nampaknya ada increase in customer traffic. Alhamdulillah. Nanti aku share. Banyak lagi yang aku kena belajar. And I am still learning. Berkawan dengan geng-geng bisness dekat Bangi Sentral really helped me dan juga joining business and marketing classes. Butik ni Jumaat, Sabtu dan Ahad je yang happening hehehe. Nasib baik, online, Lazada dan Zalora masih ada untuk backup. Pheww. Alhamdulillah atas rezekiMu.

Aku dok ingat blog ni dah takde orang baca kan, sekali rupanya ada blog reader datang kedai. Patutlah ada sorang customer ni siap salam aku dan senyumm je. Rupanya blog reader. Hehehe. Tapi tak cakap. Dah balik baru bagitau. Laaaa. Anyways, aku dengan rendah hati jemput korang ke butik. Cakapla korang blog reader hehehe. Nanti aku bg membership free. Dapat 10% diskaun tau on semua barangan Ms.Husna. Khas utk my blog reader sahaja. Wink..Wink.

Oklah aku ada banyak kerja nak buat. nanti aku update some pics. Tapi pics semua dalam phone, so malam karang jelah aku letak gambar. Untuk korang yang masih lagi membaca di sini, thank you. I am so humbled by your presence here, reading my not-so-useful-rants . Aku nak cuba continue tulis update sbb blog sangat best untuk dibaca semula. Thank you all. Sayang korang ketat-ketat.