Friday, December 27, 2013

Announcing........

Bismillahirrohmanirrahim. 

Announcing my new online shop. Ms.Husna Hijab 
Baru je beroperasi dan website pon baru sangat up. Produk tak banyak lagi sempat diupload. Buat masa ni fokus kepada tudung, shawl dan inner sahaja. Kalau ada rezeki kita expand lagi, hehehe. 

Dekat FB page ada diterangkan kenapa dan siapa Ms.Husna ni. So kalau nak tau lebih lanjut dan nak tengok koleksi terkini boleh Like dan browse www.facebook.com/mshusnahijab

Mintak sangat jasa baik kawan-kawan untuk Like page tersebut dan kalau nak enquire any tudung dekat page or website boleh pm, atau SMS/Whatsapp ke 0133650048. Memang belum banyak tudung diupload, walaupun stok dah melimpah ruah dekat rumah tu, hahaha. Bagi aku sikit masa untuk sort all the tudung ye. Take care korang, thanks in advance for your support. Korang memang best!

Monday, December 23, 2013

Tah bila nak abis..

Salam korang,

Ni kol 2.30  pagi ni. Aku baru lepas edit-edit website sikit. Dah lama tak godek2 website. Tak reti aku. Esok kejer ni. Carik pasal betul la tak tido lagi masa ni. Alang2 aku tengah  on laptop ni buat update la terus. Kang dah bz lama sangat pulak baru berupdate kan. Kesian korang yang tinggal tah  berapa kerat je readers blog ni. Tak berupdate kalu, monolog lah sorang-sorang aku kat sini.

Menjawab soalan Delinn sebelum ni. No, aku belum habis Masters lagi. Gatal sangat buat by Research, haaa rasakan. Orang lain dah grad pon. Yang mula lambat dari aku pon dah grad. Kalau ikutkan aku, memang most times rasa nak quit jek. The drive dan semangat tu takde tau. Tapi bila pergi jumpa lecturer rasa cam semangat sikit. SV aku tu baik. Dalam hati sure dia rasa nak lepuk jek aku ni.

Kejap.. selingan... Bencinyerr ultrabook ni. Asyik terlompat lompat cursor ni naik turun. Menyampah aku nak menaip jadiknya.

Oklah mood dah terganggu sebab cursor asyik pergi tah mana2. Maybe the touchpad ni kot. Budus. Korang doakanla aku tak patah semangat dan grad ye. Aku nak habiskan sem depan jugak-jugak. Tatau cemana nak realisasikan matlamat tu, tapi tulah my goal. OKlah nak tido dah ngantuk ya amatzzz.. Website apa aku dok godek. Haaaa.. dalam minggu ni aku announce. Maybe lepas krismas or during krismas. Jangan lupa check it out. Tungggguuu..Take care korang.

Saturday, December 14, 2013

Busy memanjang. Boring kan..

Lama tak update. Bz dengan kerja. Bz dengan projek baru dan of course bz dengan Farhan. Projek baru tu nanti aku announce ye. Belum properly setup ni. Kelam kabut lagi.

Aku kat Ijok. Kg Ed. Visit Mak kejap. Farhan baru lepas susu. Dah about a week minum susu tak habis. Alhamdulillah habis minum susu kali ni. Last week was really testing us. Farhan demam panas. Makan ubat kebahnya kejap je. Temprature reach sampai 39.5C ada one nite tu. Ada one day tu samppi 5 ke 6 kali mandi. Mmg berlenggeng jek dia sbb aku nak turunkan temprature. Muntah2 jangan cakapla.Memang macam air paip. Sampai habis kain batik aku buat alas. Cadar mmg tak pasang la. Jenuh tukar.

Alhamdulillah dah semakin baik. Memangla kan baby ni kalau sakit. Risau sangat kan.Meraung jek kejernya. Sabar pon kena tinggi. Anak ni pon ujian untuk ibu bapa jugak. Aku masa dia x sihat tu selamba kodok je EL jaga dia. Walaupun tgh kerja banyak gila. Oklah aku nak sambung golek2 dgn farhan.  take care u all.

Gambar bawah tu satu masa temp tinggi. Satu lagi masa lebah sekejap. Yer duduk dan berdiri atas laptop mama. Insurer tgk teeua cancel insurance laptop tu haha.

Sunday, November 24, 2013

Ada ni haa

Salam korang.

Lama aku x up entry. Sibuk sangat seminggu dua ni. Last saturday Ed accident. Head on dgn sebijik Honda City. Teruk gak. Dedua airbag terbukak. Dia ckp masa accident tu car seat farhan sampai melayang ke cermin depan. Alhamdulillah kami tak ikut masa tu. Dia tgh belikan breakfast utk aku. Ya Allah seb baik selamat.

Yang aku ralat sikit ialah dia call aku cam nak gill kat dedua phone aku tak angkat. In fact aku sampai sudah tatau dia accident sampaila dia balik rumah ada org hantar. Sedih. Tp ada hikmahnya sebab aku ni jenis panik2 plus sennng nangis pastu sure kalut dgnnak bawak farhan lagi. Takde yang patah or retak. Cuts and bruises ada lah.

