Wednesday, July 27, 2011

The week that was Part 2.

Hahaha, mana ada suspenla Amy. Selalunya aku stop tengah-tengah or buat episode bersambung sebab aku dah ngantuk/penat/malas/busy atau takde idea.  Bila tune dah sampai, baru ler sambung balik.

Anyways , takde apa yang nak disaspennya, malam tu aku gerak balik ke Kuantan.  Tu aje. Mulanya Ed malas nak gi sebab dia penat. Lepas pujuk-pujuk dan cakap adek aku beria ajak balik Kuantan, he agreed. So kami singgah di Puchong, pick up adek aku dan 2 anak buah aku, we head to Kuantan.  Sebelum tu singgah makan dekat McD dulu. Tidor dekat Jengka sekejap, sebab parents aku ada kat situ. Sampai dah dekat pukul  2 pagi. 

Pagi-pagi esok kami gerak ke Kuantan. Adek aku tu nak sangat makan nasik lemak Zaman. Layann. Roti canai dekat situ sedap dan lain sikit, sebab roti canai Melayu kan bukan roti canai mamak. Kuah kari nya pon lain sikit. Lepas tu, kami balik ke rumah mak aku yang dah lama takde orang.  Sapu dan mop bagai. Lepas tu terbongkang tido. Hahahha. 

Adek aku ni dah ada mental list, apa nak makan, sabo jelah. Sepesen jek perangai dengan aku. Hahaha. Memang kaki makan. Petang tu, pegi order seafood pizza yang dah dekat 10 tahun tak makan dari kedai tu. Lepas tu kami gi pasar malam. Orang Kuantan panggil, pasar Malam Bandor. Tengah2 town gitu. Tutup jalan utk bukak pasal malam, macam Jalan TAR. Aku masa tu dah aim nak makan mini Murtabak, adek aku lak cari Laksa Pasar. Alhamdulillah, jumpa jugak selepas berjalan dari one end ke one end. Gigih ko, hujan lebat masa tu, aku dengan adek lipat seluar pakai payung bagak satu sorang gi jugak pasar malam. Bab2 mencarik makan ni best pegi dengan adek aku, Ed masa tu dok rumah babysit anak buah aku. Dia takdela minat sangat carik-carik makan yang specific nih. Dia makan, asal boleh je.
Balik rumah, makan dan makan dan makan. 



Seafood pizza yang inspired my seafood pizza. Tak sesedap dulu. Oklah.

Dinner sotong celup tepung, ikan bawal masam manis, ketam telur masin, tomyam dan kailan.

My favorite niece and nephew
 Mak aku pulak bawak balik ikan, udang celup tepung dan temosa.  *Pitam.  Aku memang dah mengah. Adek aku dan Ed steady jek makan. Aku rasa adek aku lagi dasyat la makan.  Malam tu kami makan dekat Marina Seafood, ketam telur masin ler apa lagi. Gile mengah perut aku. Ed tak ikut dah masa ni. Dia kata dia nak tido. Mengah. Hahahaha.  Memang tak berabis makan, kena tapaw banyak sangat.  Balik rumah, dah dekat midnight, tapi terdengar ada bunyi gong, gendang gitu, so aku dengan adek followed the sound and found a group of belia tengah practice dikir barat. Comel jek. Layan kejap, lepas tu balik dan tido. 

Ahad pagi, aku ke Tanjung Api nak beli lauk-lauk basah. Aku gi sorang jek. Ed tak sehat ke hape entah malas nak ikut. Leceh gak nak parking sumer. Tapi aku pergi jek. Hmmm banyak ikan jek, mender lain kurang banyak. Udang, ketam sumer takde. So aku beli ikan bawal hitam, ikan kerapu, ikan kembong, ikan tenggiri  2 keping, dan sotong besar-besar. Lepas tu aku gi beli breakfast kat situ jugak, nasi dagang, nasi minyak, dan roti canai. Balik rumah, hidang makan, paksa budak-budak makan dan kemas-kemas nak balik ke KL.
Owh sebelum tu, si Olyn kena buat latihan matematik dengan Uncle Ed. Memang kena drill budak tu. After a while, bila dia dah nampak kepenatan, stop ler.  Balik kg pon kena buat latihan minah tu. Syian. Ala sikit jek, 2 mukasurat jek. 

