Monday, March 18, 2013

Farhan's 4th Month Jab

Salam korang, 

Busy giler tak sempat update. Balik jek dari Sabah, aku ada course seminggu. Pastu ada exam lak tu at the end of the week. Kalut aku mana nak study lagi dengan layan si Farhan lagi. Ada one night tu aku buat homework sebelah dia. Hehehe. Masa tu dia tak berapa lelap tidur. Baik aku teman dia, kalau dia jaga tepuk-tepuk dia tidur balik. Kalau dah jaga, sempat nangis bagai, haaaa lambat la nak tidur balik, aku gak yang tak tido karang. 
 


Last Saturday, aku dok berkira-kira nak bawak ke tak nak Farhan pergi jab. Memula tu memang ingat nak postpone minggu depan jek, sekali ada neighbour apartment atas kot dok drill dan hammer dinding tak abis-abis over an hour gitu, ahh jomlah kita kuar, pergi jab terus. Teruk betul mak dgn ayah ko, Farhan, tak tahan bising bunyi drill jadi penyebab pegi jab Farhan. Hehehe. Lama gak tunggu, tapi Farhan ok jek. Hari Sabtu memang ya ampun ramainya orang. Bila timbang berat Farhan 6.3 kg, panjang dah bertambah 5 cm dan. Memang tinggi gayanta si farhan ni. Aku syahdu jugak tengok dia tak berisi sangat sebab dia tak berapa sihat hari tu kan, pastu dengan dia punya pe'el ada hari-hari nak DF ada hari2 tak nak. Memang slim jek nampak si Farhan ni, sobs. Oh ya, masa hari ni dia dah mula cam cirit-birit sikit. Memang kena nukar dekat changing room hospital. CHanging room kan main complete tapi orang-orang ni, tetapla taknak buang paper towel tu dalam tong sampah. Bukannya penuh pon. Pegi sepital memahal pon mentality 0 gak. Mencik. 

Masa Farhan masuk bilik paed tu aku kat toilet. Memang masa aku masuk tu, Farhan tengah kena jab. Dia ek..ek sikit jek. Doctor pon cakap, wah strongla Harimau ni. Oh ye dia pakai baju Harimau Malaya masa tu. Aku beli baju ni kat Tateh. Lepas tu kami ke Damansara Perdana tukar teat botol Farhan. Punyalah susah nak jumpa teat dia nih. Dah hazab dah rupanya memang kena tukar. Bila order silap hantar pulak. Alhamdulillah, ayah Farhan good mood nak bawakkan ke sana tukar barang. Sukaaaa. So botol Farhan keihatan baru sebab teat baru. Yezzzzaa. 

Lepas tu kami ke Shah alam pulak sebab aku nak amek stok barang. Kena stop sekali lagi sebab Farhan ber** lagi. Seb baik aku kalau kuar sekarang memang over prepared. Dalam kereta pon boleh tukat pampers.  Barang apa aku gi amek? Tungggggguuuuuu. Nanti aku announce. Lepas collect barang, aku belanja Ed makan kat Windmill. Nak bawak Farhan kena tempat yang tak crowded sangat sebab dia cam tido masa tu. So dia tido dalam stroller dia. Lepas order jek, kami gilir-gilir gi solat. Lepas tu makan. 

Esoknya kami pergi kenduri kawen. Ramaila yang dok serbu anak aku tu. Yelah sumer orang nak jumpa dia. Ada sedara yang belum pernah jumpa dia sejak lahir hari tu. Aku tak kisah kalau sedara mara nak dukung dia, tapi kalau complete stranger makcik-makcik nak dukung ni, haihhh. Pastu pass kat husband dia pulak, haihhh. Seram ok. Camnelah korang tahan hati kalau baby korang orang dukung tu. 
 
Farhan memula good mood jek, walaupun dia  sakit perut lagi and I had to change him again, dia still rilex cam biasa. Tapi masa nak balik tu banyak sangat pit stop, salam sana, salam sini, semua orang dok cium dia, panas-panas tu, memang dia marah. Meraung nangis. Masuk dalam kereta terus tido. 

Lepas tu singgah rumah aki pulak. Aki dengan neni dok rindu Farhan. Farhan ni memang pandai amek ati aki dengan neni. Kat rumah dah lama dia tak sembang-sembang, tapi sekali aki agah jek kan main menyahut-nyahut. Sengih bukan main lagi. Pandai betul kan. Kat rumah cam nak gila aku dengan Ed agah, dpatla senyum sikit. 2 saat gitu hahahaa. Anyways, malam tu aku dengan Ed bawak Farhan pergi klinik sebab dia cirit-birit tu kan. So dapat la ubat, dehydration salt dan ubat sapu montot dia tu. 