Tp dada ed tu kena impact streng or air bag tu nak terbukak memang bengkak dan lebam. Tak leh angkat berat langsung. Bersin pon sakit angkat farhan apatah lg. So first few days tu aku handle farhan fully. Hantar dan amek taska. Mandikan dan semuanya. Fuhh fenat. Sebab pepagi ed yg mandikan cuci poo sumer. Aku siapkan beg dan siapkan farhan. Terasa woo bila sumer buat sendiri.

Pastu bila aku hantar pepagi. Barulah aku tau farhan menangis teruk benar pepagi. Selama ni ed x citer sangat. Takut aku sedih. Mmg sedih lepas hantar dia. Memang drama air mata. Aku yang sambung nangis dlm keter gi opis. Haihh. Ada hari tu, masa kat rumah lepas mandi pg tu  farhan dok atas dada aku tak kasi aku gerak. Dia pon sanggup tiarap je x gerak2. Takut kena gi hantar taska. Kesian nengoknya. Bila la nak abis phase separation anxiety ni.

Kakak taska ckp sebut mama pon nangis kat taska. Tp by tghr dia ok. Pagi2 memang merempan sikit. By ptg aky amek dia cool jek. Takdelah tgh nangis ke haper. Farhan. .farhan.
Okla aku nak lelap jap. Join farhan. Lesu badan lately. Esok ada event so by 7.30 kena ada kat opis. Moga semunya dimudahkan. Nah gambo budak tido ni.

Oh ya nanti aku announce projek baru aku ye. Take care korang. Thanks for still checking this space.

Thursday, November 7, 2013

Farhan dah setahun

Ya Allah cepatnya masa berlalu. 3 Nov lepas Farhan dah setahun. Takdela celebrate besar2. Just potong kek je dulu tandakan birthday dia kat Ijok. Kek pon tak fancy. Aku sedang fikir2 lagi whether nak buat birthday party or not. Dia bukan tau apa pon. Just maknya je yang gedik nak jumpa kawan2 lain hahaha.

Thank you Allah, for lending us this precious gift. It has been 1 wonderful year. In fact masa pregnantkan Farhan dulu pon aku seronok. Mana tak seronok hoih. Lama tunggu kan. Appreciate sangat the experience.

This boy brings joy to us. Kat opis teringat ingat. Aku dengan ed n4 kehadiran Farhan ni takde nyer nak sms. Ed tu karang jawab sehurup jek kalau aku tanya apa2. "K"  tu jelah sokmonya. Semenjak ada Farhan rajin kitorang berwhatsapp. Hantar gambar la. Kadang2 ajuk dia cakapla. Hihi angau mak pak ko Farhan.

At 1 year old he can :

- jalan on his own 3 ke 4 langkah depending on his mood
- kalau kita pegang tangan dia merata dah boleh jalan. Kat park hari tu pon jauh dia jalan sampai penat pastu seret2 kaki haha.
- suka joget2 dengar lagu
- akan ajuk2 kita cakap sikit2.
- dulu suka pejam2 mata buat muka kiut now ada gaya tutup muka omg gitu. Nnnti aku amek gambo
- cakap terima kasih 'tateh' bila aku bg brg. Ulang bagi dan ambik barang supaya aku cakap terima kasih ulang2 kali
- pandai sangat sayang (kiss) mama dan ayah.
- suka nyebok2 dok in between mama dan ayah
- suka makan dan sebok nak apa yang kita makan
- lagi macam2 akal nak menyepah
- sukerr sangat kelebet purse mama dan wallet ayah. Habis terabur duit dan kad2 sumer. Siap selit bawah carpetla bawah katil la. Grrrr.

Tuje lah dulu. Lepas ni xde la kot update farhan ikut bulan. Citer jelah as and when rasa nak citer.

Okla nak tido. Bgn pam susu td. Now dah kol 3 suku pg. Esok pulak its gonna be a loooonggg day. Take care people.

Friday, October 25, 2013

Promosi Ephyra lagi!!

Assalamualaikum wbh, 

Hehe bersempena dengan birthday aku dan birthday Farhan yang bakal menjelang. Aku nak buat promosi Ephyra, hehehe. 

Kali ni beli 1 pon dapat diskaun ok. Tapi kerana menjaga hati seller2 lain, pada yang nak beli 1 jek dan nak dapat harga diskaun, sila sms/whatsapp atau email aku. At the moment, stok memang ada kat tangan. Tak perlu tunggu lama.

Malas citer banyak tengok harga, sudah..

  • Harga sekotak - Sila  sms/whatsapp atau email aku
  • Harga 2 kotak - RM360 
  • Harga 3 kotak - RM525
Gilerr punya diskaun. Jangan lupa beli 1 pon ada diskaun ok. Sila pm aku. Promosi berlangsung sampai birthday Farhan on the 3rd Nov. Cepat, tunggu apa lagi tu. 

