Pagi tadi Ed bawak aku gi amek jab dekat klinik dekat dengan rumah. Setakat dalam the 2week-wait ni, ni kali kedua aku kena amek jab hormon. Hari2 akan ada ubat insert dan ubat utk dimakan. Kali ni aku buat reminder dan alarm di phone supaya aku tak lambat makan ubat. Memang disiplin giler kali ni. For your info ni kali ke 3 aku buat embryo Transfer. Pertama masa Farhan tahun 2012 masuk 3 embryo. Pregnant twins pada mulanya. Kedua masa tahun 2015, masuk 2 embryo, berjaya pregnant tapi lost it at 9 weeks. Dan kali ni 2020 1 embryo dan semoga berjaya pregnant jugak.
Lepas embryo transfer baru ni, keesokannya embryologist called and informed me that the last embryo didnt make it to the blastocyst stage. embryo tu takmo matang. so they informed me that they cannot freeze it. no point pon dan they will discard it. I was crushed. actually mixed feeling sebenarnya.
1. Kalau it made it - kena bayar RM1600 to freeze it, and RM1200 annual maintenance. Perit sikit sebab dah spend belas ribu so far. Pastu terpikir err kalau dah simpan maksudnya nak kena transfer again ke, umur dah berapa ni. Neves pulak aku.
2. If it doesnt make it - then this is the last chance. This is it. Adus pressure pulak.
So now kami dah dapat tahu, that from the frozen cycle. This is the last embryo. Aku mc for 2 weeks. tapi kali ni x se relax masa farhan dulu where aku bebetul boleh bed rest dan baca novel je. This time susah sikit nak rehat camtu. Sebab kali ni dah ada anak sorang, where dia ada kelas lagi, nak urus makan minum dia etc. Keduanya kali ni mama dah stay dengan aku, dan dia masih lagi recovering dari surgery patah tangan dia tu. So dia tak leh masak2 sangat. So aku masak ler jugak. Pastu aku dah pindah rumah baru where servis food panda takde dkt sini. Adala servis Grab but u knowla bapok mahal Grab ni. !Sekali sekala ok. Meriah juga rumah kami, ramai yg datang, alhamdulillah. Mak mertua pon datang ni dah seminggu dok sini. Semoga ramai2 mendoakan kami dapat baby.
Oh lupa nak cakap, esok is the pregnancy test. Ya Allah berdebarnya Ya Allah. saspen sangat. Setakat 9 days ni, aku mmg cramping sangat2 sejak day 3. Tak leh makan lambat rasa cam heartburn. Breast are very sore. Muka sembab dan gerutu sikit haha. Takde spotting macam masa Farhan dulu, oemji saspennya. Tolong doakan ye.
No comments:
Post a Comment