Tuesday, March 26, 2013

Posing

Ni cousin Farhan, Abang Baby. Kelakar jugak, cousin Farhan yang dah 5 tahun ni masih dipanggil Baby, whilst Farhan yang baby tak dipanggil baby. Panggil Farhan jek dek cousins dia, aki dan Neni. Ni gaya posing favorite Abang Baby.
 
Yezzaa


Macam2 gaya tapi tetapla tangan cam tu kan.


Ingat abang baby je boleh, haaaa amek ni.. 


--
--
--
--
--

Hehe same tak? Sama tak? Tak sama?

Ok adjust sikit, haaa sama kan. Hehehe.
 

Monday, March 25, 2013

Jangan klik

Kawan2 kalau nampak ada cam contest ke apa ke tak payah click ok. Apart from nuffnang and Littlewhiz jangan click apa-apa ye. Dekat opis aku tak nampak tak mender-mender tu. Bila kat pc kat rumah baru nampak. Cam suspicious lak. Cam adware jek. so jangan click ok. Aku dah report kat blogger. See what they say.

Al-Fatihah

Salam, 

Maybe ada yang dah tau. Bro UnsungHero ada announce dekat komen post yang bawah tu. Last week bapak mertua aku meninggal dunia. Meninggal dalam tido gitulah. Sakit tua. Memang macam-macam complication sebelum ni. But a month lebih kurang before he passed away, dia macam sihat sikit. Ke sana sini pergi jumpa anak dan cucu. Last we met masa kenduri yang aku mentioned dekat entry bawah tu. Jumpa kejap sangat. Kemudian dapat tahu meninggal.

Meninggal pukul 2 pagi. Phone Ed habis battery. Phone aku lak silence sebab malas kacau Farhan tido. Macam nak rak abang ipar dan mak mertua call. Sudahnya pagi dalam pukul 9 pagi baru tau bila Ed bukak phone. So Ed balik dulu kg. Whilst aku dah Farhan menyusul malam tu. Takla aku drive sendiri. Ed jugaklah yang jemput. So semuanya dah selesai. Tahlil 3 hari pon dah selesai. 

Aku doakan roh arwah abah ditempatkan di kalangan orang beriman, dan semoga mak terus tabah. Al-Fatihah.

Monday, March 18, 2013

Farhan's 4th Month Jab

Salam korang, 

Busy giler tak sempat update. Balik jek dari Sabah, aku ada course seminggu. Pastu ada exam lak tu at the end of the week. Kalut aku mana nak study lagi dengan layan si Farhan lagi. Ada one night tu aku buat homework sebelah dia. Hehehe. Masa tu dia tak berapa lelap tidur. Baik aku teman dia, kalau dia jaga tepuk-tepuk dia tidur balik. Kalau dah jaga, sempat nangis bagai, haaaa lambat la nak tidur balik, aku gak yang tak tido karang. 
 


Last Saturday, aku dok berkira-kira nak bawak ke tak nak Farhan pergi jab. Memula tu memang ingat nak postpone minggu depan jek, sekali ada neighbour apartment atas kot dok drill dan hammer dinding tak abis-abis over an hour gitu, ahh jomlah kita kuar, pergi jab terus. Teruk betul mak dgn ayah ko, Farhan, tak tahan bising bunyi drill jadi penyebab pegi jab Farhan. Hehehe. Lama gak tunggu, tapi Farhan ok jek. Hari Sabtu memang ya ampun ramainya orang. Bila timbang berat Farhan 6.3 kg, panjang dah bertambah 5 cm dan. Memang tinggi gayanta si farhan ni. Aku syahdu jugak tengok dia tak berisi sangat sebab dia tak berapa sihat hari tu kan, pastu dengan dia punya pe'el ada hari-hari nak DF ada hari2 tak nak. Memang slim jek nampak si Farhan ni, sobs. Oh ya, masa hari ni dia dah mula cam cirit-birit sikit. Memang kena nukar dekat changing room hospital. CHanging room kan main complete tapi orang-orang ni, tetapla taknak buang paper towel tu dalam tong sampah. Bukannya penuh pon. Pegi sepital memahal pon mentality 0 gak. Mencik. 