Oh ya, aku juga nak let go just 2 more box of trial pack. Memang aku tak restock dah. Harga jualan ialah RM60. Semua harga adalah including shipping ok.  

sms/whatsapp : 013-3650048
email : arenaephyra[at]gmail[dot]com

Wednesday, October 23, 2013

I am 36 today


And I am now a mom. Thank you Allah. 

Mama n Farhan masa dia 7 months kot

Saturday, October 19, 2013

Tetiba penakut

Hahaha. Now kol 3.05 pg. Aku baru lepas pam susu. Yer, aku masih pam susu. Tak banyak pon dpt ada masa-masa setengaj oz jek  hahaha.  Byk kali dah aku rasa cam dah the end of my breastfeeding journey. Tp banyak sangat instances dan keadaan  yang clearly  Farhan ni sangat memerlukan susu mama ni lagi. So aku keep on pumping. Hari hari dia akan bawak sekurang kurangnya sebotol ebm ke taska. Ada masa2 yg sgt horror dpt bawak 2 oz jek. Aku tetapp bekalkan dia ebm tu. Len kalilah aku citer pasal ebm ni.

Anyways, aku tertido awal malam td. Farhan lelap by 8.30 pm aku pon join sama lepas sembang sembang dengan ed. Kol 1 gitu dia bangun. Dek kerana lambat attend dia sebab aku pon lelap sama, dah tercegat dia berdiri dekat cot sambil tepuk tangan pffftt. So dia minum susu 2 round. Dengar2 lagu dan selawat dia pastu tido. Aku purak2 tido so dia pon lelapler balik.

Kononnya nak turun bawah amek pam susu. Tapi rasa cam tah takut pulak hahaha. Haihla ni yg aku malas dok rumah 2 tingkat ni. Dulu dok apartment langsung aku takde perasaan ni. Apartment aku tu dahler cam bising jek sokmo. Kol berapa pagi pon mesti ada orang kat corridor. Tu yang kalau terjaga cool jek gi masak apa apa kalo lapor. Tu yang gemok dok sana hahaha.

Yang lagi wat aku takut tu satu aku ternampak iklan citer hantu br kejap kat internet ni bodow betulla. Kedua tingkap dapor aku tu takde langsir or blind. Buatnya aku turun nampak ada orang tercegat kat luar dapur tu camner.mencik tau tetiba jadik penakut ni

Camner nak kena pam gak ni. Sakit hoih tak pam. Kang esok susu merajuk terus takdek utk dipam. Tetiba terpandang pam manual yang aku baru bawak kuar dari kotak kelmarin. Hah pakai pam manual jelah. Padan muka penakut sangat gigihla ko pam pakai pam manual ye cekna. Tp kan aku rasa ok gak pam manual tu banyak pulak dpt hasil tuaian. Hehe. By my standard banyak dah tu.

Aku lapor actually. Tapiii tahan jelah sampai esok hahaha. Takut punya pasal kan.

Oklah nak tido. Or nak baca blog lama. Baca entries travel. Oh Farhan bila cayang bersedia nak travel yang? Mama dah tergedik gedik rasa nak travel. Ok frenz. Laterrr.

Tuesday, October 8, 2013

Farhan dah 11 bulan.

Pejam celik dah 11 bulan Farhan ni. Tak lama lagi setahun. Aku ni pulak too many things going on,  kekadang termissed some milestones sbb penat sangat.
- dah berdiri dan berjalan setapak dua yey.
- berdiri sendiri. I mean bukan berpaut mana mana start pagi tadi.
- kurang dah meraung gi taska sekarang ni. Alhamdulillah syukur sangat.
- masih selsema on and off. Batuk pon gitu jugak. Ingatkan dia wheezing hr tu saspen jek. Rupanya kahak banyak.
- suka makan. Walaupun x berisi mana si farhan ni, tp kuat makan. Especially bila balik taska
- Pandai sangat bergurau sekarang. Kalau aku main sergah2 dia sergah aku balik hahaha.
- pastu selalu perasan org nak kejar dia. Lintang pukang dia crawl larik
- masih suka ngutip apa2 yang dia jumpa. Grrrr.

- followings are some pics termasuk gambar raya haji

Suka kelebet purse mama main-main kad
Pepagi mood paling baik
Muka ketat sbb tak sihat. Kat klinik masa ni
Pakai jubah masa raya hihi
Cak ku cak sebalik curtain hehe
Tidoooo.

Wednesday, October 2, 2013

Sikit tentang aku.....