Memang balik ke KL tu tak singgah mana-mana. Straight balik ke Puchong drop kanak-kanak dulu. Lepas tu baru hantar adek aku. Kami lepak kejap kat Puchong. Solat sumer dulu. Owh aku tak cakap kan. Barang-barang yang aku pesan dekat Adek aku dah sampai! Kena shipping barang-barang ni. Suker-suker kuasa seploh. Hmmm sekarang tengah mikir kat manaaaaa la nak letak barang-barang ni sumer. Best!
Tefal Stainless steel cookware. Yeehaaaa. Best sangat. Handle boleh masuk oven. Camla oven aku besar sangat nak isi periuk dan kuali tu. Sukanya.
 
Adek aku ni pandai, dia belikan pyrex yang boleh digunakan untuk masak dia punya baked macaroni. Murah as compared dengan kat Malaysia.


Le Creuset. Ceramic bowl gitula. Kalau beli yang cukup set memang mahal, beratus pound. Tapi ni sebab tinggal 1 so, dpt leh bawah 10 pound. Aku pesan kat adek aku kalau jumpa lagi, belilah. Hahaha. Kesian adek aku kena belin pinggan mangkuk dan periuk belang. You rock, Dek!

Oklah korang, esok aku conduct training seharian, lusa sampai ahad aku outstation. Rasa cam tak sempat nak update sebelum puasa. Selamat berpuasa kawan-kawan dan maaf salah silap. Yang belum ganti pose, ada lagi masa-masa kecederaan ni, untuk ganti beberapa hari lagi. Take care people, moga-moga puasa tahun lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Monday, July 25, 2011

The week that was Part 1

After my earlier updates at 2.30 am tu kan, aku memang tak sehat. Kena food poisoning kot. Horrible. Aku dahla ada presentation kan nanti. Memang aku ulang-alik ke bilik air sampaila kol 10 pagi esok. At 11 aku punya organiser dah call, tanya aku datang tak? Risau diorang sebab aku tak muncul-muncul lagi. Slot aku pukul 12. Aku cakap la aku on the way. Time-time aku tak sehat tu, mudah benar nak asthma. Memang I was struggling. Terkumat-kamit aku baca short prayer minta semua urusan dimudahkan.

When my time came, aku nampak my colleagues in the audience. Ah sudahh, aku terkedu sekejap. Aku kalau nampak my colleague memang terganggu sikit perasaan. Luckily I managed to ignore them after the 5th second and proceeded with the presentation. Dalam-dalam perut memulas dan lutut menggigil-gigil tu, alhamdulillah everything went well. Lepas presentation memang ramai datang jumpa, minta card dan mintak pandangan gitu gini. Aku layan jelah selagi terdaya. Ingat nak balik dah lepas tu, sebab tak daya sangat. Nak makan lunch pon takott. Tetiba the organizer asked me to stay for Q&A for a while. Oklah, aku stay dalam hati dok doa-doa that aku akan ok. 

Boleh tahan banyak soalan. Konon-konon composed la menjawab tu, dalam hati dup-dap sapa tau. Lepas habis jek session tu, I rudely left the event. I am really torn. Macam keji sangat, habis jek ko punya slot, ko blah. Tak bagi support pada presenter-presenter lain. Tapi nak baut camana kan, memang tak sehat sangat. 

Aku balik rumah terhuyung-hayang dan tido. Malam tu, Ed balik dari outstation, pagi tu, I was worse. Asthma aku worsen, dan aku memang kena amek nebulizer dan amek inhaler lain, sebab the current inhaler is not doing anything for me. Ed hantar aku ke klinik, and I got MC for the day. Balik jek aku tidor lepas makan ubat. Seharian gamaknya. Tengahari tu dah improving sikit, alhamdulillah. Malamnya kami decided that....

Saturday, July 23, 2011

Geram tengok Malaysia lawan bola nih!

Semua gol-gol yang Malaysia lepaskan was really stupid and careless. Back macam haram. Kita score punyalah payah. Cam nak mampos si Kuna Messi bawak dari tepi nak score. Singapore, attack main-main pon boleh gol. Sekali lagi, back macam Haram dengan golie2 sekali! Geram!

Thursday, July 21, 2011

Sebok..sebok..dan Ramadhan bakal menjelma

Aku sebenarnya besok ni, ada talks dekat satu event. Pagi tadi baru aku terhegeh-hegeh buat slides. Dah tau lama dah, tapi suka jugak nak buat kerja last minute. Kenapa ek. Kawan aku cakap aku ni jenis thrive under pressure. Aku rasa pulak.. aku ni.. errr master procrastinator. Suka sangat tangguh-tangguh kerja. Dah last minute baru kelam-kabut, teruk aaa. Tah bila nak berubah tataw. Senang sangat distracted aku nih. 

