Friday, January 4, 2013

Farhan dah 2 bulan

Assalamualaikum wbh dan Selamat Tahun Baru. 

Sekejap jek dah 2013 kan. 2012 memang tahun yang bermakna untuk aku. Dan macam-macam perkara yang berlaku. Yang best dan tak berapa best. Antaranya aku tak kerja almost setahun, baba 3 bulan dekat hospital atas pelbagai masalah kesihatan, had a greaatt time di Turki dengan Ed, start fertility treatment, got pregnant yang penuh dengan drama dan cerita, parents aku accident  where baba patah tangan dan mama patah kaki (sampai sekrang belum boleh jalan), adek aku kawen, dan of course the arrival of Muhammad Harith Farhan yang sangat kami nanti-nantikan. 

Semalam Harith Farhan dah 2 bulan. And how did we celebrate it? By sending him to taska. Sob..sob.. Next week aku dah nak masuk kerja, so kena training Farhan gi taska. Tak hantar lagi pon, aku dah nangis. Kesian sangat kat dia. Ed pulak cakap semalam dekat Farhan,

Adek jangan marah mama dengan ayah ye Farhan. Mama dan ayah takde pilihan, terpaksa hantar adek gi nursery. 

Lagila aku nangis. Esok masa hantar tataula camner mak Farhan ni. Panjang doa-doa aku untuk Farhan. Kalau korang nak komen jangan nak takut-takutkan aku ok, aku dah cukup takut. Kalau korang nak komen pasal taska ni, korang bg tips on apa nak bawak and so on and how to survive the first week without ur baby depan mata, ok. 

Masa aku dan ed hantar tu aku dah berdebar gila sebab budak tengah menangis-nangis masa tu.  Agaknya the kakak taska saw the worry in my eyes dia cakapla, budak2 masa pagi2 memang nangis sikit, sebab mandi. Owh ok. Ada baby yang tak sempat mandi dekat rumah mandi di taska. I get it. Masa passkan Farhan tu aku ok lagi. Bila dia tanya ada apa-apa pesanan ke? Ed cakap, jaga baik-baik. Tu je. 

Masa nak patah balik ke kereta tu, dah kembang kempis hidung aku tahan nangis. And surprisingly aku tak nangis. Maybe aku dah nangis dua-tiga hari sebelum tu. And perhaps sebab aku ada dekat je dengan Farhan. 3 minit naik kereta je boleh sampai. Mama doa-doakan adek sihat, selamat dan dilindungi Allah selalu. Mama jugak doakan agar adek, good boy je dekat taska, senang nanti kakak-kakak nak jaga. 
Farhan on the first day pergi taska. Syiannya anak mama.

Lepas hantar Farhan, ed dropped me, aku makan breakfast, jemur kain, kemudian aku siap-siap keluar nak ke Tabung Haji bank in duit Farhan yang berkepuk tu, hahaha. Loaded ko, dek. Tapi ramai gilerrrr orang kat Tabung Haji. So aku cancel dan pergi ke kedai baby Manjaku. Brrrr bahaya gi kedai ni. Beratus-ratus duit aku habis. Pastu aku dah 2x kena, aku beli baju yang harga offer, pastu aku akan amek yang sebelahnya yang tak offer. Tak perasan. Bila bayar eh, pesal mahal sangat. Sekali aku terkena baju RM39.90 sekali lagi overall yang harganya RM69.90! Gulp. Baju mama pon tak mahal gitu dek. Dahler baju-baju tu kekadang tak sampai sebulan pon kan, dia dah outgrow. Harus berhati-hati lagi lepas ni Cekna. Silap aku la tak double check. 

Lepas tu aku gi amek Farhan. Bila aku tanya, macamana Farhan. 

Alhamdulillah la kak. Okay sangat dia, compared dengan budak-budak lain. Nangis sikit masa nak tidur je. 

Actually, aku tak perlu nak compare dengan bebudak lain. AKu nak tau dia jek. Kalau tak nangis Alhamdulillah. Dekat taska diorang tak pakaikan mittens sebab diorang akan tidurkan dalam keadaan meniarap. Menurut mereka, mittens tu takut ganggu pernafasan. Kalau tak pakai mittens kena ensure that kuku dia pendek. Kuku dia tajam, baru kelmarin dia cakar kelopak mata dia sampai berdarah. Sekejap jek mittenless masa tu, lepas mandi. AKu try nak potong kuku dia semalam. Seriau yang amat. Tak berani. Last-last masa Farhan lepas mandi dan tidur atas Ed, Ed yang potong. Aku nengok seram dan mulalah nak pesan macam-macam dekat Ed. Terus jek aku gi dapur lepas tu, tak berani nak tengok and just put my trust in Ed. Takut sangat terpotong isi. Lepas 10 minit gitu, Ed soh angkat Farhan tidur dekat dalam. Dah settle.Terrerla ayah. Alhamdulillah.