As-salam korang, 

Tah sape je tah lagi baca blog ni, hahahha. Takpelah, aku tulis jek, untung2 ada orang baca. Kalau takde jadi kenangan aku jelah hehehe. Asyik cerita pasal Farhan, mehla citer sikit pasal aku. Aku busy. Busy kerja. Busy kemas rumah tak abis-abis. Apartment lama tak clear lagi. Nak kasi sewa ke? Nak jual terus ke, entah. Apart from that, aku dah register balik sem baru master aku ni. Ketorr. Tolongggla tak semangatnya. Delinn, tolong tarbiah sikit aku ni. Camner nak kasi semangat ni? Padahal sem depan aku kena grad jugak-jugak sebab ada projek lain lak lepas tu. Kenapa aku amek master pon tataw? Kawan-kawan yang lain tolong la kasi semangat sikit supaya aku habiskan master ni cepat-cepat hehe.

Aku masih lagi trying to establish a new routine dekat rumah baru. OKlah. Not perfect yet. But tu jelah yang kami practice hari-hari. Pepagi farhan akan bangun kejut kami Subuh. Pastu aku pam kejap. Lepas tu aku mandi sambil cuci botol Farhan. Lepas tu Ed akan mandikan Farhan, pass kat aku aku siapkan. Dia pulak mandi. Aku siapkan Farhan dan beg sekolah dia. Bila Ed dah siap, group hug sesama pastu dia bawak turun Farhan dan dia pack beg susu kat bawah. Aku plak mandi. Time ni aku memang elak turun bawah kalau boleh sebab kalau aku turun sama, ya ampun drama air mata sangat si Farhan tak nak gi taska. Dia dengar ayah dia start kereta je dah nangis. Adoila. Itupun dah syukur banyak dah kat taska dia tak nangis sangat dah. Masa nak strap dia kat car seat jek. Ada one phase almost a month jugak dok nangis meraung-raung kat taska. Bila aku amek petang-petang mata bengkak jek. Susah hati mak dia. Rasa nak benti kerja jaga sendiri je anak. Yelah dah la tunggu lama nak dpt anak kan. Pastu anak tak happy kat taska, aku biar je ker? Anyways dia dah ok now. So dah lega sikit di situ. 

Eh tadi cakap tak nak cerita pasal Farhan kan. Hahhaha. Mesti cerita jugak kan. Permata hati mama dan ayah tu. Aku semakin lama semakin tak semangat nak kerja sini. Ada offer tempat lain, post sama gaji lebih. Tapi aku ignore jek, sebab kerja nya sama jugak. I am bored here, i will be bored there. Aku still buat kerja cam biasa, but aku tak overachiver sangat dahla. Dulu, memang sengaja buat additional kerja ok. On top of my job tulis article la, hantar call for papers la, present kat oversea la. Aku tak rasa faktor ada anak sangat. Just personally I have changed a bit. 

Jiwa meronta nak buat benda lain. Nak explore something new. Sebelum ni, undecided. Kejap nak buat tu. Kejap nak buat ni.  Now dah a bit focus dah nak buat apa. Cuma belum the right time. Bila aku discuss dengan Ed, Ed cakap habiskan master dulu. Nanti you tak boleh cope dia cakap. Betullah tu kan. 

Okla..okla.. so aku pon bukakla balik journal. Baca. Pfffttt...Yawnnn... zzzzzzzzzzzz....

Sunday, September 29, 2013

Welcome Muhammad Nazheef

20 September 2013 Farhan dapat sorang lagi cousin. Muhammad Nazheef. Dek, kalau salah date betulkan eh. So farhan ada 2 cousin almost sebaya walaupun tahun lain- lain. Nanti dah besar kawan baik-baik ok.

Farhan ni, mainan-mainan dia takdenyer dia nak main. Tapi bila Mia datang rumah, kemain sebok dia main jugak. Pffftt.  Petang tu kitorang dengan family abang aku gi visit anak sedara baru. Hehehe best!
Farhan dgn cousin Mia.
Sumer mender nak makan
Assalamualaikum Nazheef
Comey sangat. Sukerrr..

Thursday, September 19, 2013

Farhan dan 10 bulan dan potong rambut

Pejam celik dah 10 bulan kan. Pada yang tanya Farhan dah sihat belum. Alhamdulillah. Dah sihat dah.  Syukur sangat. Sekarang ni selera sangat makan. Ambik je dr taska akan makan dan nyusu non stop sampai dia tidor.Perghh.

I have to be brief sbb byk kerja. So his progress in point form jek as always.

