Wednesday, February 20, 2013

Cabaran Breastfeeding 3 :Nursing Strike

Baru jek aku tulis pasal growth spurt tu kan, haa ni ada satu lagi pesen baru si Farhan. Aku rasa he is on nursing strike pulak. Aku cakap kan kat entry lepas yang bila dia direct feeding, dia akan latch and unlatch tu kan, sebab dia nak minum dgn cepat. 2 hari lepas tu dia langsung taknak menyusu direct ok. 

Memang dia alih kepala, siap menangis-nangis hempas-hempas kaki adoi. Pastu kalau aku tolak muka dia ke apa ke, memang nangis. Lepas nangis tu  ngomel-ngomel pulak tu. Marah aku paksa dia DF. Orang cakap takmo, takmo la ma. Sebelum ni, aku ingatkan dia terikut schedule taska, siang nak botol malam nak df. Tup-tup malam pon taknak. Sedih mama ko, dek. 

Malam semalam sekali jek dia DF at 3 am gitu,tu pon sebab ngantuk sangat takleh bukak mata, so tak gaduhla dengan aku. Pasrah jek aku sua nenen dekat dia. But the rest of the night dan dah 2 hari mmg nak botol jek. Maybe dia tengah kuat nyusu dan dia rasa susu aku lambat turun. Or dia tengah tersumbat idung, dia rasa tak selesa nak DF sebab kena effort sikit kan. 

Kekadang nampak gak dia terpusing-pusing badan nak DF, kesian gak. Tapi bila dibagi memang tak mo. Bila aku baca ni, salah satu peel nursing strike. Ed cakap kat aku, janganla kecik ati, dia bukan tau apa. Pam jek, nanti2 dia ok. I hope so, penat la sikit bila siang malam kena mengepam kan. If not selama ni, aku DF jek bila balik kerja tu. Plus, I miss having him latching on me. Miss tengok muka dia tengok aku. Memang undescribable feeling tu. Takpelah I hope it's just a phase. 

Kejap.............
Hmmmm baru lepas tutup telinga si Farhan ni. Bising orang dok main mercun. Terkejut-terkejut si Farhan. 

Oh ya, last Jumaat, first time aku tak fetch Farhan dari taska. Aku meeting. Kol 7 malam masih di meeting room. Tu pon pukul 6.45 aku menyelinap keluar kejap sebab belum solat Asar lagi. Memang tak sempat nak pam sumer. Aku sms Ed, untuk amek Farhan. Dekat pukul 8 malam gitu baru sampai rumah. Tu pon berangkut notebook sumer sebab kena buat kejer kat rumah. Pfffftttt.. Hmm come to thing of it kan, start hari tulah Farhan slowly takmo DF. Change of routine kot. Tetiba ayah balik, dan siap-siapkan dia instead of mama. Tahla, Farhan.

Anyways, aku mohon sangat Allah mudahkan my BF journey. Beri aku ketabahan dan kesabaran untuk susukan Farhan selama yang boleh. I am sure korang yang menyusu anak lama-lama tu, sure ada cabaran memasing kan. Oklah, aku nak check email dan document kejap. pastu nak tido. 

**written in darkness sambil teman Farhan tido.

Monday, February 18, 2013

Cabaran Breastfeeding 2

Salam korang, 

Aku tengah mengepam ni. Sekarang pam dekat bilik jek yang morning session. Ada masa sempat, ada masa terbabas. Alhamdulillah ada la rezeki si Farhan ni, walaupun aku dah campur FM dari 3rd week lagi. Now dah 3 bulan lebih FM diguna dalam 2-5% jek. Kalau weekend berjaya jugak fully breastfeed, tapi kalau hari kerja memang tak dapat la sebab stok tak cukup dan stok takde. Memang stok susu aku ialah pam hari ni untuk hari esok jek. Sekarang Farhan bawak 4 botol ke taska. Sebotol dalam 3-4 oz. Selalunya habis. Ada masa-masa x habis kalau dia kuat tidor. 

