Sunday, April 24, 2011

Tanda-tanda anda sudah gemok

  1. Kain baju kurung or baju kerja such as slacks, skirts are missing hooks or button
  2. Bila rasa self conscious masa pakai blouse atau baju kurung, pastu ada angin tiup kuat yang membuatkan baju tu melekap dekat err perut hahahh
  3. Muka terasa bulat semacam dan tudung yang sarung tu pon rasa ketat semacam, siap kalau time mengunyah tu nak melurut-lurut ke depan. Dan yang penting ada double chin!!
  4. Terasa macam kena sentiasa beli wardrobe baru jek.
  5. Beli baju, pastu tak muat pastu gantung kat wordrobe,dengan harapan tak lama lagi akan kurus, sure boleh pakai baju tu kan. 
  6. Paling melampau kalau ko tengah duduk tiba-tiba jek butang jeans ko terpelanting dengan kadar  kelajuan 100km/j  dari seluar jean ko, sebab terseksa nak hold your jeans together muahhahaha..
  7. Ada masa-masa depressed sebab ko tak slim cam masa memula kawen dulu dan kecik ati giler kalau husband tegur..muahhaha... orang lain tegor wa tak kesah hokey.. Tapi kalau ed tegur, giler sedih..muahhaha.
Oklah later babe. Slides tak siap lagi nih. Nervous pulak tak jumpa carik slides.

Tambahan 


8. Badan ko yang selama ni, elok jek saiz Asia, tiba-tiba feeling2 saiz Eropah, where kat London jek ko jumpa blazer, innerwear lawa2 yang ko muat, muahahha. In denialnya.. kat Europe jek ada baju saiz ko ye?
9.Tak selesa masa solat dan duduk tahyat awal and worse during tahyat akhir
10. Dok tengok gambar2 lama and sigh.. where did that slim and pretty girl went? (prettylah sangat..)muahahhaa...

Wednesday, April 13, 2011

Dua hari yang produktif. Alhamdulillah.

Hari Isnin

Aku cakap aku cuti 2 hari kan. Hari Isnin yakni semalam, aku sebok menguruskan official errands. Aku mengantuk sebenarnya masa nak bangun tu, but Ed kejut jugak supaya aku start my day early lagipun dia dah nak bergerak ke opis dan ke outstation semula. 

Aku pon gerak le ke PKNS Shah Alam. Sampai sana, makan breakfast dulu. Kemudian pergi Maybank nak withdraw duit untuk bayar semua urusan-urusan. Tengah withdraw dan nak collect kad dan duit, sekali kad tak keluar-keluar. Duit pon sama. Arghhhhhhhhhh. Terus aku telefon Maybank customer service sambil halang orang-orang lain dari pakai ATM yang sama. Jenuh menunggu customer service maybank nih. Aku dah nak menangis pon ada masa tu. Dahle payah nak carik parking, kad kena telan, duit takde pulak. Camner nak buat urusan nih?? Seb baik the customer service officer tu bagus. Sebab aku ada few pengalaman kurang best dengan Maybank customer service. Checkkan kat mana maybank paling dekat untuk buat balik kad, dan document apa yang perlu and so on.

Then, Allah bagi ilham that aku ada some money in other account. Enough la untuk renew passport dan top up tabung haji sikit. So aku kuarkan duit, dan naik ke immigresen. Masa aku tengah tanya-tanya orang kat mana pejabat immigresen, ada staff satu kedai ni tanya, nak buat apa kak, aku cakap le nak renew passport. Diorang tanya, gambar dan copy ic dah ada? Aku cakap ler gambar dah ada tapi tak sure boleh pakai tak sebab jauh. Meh saya tengok kak, oh ni tak boleh gambar passport kena dekat, muka kena besar sikit. Meh amek gambar kat dalam. Muahahhaha.  Gila opportunist kan? But in a good way lah. Yelah kalau tak settle mender tu kena siapkan jugak. So I came to the immegresen office, well prepared. Yeah. Nak pegi mana renew passport tu?? Hehehhe.. Tungguuuu.. Kalau jadikla.