Masa aku nak bagi ubat, aku nampak la dekat kotak tu, dosage for adult. Eh pesal ada dosage untuk adult ni? Bila aku continue baca, Not suitable for children below 6 years old! Wei apa doctor ni? Selamba jek bagi Farhan ubat untuk budak besar. Tak kiralah dosage sikit pon kan. terang2 cakap tak sesuai. Sudahnya aku tak bagi pon. Doa jelah banyak-banyak he's okay today. Dah pesan dekat kakak taska untuk tengok-tengokkan dia. Setakat tadi kakak cakap ok. Alhamdulillah. 

Oklah entry KK tu nantilah aku buat. Dah start tulis tak abis-abis plak.


20 comments:

  1. eee dah besar lah dia
    baju harimau malaya tu sebijik cam abang angkat dia irfan (anak bujang aku)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,

      Same ek. Kejap jek kan dah besar. Tulah dah meniarap, dah gerak2 ke depan dah. Tu yang badan tak berisi kot. Dah nak start melasak.

      Delete
  2. wah....rambut tumbuh dgn jayanya....hihihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, rambut dah tumbuh, tapi dah tak lembut cam rambut dulu. Pastu rambut kali ni straight pacak2 gitu. Tak de dah cam masa newborn dulu ada kerinting2 hehe. Tulah korang dah cakap sekejap jek rambut dia tumbuh balik kan, aku jekla yg risau tah apa2 tu.

      Delete
  3. kru ke 4u2c tu..(gambar pakai topi tu ye)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dee nampak sgt ko sezaman dengan aku sbb sebut kru or 4u2c hahahaha

      Delete
  4. Lama tak jengok sini...been busy. Besar dah boboi yer....pasal salah dosage, please go bak to to the doctor and complain. i dulu pun kena...tobat terus blacklist that doctor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ban! Swb baik i cek. Ed kata kalau dia, dah bg dah ubat tu sbb x cek kan.

      Delete
  5. Pi klinik now ni mmg kena hati2 sket... ada sesetengah Dr bagi prescription sesuka ati je... biasa gak kena dpt ubat yg x sesuai dgn baby @ breastfeeding mommies... tapi kalau kita tanya lebih2 kang ada yg buat muka "u Dr ke I Dr?..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer, kekadang doctor tu buat muka cam tu. We have rights to ask kan.

      Delete
  6. cekna,

    akak pun selalu kena pasal ubat yang tak sesuai, akak selalu baca dan consult dengan doktor yang selalu akak jumpa sebelum bagi sebabnya macam-macam peel doktor ni, nasib baik hari tu akak tak bagi ubat demam overdose kat nufah... :(

    dah besar dah yayan :) kat rumah bbsitter akak pun ada nama farhan, anak sedara akak pun nama farhan :)

    mentality setengah orang memang zero, akak paling bengang kat orang yang suka buang diapers merata-rata :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk betul perangai kan. Dah bagi tong sampah letak la dalam tong sampah. Benci perangai macam tu.

      Delete
  7. Farhan dah nerap dah ke? adui banyak betul miss ni.. kumpul la video dia yek.. nanti boleh papa long tengok. :) dia membesar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama la nerap long. Nanti la bila2 upload video.

      Delete
  8. Salam semua...dukacita dimaklumkan bahawa ayah mentua Puan Arena telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. saya juga baru mendapat perkhabaran ini sebentar tadi. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  9. innalillah... semoga ed tabah... arena juga. arena selalu citer pasal ed...rasa dah macam kenal.

    ReplyDelete
  10. Baru sempat baca entry cekna ni...syian farhan cirit yer..now dah ok yeah farhan...bila la dpt jumpa ni yer?

    Aku mmg kureng kalau stranger nak dukung anak aku..bukanla kita kedekut tapi taw jekla kang apa apa jadi nyesal pun x guna kan..plus kalau kat mall tu yah sapa sapa suka betul pegang pegang baby kita..aku selalu tension..yerla ko sibuk nak cubit..pegang pipi entah entah baru lps korek hidung camno??? Huuuu..paranoid mum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better paranoid then sorry ye tak, war. dekat airport hari tu orang dok cubit2 pipi Farhan hishh

      Delete