Banyak sangat perkara berlaku seseminggu dua ni. Ada berita baik, cerita siot, cerita bodoh dan macam-macam. Ada yang malas aku nak kenang tapi memang pengajaran yang sangat besar untuk aku. Jiwa kacau dan emosi terganggu sikit. Ada masa-masa tu aku caught diri aku termenung, tapi tatau apa yang aku menungkan.
Semalam, had a bad dream. Terus takleh tidor dan ada peristiwa yang berulang-ulang bermain kat kepala aku. Sampai aku bangun pegi tengok TV supaya aku tak mikir merepek-repek. Baru aku faham, kenapa orang ada masalah dok tengok TV 24 jam. Sebab kalau tak occupy fikiran, ko akan dok ulang-ulang fikir, things that you can do differently. Hmmmm. Aku rasa gelisah, resah. Nak solat, tak leh solat pulak. Itu yang lagi menambah resah. Takat berdoa tanpa aku solat sebelum tu, aku rasa macam tak complete lak.
Kejap-kejap aku pegang tangan Ed, peluk dia yang tengah tido tu. Dia boleh jek tido, no matter what happens. Serabutnya kepala aku nih. Hope this feeling will pass. Banyak sangat mender nak buat at 1 time kot. Tahla. Aku pon tak faham.
Aku taula raya dah lama berlalu, tapi aku aku nak cakap jugak pasal ni. Aku memang tak sempat la nak tengok walau satu pon cerita/rancangan/drama/movie masa raya. Bukan tak sempat sebenarnya;tak hingin. Bukak-bukak semua channel, tak citer hantu, citer hantu. Dari raya pertama, kedua,ketiga sampai raya ke 18 mesti ada cerita hantu. (Hari ni pon baru Raya ke-15 ek?)
Pastu cerita-cerita bodoh yang membodohkan orang. Tolooooonglah kenapalah takde citer yang bagus-bagus. Boleh nak buat citer-citer lawak, tapi janganlah cerita yang membodohkan orang. Pastu terpekik sana terpekik sini, aku sesambil lalu tu pon rasa nak tutup tinger sambil terpekik sama. Hisssshhh. Few years back ada demam citer hindustan korang ingat tak? Raye pertama, kedua, ketiga sampai raya ke 18 pon ada cerita hindustan.exaggerate sikit) Pesal lah macam tu. oklah sekian komplen dari cekna..
Terujanya aku bila tahu Maher Zain nak datang Malaysia. Akhirnya managed to buy his CD semalam. Semua lagunya sedap-sedap dan menyentuh jiwa. Gila lama aku tak beli CD okay. Tapi memang sangat puas hati.
Konsert akan diadakan pada 14 dan 15 Oktober di Auditorium MBSA. Tiket laris macam goreng pisang panas. Ingat nak pergi hari 15 malam tu sebab Jumaat, esoknya sabtu kan. Tapi tinggal tiket yang RM70 jek, so aku rasa seatingnya akan further up la kot. Tapiiiii..maybe tak kisah sangat, bukannya nak terkinja-kinja depan stage kan, muahhaha. Nantilah tanya Ed macamana. Korang da yang nak pegi? Kalau nak tau status tiket tu boleh tengok dekat http://tafsir-sipenulis.blogspot.com/2010/09/showcase-maher-zain-mzm-fc-t-shirt.html
Amboih Si Amy nih, sejak bila pandai harass orang suruh update ni? Mentang-mentang dia dah buat raya update, kan main lagi ye. Kalau tak, dia ler 3-4 minggu tak berupdate blog, muhahhahaha. Biasa ni, cubit kang. Aku actually dah masuk kerja since last Friday. Tapi tak sempat gak nak update sebab aku dok pulun siapkan article untuk magazine laks. Pengsan.. Editor magazine kat UK tu, mintak summary sikit, untuk publish kat majalah dia bersempena dengan aku nak present kat UK tu kan. Eii ketor aku. Wokeys, panjang lak mukadimahnya.
