Sambungan..
Bila Ed balik malam tu, aku ceritalah dekat dia. Ed was adamant that orang atas kami tu ada anak kecik. Tapi takler kami pergi check, buatnya langsung takde orang lagi seram. Biarlah kami in denial, dan anggap jelah ada budak kecik.
The following night, kami penat nak mampos, sebab siang tu memang banyak sangat activity, dan kalau tak silap, malam tu dok ulang-alik ke bengkel kereta dok uruskan kereta aku yang meragam. So malam tu tak larat sangat, terus tidor dulu, dan kunci jam pukul 4 pagi untuk bangun solat Isyak dan terus sahur.
At 3.30 am; tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr.. berulang-ulang. Sampai aku cuit Ed, soh dia bangun solat. Bila dia bangun amek wudhu'. Bunyi guli tu berhenti. Lepas Ed solat, dia baring balik. lepas tu bunyi balik tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr. Ed cuit aku pulak, dah solat? dia tanya. Belom, aku jawab. Gi sembahyang. Tak daya bising tu. So aku pon bangunlah amek wudhu' dan solat. Memang ko, selagi tak bangun memang dok berbunyi jeklah guli tu. Kol 3.30 pagi, ko!! lepas solat aku pon bangun ler prepare sahur.
Besoknya macam tu jugak. Ed dah siap solat rasanya. Aku ni mengantuk yang hamat tapi terpikir yang aku kena siapkan research proposal untuk masters, so aku tidor dulu dan kunci jam pukul 2.30 untuk buat proposal, solat Isyak dan niatnya nak solat sunat sekali. At 2.00 am tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr...tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr berulang-ulang sampai aku bangun. Adoihh. Dah bangun tu teruslah solat semua dan buatlah proposal sampai sahur, dan later teruslah gi kejer (bengong kepala aku kat kerje hari tuh, hahhhah)
Seram tu seram gak. Tapi aku cuba think positive jelah, that 'dia nak ngejutkan kami solat je. No harm. Biarlah. Tapi kan satu petang tu memang aku meremang balik. Aku balik dalam pukul 6 lebih. Aku letak beg, baring kat bilik.. tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr.. adoihh. takde can nak lelap kejap. Aku dah solat asar ok. Bunyi guli tu betul2 atas master bedroom aku. Aku try pergi ruang tamu. Bunyi guli tu atas ruang tamu pulak. Hmmm tetiba aku terpikir, cuba aku pergi angkat kain kat balcony, bunyi guli tu follow tak kat balcony. Kalau ikut, memang 'seswatuh..Guess what? Meremang bulu kaki aku masa angkat kain tuh ..tap..tap..tap..trrrrrrrrrrrrr atas balcony. Adoihh. Aku buat-buat biasa jelah. habis tu takkan nak lari keluar rumah pulak.
Semenjak lepas raya ni kurang sikit. Tapi, still ada lagi. Tapi kan.. Ed kata 'sekarang dah tukar.. tak guna guli dah.. 'diorang pakai bola golf. Muahahhha,. Serius sekarang bunyi bola golf laks. Adoilah. Semalam pukul 12.30 malam dah start dah bunyi-bunyi tu. Ed sampai nak naik atas gi sound. Aku angkat kening jek. Sekrang ni kalau ada bunyi2 guli, bola golf, alih2 perabut or budak berlari, kami pandang sesama sendiri senyum-senyum dan angkat kening jelah. Haa sape nak tido kat rumah aku?
arena,
ReplyDeleteakak agak hantu ni tak ada idea, macam sama aje cara dia takutkan even kat kl atau ipoh sama aje dia punya strategy kelakar lah pulak
buat tak tahu aje,
rumah yang akak duduk skrg tu pun ada jugak, tapi akak selalu cakap kat dia, nak duduk duduk baik-baik tapi jangan tunjuk muka atau nak bunyi-bunyi
last month jiran sebelah kena kacau teruk dan dia panggil orang pagar rumah, org tu pagar dan cakap memang ada tapi skrg dah ok, cuma kadang-kadang tu ada gak rasa seram :)
isk,mcm2laa pulak.aku pon pernah merasa 3tahun hidup dgn mende2 tu kt Uitm dulu.haishh! main guli,tolak kerusi bagai.bila naik atas,bilik tu kosong.rupanya,mmg bilik tu kosong dah lama.dulu kolej budak2 laki.ade kes skit kt bilik atas aku tu.tu yg tutup smpai ke sudah.
ReplyDeletecer ko pasang cd ayat2 alquran ke ape selalu.lagi bagus kalo sndiri baca.
takooooottttt.....minta2 takderlah budak rumah atas ni main lontar guli plak.
ReplyDeleteKalau tak silap aku la..scientific explanation yg bunyi guli2 ni aliran air kat dlm batang paip dalam kerangka bangunan. memang jadi waktu suhu sejuk waktu malam. Tak ingat baca kat mana tapi camtu la explanationnya
ReplyDeleteKak Ummi,
ReplyDeleteMuahahha, hantu takde idea?!That's really funny. Tulah pelik kan, kat mana2 sama jek. Sebab bunyi guli ni dah banyak kali dengar. Tulah jangan tunjuk muka sudah..