Lepas settle renew passport, kena tunggu sejam untuk collect the passport. So pergi BSN pulak, untuk cancelkan satu insurance fire and burglary. Sebab aku dah bayar insurance lain. Lepas tu pergi Tabung Haji pulak untuk update buku aku and my parents'. Lepas amek nombor jek aku tengok, maaakkk lagi 70 orang? So I went around, tengok-tengok baju. Giler banyak baju best-best kat PKNS Shah Alam kan. Tapi, aku dah banyak beli baju laa, and I should be saving my money a bit la. Giler duit kuar macam air jek lately nih. Seramm.  

Siap sempat collect passport tapi masih belum naik-naik nombor kat Tabung Haji. (gambar utk passport kali nih ok sket, tapi lipstick terlebih berkilat daaa.  Bukan apa everytime sampai kat immigration kat obersi, diorang ckp muka aku lain, dan belek muka aku dan gambar tu lama-lama. Burok benar kot gambo passport aku).The thing is, the teller tabung haji  tu efficient. Memang cepat from one person to one person. Memang aku rasa tak sempat amek nafas aa diorang tu. Cumanyeee, kenapakah ada 3 orang jek kat kaunter tu.? Ada almost 10 counters maaa, hire la lebih orang. Tabung Haji cawangan Shah Alam, tu sure betlah ramai orang kan. 3 orang jek, kesian diorang dan kesian kitorang yang menunggu gilerrr lama just utk deposit, update buku dan withdraw duit nih.

Lepas settle mender-mender tu, aku pergilah Maybank depan MBSA untuk buat kad baru. kena buat jugak kad atm hari tu jugak-jugak. Susah woo kalau takde atm card. Aku ni memang suka disoriented sikit bila drive. Padahal belakang PKNS jek maybank tu, siap terpusing-pusing beberapa round baru sampai. Muahahhaha. Pathetic. Anyways berjaya lah siapkan semua urusan. Alhamdulillah. Allah mudahkan, albeit some setbacks. But semua tu ada hikmahnya.

Hari Selasa
Aku intend nak pergi library hari ni. Semalam tido awal jugak. Tapi entah kenapa mengantukkk sangat. Lepas Subuh pon tidor balik. Dekat pukul 10 baru bangun balik. Dem. Dah lambat. Study kat rumah jelah. Aku bangun basuh bajulah, jemur bajula buat breakfastlah. Hmmm pastu tengok TV. Pastu tiba-tiba aku bawak keluar barang  dari fridge macam nak masak haper entah lagi. Weii apa nih?!! Takde gaya study cam nih.! Fail. Lepas tu aku terus pack my bag and went to the uni library. 

Aku sampai dalam pukul 1 gitu. Staff yang nak register aku nyer lap top tengah lunch break. So I went to solat first. Yey Delinn aku berjaya pegi library. Aku siap ajak Delinn ari tu gi library sebab errr first time gitu. Gi obersi selamba sorang-sorang, gi library takut?!!? muahahhaha. Tapi akhirnya aku conquer the fear and went, and guess what aku stay sampai pukul 10 lebih malam!! More than 8 hours. Kalau ada bilik 24 jam macam masa kat UUM dulu agaknya aku stay terus kot. Bukan apa, tetiba idea mencurah-curah ko masa tu. Rasa rugi kalau kacau momentum tu. Siap boleh mengarang free hand tanpa reference masa tu. Barulah SV boleh comprehend apa aku tulis kan. Tapii nak buat camner, library tutup 10.30 malam, kenalah blah. Perut pon dah kebulor masa tu. Takut gak sebab gelap semacam jek, tu pon seb baik aku alih kereta pukul 5 tadi. 

Oklah korang maybe lambat lagi au update kot. Tomorrow's gonna be a long day as well sebab kena masuk kerja awal dan ada kelas malam esok. I'm taking one day at a time. Kalau tak, give up dah. See ya, later people.

Friday, April 8, 2011

Tatau kenapa?

Tatau kenapa, rasa semakin tak semangat nak kerja. Kerja banyak sangat, tapi entah aku marahkan apa pon tatau. Tapi aku sepanjang hari pissed jek. Ada jek aku rasa nak buat aku hangin. Entah kena involve dengan tah haper-haper kerje jek. Penambahan demi penambahan. Semua menambah kerja yang dah already banyak.. Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci...