  • Kuat betul makan sekarang. Dlm kereta 2 keping rice rusk. Sampai rumah, sometimes 1 bijik pisang cavendish. Followed by soup or porridge. Pastu nak susu pulak, 4-5 oz. Pastu bila aku makan nasik, dia nak jugak. Sesambil tu sekeping dua lagi rice rusk.  Pastu susu balik sebelum tido. Hebat dok? Kalo lapor, merempan.
  • Gigi takde lagi. Tapi tak suke makan yang pureed food. Nak yang bertekstur. Tu yang suka nasik biasa tu. Bila sengih nampak gusi jek. Haha
  • Garang ke main. Sergah orang je kerjanya. 
  • Pastu kalau nak marah dia lepuk-lepuknya kita. Sakit wei kena lempang dengan Farhan ni. 
  • Kalau nak amek barang dari tangan dia, memang tak bagi, jerit-jerit marah. Pastu lagi best dia campak jek barang kat kita. Grrrr. Gigit kang, budak Farhan ni
  • Meniti-niti sana sini. Kekadang lepas tangan sikit-sikit. Tapi takdela attempt sangat nak berdiri or jalan sendiri. Agaknya aku pon jarang Tatehkan dia.
  • Suka bukak almari sekarang. Adeh. 
  • Dah pandai panggil mama dan ayah sekarang. Suka noo jerit panggil ayah dari tingkat atas. Hahaha.  
  • Suara adalah garau. Boboy sangat.
 Tu jelah kot. Yang lain-lain cam biasa la kot. Gambar kat bawah adalah gambar sebelum dan selepas potong rambut. Rimas aku tengok rambut dia tutup telinga. Pastu nengok dia dok tergaru-garu kepala. Dahla kuat berpeluh. Ikutkan aku soh bawak barber jek. Tapi Ed kata, malas nak layan dia meraung. So aku potong jek sendiri masa mandi. Lepas tu Ed sambung pulak potong. Tapi dapat trim sebelah jek, sebelah lagi masih cam mushroom. Takpe akan mama trim lagi weekend ni, hehehe.

Oklah tu jek dulu nak log. Dah besar dah Farhan. Tak lama lagi setahun. Cepatnya besar. Sobs. 

Sebelum potong. Panjang kan. Mengerbang kekadang
Ni lepas potong. Ada sideburn. Yang kelakar, cam ada remos plak. hahaha.

Wednesday, September 11, 2013

Pindah rumah dan anak beranak x sihat

Last weekend memeang mencabar sikit. Actually bermula dengan Khamis lepas. Khamis malam tu Farhan dah start muntah-muntah. Tapi takdela teruk sangat. Dalam 2 kali gitu. Tapi memandangkan Farhan ni jarang muntah. Aku cuak jugak. Farhan jarang muntah. Luwek-luwek susu pon jarang. So kalau dia start muntah, maknanya dia nak demam or something else. 

Esok pagi pon macam tu, asal masuk susu je muntah. Terus aku cakap dekat Ed, jom bawak gi paed. Bak kata Mawar, anak kecik bawah setahun, sakit jek bawak gi paed cecepat. Anak mahal tu, Cekna. Hehehe. Baik War. Naseb baik tak ramai orang. Dia dah lembik sikit masa tu. Melepek je. Ada hati nak membuas, tapi nak berdiri pon tak larat. Cian sangat. Masuk jek, aku timbang dulu. Laaa baru 8.5kg jek Farhan ni. Ingatkan dah dekat 10kg. 

Bila cakap kat doc dia muntah-muntah, doc terus tanya. Adek ngutip apa ni dek. So doc nak periksa tekak dia. Payah jugak nak cek anak tekak dia, but dapat gakla. So doc ckp ada nanah kat tekak dia. Tu yang asyik muntah tu. Plus perut dia kembung sangat. Doc anticipate jugak yang esok-esok dia akan start cirit once the nanah tu pecah. So dia bagi segala ubat. 

Alhamdulillah, Farhan ni ubat mudah sangat makan. Dia suka ubat. Especially yang sejuk-sejuk. Tapi petang tu makin teruk dia muntah. Aku serabut juga sebab esok tu aku akan pindah rumah. Serabut sangat kepala aku. Barang tak siap kemas. Permit pindah belum settle. Kotak tak cukup. Arghh. Dan yang utama anak sakit. Malam tu entah berapa kali lagi Farhan muntah.  

Esoknya continue pindah jugak. Tapi x dapat siap one shot. Barang banyak, dan yang lebih utama tak siap packing. Ko bayangla serabutnya pindah tp barang tak siap packing. The last time we moved. Mmmg sumer bender dah dlm kotak dan berlabel dan bersusun. Aku dengan Ed both cuti tapi yelah anak tak sihat nak hantar taska pon tak sanggup.  Dekat rumah baru makin teruk Farhan muntah, dicampur dengan cirit pulak. Ya Allah, sampai lembik dibuatnya. Masuk susu jek muntah. muntah cam air paip. keluar ikut mulut dan hidung sekali. Dia hanya tak muntah kalau susu aku je. Jenuhla pam. Dpt 1 0z. dpt 2 oz. Tu jelah yang body dia accept. Nampak sangat istimewanya susu ibu ni kan. 

Masa pindah tu, neni Farhan ada sini so neni urut kaki dia, urut perut dia. Barulah selesa dia tidur walaupun perut lapar. Dia pon trauma nak susu sangat sebab takut muntah. Tapi every time muntah walaupun tahap kuar makanan katbidung, farhan tak nangis. aku yang nangis. Bila dia nampak aku dah nangis tu dia boleh senyum2 lagi tu.
As if macam nak cakap ,rileksla mama. Farhan ok.


