We are nearing the end of 2010 dah kan, kejap jek. Aku malas nak buat 2010 reflection lagi. Nantilah.
Pagi tadi aku ada interview for scholarship. Aku prepare gak semalam. Tapi tahla. Tak memberangsangkan jek gayanya. Apa-apa pun dapat tak dapat, aku tetap akan mula my masters ni minggu pertama Januari 2011. Dah register semua dah kan. Mesti ada hikmahnya tu. Kalau dapat scholarship tu, ringanla beban financial kan. Kalau tak dapat, takdelah bond kan. So, either way Allah akan beri yang terbaik untuk aku. Aku dah usaha sehabis baik dah.
Esok hari last aku bekerja untuk tahun 2010. Rabu aku dah start cuti sampai Jumaat. Yeehaaa. Semangat nak gi jalan-jalan dengan Ed. Hehehhe. Destinasi? Dalam negaralah wei. Afamosa lagi? Noooo. Kali ni, Penang! Dah lama gila tak jalan-jalan ke utara. Adala pergi Langkawi tah berapa kali tu kan, tapi tu naik kapal terbang. Tak drive dan lalu jem dan tempat-tempat lain kat North-South Highway tu. So aku semangat nak pegi. Kalau berjaya pujuk Ed, ada can aku ajak naik ke Sintok. Tempat jatuh lagi di kenang, ko. Memang pernah jatuh sungguh, tak caya tanya mamaTinie. Jatuh longkang pastu siap naik van bomba lagi. Jangan tanya aku kenapa van bomba. Muahahhaha.
Maybe stay 2 malam. Aku adala buat listing tempat untuk makan-makan, kan. Pergi Panang mestilah makan-makan, kan. Aku masuk dalam Halal Penang Food punya facebook rasanya. Pastu mulalah aku buat listing. Pastu aku tunjuk ler list tu kat Ed kan, korang tau apa dia cakap.
Kita nak makan setiap 2 jam ke com?
Cheisss. Errr tak boleh ke? Hahahhah. Sebab dah termalu, aku cakap ler, tu list yang aku belum short list lagi hahahha. Teringat aku dengan mamatinie, dan geng2 beruang gi Penang masa student dulu, naik ferri pastu gi melantak kerang rebus dan sotong kangkung kat padang Kota lama. Haper tah nama tempat tu sekarang. Wujud lagi ke tempat tu Oren? Pastu ko ingat tak yen, kita gi makan kat rumah kawan aku tu yen, sedap kan mihun kuah dia. parents kawan aku tuh, berniaga pasar malam. Sedap yang hamatzzz. Anyways, memang trip kali ni ialah trip memberuangkan diri. Hahahha. Aku cakap dekat Ed, kena bawak swim suit dan kasut sukan ni, kasi balance sikit. baru leh makan 2 jam sekali kan...muahahhahaha.
Aku ada 7 bijik novel yang aku belum baca lagi. 4 bijik beli kat mph lagi 3 bijik kat Ashford. Aku konon2 cakap dekat Ed, aku nak gi bercuti yang aku leh rilek jek tak yah pikir apa-apa dan baca buku cerita tu tepi laut. Ngeh..ngeh...ngeh..Tapi kalau dah makan 2 jam sekali, tak sempat la nak baca buku kan, kan, kan.. hahahha
Oraitlah, mintak-mintak cuaca baik. Aku tengok kat website Jabatan Meterologi, petang2 ujan ye kat Penang. Kalau korang ada lokasi makanan sedap-sedap kat Penang yang aku patut cuba, silalah sound aku yek. Maybe aku leh cepatkan sikit, makan setiap sejam.. hahhaha..