Dua hari sebelum raya
Pagi tu aku dah bersiap-siap nak balik ke kampung Ed. Pack barang. Dah bahagi-bahagi barang. Satu beg kuih dan kerepek2 hantar ke rumah mama, satu lagi untuk bawak ke rumah MIL. Lepas salam-salam dan kasik duit raya, kami ke Bukit Jalil untuk pick up Ed's aunt. Pening-pening jugak sebab tak sure sangat dia naik bas apa, dari mana dan pukul berapa sampai. Makcik dia pulak ada masalah pendengaran sikit, so dia takde handphone. Camanalah tu. Lepas half an hour Ed terpusing-pusing kat hentian tu, aku nampak dia tengah membawa beg dengan makcik dia menuju ke kereta. Menurut Ed bila sampai jek makcik dia taknak turun. Dia takut katanya. Puas driver tu suruh turun, dia tak mau. Kemudian dia kasi nombor telefon Ed, dan driver tu telefon Ed. Later, Ed picked her up dari dalam bas tu, hahhaha. Sebenarnya bagus jugak makcik dia tak turun, kalau turun memang tah camna nak carik. Thanks to the bus driver yang prihatin gak. Buatnya dia buat dek jek and leave the bus? Hmmmm..
Sehari sebelum raya
Pagi tu memang dah mula memasak. Ketupat yang dah dianyam dah mula direbus. Aku memang tak reti anyam ketupat. Sorri. Mintak tolong ketatkan pon boleh terburai ok, so kasilah aku mender lain nak buat. Ed tengah tidur was waked up untuk pegang ayam untuk disembelih.MIL nak masak emm apa namanya ye ayam masak Ungkep. Gitulah. Aku lak merendam beras untuk buat nasi dagang dan rebus ikan tongkol/aya/tuna untuk buat kuahnya nanti. Ikan tu kalau tak rebus dengan asam keping dan garam dulu, sure hanyir nak mampuih. Petang-petang sikit aku mulalah mengukus nasi dagang dan buat kuahnya. Aku tak bawak beras nasi dagang yang kaler coklat-merah tu, aku buatu style terengganu guna beras pulut. 8 pot gitulah. Gelabah aku bila masak banyak-banyak gitu. Masa nak naikkan kuahnya aku tepon mak aku nak confirmkan resepinya. Lepas maghrib gitu, settle la memasaknya.
Raya Pertama
Pagi tu lepas mandi dan bersiap-siap aku tolong hidangkan makanan untuk raya, termasukla nasi dagang tu, hahhaha. Kami makan sikit dan pergi solat Raya di masjid dalam hujan. Balik rumah sambung makan balik. Bagi aku nasi dagang tu lembik sikit, dan kuahnya tak kick sangat. Tapi gamaknya sebab dekat kg Ed tu tak banyak orang buat nasi dagang, by tengahari dah sold out semuanya. Alhamdulillah. Syukur. Next time kalau aku buat, aku guna beras merah tu, baru best.
Pergi rumah seorang makcik dan lepas tu pergi kubur pulak. Tak baca Yassin kali dan buat tahlil ringkas jek, sebab hujan. Petang tu layan orang datang beraya. Rumah MIL aku ni memang ramai datang beraya, kuih-kuiih raya memang boleh sold out.
Raya kedua
Aku macam tak berapa ingat dah. Owh baru aku ingat. Hari raya kedua kami ke rumah sepupu Ed di Puncak Alam. Hospitality memang dasyat la diorang ni, kami dijamu nasi arab. Lepas tu kami ke rumah kakak Ed. Makan bihun goreng pulak. Adoi ketat dah kain aku. Lepas tu kami balik untuk tunggu orang Baraan. Dekat pukul 5 gitu or pukul 6 baru geng Baraan sampai. Lepas diorang balik, si Ed ni lesap. Aku suspect dia ikut Baraan. Tapi tak pulak dia cakap.