Malam tu tengah sedap-sedap tidur, berdentum bunyi. Ya Allah, jatuh katil pulak. Memang meraung sakan. Sian dia. Dahla sakit, jatuh katil pulak. Selalunya aku sedar, tp agaknya aku pon penat, tak sedar haper dah. I am sorry baby. So sorry. 

Esoknya I took matters in my own hand. Dan pegi kedai tukar susu dia. Carik yang soy based. So we bought Similac. Balik test 1 oz. nampak ok. After half an hour bg 2 oz. OK jugak. So kami bagi susu tu selang-selang dengan susu mama. Memang haru biru sebab hari tu kami masih sambung pindah randah lagi. Mana nak kemas barang, jaga baby, pam susu. Serabut otak aku. Dan hari ni pulak, Ed pon start perut tak sedap. Tahap gigil2 dia. Kesian aku nengoknya. Masa tu both tak sihat, aku jek ok

Monday tu, Farhan dah better a bit. Tak muntah dah so dia dah pergi taska. Yang harunya, aku pulak yang diarrhea sampai gigil, macam ed. Serius sakit sangat tak tahan. Pergi klinik pon kena orang hantarkan. Seb baik masa tu Ed dah sihat sikit, so dia yang uruskan Farhan. Memang harulah. 

Up till hari ni, aku tak ok sangat lagi. Masih tak sedap perut. Farhan pulak dah better a bit, tapi doklah nangis je kat taska tak leh kakak taska tinggal kejap. Yelah dia tak sihat sangat kan. Kesian dia kejap jek dah kurus anak mama. Gambar kat entry bawah tu kan pipi dia dah labuh sikit kan. Cian cangat. Mama doakan Farhan, sihat ye sayang dan takmo nangis-nangis kat taska ok. Mama doakan kakak2 taska diberi ilham dan kesabaran untuk jaga Farhan ye. Jap gi mama balik.

Sampai hari ni, barang tak siap unpack lagi. Still living from boxes and luggages. Pelan-pelanlah. Tak larat. alhamdulillah aku dan ed pon sakit tak serentak so ada sorang yang leh jaga Farhan. ok lah laterr.
Dekat Az-Zahra nak jumpa Paed. Melepek je dia
Neni dia urut kaki dan perut. Lena tidor lepas tu. Tak muntah
Main buai pon taknak.

Thursday, August 29, 2013

Farhan dah 9 bulan

As Salam 

As always dah nak masuk bulan seterusnya baru aku sempat nak buat update dia. Busy dan penat manjang sekarang ni. Kejer pon demanding sangat. Tu pon aku dah dpt assistant so okla sikit. At least kerja-kerja coordination dah leh pass kat dia dah. 

Farhan dah 9 bulan masa raya baru ni. Kejap je kan. Eii tak lama lagi nak setahun dah. Besar dah baby mama ni. In fact aku rasa muka dia dah cam toddler tau. Tak macam baby sangat dah. Akal pon dah macam-macam sekarang ni. 

Masuk je 9 bulan, dia dah tinggi separation anxiety. Tak leh tinggal kejap. Tak nak dengan orang. Meraung-raung kalau orang ambik atau tinggal kejap. Tak mau langsung dengan orang. Time raya pulak tu, ades. Time nilah ramai orang nak dukung dan agah kan. Sorry, saya nak mama dan ayah jek. Ada hari-hari kalau dengan ayah pon aku kena nyorok-nyorok sebab kalau dia nampak aku, terus nangis nak aku. Grrrr padahal seblum tu ok jek. 

Pastu tetiba dia ada surge of appetite. Lapor memanjang. Kuat sangat susu dan kuat sangat makan. Suka aku nengoknya. So sentiasa kena ada spare susu dan spare makanan sebab dia lapor. Suka dengar selawat, dan muzik. Yelah babies kan suka memender yang ada rhytm ni. Dia suka lagu dr Voice of Ummi, Cartoon MumuHug, Thomas and Friends, lagu tema Al-Quran The New Dawn. 

  • Suka cengkam dan cakar-cakar  Risaunya dia cakar kawan-kawan kat taska
  • Dok gatal gusi, sesikit tarik tangan aku jadik teether dia. Mak oihh kerasnya gusi. Dahla gigit sekuat hati sampai gigil-gigil kepala.
  • Dah pandai main-main dan gurau-gurau. Dia dok buat bunyi kat perut aku macam aku selalu buat kat dia tu. Observant nyaa.
  • Masih suka tarik rambut kitorg
  • Tak suka makan yang terlampau cair. Perasan dah besar. Aku tak blend dah makanan walaupun gigi takde lagi
  • Tak berapa suka pacifier dia dah. Kalau aku sumbat dia cabut dan campak jek
  • Tak suka jugak aku tepuk-tepuk dia untuk tido. Dia akan tido sendiri jek. Habis terer dia suka aku gosok2 kepala dan belakang je, Tu pon tak yah lama-lama, ok Mama. I will sleep on my own as I like it. Alaaa anak aku dah besar dah. 
  • Suka sahut-sahut or jawab kitorang cakap. Comel. Sukerr.
  • nangus meraung raung bila aku pakai twlekung nak solat. pesal tah. siap crawl jauh2 dr aku sampai ke dapur. Pastu dok intai2 aku dari dapur dah siap solat ke belum. lepas aku bg salam dan bukak telekung. kelam kabut dtg kat aku balik. mmg x faham.

    tu jelah kot. nanti aku update lagi.
    Farhan an actually .dah 10 bulan.
    eiii rimasnya menaip kat tepon ni. ok nantila pulak aku update. nite.