Aku pam sekarang pukul 10.30 pagi, 2.30 ptg dan 5 ptg. Adala terbabas sini sana sebab ada meeting dan sebagainya. Every mornin aku kena tengok shedule dulu dan adjust my pumping time. 

NI bekal Farhan bawak gi taska. Ada numbering, date and time

Ni beg aku. Belah atas aku letak corong dan milk collection shell

Belah bawah letak storage bottles dan ice pack, kiri, kanan dan atas.

Ni rupa beg tu dari luar. Super like.
Ginila aku punya  gears untuk pumping. Beg tu brand Jingle Jungle, aku suka sangat. Belah atas aku letak corong pam dan bawah botol-botol dan ice pack. Walaupun kat opis ada frdge malas la letak dalam tu. Plus aku pam kat bilik jek. Malas nak berangkut susu ke pantry lak. Sebab corong sumer letak kat dlm beg yang sejuk, tak yah clean up sumer sampaile balik rumah. 

Setakat ni masih boleh pam lagi. Aku pegi audit pon aku bawak pam. Luckily pam aku tak yah pakai power, so tak perlu depends dekat power. Janji charged sudah. Charge pulak, kekadang lebih seminggu baru charge balik. So I love my breastpump. Bising tetapla bising but not too bad. Keputusan beli double pumping punya pam memang tepat sebab cepat sikit. Imagine kalau pagi punya session kena pam sampai 20 minit untuk kosongkan breast. Kalau pam single jek dah 40 minit tu. Tu belum campur assemble sumer. Silap-silap sejam dah gone kan pepagi tu. Mampus kena sound karang. So aku taknak sesapa jadikan issue aku mengepam ni.

Beralih kepada cerita Farhan, hehehe. Farhan sekarang ni tengah mengalami growth spurt, yakni dia lapor sokmo dan kuat sangat menyusu. So, dia akan latch and the unlatch pastu latch balik bila menyusu. Geramm. Dia tengah lapar, dan nak menyusu dengan banyak dan yang best is I want it nowww!! tu yang dia dok latch unlatch tu. Memang tak berapa tidur sangat aku dibuatnya. So dek kerana my body is trying to keep up with Farhan's demand, pagi ni bila pam boleh tahan banyak. Alhamdulillah. 

Aku baru jek dapat tau trip ke Shandong, China tak jadik. Legaaaaa aku. Serabut aku pikir. Kalau bawak Farhan, camner siang-siang tu. Kalau tak bawak lak, berapa banyak stok nak kena tinggalkan dan camner lak aku nak pam dan simpan stok kat sana. Alhamdulillah, Allah mudahkan, tak jadik, Legaaaaaa. 

Aku respect sangat orang yang boleh fully BF anak sampai 2 tahun sebab mencabar sangat. Weekend memang susah nak pam. Malam aku langsung tak pam. Respect aku kalau ko kerja, tapi masih bangun tengah malam untuk pam. Ngantuk giler. Tu belum campur orang yang kerja outstation selalu dan pergi tempat-tempat luar bandar sikit macam Angah tu. Memang gigih ok. Aku once sampai rumah memang direct feeding jek yo. Memang tak pam.  Ya Allah, cukuplan susu untuk Farhan Ya Allah dan mudahkanlah perjalanan breastfeeding kami.

Thursday, February 14, 2013

Beralih bulan

Salam korang,

Gi mana korang Tahun Baru Cina lepas? Aku dok umah je. Farhan ada jab 3 bulan Sabtu lepas. Pakai smart-smart gi hospital. Hihi. Aku basuh la baju Gap yang aku beli 2 weeks ago. Dekat baju tu cakp 1-2 years saiznya. Salesgirl beria tanya anak akak umur berapa. Aku cakapla kan. Muka dia cam blur jek, apsal aku nak beli baju tu sedangkan Farhan baru umur 3 bulan. In fact masa tu belum 3 bulan pon lagi. Aku tengok cutting baju tu cam kecik jek so aku beli jelah. Kotla boleh pakai. Seb baik aku basuh dan test dekat Farhan. Ketat ok. Sendat dah kat perut tu.

