Sunday, October 31, 2010

Update from London

Salam all, 

For the benefit of my bro and people  back home, I am attaching some pics of the kids. They are having a blast. Don't worry. Si Olyn tu memang ada tendency to wander around, so memang kena tengokkan dia lebih sikit.

The apartment, mama tu memana pon mesti pakai kain batik. with the bakal sis in law
Nasi lemak complete  ko, jangan tak caya. Siap ada rendang daging lagi.  Hahhaha
 Apartment's living room
 St Pancras Station, jem boleh tahan london nih. Patutlah orang tak suka drive dekat sini. Dahlah susah giler carik parking.
 Autumn


Old school punya double decker bus.

Saturday, October 30, 2010

Sejuk, semput dan saspen..

Salam all, 

I have arrived safely in London. Alhamdulillah, banyak urusan yang Allah mudahkan. Brrr sejuk. But, my last 2 previous trip here was colder. Too busy to update. Too much happening that I think it's mainly my fault. So sekarang pandai-pandaila ko handle, ye cekna. I haven't completed making the script for my presentation. I've got some hints on what would be asked during the interview that they want to organize after my talk. Adoila seram. Part tu pon aku tak ready lagi. Tadi baru je kejap submit monthly report. Pendek jek, but still kena perah otak jugak kan. Korang doakan aku ye. Aku kecut perut dah.

Sekarang ni musim luruh, so daun-daun dah mula kuning-oren-merah. Cantik jugak. Setakat 2 hari ni belum la sejuk tahap gaban. Esok belum tentu lagi. Kalau mengikut ramalan cuaca, sehari dua lagi macam sejuk giler. Ramalan je laa. Kalau Allah bagi whether baik, alhamdulillan. Dalam banyak-banyak mender aku bawak, aku boleh tertinggal inhaler asthma aku, boleh tak? Aku dah nak semput sikit-sikit. Kat sini bukan senang nak beli inhaler gitu. Nak-nak yang bersteroid gitu kalau takde prescription.  Puehle aku menahan diri dari semput, which is tak senang.

Pastu kan, apsal la asyik kebulor jek. Tak daya betulla. Sikit-sikit makan. Kalau kat apartment sikit-sikit masak. Punyalah aku diet nak beli suit baru, dah jumpa dan muat yang lawa, ada can ketat tak leh butang by the time conference nanti kang. Muka aku pon dah makin bulat aku rasa. Tadi aku nampak kedai, Fat-Face, tak sempat nak masuk, hahaha, adakah aku boleh jadi dutanya hahhaha. Kalau aku jumpa lain kali aku nak masuk, tanya layak tak aku jadik duta? 
Korang, I can barely open my eyes. Nak log off sekarang jugak. Later.

Sunday, October 24, 2010

Pre-Travel Update

Checklist
  1. Finalise and send revised article
  2. Finalise and send revised magazine version article
  3. Finalise and send presentation slides
  4. Print flight ticket
  5. Print hotel voucher
  6. Buy food
  7. Buy warm clothing
  8. Buy suit
  9. Beli ubat
  10. Baca latest event
  11. Renew buku kat library
  12. Etc..etc
Banyak lagi tak settle sebenarnya. Alhamdulillah, aku berjaya gak habiskan the 5 days course. Gila susah dan memeningkan kepala. Buat soalan asyik salah je, saspen aku. Pastu aku missed about 2 hours on the last day sebab aku dah demam dan sakit tekak, kena gak gi klinik. Ed gi hantar aku ke klinik,(tq babe) dan dia cakap, MC jelah hari ni com. Kalau tak kerana it's the last day of training memang aku cuti. Demam, selsema, sakit tekak dan kepala berat jangan cakapla. Muka aku sembab habis masa tu. Mata pon tak berapa boleh bukak. Tapi hari last selalu trainer bagi tips utk exam kan. Yelah examnya pon dalam 6 minggu jek lagi. Tolak aku gi UK sumer tu, adalah dalam sebulan. Yikes!

On hari Khamis I got this call, nombor aku tak kenal. Lepas aku tak angkat kat phone company, number tu called aku kat my private number pulak. Aku dok pikir, ada a handfull of people jek yang ada both of my contact number. Baik aku angkat. Rupanya my uni friend. Dia dah jadik director dekat one international consulting firm ni. Dia suruh aku hantar resume. Aku gelak jek. Dia kata dia boleh hire orang sekarang, dan sungguh2 suruh aku apply. Hmmmmm. The last friend who went to this type of consulting firm, memang earn 5 figure. 