Thursday, August 22, 2013

Sewa mainan atau baby's equipment

Dah lama nak post pasal ni. Manjang takde masa. Ni second time aku sewa. Masa dlm pantang dulu ada gak sewa swing tp kejap jek sewa sbb Farhan gayat. 



Masa farhan 7 months aku pikir nak sewa jumperoo gitu. Kononnya kalau dia nak dok dalam tu, bolehla aku buat kerja rumah sikit while dia dok dlm tu. Aku sewa from rentatoys.com.  Macam2 ada kat situ. 

Ni ler rupa jumperoo tu.

Jumperoo ni memang makan space sikit
Memula okla
Jumperoo ni lompat setempat jek. Boleh pusing2 dalam tu 360 darjah. Masa tu dia baru belajar melompat. So konon bestla dia dalam tu. Takde nyer. 10 minit je duduk. Pastu nangis. Kalau kena tinggal kejap lagilah terus nangis. Pfffttt.. 


Tak dan 10 minit dah nangis. Ayahh..penat...
Satu lagi yang aku sewa ialah carrier ni. Ni pon sama. sekali je duduk dalam ni yang tak nangis. Pastu nak masukkan dia dalam ni pon ya ampunnn. Berpeluh-peluh mama ko dibuatnya Farhan. Konon nak guna kalau aku gi beli barang basah sikit-sikit. Senang, tangan aku free. Dan tak yahla tunggu Ed sangat. Takde maknanya. Tak suka jugak. Padahal, dah habis user friendly dan selesa tau carrier brand Fisher Price ni. Nak pakaikan pon tak la horror sangat sebenarnya. Saje je si Farhan nak test aku. Grrrr.


Kesimpulannya Farhan ni tak suka kalau movement dia constraint. Dia nak bebas. Masa raya baru ni aku try letak dalam walker cousin dia pon dia tak suka. Yelah dia dah crawl dan menit-niti gitu sekali masuk walker dia tak reti maneuver terpusing-pusing cam kucing kejar ekor sendiri, marahla dia. Daratla, dek. Hahhaha.

Seb baik aku tak beli jumperoo atau carrier tu. Cukup jek sebulan aku return. Nanti nearing cukup sebulan, comp tu akan hantar reminder nak tambah sebulan lagi ke, gitulah. Aku pikir baik aku sewa. Bukan murah2. Buatnya Farhan tak suka, mampuih aku. Dahla duit habis pastu stuck dengan barang-barang yang tak pakai satu hal dah. So kalau korang nak sewa mainan/baby or toddler's equipment boleh ke rentatoys

In fact kalau nak wat birthday party boleh sewa tau gelongsor, swing bagai tu dari rentatoys. Ko pegi site tu, pilih barang, bayar deposit, barang sampai, guna, return barang, diorg collect barang, inspect barang, return duit. Settle. Aku suka service diorang. Straight forward je. 

Haaa, finally buat gak entry nih. Pesal aku notices now, bila upload gambar ke blogger pecah2 gambar. Korang nampak pecah tak? Ke screen aku nih, entah.n 

Wednesday, August 21, 2013

Tak leh tahan. Kena share gak.

The duck faces. Hehehe..
Tetiba, eh pesal anak-anak diorg pon ada gambar wat muka cam ni. Terus aku colect dan kolaj kan. Hihi suker.
Farhan bersama Cikton, Kem dan Aqilah.
Dikelilingi aweks, ko hahaha.

Sunday, August 11, 2013

Selamat Hari Raya Semua

Amacam raya? Kitorang oklah. Timing semya lari sebab ikut jadual si Farhan ni. Farhan ada masa super friendly dengan orang sampai angkat2 kening aky dan Ed sebab dia clingy sangat sebelum ni. Tapi kalau malam jek mmg fail la pasal dia tido kol 8 malam kan. So masa tu mmg merempan la kalau masih beraya lagi.
Oklah rasanya tahun ni x payahla aku update day by day update. Takde masa pon. Dari hari sebelum raya sampai 3 rd raya aku kat rumah mama di Puchong. Tahun ni x balik pahang. We probably balik later kot. 2nd raya pagi2 buta Ed dah balik kg dia temankan Mak. Aku menyusul kemudian. So now masih di kampung Ed.
Followings are some pics taken masa raye.