Pastu aku tercongok ler sorang-sorang sampai pukul 10 malam baru dia balik. Tu yang aku malas kalau dia pergi Baraan tu, aku nanti dok sorang-sorang. Itupun ada ampun dia start join dah petang, kalau dari pagi? Berayalah aku cam anak dara ikut mak mertua aku ke hulu ke hilir macam dua tahun lepas. Serius perasaan yang tak best, beraya sorang2 ikut in laws. Cuba kalau dia ikut mak aku beraya, dan aku takde, harus dia lepak rumah jek. Pastu ada gak remarks dia cakap semenjak 2003 onwards dah jauh sikit dari sedara-mara. 2003 onwards tu sejak dia kahwin dengan aku la kan. Kecik ati wa, as if la aku penyebabnya. Dia takdela cakap specific gitu. Aku je ler nak terasa hati gitu. Malam tu jugak balik ke rumah parents ku di Puchong sebab esoknya adek aku bertunang. Malam tu tolong mak aku siapkan barang hantaran adek aku. Tolong teman jelah, aku ni hopeless bab menghias-menghias ni, tolong potong dawai, gunting-gunting bolehla. Lepas subuh baru kami balik rumah.
Raya ke-3
Pagi tu aku beli makanan breakfast untuk dibawa ke rumah mak aku. Tengah2 isi minyak, aku nampak ler mamat rambut panjang ni sengih-sengih cam kenal. Aku haram tak register sapa mamat tu. Aku dah dekat nak masuk dalam kedai petronas baru aku perasan tu husband Mamatinie. MUhahahha. Yehaaaa sempat ler beraya dengan sahabat lama ku ittew di petronas ngeh..ngeh..ngeh..
Terus shoot ke rumah mak aku, makan roti canai macam orang kebulor dan terus ke Damansara untuk meminang anak dara orang. Everything went really well, alhamdulillah. Dekat rumah tunang adek aku tu melantak tak hengat jugak. Hancusss..
Raya ke-4
Tak ingat buat apa, yang penting malam tu aku gi main bowling dengan Ed. Pathetickah? Ok la jugak aku tak ler pakai baju raya gi main bowling tuh. Ada pakcik tu dengan baju melayu siap sampin gi tempat bowling tu dengan anak dan cucu. Gila sporting kan, hahhaha.
Raya ke-5
Bangun jek tido Ed cakap, husband cousin dia meninggal sesak nafas. Orangnya sihat walafiat baru umur 35 tahun, tapi dah tertulis ajalnya kan. Aku tak kenal sangat tapi bila tengok wife dia tersengguk-sengguk nangis, memang tak tahan. Seharian jugak kami disitu, sampailah kebumi di kubur. After that kami ke rumah cousin Ed untuk beraya. Malam ler baru sampai. Pergi jugak sebab memang dah janji nak pergi, dia dah masak semua kan. Sebenarnya penat, tapi kalau tak pergi tak best pulak.
Raya ke-6
Pergi SACC Mall Shah Alam dengan parents aku. Beli apa? Tunggguuuuuu..
Raya ke-7
Aku start puasa ganti. Melepek cam kain buruk itu sangat-sangat biasa untuk aku for 1st day puasa. Berbuka di rumah mama, makan mee udang. Pastu tah kenapa baba buat laksa pulak lepas tu, giler ketat seluar aku lepas tu.
Raya ke-8
Dah masuk kerja. Kalau ikutkan memang nak cuti lagi tapi, aku kena submit article yang mentioned kat atas tu. So gagahkan diri masuk opis gak.
Alhamdulillah, siap jugak article tu ahead of deadline. Beg aku, aku mintak Ed kemaskan, habis jek kerje dia pick up terus kami ke kenduri di Jengka. Ada kenduri doa selamat sikit.