Masa Farhan masuk bilik paed tu aku kat toilet. Memang masa aku masuk tu, Farhan tengah kena jab. Dia ek..ek sikit jek. Doctor pon cakap, wah strongla Harimau ni. Oh ye dia pakai baju Harimau Malaya masa tu. Aku beli baju ni kat Tateh. Lepas tu kami ke Damansara Perdana tukar teat botol Farhan. Punyalah susah nak jumpa teat dia nih. Dah hazab dah rupanya memang kena tukar. Bila order silap hantar pulak. Alhamdulillah, ayah Farhan good mood nak bawakkan ke sana tukar barang. Sukaaaa. So botol Farhan keihatan baru sebab teat baru. Yezzzzaa. 

Lepas tu kami ke Shah alam pulak sebab aku nak amek stok barang. Kena stop sekali lagi sebab Farhan ber** lagi. Seb baik aku kalau kuar sekarang memang over prepared. Dalam kereta pon boleh tukat pampers.  Barang apa aku gi amek? Tungggggguuuuuu. Nanti aku announce. Lepas collect barang, aku belanja Ed makan kat Windmill. Nak bawak Farhan kena tempat yang tak crowded sangat sebab dia cam tido masa tu. So dia tido dalam stroller dia. Lepas order jek, kami gilir-gilir gi solat. Lepas tu makan. 

Esoknya kami pergi kenduri kawen. Ramaila yang dok serbu anak aku tu. Yelah sumer orang nak jumpa dia. Ada sedara yang belum pernah jumpa dia sejak lahir hari tu. Aku tak kisah kalau sedara mara nak dukung dia, tapi kalau complete stranger makcik-makcik nak dukung ni, haihhh. Pastu pass kat husband dia pulak, haihhh. Seram ok. Camnelah korang tahan hati kalau baby korang orang dukung tu. 
 
Farhan memula good mood jek, walaupun dia  sakit perut lagi and I had to change him again, dia still rilex cam biasa. Tapi masa nak balik tu banyak sangat pit stop, salam sana, salam sini, semua orang dok cium dia, panas-panas tu, memang dia marah. Meraung nangis. Masuk dalam kereta terus tido. 

Lepas tu singgah rumah aki pulak. Aki dengan neni dok rindu Farhan. Farhan ni memang pandai amek ati aki dengan neni. Kat rumah dah lama dia tak sembang-sembang, tapi sekali aki agah jek kan main menyahut-nyahut. Sengih bukan main lagi. Pandai betul kan. Kat rumah cam nak gila aku dengan Ed agah, dpatla senyum sikit. 2 saat gitu hahahaa. Anyways, malam tu aku dengan Ed bawak Farhan pergi klinik sebab dia cirit-birit tu kan. So dapat la ubat, dehydration salt dan ubat sapu montot dia tu. 

Masa aku nak bagi ubat, aku nampak la dekat kotak tu, dosage for adult. Eh pesal ada dosage untuk adult ni? Bila aku continue baca, Not suitable for children below 6 years old! Wei apa doctor ni? Selamba jek bagi Farhan ubat untuk budak besar. Tak kiralah dosage sikit pon kan. terang2 cakap tak sesuai. Sudahnya aku tak bagi pon. Doa jelah banyak-banyak he's okay today. Dah pesan dekat kakak taska untuk tengok-tengokkan dia. Setakat tadi kakak cakap ok. Alhamdulillah. 

Oklah entry KK tu nantilah aku buat. Dah start tulis tak abis-abis plak.


Saturday, March 9, 2013

Dah berlepas ke?


Aku taip ni dalam flight menuju ke Kota Kinabalu. Jenjalan sempena menyambut 10 tahun anniversary hari tu. Aku x cerita kot, yg few days after anniversary tu, ed balik bawak kek. Hihi cute jek. Suker, sbb dia jarang wat surprise gitu.