Susah nnk buat caption pakai phone ni.
So aku tulis jelah. gambar 1 farhan dgn baju melayu cotton beli manjakuhappy.payah nak amek gbar dia. kopiah dia buang jek. grrrr

Gambar 2 ialah farhan dgn cousin mia. mia ni cheeky sangat dan friendly. senyum sokmo. farhan ni garang kadang dia sergah2 jek mia tu. ingatkan mia nangis, sekali dia bantai gelakkan farhan haha. kiut ya amatss.

gambar 3...farhana
?
?
?
? haha

lastly. gambar meraung taknak pakai baju.

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan hampir pergi

Ya Allah cepatnya puasa tahun ni kan. Maybe sebab x banyak sangat amalan buat lagi terasa cepatnya. Lusa raya dah? Malam ni last terawikh dan sahur? Cepat sangat. Feel nak raya tak ada pun. Tah maybe sebab perisian ramadhan kali ni kurang sangat. Terawikh kurang, tadarus kurang, solat sunat kurang serba serbi kuranglah.

Maybe aku tak adjust lg puasa dengan ada Farhan ni. Tak blame dia. Malam-malam by 8.30 or latest by 9 dia dah tido. Boleh sangat nak terawikh. Ada hari-hari buat. Ada hari hari tido saing dgn Farhan. Kekadang kol 2 bgn pam susu buatla sekali apa yg patut.

Kerja pon a bit horrid masa puasa. X jangka sesibuk ni. Balik hari2 lambat. Takde juadah special pon untuk berbuka. Tak sempat. First 3 weeks masak jugak walaupun simple. Masuk minggu akhir aku x sihat sangat mmg beli jelah hari hari. 

Tahun lepas ramadhan masa pregnant. Memang terisi sungguh. Tapi masa tu aku tak kerja. Masih bedrest kat rumah. So lain aikit. Tahla. Eii sedihnya nak raya dah.

Friday, August 2, 2013

Farhan dah 8 bulan

Actually esok dah 9 bulan. Mama super duper bz. Ingat bulan puasa x bz. Makin bz lagi ada. Fenat. 

X larat nak tulis panjang2. Aku buat in point form jelah 

¤ suka jerit jerit. Pandai protes especially kalau dia nak main air.
¤ makan masih hits and misses gak. Sometimes nak sometimes tak nak langsubg
¤ kuat sgt nyusu. Aku dah tukar teat botol br ni. Perhhh lajunya dia minum.
¤ suka nak pegang sendiri makanan. So pegang bb biscuit tu
¤ gigi takde lagi. Sebatang pon xde lagi
¤ tp walaupun gigi xde dah taomo nasi bubur yg blend.
¤ dah mula kenal org dan memilih sgt sekarang ni
¤ Suka sangat lagu Erti Alfatihah tu. Kalau dengar mmg benti mengamuk
¤ merata dah dia crawl dan meniti. Suka sgt nak masuk dapor dan bilik air
¤ kalau alu cuci montot dia kejap kat sinki, dia tunduk minum air direct dr paip tu grrrrr
¤ masih boleh mandi pakai tub newborn tu. Walaupun kaki dah terjulur dr tub tu. Pepagi ed akan mandikan. Dia rilek jek baring dlm tub tu. Father son bonding time. Hehehe
¤ angguk2 kepala kalau dgr music. Tp paling ralit kalau dgr lg tema al quran the new dawn kat tv alhijrah tu.
¤ masih minum susu mama.bekalan memang merudum gila semenjak puada ni. Aku pulak x disiplin sgt pam dan minum air. Ada kalanya Farhan bawak 3 botol jek susu ke taska. Disebabkan dia dah campur fm aku xdelah pressure sgt. Tp aku x leh biarkan keadaan ni. Lelama tak kuar kang susu sbb kurang disiplin nih.


Tu jelah kot. Aku taip kat phone sambil menitik nitik air idung dan air mata. Kurang sehat sikit. Apak Farhan balik kg ni. Ada urusan sikit. Aku malas nak ikut sbb x daya nak packing segala. Tapi bila dok berdua jek dgn farhan time x sihat ni mencabar gak. Kesian dia kena marah lite lite sebab dok membuas td. Tapi xde guna pon marah dia bukan faham pon. Sudahnya mama dia akan rasa guilty sendiri.
Oklah farhan finally dah tido. Aku nak pam susu kejap. Cian cayang mama ni.
So here's few pics of Farhan.
Suka muncung2 pastu sembur kat orang
Dah reti appreciate menan dia. Berdiri kan main confident.
Ahaha masa ni kantoi sembur air dalam mulut. Seb baik bukan pewangi.
Mainan favorite tetaaappla wayar dan tiub pam
Ohh hanger suka jugak. Ni kol 2 pg. Abaikan rumah sepah. Ye rumah aku xde flat screen tv haha
Ni pepagi, skema sikit sikat rambut. Luasnya dahi, dek.
pepagi memang good mood sangat
Suka mandi dan main air
Sekarang tak suka dah pakai topi. Sobbss. Camner nak pakai kopiah raya ni?
Ni gambar favorite Aki dia, hehehe.

Selamat Hari Raya, semua!
Maaf Zahir Batin.