Sunday, December 12, 2010

Jiwa tak kacau dah, tapi.......

Salam korang, 

Finally, habis jugak examnya. 4 jam exam tu, dan aku stayed sampai ke hujungnya. In fact tak sempat habis semak pon jawapannya. Memang hidup tak keruan sikit. Kerja banyak sangat. Even masa aku tengah study leave tu, aku tak dapat focus sangat, sebab kena gak respond pada email sikit-sikit. Tapi satu dua akhir tu memang gila-gila buat soalan. Seminggu tu memang dok library jek. Masa Awal Muharram balik kg Ed, sekejap pon angkut buku semua. Memang horror la exam ni. Tak daya aku exam-exam ni, penat study, penat buat soalan, penat semualah. 

Malam semalam, aku dok buat seoalan lagi. Kelaur kejap gi dinner dengan Ed. Kengkawan yang amek exam masih lagi dok hantar-hantar soalan thru email dan sms masa tu. Dasyat diorang ni study. Gerun aku nengoknya. Balik dari dinner, sambung buat soalan, go through slides, Ed dah suruh aku tido lama dah. Aku ni dok susah hati, masih lagi belek2 buku dan soalan-soalan. Pukul 1 lebih gitu, aku dah kemas-kemas barang nak bawak ke exam esoknya.

Pagi exam tu, aku bangun awal sikit, letak baju apa nak pakai dekat katil. Lepas solat subuh aku buat roti telur, buat alas perut sikit. Yelah exam tu habis pukul 1 tenghari, kalau tak breakfast karang kebulur pulak. Masa exam yang 6 jam dulu, memang siap bawak bekal roti bawak masuk exam. Kali ni katanya tak leh bawak, so aku makanla sikit dulu. Hishh tak lalulah aku nak makan. Lepas siap-siap, aku kejut semula si Ed yang tido balik lepas subuh tadi. Lepas dia siap-siap dia dok kat meja.

Apsal makan separuh-separuh roti ni com.

Tah tak selera.

Meh makan sikit lagi.

Ni roti coklat ni pon tak moh ke? Makan separuh ke?

Tah tak selera.

Ed gelak jek. Dia kata aku nervous. Agaknya kalau ada Nasi Lemak Zaman pon tak selera masa tu. Errr ye kerr? Hahhaha. At 8 Ed hantar aku pergi ke pusat exam tu. Padahal dia dah tunjukkan dah kat aku tempat examnya, aku buat-buat muka kesian jugak mintak dia hantarkan. Aku ni boleh jek sesat barat dek kerana panik tu, bukan aku biasa sangat area Cheras tu. Dan yang lagi pentingnya, aku nak Ed temankan aku, kalau boleh masuk exam dia teman, memang aku ajak dah, hahhaha. Manja giler kan. Spoilt la aku ni. But Ed being my biggest supporter in anything that can enhance me in terms of knowledge and career path, of coursela akan hantar aku, sampai depan building exam. Siap berhenti kat 7-Eleven lagi, soh aku beli bekal air. Thank you, babe. U're the best!

Masuk jek bangunan tu, aku terjumpa colleague dekat opis lama. Sempatla sembang-sembang sambil naik lif dan sambil register. Perut aku masa tu dok buat balik kuang. To cut the story short, at 9.11 am exam pon bermula. Nasib baik aku bawak jaket sebab hall tu bukan main sejuk. The first 70 question tu, aku mengantuk gila, dan tak paham sangat apa soalan tu nak, ulang-ulang aku baca. Aku buat jek dulu, but I must get back to the 70 questions. Ngam-ngam jek aku check sampai 70 soalan tu masa pon tamat, that means aku tak sempat check jawapan yang lainnya. Shoot.

Habis jek exam semua orang dok sembang-sembang. Aku terdiam. Bagi aku susah sangat examnya. Dan aku takdelah confident sangat dan lega sangat lepas amek exam tu. In fact aku rasa down pulak.  Aku called Ed, and he informed me that he is waiting for me at SRecipe. Aku jalan pelan-pelan ke situ. Masuk jek aku nampak Ed senyum je kat aku. Aku rasa aku sengih pon tawar jek. Cerita jugak sikit-sikit kat dia pasal exam tu. Tapi lagi banyak menung aku rasa. Ed cakap, Insyallah aku lulus.

Lepas masuk kereta, aku menung balik. Rasa nak nangis pon ada. Entahlah. Tah apa-apa aku rasa aku jawab. Ya Allah bantulah kami Ya Allah. Luluskanlah kami semua. Balik rumah aku tido, petang tu pergi rumah mak aku, gi layan anak buah aku si bulat tu. Lupa kejap serabut tu, tengok dia cakap merepek-repek hahhaha.

Ya Allah, aku berserah padamu. Semua keputusan di luar kawalan kami. Kami bermohon, berilah keputusan baik untuk exam kami Ya Allah.

8 comments:

  1. salam

    macam biasa , kak pB akan cakap


    arena ni ....
    risau jer lebih ...
    jangan dok sedih sedih ...

    insyaallah Allah akan tolong Arena

    ReplyDelete
  2. Arena...jgn risau2... kalau kawan2 tu banyak bagi soalan2... arena jgn gentar... think positif...Insyaallah Arena akak berjaya...akak doakan segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. releks aaahh..

    tu cuma soalan dunia jek..tak kiamat pon kalo ko dpt so-so..

    hikhik..

    aku nih, mmg tak reti nak pujuk..cuma, ko kena tau, walopun ko tak confident, study tak habis, at least ko dh buat usaha2 kearah nak menempuh exam tu..so, jgn lah sedih, jiwa kacau semua tuh..ko dah usaha, now it's time to tawakkal sepenuhnya pada Allah..

    babe, camana ngan mission to lost the weight tuh? ticker tu tak gerak2 pon??

    ReplyDelete
  4. insyaAllah lulus tu..dunt worry ok.

    ReplyDelete
  5. dont worry, semoga Allah permudahkan segalanya, amin :)

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Pb,

    Thanks for your vote of confidence. Masih risau. Takpela akan terus2 doa.

    Kak Anie,
    Thanks kak. Itulah moga2 lulusla hendaknya..

    ReplyDelete
  7. Oren

    Adus terkedu aku tengok statement ko nih..Memangler tak kiamat dua, hmmm yelah company dah invest mahal2 utk the course dan exam, diorang nak tengok result. Tu yang terpressure sikit tuh. Furthermore, I believe the training and exam is government's money aka duit rakyat, so kenalah mendukung amanah, i.e belajar, pass the exam and contribute back to the society. Kalau cakap pasal tak kiamat banyak mender aku leh jawab gitu kan. Hopefully semuanya ok. Pasal ticker tuh, nanti2 ler aku update hahahha..Tengah stagnant nih..

    ReplyDelete
  8. Mawar dan Kak Umi,

    Thanks a lot sis. Amin. Moga2 lulusle hendaknya..

    ReplyDelete