Raya ke-9
Kami ke rumah my aunty kejap di Chenor. Sembang-sembang dengan dia. Pastu ada ke patut dia tanya dekat Ed, taknak kawen lagi ke? Tersedak si Ed. Aku cakap, tak payah, aku ni comel lagi, muahahha. Terusik jugak hati aku masa tu. Malas jek nak layan sangat. Sampai jek di KL, aku pergi rumah mak aku sebab anak-anak buah aku dah sampai dari kg, so bolehler gomoi2 anak buah aku yang kecik tuh.
Pastu aku ada janji nak view satu rumah atas tanah tu. Nampaknya macam good bargain sangat. So we went to view the house. Sangat-sangat berminat, telefon sana-sini. Lepas view the documents provided, aku dan Ed gi booking rumah tu! Adoi impulsnya buying.
Raya ke 10
Which is semalam. Aku berpuasa balik. Tidur jek cam hape entah. Dalam pukul 4 gitu. pegi supermarket dan beli barang untuk buat baked macaroni. Adek aku dan anak buah aku request. Berlambak giler aku buat sampai melimpah dari kuali besar tu. Dapat 2 caserol besar. Selamat. Petang tu aku bawak parents aku gi tengok rumah tu, nampaknya they liked it. Haa satu kerja besar akan bermula untuk acquire rumah tu. Adoihh..
So today aku masuk kerja awal, sebab lepas sahur tadi aku terus tak tido. Ala2 jadual waktu masa bulan Ramadhan dulu. Tahun ni aku tengah cuba sedaya-upaya untuk puasa awal sikit. Tak larat dah puasa masa-masa kecederaan macam tahun sudah-sudah. Hari ni hari ke-3 aku puasa. Insyallah, aku akan cuba puasa sampai Rabu. Oklah korang tulah update aku yang giler panjang. Aku pon naik bosan menaipnya. Sementara syawal masih bersisa, Selamat Hari Raya dan maaf salah silap.
No matter what year you were born, if you are below forty, most probably there was a point in time in your childhood where you were an Ultraman fan. Or you have somebody around you who was an ultraman fan. My older brother was, so was my younger brother, who was born 12 years later. Now we have another ultraman fan in the family. My brother's son. My nephew lah.
With his older brother
Baskets and benches, in fact the house was all turned upside down when he plays with his amen/omen
He is 2 years 8 months and he is so obsessed with Ultraman! He harassed us to buy him ultraman figure, and he bullied us to let him watch Ultraman on Astro or on our laptop.
Amen anyak atas ewot (Lotsa ultramen on my tummy, hahaha)
Can you guess who's behind this mask?
I'm cool right. (can you spot ultraman kudung from the collections?)
The ultraman handphone and baby ultraman that he hid somewhere in the room, just so he gets to buy more ultraman
In a foul mood. Perhaps request to buy more ultraman was ignored, hahaha.
Anyways, I think it's cute. I saw a life size Ultraman at Hero Supermarket, the other day. I think it's kinda like a mascot. Ultraman's a hero and it's HERO Supermarket, get it? Hehehe. I told my dad, please ensure that we never ever bring this boy to that Supermarket. I'm sure he'll be adamant to take the Ultraman home!
Am updating this, from Mr. Dream hometown, hehehhe. Thank God, there's 3G connection here. So I am using my phone as the modem for me to get connected. I would like to take this opportunity to wish all Muslims, Salam Aidulfitri, and may all our Ibadah is accepted, by the Almighty. To all non-muslim, Happy Holiday. Travel safely people. Don't be part of the statistic okay.
Aku bersiaran dari kampung Ed near Kuala Selangor. Sempat gak nak online sementara mak mertuaku dan Ed keluar pergi beli buah, hehehe. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan jugak maaf kalau tulisan aku ada menyinggung perasaan sesape. Travel safely, dan kita jumpa lagi lepas raya.