Dok pikir jugak nak gi mana. Aku nak gi tempat yg kami x pergi lagi or ed belum pernah sampai. So aku pikir nak bawak ed dan farhan ke KK. Memula tu ed keberatan sebab dia kata nanti ada pengganas. Masa tu belum start lg kes penceroboh sulu ni. Aku ckp xde apa la. Sekali tup tup seminggu sebelum depart sungguh ada pulak penceroboh sulu masuk timur Sabah. Aduh camne nak gi sabah ni. Ok ke tak. Memangla jauh Lahad Datu dgn KK tapi saspen gak kan. masa tu aku pikir, len kali ko dengar ckp laki ko cekna.

Setelah consult dengan ramai orang, kami teruskan ke KK jugak. Flight dan hotel sumer ia already paid for. Last consultation was with baba. Baba kata should be ok. So off we go lah.

Oklah nanti dah sampai aku update lagi. Errr kalau sempat.

Posted via Blogaway

Wednesday, March 6, 2013

Cabaran Breastfeeding 4 : Surviving Nursing Strike

Salam korang,

Bersiaran dari laptop baru. Hehehe. Over kan aku. Weekend lepas pergi beli laptop baru. Beli Acer Ultrabook S3. Not the highest end la. Ada la S7 super sleek with i5 processor. tapi budget aku takat S3 jek. Kenapa Acer and why not others. Kat opis aku pakai HP dan Dell. Bateri dan adaptor cepat no kaput. So tryla pakai brand lain. Furthermore Acer punya customer service tip top kata ramai orang. Walaupun Asus tu lagi murah dan lawa plus ada touch screen, tapi aku mikirkan the after sales service tu. Plus nak wat per touch screen pon utk laptop.

Aku kat rumah ni Farhan semalam tetiba demam dan muntah-muntah, So kol 3 pagi tu tukar baju, bantal, dan makan ubat sumer pastu dah payah nak tidor balik. I decided that I would stay at home at least half day pagi ni just to ensure that he is okay before going back to  nursery. Kerja banyak gila tapi, now aku ada priority lain. Dia breast feeding sekarang kena dipujuk-pujuk baru nak. From my last  entry tu. 5 hari straght tak df korang tau.Memang penat dibuatnya. Disebabkan dia taknak direct feeding at all, aku kene mengepam siang malam. Errr dan tengah-tengah malam. Memang mata panda aku dibuatnya. Kalau tak pam kang, bengkak laks, pastu kalau dibiarkan lelama kering la susu. 

From my reading ada kalangan momies yang mistakenly ingat that our baby is weaning of. Menurut pembacaan aku 3 bulan terlampau kecik utk dia wean of. SO aku kena pam sementara dia tak nak ni, dan encourage bukan paksa dia DF. Puas aku diagnose kenapala dia taknak df ni. Ni maybe penyebabnya :
  • Dia tersumbat hidung, so bila DF maybe position tu dia tak selesa
  • Dia tersumbat hidung so bila DF kena effort sikit dia tengah nafas tercungap-cungap so dia tak selesa
  • Terbiasa dengan botol susu di taska dia lebih selesa berbotol where dia tak yah penat-penat suckle kalau DF
  • Susu mama x cukup laju

Tutup mulut takmo DF
Anyways, aku bersabar jelah banyak-banyak dan keep on trying. Memang tak nak ok, siap tutup mulut dengan tangan ok budak bertuah tu. Nanti aku letak gambar dia tutup mulut tu. Gerammm. Anyways, lepas mogok 5 hari dia menyusu la jugak memalam. Siang-siang kena gurau-gurau dulu baru dia nak. And I noticed dia minum sikit pulak sekarang ni. Hantar  4 botol ke taska sekarang ni, tak habis sebotol. Kata taska, dia kuat tidur sekarang ni. Risau pulak. Memang nampak la dia tak sebulat sebelum ni. Ada gak orang cakap that dia tengah ringankan badan nak meniarap. 