Hahhaha. Macam tulah aku skype dekat a collegue of mine. I hate this situation, that I have no control of. Pastu  dapat result satu fund yang kitorang bid, dah dapat bermakna MORE WORK!! Later, dah petang-petang sikit ada enquiry untuk buat advisorylah apalah. Ya Allah stressnya. The thing is, memang tak leh tolak kalau ada company mintak buat advisory nih. Serabutlah. Pastu yang lagi aku sakit hati, adalah pulak umat yang tanya apa lagi service boleh bagi? Tak nampak ker dah lebih dari sotong dah tangan kami ni? Grrrrr...

Dalam serabut-serabut tu, aku pegi enquire pasal pakej umrah and I booked a spa session this weekend. Yelah I gotta do something about it, kan. Deal with it, tak leh nak biar diri terus-terus stress, and depress. Kang tak pepasal gi jumpa doctor, ckp nak mc sebab murung. Muahahhha. Aku tak perli sesapa ok. That  is your form of dealing with it. Maybe boleh cuba kalau leave aku tak approve. The thing is the boss mudah jek approve cuti. Alhamdulillah.

Dah aku book spa tu, my mom pulak called soh gi babysit my anak-anak sedara la pulak disebabkan oleh some unavoidable circumstances. ..Grrrrr. Tatau nak marahkan siapa. Dahla susah nak dapat time kat spa tuh. Arghh. I really need to go. Aku dah few weeks sakit belakang dan pinggang ni. But, I know I need to help babysit my nieces sand nephews. Kena tukar arragement la nih. Hmmmm..

Aku tau bosan topik nih. But nilah keadaan aku sekarang. Pastu aku rasa aku lagi depres sebab si Ed ni takde outstation. So aku takde saper nak cerita serabut-serabut nih.  Kalau tak, dia ler yang menadah telinga bila aku depress. Entah berapa ribu kali dia dengar aku nak berenti kerja nih bila aku depress, hahhaha. Dia rilek jek sekarang. Bila  aku call dia , aku pon tau dia penat. So malas nak citer time tuh. Hmmm.  And I have 2 more assignments and 1 presentation due. Pastu seram sejuk sebab ada penambahan terhadap supervisor  yang agak strict dalam supervisory committe study aku.

Monday ni aku aku cuti nak gi bank yang sudah double charge insurance apartment nih. Letih la nak buat urusan-urusan nih. . Pastu aku nak siapkan chapter 1 and 2 thesis aku. Hari Selasa aku cuti gak nak gi library siapkan assignment dan thesis tu ler. Aku tau SV aku agak dissapointed last week when I said that aku takde update, sebab aku sebok coordinate dan present kat regional meeting lepas tu present lagi kat Sarawak. Aku tau, aku pun dissappointed with myself. Dah masuk April, I am nowhere, where I should be in my studies. Sob..Sob.. Tapi tatau dah nak buat camana lagi. Hopefullu cuti 2 hari ni, ada significant move in my thesis. Hmmmm...

Ke sebenarnya aku missed Ed jek nih? muahahahhahaha.

Update 10/4/11 malam
Aku pergi jugak spa untuk massage. Hehehe. Tersangat best. Walaupun, malu gak, sebab semi naked gitu kan muahahha. Tapiii lega sangat. Pagi tu pergi breakfast dan belikan bebudak breakfast sekali. Sampai jek yang besar-besar dah bangun so they ate first. Dekat-dekat tengahari yang kecik-kecik laks bangun. Seb takde yang menangis or cranky. Suapkan makan. Soh mandi (siap perambat aku dari bilik air, "gi amek baju baby" sambil dia sepahkan bilik air dan habiskan setengah botol shokubutsu) pastu pakai baju. Uncle Ed yang baru jek balik dari outstation ckp, dah pegi spa tuh. Best! Aku terlama sikit dekat spa, risau jugak tinggal semua bebudak tu kat Ed. Balik jek uncle cakap, yang kecik sekali siap be**k masa aku takde tuh, bertuah betul la budak nih. Surprise jugak aku, Ed selamba jek handle sorang-sorang, tak tepon pon aku. Muahahhaha. Cayalah uncle Ed. Esok dia dah nak gi outstation balik. Alaaaaaaaa..

Saturday, April 2, 2011

Sebok...sebok...sebok

Minggu ni memang sibuk giler. Kalau tak kuat semangat memang boleh crack gamaknya. Eii apsal la banyak sangat typo kalau menaip pakai ipad ni haaa? Jari aku gemok-gemok ka? Aku malas nak on notebook aku tu, karang aku gi buat kerja pulak. Too much happening this week that semalam pertama kali dalam hidup aku aku bua jadual waktu.