Baju size 1y.  Sendat yo.

So pergila jab. Nangis sikit jek alhamdulillah. Balik jek aku tuma tempat jab tu, alhamdulillah tak demam. Paed bagi ubat utk kurangkan phlegm dan selsema Farhan. Memangla payah nak baik sikit batuk dan selsema ni. Dok taska kan. Bila aku pergi amek dia hari tu most kids tengah selsema. So, tak heranler dah 3 weeks tak baik-baik. Cuma kesian sangatla. Sebelum ni dia memang bukan jenis menangis-nangis budaknya. Kira senangla nak handle kan, nak bawak ke mana-mana pon senang, until 1 night. 

Malam esoknya kami pergi dinner dekat Islamic Steakhouse yet again. Sepanjang kat sana ok jek. Neni farhan pon cakap baiknya Farhan dok dalam stroller main sorang-sorang. Panas peluh-peluh pon tak nangis. Yelah sangat kan. Balik rumah jek, dia dah nak nyusu dan tido, tapi aku lambat sikit, dia bantai nangis. Tak pernah nangis macam tu. Lepas tu siap taknak dengan aku, dan tak nak nyusu. Macam merajuk pun ye. Nasib baik dia nak dengan Ed, so Edlah yang soothed him. 

Besoknya dekat rumah Fiya pon tetiba bad mood gitu. Mula-mula elok jek dia sembang sorang-sorang atas tilam. Agaknya aku tak pay attention kat dia or dia dah letih sangat or dah lapar, terus dia mengamuk. Masa tu bila bagi susu pon tak nak dah. Sampai terjaga baby Fiya Cik Aton. Dia hanya berhenti nangis masa azan Maghrib. Apa la dek, malu jek nangis-nangis kat rumah orang tau. Lepas tu bagi susu, dia tidur kejap, Dan aku balik lambat sikit. Kasi minum kenyang-kenyang, dan ikut saranan Fiya start kereta dulu, pasang aircond lepas tu terus gerak. Alhamdulillah ok.
Eii dobot betul la si Cik Aton ni. Comelll. Bilala nak rata rambut si Farhan ni
Farhan dah tak tahan geram nak makan lengan Cik Aton. Dek, jangan makan anak orang!

Pandai sangat Cik Aton ni pose kan. Comelllll. Farhan ni camne nak tackle nangis meraung-raung. 

The next day, memang hari mengamuk sedunia. Kesian tengok dia, and I don't know how to soothe him. Memang tak nak dengan aku. Tak nak breastfeed. Nak isap botol jek. Pulak dah. Dan Ed jek yang boleh pujuk dia. Masa aku dukung dia, siap pandang ed dan hulur tangan lagi soh ed amek dia. Pandai nya kan. Sedih aku, tengok dia nangis macam tu. Dia hanya lelap atas riba Ed sambil sedu-sedu. Kesian sangat. Memang tak pernah nangis macam tu. Mama aku kata, maybe beralih bulan or dia tak biasa pergi rumah mama. Different surrounding tu yang nangis. Tahla. Serius tatau nak buat apa. 

Lepas tu aku baca la pasal growth spurt, atau beralih bulan ni. So adala some things that I can do. Semalam, aku praktikkan. Panjang doa aku sebelum amek dia kat taska, sebab malam semalam ed ada badminton. Risau aku takut dia nangis meraung-raung aku tak reti nak handle. Sampai rumah, aku check susu ebm dia ada sebotol tak abis. That means dia lapar. So sampai jek aku bf dia. Pastu main-main dengan dia sekejap. Tapi tak main lama sangat takut dia overly tired or overstimulated (term baru yang aku belajar) pastu tukar pampers, urut perut dia dan tukar baju tido. Masa tengah pakai baju tu dah nampak dia dok garu-garu telinga dan genyeh-genyeh mata. Adei tu tanda-tanda ngantuk tu, kalau aku lambat attend, memang meraung. Cepat-cepat aku susukan, tak sempat siap butang baju pon. Dah lelap baru aku butangkan baju dia. Dia tengah phase, tak leh lambat sikit, nanti meraung susah sangat nak pujuk. So we took turns untuk makan dan mandi once Ed balik. Bila dia ek sikit jek terus tepuk or bagi susu. Berjayalah tido dari pukul 7.45 malam sampai esoknya. Alhamdulillah. Tak nangis. Lega. So few days ni, kena attentive lebih sikitla kat dia. 
Ni lepas one of his crying spell. Bila tidur kesian sangat. Comel kan babies bila tido.