Anis
Yikes! memang takde ornag atas bilik ko tuh? arghhhh seram..Anis, masa bulan puasa baru2 ni memang kerap mengaji dalam rumah. Bukan pasang cd pon. baca sendiri. Sama jek.
Dong,
ReplyDeletehahha harap2 takde lah kat tempat ko..
Angah,
Gitu ker scientific reason. bunyi aliran air dalam batang paip dalam kerangka bangunan? hmmmmm...nanti balik aku cuba dengar balik, logika ke tak logika.. hahhaha
hehehe...tido kat umah ko tak mau....tp kalo makan kat umah ko...mau!! mau!!!!
ReplyDeleteKalau nak makan kena tidor sekali..barulah thrill hahhaha
ReplyDeleteAlahhhhh dah la Zul keje malam hari ni...sib baik last. Aku sebenornya piki 3-4 kali nak click ke dak blog ni bila ada update 'Seram' tu tapi nak gak baca..sekarang rasakan, terus rasa berdebor. Tapi parents in law ada ni tido rumah aku (besok pagi nak ke KK)so tak la takut sgt hihi. Kalau rumah teres setingkat cam aku, ajaib la tetiba nak dengar bunyi2 camtu.
ReplyDeleteAku cuma cuak ah sbb bila org rumah sebelah bukak grill depan, aku sure terjengok2 kalau dok sorang2 sbb bunyi dekat sgt, macam org bukak grill aku. Aku setuju dgn Fichiek, pi makan je rumah ko, tido tak mbohhhh! :)
Amy,
ReplyDeleteLerr kalo parents in law ada ok lah wei..aku pon selalu suspen kalau orang bukak grill cam bukak grill aku jek...
hahha kalau nak datang makan kena pakej dengan tidor sekali!
menyesal tau baca entry ni....malam tadi berdua je dengan Azra dah terus terfikir pasal bunyi guli....terus tak nyenyak tidur kitorang...huhu...
ReplyDeletesejak aku masuk umah aku, mmg ada bunyi org main guli & tarik2 kerusi ni..selalu gak aku dengar, aku ingat anak jiran sebelah..siang @ malam pun bunyi, kerap berlaku waktu malam la.Pernah aku tanya kat jiran aku tapi dia kata x adalah anak dia x main pun guli??dia pun dgr dia ingat umah aku hehehe..takla takut cuma heran je sapalah tu.
ReplyDeletemasa arwah alisa sakit dulu aku ada la jugak berubat & pagarkan rumah..sebb ada perkara pelik berlaku huhuhu so far sekrg ni x de la dgr plak bunyi-bunyi tu dah tapi ntah nape kalau aku sengsorang kat rumah tengkuk aku rasa meremang!! macam ada benda berbulu menyocok2 ..lepas mandi & solat hilang lah kejap..perasaan aku jekla kot, aku cam ko gak takkan nak lari tinggal rumah kan?
kwn opis aku kata, dia tgk kat show tanyalah ustaz TV9, tanda2 ada makhluk halus kat rumah kita mcm tulah, bunyi guli, bunyi kerusi kena tarik....wallahua'lam.
Arena... hmmm... akak duluuuu selalu gak dengar budak main guli tu... siang siang plak tu...
ReplyDeletePi la jengok... sekali tengok, memang betul, anak akak main guli... hahahaha... kelakar dak.. kelakar dak ? Sila gelak tau...
Dong,
ReplyDeleteHahhaha I should have wrote a warning ek. Hahhaha. Sesiapa yang malam kagn tidor hubby takde kat sebelah sila jangan baca ek.. heheh
Mawar,
ye ker ustaz cakap cam tuh? alaaaa. sekarang ni giat gak baca Quran. Bukan ler sebab bunyik guli semata-mata, hahhaa. Ada banyak ler jugak insiden2 yang menyedarkan aku dan Ed, yang kami ni do very little when it comes to amalan. Bersyukur pun kurang. Sedangkan nimat Allah bagi maha hebat..
Kak Izawani,
ReplyDeleteAlaaa akak, tak kelakar tau.. bikin saspen sajek..hahahha
Arena,
ReplyDeletei pernah kene the same thing masa i
outstation kat penang.. Tingkat atas i mcm ada org main bola golf... Melantun2... Mula2 ingat dorang main2 tp berjam2 non stop.. Esoknya i balik dr meeting ard 6pm masuk je bilik dgr lg.. Trus i call front desk.. Hotel manager dtg my room bila dia dgr je terus dia bg i tukar bilik..
-edryna-
Edryna,
ReplyDeleteHishh kalau bola golf kat hotel tuh, memang sahih la mender lain kot kan.. LAtely ni kurang sikit bunyi2 di rumah kami..