Monday, July 1, 2013

Farhan dah 7 bulan

Actually lusa dah masuk 8 bulan pon. Mama dia super bz tak dan nak updat blog. Oh ya, aku tak tutupla blog walaupun x ramai baca, hehe. Kat sinila aku log pasal perkembangan kesayangan kami, si Farhan ni. Dah besar nanti bolehla baca, what we went through nak dapatkan kamu ye, Farhan. Permata hati mama dan ayah ni. Ok, Ok dah dah nak citer perkembangan kan. 

Gambar di bawah ialah masa dia 6 bulan seminggu gitula. Berderau darah mama, dek bila adek berdiri macam tu. Macam, errr bukan Farhan kecik lagi ke, nak diri kat playpen cam tu? Bahaya gila kan, eii buatnya dia buat aksi terjun tiruk ke haper ke kan. Seram wei. 

So malam tu jugak, Ed turunkan playpen dia. Sebab risaukan keselamatan dia. Lagipun Farhan ni tido, ya ampunn buasnya. Kalau tido atas katil dengan kitorang, memang tak lena sangat sebab ada jek celah mana dia nak terjun tu kan. So turunkanla playpen. Kesian gak kat dia. Ed kata, cian dia cam kena kurung jek.
 
Comel kan bantal yang ada nama Farhan tu. Aunty Amy bagi. Tq Aunty Amy. Cayang aunty. Selalu support mama saya masa mama saya buat treatment dulu. Macam budak besar jek aku nampak Farhan dalam playpen ni. Panjang semacam. Memula tu kesian gak, sebab dia nak berdiri-berdiri, tapi takde tempat nak paut gitu kan. Ada net jek. So susah sikit nak berdiri. So the first 2 days tu dia cam frustrated sikit sebab dia susah nak manjat. But not for long. 

 
Tadaaa. Dua hari lepas tu, dah berjaya berdiri dah. Gigih sangat berusaha. Intai aku lah. Intai ayah dia lah. Kekadang dia susun dan berdiri  atas bantal dia nak kasi tinggi sikit. Pandainya kan. Maybe tak sengaja dia susun. But memang dia stand on the pillow or bolster nak dptkan height tu. Now dah meniti keliling play pen ikut kat mana kitorang berada. Kekadang dia panjat dan hulur tangan tepuk-tepuk pipi aku soh bangun. Kekadang pulak, kol 4 atau 5 pagi aku pusing pandang dia, dia dah sengih-sengih berdiri dalam play pen dia. Pastu buat muka kiut suruh aku amek dia. Abaikan sepah-sepah dekat belakang tu.


Farhan ni memang morning person. Kalau nak main-main dengan dia. Atau nak amek gambar dia, the best time is in the morning. Memang good mood sangat. Dia ni kan dah ada schedule sendiri. Tido awal dalam kol 8 gitu. Kol 5.30 gitu bangun. Budak gi taska gitulah kan. Kalau nak dengar dia gelak2 memang pagilah timenya. Agah sikit jek, dah gelak-gelak. Kalau time aku balik kerja. Penat jek ko agak dia. Masam jek muka. Dah ngantuk. Dia senyum masa first time nampak aku kat taska tu jek. Lepas tu dah x leh senyum dah.  Ataupun dia beriya gelak, pastu sambung nangis plak in one breath macam gambar kat entry bawah sana.

 Mainan yang orang bagi memang aku dah bukak semuanya. Sebab dia dah pandai main. Plus sebab dia dah pandai berdiri tu, dia sukala bergantung dkat meja-meja mainan dia tu. SUka jugak ketuk-ketuk, hantuk-hantuk dan gesel kepala dekat sliding door dan dinding. Tak sakit ke Farhan. Dia suka that he can make some sound kot. Dah mula dah ada perasaan separation anxiety. Tak leh hilang kat mata kejap, punyalah menangis. Bila aku gi dapur kejap, memang crawl sambil meraung-raung la ke dapur tu. Hahaha. Tak berani tinggal dia sekejap pon sebab dia dah cepat sangat mencapai mender-mender. Tu pon Ed dah 80% baby proof the house dah.  Kalau tak lagi penat dok angkat dia. 

Apa lagi ek :
  • Makan ikut mood. Ada hari makan banyak. Ada hari menyembur jek. Ni nanti aku citer lain
  • Merangkak dah laju. Dia ada teknik crawl kalau dia crawl jauh supaya x sakit lutut. Kiut sangat tapi aku x dapat capture
  • Semakin pandai panggil mama
  • Menyusu kuat sangat sekarang ni. 
  • Kalau main kena teman dia. Takde nyer boleh main sendiri-sendiri. In your dream, mama.
  •  Dah pandai nak ngikut kalau orang pakai smart-smart. Hari tu sebok nak ikut aki dia. Sabo jelah, Farhan
  • Makin bergelut nak pakai baju dan diapers lepas mandi sekarang ni. Kadang tu aku rasa aku pegang dia agak kasar sebab nak pakaikan dia diapers tu. Nak pakai minyak-minyak, losen or krim tu. Memang payahla one shot masa lepas mandi tu. 
  • Selalu jaga at 4 or 5 am. Pastu nangis2. Rupanya rimas pampers penuh. Dah tukar pakai mami poko pon sama jek. 
  • Kalau tido ngan kitorang jarang bangun kol 4 pg tu. Elok jek tidor sampai subuh. 
  • Kalau budak lain riuh sembang2 kan. Farhan ni diam jek kecuali nak marah.  Jenis pendiam cam ayah ke, Farhan?
  • Menjerit-jerit kalau kena gomoi dengan ayah dia. Memang kelakar. 
Oklah enjoy the pics.   Ok..OK, I will hug and kiss Farhan for u guys. 

11 comments:

  1. kejab jer kan masa berlalu
    dah 7 bulan dah umur Farhan ...

    panjang umur Auntie pB leh tengok Farhan masuk sekolah pulak ....

    insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak.

      Kejap sangat. Esok dah 8 bulan kak. Sedih plak. Sobs.
      Tapi syukur sangat semuanya ok. Best. Insyallah panjang umur tgk dia sekolah kak. Hero akak tu muka lain dah sekarang ni. hehhee.

      Delete
  2. Comey nyeee...

    ReplyDelete
  3. Yeayy..bila Farhan peluk bantal tu ingat kat Aunty ok. Cayangggg Farhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cayang aunty balik hehehhe.

      Delete
  4. jgn tutup che na.. I pembaca yg setia walau pun jarang tinggalkan komen..

    mommy rizq

    ReplyDelete
  5. MR,

    Baik. Aku akan maintain blog nih hehhee. Ko tu dah wat update ker? Berzaman tak berblog.

    ReplyDelete
  6. comelnya farhan
    kejap je dh 8 bulan ;)

    ReplyDelete
  7. Salam Arena...nak tengok gak Farhan bergambar dengan mak ayah dia :)

    ReplyDelete
  8. Irfa,

    kan kejap jek.

    UHero,
    Tu kena tunggu raya la bro. Takde sangat gambar bertiga hehe.

    ReplyDelete