Tak menggeletor lutut kalau dpt 5 figure? Tak hilang sumer ko punya kata-kata konon2 nak serve the country lah apalah. Sedangkan that firm pon buat project yang serve the country gaks. Hahahha. Dilema-dilema. Up till now aku belum update my resume. Aku tak pasti apa yang aku nak. Yelah memanglah money is just money, but aku pikir gak, with that kind of money, sebulan dua jek dah cukup duit nak gi umrah, hahahha.  Boleh settle hutang-hutang aku;debt free baby, boleh beli rumah atas tanah.Sudahla cekna ko banyak lagi mender nak pikir daripada jumping jobs. Aku nak focus on the conference ni dululah. Balik nanti baruler aku pikir pasal offer nih. (nak gak pikir tuh hahahha). Kerja lebih kurang sekarang jek, maybe less hahhaha. Sebab walaupun aku kejer semi gomen, macam nak mampos jugak banyak kejer. Kalau korang, korang consider tak? hahahha.
OKlah korang, aku nak goreng keropok. Ubat paling mujarab untuk batuk aku nih kan, hahhaha. Aci tak lepas makan keropok pastu makan ubat batuk muahahhaha. Ubat tu kalau makan jek kena terus standby atas katil, sebab kepala terus ting-tong. Chow people.


Thursday, October 21, 2010

Ni untuk Acu

Baby banyak amen
This entry is dedicated to my bro who's starting a new chapter of his life in Coventry. All the best and take care bro. We miss you. Especially this boy.

Amen yang kecik tu dah kempis baby buat. Jom acu gi beli amen. Kejaaaaap je.

Eyah..eyah.. tataulah aksi lawan or aksi joget.. Hahaha (gelak baby yang baru)

Baby nak ikut acu. Inside acu's car

I'm cute right?

Baby ikut papa makan burger

Yes! Boleh beli amen.

Nanti2  baby skype dengan acu eh. Hari tu dengar suara, tak nampak muka. Dah nampak muka tak dengar suara lak. Apsal acu? Takkan internet kat coventry tak laju? Oh internet kat bilik acu yang tak laju. Bilik acu baby buat macam bilik baby. Tak nampak lantai dah. Penuh dengan amen. Amen kudung, amen patah kaki, amen prisoner of war, amen kempis, dan macam-macam amen yang tak cukup sifat. Acu, nak beli amen. Dekat Coventry ada amen amosh tak?

By acu. We love you!

Monday, October 18, 2010

Update

Aku dah submit dah semua presentation slides, article for publishing dan article for magazine version. Dah.. Settled...Banyak lagi mender nak buat actually, tapi aku tak boleh nak buat apa-apa sangat sebab aku tengah training seminggu pulak nih. What timing kan?

Aku applied for this training early of the year, dan asalnya memang tak dapat dah training ni. Aku lega jugak sebenarnya bila tak dapat. Sebab kalau dapat, that means, I have to sit for the certification exam, come this December. Tup-tup last month kot, dapat tau nama dah naik, and dapat budget allocated from Ministry pulak tu. Bermakna, tak boleh suka-suka tolak atau carik replacement. Kalau budget company sendiri leh la offer kat sesapa. So kenalah aku pergi jugak training tu seminggu. Dan aku juga dah sign up for the exam, in December. Help! Exam lagi! Serius tak daya. Tapi apa nak buat, aku just take one day at a time. Kalau aku pikir sekali harung sure aku migrain kan. 

Kursus ni pulak mencabar, bukan level aku gamaknya. Aku perlu lupakan whatever that I have learned, and however aku buat kerja aku sekarang, dan pakai cap as senior management dan pikir kerja-kerja teknikal ni from strategic point of view. Tobatt aku tak reti. Masa mula-mula sampai kami buat test dulu. Aku cuma dapat 49/100 jek! Damn. Ada yang dapat 87 gitu tau. Susah nak pujuk hati supaya tak disheartened. Takpelah baru first day. Harap2 after 5 days tu, pemahaman aku lebih konkrit. Jangan makin confuse, sudah. Yang aku lagi berat kepala ialah aku sakit tekak gila, demam, dan selsema dari Ahad hari tu. Masa dekat kelas memang lembik dan tak comfortable. nak drive pon tak larat. Kalau tak kerana training memang aku MC jek.