Sorryla aku tak leh follow saranan yang jangan manjakan sangat tu. Kecik lagi. Apa dia tau. Dah la dia tengah batuk dan selsema, makin terukla kalau nangis lama-lama dan makin la kembong. I hope this phase will pass cepat-cepat. Dan mohon sangat agar Allah bagi ilham macamana nak handle Farhan ni. Semalam bila tengok dia tidur lena tanpa tantrum kesian sangat. Comel sangat. 

Sunday, February 10, 2013

Seminar High Impact Parenting

Seminar High Impact Parenting

Kenapa perlu hadir?
Anda ingin mendidik anak cemerlang dunia akhirat namun TIDAK TAHU CARA YANG BETUL
Anda sayangi anak - anak anda namun  kadang-kadang anda BUNTU dan HILANG SABAR menangani kerenah mereka.
Adakah anda risau anak anda menjadi DEGIL, MALAS DAN BIADAP?
Anda juga berasa bersalah bila TERLALU MARAH pada mereka.
"Anak-anak dilahirkan genius tetapi ibu bapa yang menghabiskan
6 tahun pertama hidup anak-anak itu menyah-geniuskan mereka.
"Dr. Richard Buckminster Fuller"

Anak anak adalah harta dan aset yang paling bernilai.Dengan ini Tateh menganjurkan Seminar High Impact Parenting membawa pakar dalam bidang keibubapaan bagi tujuan perkongsian manfaat kepada semua sahabat.
Tarikh :23 Februari 2012 (Sabtu)  8.30am - 5pm
Lokasi : Auditorium Niosh Bangi
dengan menampilkan 3 speaker jemputan hebat
rozieta.jpg
Panel 1 : Prof Dr Rozieta Shaary Asian No 1 Parenting Expert and Coach akan mengupas topik:
a) Bagaimana mengelakkan anak-anak daripada mengamuk dimana amukan itu boleh menjadi dendam kesumat.
b) Bagaimana tanpa komunikasi bijak anak-anak boleh menjadi MALAS danBIADAP
c) Bagaimana membina keyakinan diri anak-anak agar mereka BIJAK DAN SOLEH
d) Tips mengelak menjadikan anak-anak BENAK, LENJA dan DEGIL.
safe-image.jpg
Dr Nik Salida Suhaila - Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang Undang USIM
mengupas topik Islamic Parenting menurut cara Rasullulah s.a.w

ustaz-fauzi-mustaffa.jpg
Ustaz Fauzi Mustafa Moderator Al -Kulliayah, Pandakwah Bebas
mengupas topik Pendekatan Al-Quran dalam keibubapaan Islam - Kupasan Surah Al-Luqman
Harga Penyertaan
Seorang RM120
Promosi Sebelum 15 Februari 2013!!
Seorang RM110
Dua orang RM190
Sahabat Tateh seorang RM100, Dua orang RM180
Untuk berkumpulan sila hubungi kami di butiktateh@gmail.com
Daftar dengan segera.Makan tengah hari disediakan(Buffet). Perkhidmatan Kidzone akan disediakan untuk kanak-kanak 3 tahun ke 7 tahun oleh ALimkid Bangi(di tempat yang sama dengan bayaran RM30 sehari- terhad)
Kedah Pembayaran
Bank Deposit:
1. CIMB 12370001634105 ( Babymama Trading Sdn Bhd)
2. Maybank 164098477175 (Siti Shafurah Abas)

Tuesday, February 5, 2013

Farhan dah 3 bulan



3/2 semalam Farhan dah 3 bulan. Bersempena dengan umur 3 bulan he decided he wants to...mengiring! Gigihnya berlatih anakku. Tengah2 malam semalam dia terjaga, pastu dok sebok nak mengiring dlm gelap dengan mata separuh buka.
bangun tido kot

Siap-siap nak tido. Pakai topi sebab selsema

Sibuk practice mengiring. Panjang kan badan dia dah lebih dari tikar biru dah.