Ni pon gaya takmo DF gak, tutup mulut rapat2 pandang tempat lain haha. Gewamp mama Gewamp
What I did was :
  • Continue offering him to DF
  • Help him to get comfortable, sebab dia mesti nak DF jugak, tapi dia tak selesa
  • Ensure that all teats are slow flow
  • Increase skin to skin contact
  • Jangan frustrated atau marah bila dia taknak DF
  • Jangan tolak kepala dia soh DF gak kalau dia tak mo.
Ni gambar selingan dengan Abang Baby. Kecik lak tetiba si Farhan masa ni

Halo..halo Acu and Papa Long
Sekarang ni dia dah selsema balik, maka kembalilah dia takmo DF. Aku dah tak larat nak paksa. Kalau dia mamai, aku bagi. Kekadang dia takmo, bangunler aku kol 3-4 pagi panaskan susu dia, sebab dia semakin takmo FM. Pandai memilih dah sekarang ni. Nak susu mama, tapi dalam botol ok, mama. 
Adei. 

Member aku ada tanya,

How is your son enjoying being your boss?

He is enjoying every little bit of it, thank u very much. 

Sesungguhnya kan. Layan jelah.

Sunday, March 3, 2013

Farhan dah 4 bulan


Kejap jek masa berlalu kan. Janganla cepat sgt takut x sempat nak savour all this wonderful time with him. Kelmarin akak taska dia sms ckp dia dah gelak gelak first time di taska. Nak nangis aku rasa masa tu. I missed his first laugh. Dah la nak senyum pon payah. But i guess ginilah kita as a working mother, akan selalu missed our baby first smile/laugh/crawl/step. Masa diorg lg banyak di taska dr di rumah. Owh malas la ckp pasal ni buat aku rasa down jek.

Ok farhan dah meniarap. officially dia meniarap sendiri pada 21/2 hari tu. Now dah boleh tiarap dan baring balik. Owh mama dan ayah kena hati2sgt dgn farhan lepas ni. Payah nak senyum. Kena agah cam nak gila br senyum tp tadi masa aku tgh pakai kan baju dan geletek leher dia, dia ketawa. Oh such joy. Heppi mama ko,dek.

Sekarang dia tgh selsema balik maka dia takmo df balik. So maknya kena pamle siang malam. Malas aku nak paksa dia dah. Memang meraung kalau aku paksa. Betullah hidung dia tersumbat kan dia x selesa. In fact susu dlm botol pon sgt sikit dia minum sampai aku naik risau.

Pandai dah nak luah balik ubat yg aku bg. Dulu pasrah je kan. So aku kena bg masa dia mamai or kena distract dia dgn buku baru dia tak luah balik. Dah kerap tido dalam cot sendiri. Kekadang aku angkat jugak tido kat aku bila aku rindu hihi. Dah pandai gak main menan sikit sikit. Dan pay attention bila tunjuk buku. Aku x kira, dia paham ke tak, aku bacakan buku gak kat dia. Oh ue, korang gi tak big bad wolf the aftetmath weekend ni? Aku gi last friday. Murah giler wei. Aku beli 4 bijik buku aku dan 7 bijik buku farhan. Br rm 53. Buku2 farhan tu kualiti sgt. So adalah buku aku nak baca kat dia.

Aku x sihat sgt hr ni. Patutnya kitorg gi wedding kat rawang. Tp sevab aku demam dan sakit tekak plus farhan pon selssma, ed ajelah pegi sorang. Aku tau dia nak sangat bawak farhan, lain kali ok ayah.

Aku sgt takde masa nak buat update. Work is really killing me. Nak angkat kepala pon x sempat. Kalau dedulu memang aku stayback kasi settle kejer. Now x lehla. Baik aku balik peluk budak comel tu kan. Plus lagi sebokla kan pasal aku dah start balik master ku yang dah 2 sem defer tu. Eiii Seram. Giler wei tatau camana nak bahagi masa.

Oklah korang tu jelah update aku sambil baring atas katil. Nak tunggu proper update, payah. Oklah till then, take care korang (tah ada ke tak orang bc blog aku lg skang nih hahaha)

Posted via Blogaway