Aku akan berlepas ke London tu next week. Can you believe it? Aku dok cakap  pasal hantar Call for Papers dari tahun lepas, and it is materializing. Insyallah next week.  Adoih, banyak lagi persiapan-persiapan yang tak settle lagi. Weekend ni memang kena scramble, dan try to prepare apa yang boleh. sebab next week, prior to my departure tu pon, packed jugak. Itupun nasib baik aku berjaya menepis trip ke Taipei. Aku disuruh present jugak kat Taipei. 2 hari sebelum aku berlepas ke London tu! Though aku serabut, I was actually considering it, korang caya tak? I am such a pushover. Memang senang sangat orang nak suruh-suruh dan kulikan aku. Bila aku informed Ed. Dia jawab  2 perkataan jek, Decline! Insist! So Dengan itu senang jelah aku buat keputusan. I mailed to the bosses, cakap aku decline from going and please offer the opportunities to others.

Oklah kawan-kawan, aku busy yang hamat seminggu dua ni. Maybe my next update dah dekat sana or I may sempat update barang satu, dua update before I go. Kawan-kawan doakan aku ye, dipermudahkan semua urusan dan diberi kesihatan yang baik. Semalam aku gi beli ubat (prepare ubat utk bawak ke sana) beratus aku habis, punyalah banyak penyakit. Tapi aku bersyukur, sakit aku, gitu-gitu jelah. Buat aku uncomfortable tapi takdelah terminal disease kan, Bawak-bawaklah bersyukur cekna. See ya people.

Note : I'm suppose to be studying the glossaries. Nih buat upate ni kenapa? Tadi baru baca 2 page, terus tertido kau. Konon2 aku tertido sebab aku demam, hahha pegidah. Korang percaya ker?

Sunday, October 17, 2010

Wall Street : Money Never Sleeps

Went to watch Wall Street : Money Never Sleep last night.  I thought I missed the chance to watch since it's being showed quite a while already. But when I saw that it still showing in a few cinemas, I persuaded Mr. Dream to go and watch it with me. Mr. Dream needed some persuasion though, alright. But in the end he went with me anyways.

The verdict?... hmmmmmmm. Let me just put it like this, if it wasn't for Shia LaBeouf and Josh Brolin, I would probably fell asleep or walk out from the show. It started great, but as it continued, I was a bit disappointed. Saperla yang cakap Carrey Mulligan tu was phenomenal in the movie. Are you blind?

To me, she was not convincing. She is supposed to show her distrust towards Gekko. But what she did was always run from the scene. Hei takde modal lain ke? And Michael Douglas, he was superb as Gekko the money expert but pathetic as the Gekko the father. Whenever he has scene with Carrey Mulligan, both of them were pathetic. 

Shia LaBeouf was great. Very earnest, realistic but not to the point of going overboard with the acting. If this boy can keep his head clear, he can really go far in the Hollywodd scene. (Didn't he got arrested because of DUI ?..sigh..)

And also in the end where Gekko said that he already deposited teh 100 mil to the Fusion Whatever account, both Winnie and Jake were really forgiving. Didn't Winnie said earlier, it's not about the money. If it wasn't about the money, it should be about the betrayal right? No, no, no in the end it's really about the money... Sigh again...

Anyways, I am no expert. that's my point of view. It could be better, though. But it gives me a glimpse of what may happen during the Merryl-Lynch, Lehman Brothers or Bear Steins meltdown and the US economic crisis.

Wednesday, October 13, 2010

Panic attack..

Semalam aku MC. Kurang sihat sikit. Masuk jek kejer pagi tadi, baru jek duduk dah kena summon dengan boss besar. Masa nak bangun pegi mengadap pon telefon berdering-dering tak berenti. Email melambak-lambak tak respon. Sakit kepala aku. Sekarang ni kalau sehari tak masuk opis masyallah, menimbun-nimbun kejer. Selalu kalau aku cuti, aku respond gak email. Tapi sebab sakit malas la nak on notebook, baik aku baca blog kawan-kawan daripada menjawab email. Hmm tu baru sehari, next week, seminggu aku training, tataulah camner. The next week laks, aku dah berlepas ke Londonm eiii seram. 

Pasal presentation kat London tu, basically aku dah siap dah. Aku pass pada kawan sedepartment untuk review, adalah komen sikit-sikit. Lepas tu aku menebalkan muka suruh a collegue from other department review. Nah kau, berderet komen. Walaupun malu gak macam-macam komen, aku take it positively (walaupun pedih siotzz) sebab daripada aku kena komen masa aku present, baikla kena komen sekarang where I still have time and rectify and improve it, ye tak. Mat salleh tu bukan boleh, kalau ada fakta2 yang tak accurate nih, mengs'smash saja kejanya.