Aku memang ada planner sebelum ni. Tapi planner aku tu tulis meeting dan appointment pukul berapa jelah. Dekat page lain dalam diari aku tu ada checklist pulak. Berpuluh-puluh checklist yang alhamdulillah banyak ajugak aku dpt cross kan. Tapi semalam pecah rekod where aku buat jadual waktu seharian. Sebab aku ada banyak sangat kerja sampai aku terpaksa buat mender tu so that aku tak termiss things. Contohnya.

8.00 -8.30 baca literature review
8.30 -9.30 siapkan slides
.........
..........
12 beli makanan
12.15 -1.00 - makan sambil baca LR

Dan seterusnya sampailah kol 5 where aku kena blah sebab nak gi kelas. Bila rasa nak teroff
track aku check balik, aku sepatutnya buat apa sekarang? Dan get back on track. Serabut sampai kena buat macam tu.

----------------

Tiru oren. Buat update style nih hehhhe. Aku sekarang sakit pinggang. Buat kerja dudukla kan. Pastu sambung duduk kat kelas. Pastu sekarang tiap tiap malam sambung buat kerja kat rumah or baca journal. Duduk lagi. Tapi kat rumah horror sikit sebab aku reading atas katil so, membongkok sikit bila nak menaip. Minggu lepas dah ckp kat ed nak make over bilik tengah jadik mini office or study room. Aku kalau buat kerja kat ruang tamu tengok tv jek karang. Pastu i need some peace and quite. Tapi bilik tengah tu punyalah kecik. Tatau camana nak atur dah. Unless aku buang some perabut. Maybe boleh gi ikea carik idea. Hhahah..sebok jek tiru jojoe. Carik idea je kan jo.  Tapi tadi lega sikit sakit belakang sebab ed tolong picitkan. Kesian gamaknya letih memanjang. Punyalah best dia picit, sampai aku cakap, urut sejam boleh? saya sanggup bayar cam bayar org kat spa. Hahahhaa. Dia malas nak layan aku. Hahhahaha..

-----------------

Hari ni dan esok ada organize event sikit. So bertambah la kelam kabutnya. Mana nak setup infra dan prepare content. Pastu aku jugak ler presenter. Terlebih serba boleh ginilah. Hahahha. Ke aku yang tak reti nak mintak tolong? Sumer nak buat sendiri jek. Terlebih memahami orang lain sebok? Habis aku tak super duper sebok?tahlah. Ni ler kelemahan aku.Sambutan was also agak dingin. Sedih jugak. Tapi aku dah buat tanggungjawab aku.

-----------------

Next week kena outstation. Ed outstation 1 minggu. Aku pulak 2 hari. Ok jugakla sebab aku outstation pada week yg sama kan. Tak prepare haper pon lagi pasal the trip. Hmmm..Pastu trip ni menyakitkan hati aku sepanjang week ni. Orang yang request ni mengada-ngadanya toloonggglahhh. Kalau boss allow, memang aku kansel jek trip nih. Macamlah aku hadap sangat nak pegi. Menciiikk..

----------------

Dah dekat 3 minggu tak jumpa sv. Kerja horror sangat. SV pesan meeting minggu depan kena substantial findingsla . Mampossss..aku dahler agak lama tak membaca journal baru. Pastu aku tak dapat jugak jumpa journal yang aku mintak Oren tolong carik ari tuh. Carik di 3 universiti punya library. Now ada another one last e-library aku tengah carik. Kalau takde jugak, kenalah aku beli dalam 4 journal USD30 satu. Adoihhh. But I really need it.

-----------------

Aku memang kekadang rasa down, overwhelm dan penat yang hamat. Kerja banyak gila dan mende2 study ni dok nagging jek at the back of my mind. Nak berhenti kerja, buat freelance, takut tak cukup lak income tu. Hmmm aku tak banyak options sebenarnya aku rasa.  Grrrr tak reti dah nak balance. Camana entah.

------------------

Tapi dalam-dalam serabut one of the best news I got this week was, I scored my assignment and mid term exam. I mean really-really scored! Terkejut besar aku. Memang terkejut. Dan tak sangka. Omigod. I never, ever got that kind of marks even when I was an undergrad student.  Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah. Syukur sangat atas nikmat yang Allah bagi. Now macamana nak maintain the momentum pon tataw.