Note : Aku nak masak nasi dagang esok, errr korang doakanlah menjadik nasi dagang aku tuh, hahahha. Last time raya, aku masak nasi dagang berjam-jam aku mengukus nasinya tak masak-masak. Hampess. Adalah sebab nya tuh, Hahhaha. Oklah korang jaga diri baik2 ok.
Lama jugak tak update kat sini. Was super-duper busy last week. Siang, malam, tengah malam, pagi buta, memanjang busy. Serious, aku rasa Rabu, Khamis dan Jumaat lepas, I had very minimal sleep. Dengan nak hantar proposal, dengan nak hantar paper, macam-macamlah. Detailnya ada dekat private blog. Saper yang ada access, gi sana kalau nak baca detail. Eh, belum habis tulis lagi dekat catchme27 tuh..Saper yang takde access, boleh mintak access dan err, aku akan timbang-timbang kan, ngeh-ngeh-ngeh.
Okay, back to the tajuk. Korang tengok tak siri Geng Surau dekat Astro Oasis? Aku sangat-sangat-sangat suka tengok siri Geng Surau. Waktu siarannya di Astro Oasis, masa kita tengah buka puasa tu. Ed pon suka ceritanya. Jalan ceritanya menarik. Ada mesej dakwah tapi sangat subtle dan berjaya keluar dari cliche, ewah cam bagus-bagus jek aku ni kan. But really, kadang-kadang aku perasan jugak, dalam cerita-cerita nak berdakwah ni kadang-kadang dakwahnya keras, tidak menunjukkan yang Islam itu indah dan mudah. Nampak macam soo stressful kan. Tapi dalam Geng Surau ni, simple, orang background macam-macam dan berbeza-beza boleh get involve dengan aktiviti surau. Yang kelakar, yang muda, yang tua, yang suka memasak, yang suka bernasyid, macam-macamlah. Sangat menarik bagi aku.
Selain dari cerita di surau tu, the main storyline berkisar watak Mayat/Razif tu, sangat menarik olahannya. Dan dibawa dengan sangat baik oleh Beto Kusyairi. What's interesting is bila dia dah jadik baik, dia taklah ekstrem dan sibuk membetulkan orang jek memanjang. Dia jadik baik dengan menunjukkan he's changed and set a good example. Senang cerita, Kusyairi tu bawak watak Razif setelah berubah tu, tak over la. Memek mukanya memang semuanya kena. And I got to know that Beto Kusyairi tu pon berlakon as Rosli Dhobi dalam Warkah Terakhir, sayang aku tak subscribe Citra so tak pernah tengok siri tu. Aku nampak mamat ni boleh pergi jauh, sebab dia nampaknya very talented.
Watak-watak lain dalam cerita tu pon menarik. Cuma watak Imam tu kena tone down a bit la dok syok kat awek-awek, nama pun Imam. Yelah I know they are trying to show that, Imam pon manusia jugak. Buuuttt, kena ada sedikit limit la kot. Abang Abu tu pon kelakar yang hamatz, cuma kekadaang ada masa cam over sikit. Anyways, tak yah lah aku mengarang dan mengomen dengan lebih panjang sebab aku bukannya pakar pon. Siri Geng Surau tu habis setakat ni dulu rasanya, entah bila akan bersambung. Janganlah puasa tahun depan baru sambung. Sambung jelah cepat-cepat. Tak puas nak nengok, dahla I missed few episodes yang awal-awal.
Maklumat pasal siri ni dalam internet pun tak banyak. Patutnya dah ada website, ramai yang follow cerita nih. Ala-ala macam Nur Kasih tu. Siap boleh play balik episode-episode yang termiss, kan best.
Note : Mintak jasa baik Astro Oasis ulang tayang back-to-back Geng Surau dari awal boleh?
Song was inspired by our Prophet Muhammad Pbuh.
Sangat-sangat-sangat menyentuh jiwa.
Dan lagu yang sangat best didengar.
Please, please take time time to watch and listen to this clip. Totally worth it, I promise you.