Aku dah email pada stream leader di London nun. Bagi aku beberapa hari utk improve the article dan slides. Dia kata dia boleh bagi sampai esok jek sebab diorang nak hantar for publication dah. Adoih stress-stress. Aku tak betul-betul comfortable lagi ni. Actually sebelum kena komen tun dah comfortable dah, sekali lepas kena komen, nah kau merudum confidence level aku. Terus aku giat membaca balik. Betulkan slides sana-sini. Bukak balik article yang nak dipublish tu. Betulkan lagi, tambahkan lagi reference dan literiture review. Tolonglah aku saspen sangat ni. Masa dah suntuk. Masa dah suntuk? Yang ko gi mengupdate blog ni ngape Arena, gi ler siapkan slides dan article ko nun?!  Aku jawab sendiri yer. Aku take a break kejap. Nak muntah dah aku baca dan review slides tu over and over again. Tak larat. Pastu kan yang lagi aku ngeri, aku tak practice lagi!!! Bila nak practice nih??!!  Press the button now.

Panic attack..Panic attack..Panic attack..
Panic attack..Panic attack..Panic attack..
Panic attack..Panic attack..Panic attack..
Panic attack..Panic attack..Panic attack..
Panic attack..Panic attack..Panic attack..


Monday, October 11, 2010

Latest Update from Commonwealth Game

Hi people.

I am on the verge of closing down this blog. Motivation writing it has thinned significantly lately. I now blog, when I feel up to. I just can't do it like other bloggers who earns heaps from Nuffnang. My other blog I update it fairly often. But this blog; hmmm. I can't use my nephew's pics all the time, even though he's really cute and cheeky, right. Anyways, I will keep it, as long as I can.

Back to my main topic. Another gold for Malaysia in the Commonwealth Games, thanks to Pandelela Rinong from platform Diving. She led in the first dive. Fumble a bit on the second dive. Make it up in the 3rd dive. And was neck and neck with the diver from Australia after the 4th dive.  She sucked it up and delivered on the final dive. Dahla she's the last diver. Memang everybody's focus was on her. And she did it!! So proud of you girl. Congratulations. Thank you, you have add to our gold medal tally to 7. Keep it up!

Thursday, October 7, 2010

Tiket konsert / showcase Maher Zain di Kuala Lumpur habis

Hmmm I blamed myself for acting  so slowly. Dah tau for a while about the showcase, tapi lambat sangat telefon untuk enquire pasal the tickets. Yelah auditorium MBSA tu boleh muat 1400 orang jek, sure lah fan Maher Zain Kat Malaysia ni lebih daripada tu. Adoihh, frust. Entah bilalah gamaknya dia akan datang sini lagi. Takpelah takde rezekilah tu.

Ada beberapa peluang lagi untuk catch Maher Zain in KL. I'm sure akan penuh sesak tempat ni. Tapi boleh cubalah. Arggh kuciwanya tak dapat pergi showcase tuh!

Tuesday, October 5, 2010

Seram : Episod 2

Sambungan..

Bila Ed balik malam tu, aku ceritalah dekat dia. Ed was adamant that orang atas kami tu ada anak kecik. Tapi takler kami pergi check, buatnya langsung takde orang lagi seram. Biarlah kami in denial, dan anggap jelah ada budak kecik. 

The following night, kami penat nak mampos, sebab siang tu memang banyak sangat activity, dan kalau tak silap, malam tu dok ulang-alik ke bengkel kereta dok uruskan kereta aku yang meragam. So malam tu tak larat sangat, terus tidor dulu, dan kunci jam pukul 4 pagi untuk bangun solat Isyak dan terus sahur. 

At 3.30 am; tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr.. berulang-ulang. Sampai aku cuit Ed, soh dia bangun solat. Bila dia bangun amek wudhu'. Bunyi guli tu berhenti. Lepas Ed solat, dia baring balik. lepas tu bunyi balik tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr. Ed cuit aku pulak, dah solat? dia tanya. Belom, aku jawab. Gi sembahyang. Tak daya bising tu. So aku pon bangunlah amek wudhu' dan solat. Memang ko, selagi tak bangun memang dok berbunyi jeklah guli tu. Kol 3.30 pagi, ko!! lepas solat aku pon bangun ler prepare sahur. 