Dah mula discover tangan jari2 dia. Sebok dok belek tangan dia tadi. Dah start tarik tarik baju aku.Mata makin fokus. Kalau diagah-agah bolehla senyum tapi mahal sangat senyum tu ye dek. Memang tak sempat aku amek gambor. Kerut-kerut idung pon boleh la sikit-sikit. Hahaha kiut giler. Yezzaa, aku dah jadik mak-mak yang dok puji anak sendiri. Muntahla korang hahaha. Mandi pon dah tak meraung bila letak dalam besen tu. Kalau tak,  kan kena mandi peluk-peluk dengan ayah dia. Now takdelah ayah dia kena mandi sekali each time dia mandi. 

Bangun memalam still 2 kali dalam kol 2.30 am and 4 am gitu nak menyusu. Mak dgn anak dua-dua mata pejam tapi kerja menyusu beres hahaha. Rambut dah mula tumbuh tapi tak rata sangat. Masih lagi capuk-capuk. Ada sedikit sedih di situ. Dok pujuk hati, takpe still comel. 

Amy dan Fiechik datang rumah aku hari tu. Terer jugak, kasi direction thru sms jek, terus sampai depan pintu. Sukerrrr. Thanks for the gifts friend. Konon-konon memasing segan takut x reti sembang bila jumpa. Elok je kan sembang. Berebut bercakap pon ada hahahaha. 

Sabtu ni Farhan ada jab 3 bulan. Mintak-mintak Farhan tak demam. Kali standby ubat segala. Actually dia still selsema dan batuk. Dah dekat 2 minggu dah. Kesian sangat. Kelmarin kali kedua bawak di ke klinik. Aku risau gak, pasal aku kan ada asthma. Tu yang aku cautiuos sangat bila dia selsema dan batuk tu. Alhamdulillah, dia tak bad mood sangat. Makan ubat pon ok jek. Ok lah, nak gi pam jap, pastu nak balik.

Oh ya terimalah gambar ni hahha

Ayah Farhan bedung dia. Muahahaha. Syian, dah besar panjang kena bedung kekeke
Rindu masa Farhan dalam pantang dulu agaknya hehehe.

Friday, February 1, 2013

Best Anniversary Present Ever

Updated on 4th Feb 
 
It's our :

And we got the best present that we could ever ask for; our precious.  



Masa baru lahir
Tembam sangat kan          

Baru bangun tido. pakai topi sebab takut kepala sejuk

Muka terkini. Dah botak dah anak mama.. sobs


Bungkus dengan towel

Pout sikit

Pose sikit

Asyik kena pakai topi jek
Thank you Allah for bestowing us the bestest gift. Masa pregnant dulu cakap dekat Ed, com insyallah tahun depan kita celebrate 10th anniversary dengan baby kan. Alhamdulillah, syukur Allah izinkan. Oklah korang, nak siap-siap nak gi amek budak rambut tajam ni dah. OK, ok, I will gomoi and kiss Farhan for all of you.

Okay, asyik citer pasal Farhan jek. Apak Farhan tak sebut pon ye. Hehehe. 10 tahun, com. Looks like we made it. Nyanyi sikit. Alhamdulillah.  Thank u for being the best husband. We have been through a lot. Ada ups and down, but mostly up la kan. Dah tua-tua ni suka pulak memasing nak sentap mender kecik-kecik hahaha. Tak sentap tak thrill la kan, com. Love you always. And may we be together, now and hereafter, and may we become good parents to our beloved Farhan. Insyallah.

Love u babe, always.