Aku dengan Ed are so in love with this boy. Kekadang saje jek tak angkat cecepat bila Farhan nangis, sebab suara nangis dia kiut sangat. Especially kalau bangun tidur, hahaha. Bila Farhan senyum or buat muka kiut, we will exchange glances and smile, and sometimes laugh kalau gaya/bunyi tu kiut sangat or first time dia buat. Angau dah mak pak ko, Farhan. Ya Allah, aku bersyukur sangat atas nikmatMu ini. 

OK here's some pics. Aku try buat collage tapi jadik semak lak. Camne korangh combine-combine gambar? Pakai Picasa ke? Hisshh tak reti aku. Anyways, ni gambar Harith Farhan untuk tatapan aunties/uncles and especially to Papa Long yang dok harrassed Mama Farhan for more picures. Enjoy the pics, sementara ada ni. Maybe akan diturunkan nanti. Maybelah, we'll see.


Cak!

Atas bouncer, tido lama gak kalau atas ni

Farhan dalam bantal maternity yang bergunaaa sangat

Huarrrghh ni nguap bukan nangis hehehe




Berangan

Dah pandai pandang kamera



OKlah tu jek, aku nak gi pasar beli barang basah sikit. Tak sempat sangat nak masak. Nak solat pon kena lari-lari. Unless Ed balik awal adala can masak. Kalau aku dah kejer tataula camner. Kena cekap dan pantas lagi Cekna. Baru anak sorang kan, korang yang anak ramai pastu takde helper tu memang hebatla. I salute u!

14 comments:

  1. ceqna..kalau ko boleh tahan dr nanges..aku pulak yg tak tahan.kembang kempis hidung aku menahan sebab bila bayangkan kena hantar ke nursery..huhu

    apa2pun aku doakan dia dijaga elok2 oleh nursery tersebut.

    ReplyDelete
  2. anak-anak akak pakai mittens masa dalam pantang aje

    kalau ikut perkembangan awal kanak-kanak diaorang tak bagi sangat pakai mittens, sebab diaorang nak baby rasa kulit mak dan bapa dia, biar dia rasa sentuhan dengan tangan dia lah... salah satu development untuk baby lah, macam tu lah :) hehehe

    cute farhan :) kejap je dah dua bulan :)

    ReplyDelete
  3. Masya Allah what a handsome little boy! I am so happy with the progress you and Farhan are making. As a parent, kita memang tidak akan berhenti worrying about our child no matter how old he gets to be.... Just leave it all to Allah - kita mampu decide yang terbaik and the rest tu Allah yang tentukan. Doa saja banyak-banyak supaya anak-anak kita dilindungi sebab doa ibu bapa tu mustajab tahu...

    ReplyDelete
  4. bebehhhh...aku rasa baruu je ko branak ari tuh dh nak habis pantang dah ? aiseh bila mau jumpak ini budak bertuah yaaa...tight up betoi jadual tak kire nak jumpak jugak

    ReplyDelete
  5. salam...ololololo...tomeinyaaaa!! jendulnya dahi dia, bijak nanti, insyaAllah. k.ina mmg x pakaikan mittens dr dlm pantang.k.ina ni jenis berani aje potongkan kuku dia. my hubby lak yg takut, hehe...yg psl saving duit dlm tbg hj, k.ina transfer aje dr maybank2u ke th under online bill payment. x rela nak g th yg x pernah surut org d trg ni...tp kalau belum buka akaun, terpaksa jgk p, ye x?

    ReplyDelete
  6. cute! esp gambar yg pakai baju biru tu. hitam lebat rambut dia... belum cukur lagikan? kalau cukur lepas tu mungkin akan lagi lebat :).

    ReplyDelete
  7. Thank you angah.. love the pic.. nanti ada masa skype lak yea.. huhuhu nak :( Farhan..

    ReplyDelete
  8. luas dahi, macam dahi aku ekekeke . ikut dahi ed kot sebab dahi ko tak luas kan? heheheh

    ReplyDelete
  9. Omg kak, so cute... i thnk he luks like u la... very hensem boy.. mcm anak mami je hs muka.....vry pakistani i wud say.. haha.. thnks fr ur msg.. wl keep u updated.. m glad to hv sum1 lik u.. lik a big sis i wud say.. tc n c ya soon.. hugs!!

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Thank you all for your comments. Sorrylah tak sempat balas one by one. I was reviewing back all Farhan's entries tetiba terperasan, OMG aku tak balas komen korang kat entry ni! Sorry ek. Aku appreciate sangat ur comments. Farhan is such joy to me and Ed.

    ReplyDelete