Besoknya macam tu jugak. Ed dah siap solat rasanya. Aku ni mengantuk yang hamat tapi terpikir yang aku kena siapkan research proposal untuk masters, so aku tidor dulu dan kunci jam pukul 2.30 untuk buat proposal, solat Isyak dan niatnya nak solat sunat sekali. At 2.00 am tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr...tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr berulang-ulang sampai aku bangun. Adoihh. Dah bangun tu teruslah solat semua dan buatlah proposal sampai sahur, dan later teruslah gi kejer (bengong kepala aku kat kerje hari tuh, hahhhah)

Seram tu seram gak. Tapi aku cuba think positive jelah, that 'dia nak ngejutkan kami solat je. No harm. Biarlah. Tapi kan satu petang tu memang aku meremang balik. Aku balik dalam pukul 6 lebih. Aku letak beg, baring kat bilik.. tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr.. adoihh. takde can nak lelap kejap. Aku dah solat asar ok. Bunyi guli tu betul2 atas master bedroom aku. Aku try pergi ruang tamu. Bunyi guli tu atas ruang tamu pulak. Hmmm tetiba aku terpikir, cuba aku pergi angkat kain kat balcony, bunyi guli tu follow tak kat balcony. Kalau ikut, memang 'seswatuh..Guess what? Meremang bulu kaki aku masa angkat kain tuh ..tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr atas balcony. Adoihh. Aku buat-buat biasa jelah. habis tu takkan nak lari keluar rumah pulak. 

Semenjak lepas raya ni kurang sikit. Tapi, still ada lagi. Tapi kan.. Ed kata 'sekarang dah tukar.. tak guna guli dah.. 'diorang pakai bola golf. Muahahhha,. Serius sekarang bunyi bola golf laks. Adoilah. Semalam pukul 12.30 malam dah start dah bunyi-bunyi tu. Ed sampai nak naik atas gi sound. Aku angkat kening jek. Sekrang ni kalau ada bunyi2 guli, bola golf, alih2 perabut or budak berlari, kami pandang sesama sendiri senyum-senyum dan angkat kening jelah. Haa sape nak tido kat rumah aku?

Monday, October 4, 2010

Seram: Episod 1

Salam kawan-kawan, 

Dah lama dah nak cerita dekat korang cerita ni, tapi aku busy sangat. Plus seminggu dua kebelakangan ni, aku cam jiwa kacau sikit. So semangat nak menulis tu turun mendadak. Hari ni perasaan bercampur-baur sikit, tapi aku dah malas nak layan dah. Life has to go on. Letih nak layan blues nih.

Okay back to the story yang aku nak cerita tu. Camni. Aku kan duduk apartment. Apartment aku ni banyak orang-orang Arab mostly yang dah berkeluarga. So banyakla anak-anak kecik. Budak mana-mana pon lasak kan. Geng-geng bujang pon bising jugak. Banyak la orang-orang komplen yang mana-mana unit apartment atas dia geng2 Arab ni memang bising sakan.

Masa awal-awal pindah dulu, takdelah bising sangat orang atas apartment aku ni. Neighbour kiri-kanan, Melayu so ok lah. Of late dan yang menjadi-jadi sangat masa bulan puasa baru-baru ni. tak daya aku. Tiap-tiap malam lepas maghrib gitu, mulalah nak alih-alih perabot. Bunyi perabot diseret gitu. Bunyi tapak kaki budak kecik berlari keliling apartment. Dan yang paling tak daya bunyi-bunyi guli. Tap..tap..tap..tarrrrrrrr... gitulah berulang-ulang. Pukul 12.30 malam, 2 pagi, 4 pagi. Aku dok pikir tak tido ke anak diorang ni. 

One day aku gi lah bayar maintenance dekat maintenance office. Aku sembang dengan staff maintenance tu.

Aku : Dek, kalau orang atas kita bising sangat apa nak buat ye?
Staff : Akak boleh call Security. Nanti security akan naik gi tegur. 
Aku : Gitu ker? Takdelah bising macam buat party ke apa ker. Tapi bising maybe anak kecik dia lasak kot. Gegar-gegar grill dan macam-macamlah.
Staff : Bunyi camana kak? Bunyi seret perabot, budak berlari dan bunyi guli ya?
Aku : Eh mana tau?
Staff : * senyum jek* Takpe meh saya tengok siapa dok kat atas tu. Apa nombot unit akak?
Aku : B1*0*
Staff : * masukkan unit atas aku. Muka berkerut-kerut* Kak orang atas apartment akak ni saya kenal. Dia takde anak kecik. Anak dia sorang jek. Belajar dekat Uniten.
Aku : Gulpppp..
Staff : Bunyi akak dengar tu camtulah ye, bunyi seret perabot, bunyi guli macam dekat je kan.
Aku : Ha'ah (dah meremang masa tu)
Staff : Tu biasa kak, memang banyak unit dengar macam tu jugak. Ada apartment atas tu lagilah kak memanjang dia komplen bising, saya cakap unit atas dia  tu takde orang. 
Aku : Adoihh nasib baik adek tak kata atas unit akak takde orang. Pengsan akak. 

Berderau darah aku. Meremang bulu roma aku masa tu. Alaaa nyesal aku tau. Camana ni? Ed balik lambat lagi.

....bersambung......