So aku konon-konon bukak laptop ni nak rehearse la apa aku nak cakap esok, last2 gi masuk blog oranglah, gi komen kat sana lah sinilah. Pastu buat blog  update pulak!???!! Ko paham tak? Aku pon tak paham. Mudah sangat distracted. Siang tadi pon hari mencabar gak, ada err event kat opis. Kecut perut aku. Alhamdulillah part aku setakat ni ok, but it's not over yet. So banyak hari lagila nak kecut perut. Minggu depan ada conduct training pulak. Pastu kena outstation, dan hanya balik pada petang sehari sebelum puasa tu. Hmmm semua nak pulun sebelum puasa kan. Sabo jelah. Padat gila diary aku sebelum puasa ni. Naseb baik dah ganti puasa, kalau tak kering tekak aku dok bercakap jek nih. Petang tu ler baru nak ke supermarket beli lauk basah sikit. Aku tau sangat Ed tu bukan suka beli-beli makanan kat pasar Ramadhan tu. Dia rela aku buat nasi goreng hari-hari daripada beli kat Pasar Ramadhan tu. Bersedialah cekna untuk memasak hari-hari. Hahahha.

Tapi dalam-dalam sebok, most weekend, aku ada projek buat roti dengan anak-anak buah aku. kalau takat 500g boleh siap sumer dari masukkan dalam mesin mengadun, proofing ke baking sampaila kemas sumer dalam masa 2 jam. Dulu took me a while jugak. Sekarang dah tau the drill senang sikit. Anak buah aku pon dah tau buat the doh, aku print resepi, diorang ikut satu-satu, insyallah jadik jek roti tu. Last weekend jugak aku buat nasi beriani lagi. Kali ni sedap sikit daripada yang aku buat last month. Adek aku makan dua hari dua malam kot, nasik tu. Hahaha. Alhamdulillah. Buat roti dan memasak itu ialah my therapy kot. Tapi masak hari2 tu tak pulak rasa therapy. Rasa cam chore jek. Bosan giler. Hahahah.

Oklah korang, aku nak kena review slides ni. Dah kol 2.20 am dah ni. Bila daa mau tidor, esok merepek-meraban karang. Take care people.

Tuesday, July 19, 2011

Wonderful surprise

Semalam Ed was on leave. Aku kerja cam biasalah. Masa dekat opis tu, aku ada call him few times. Nak tanya dah makan ker dan nak pesan beli barang if he goes out. Hmm haram tak berjawab. Ni mesti case phone dalam kereta or what ni. Hmmmm. 

Anyways, aku ngantuk giler balik rumah semalam. So tak singgah mana-mana untuk beli makanan or lauk basah untuk memasak. Masuk jek rumah, aku jadik disoriented sekejap. Yeahhh!!!! Ed reorganized the house. Sofa yang dok kat store tu dah letak kat luar. Aku lari jenguk kat store; Yes! Store dah kemas gila! Store yang selama ni, nak bukak pint upon susah sebab banyak sangat barang, dah kemas gila, siap ada ruang solat yang lapang dalam tu. Suka..suka..suka.. kuasa seploh. 

Ed ni jarang la buat surprise. Almost never. But I really love this surprise. Bertahun dah dok cakap nak rearrange barang, tup-tup tetiba siap jek. Sampai selsema sebab berhabuk gila dekat stor tu.  Thanks a lot babe! Cenna suka.. suka..suka… Wonderful surprise indeed.

Monday, July 11, 2011

Masa-masak dan bercucuk tanam

Masuk minggu baru, aku yang last week tak bersemangat tiba-tiba rasa seronok sebab maybe ada projek yang interesting akan kami handle. Maybe susah, but definitely interesting. Anyways, last weekend, aku balik kg Ed sekejap. Menziarah mak yang baru balik dari umrah. Ed picked her up dekat airport sebelum ni, so he'd already seen her. Aku jek yang belum jumpa lagi. 

The day before that, aku biasalh dengan hobby baru aku iaitu browse blog masakan orang. Dasyatla diorang nih, hari-hari ke masak best-best? Aku nih, occasionally jek. Selalunya masak simple-simple jek, kalau malas sangat;beli. Ala berdua jek apa susah kan. Anyways, masa dok browse-browse tu, ternampak le kek la apa la. Pastu ternampak kek batik. Ala kek yang paling senang di dunia tu kan. Terasa gak nak buat, yelah paling senang pon, the last I made it was probably masa aku sekolah menengah. Hahaha. 

So balik kerja tu, beli bahan-bahan sikit. Lepas maghrib, browse balik recipe. Ed dok jeling aku masa tu tengok aku berangan masak. Hahaha. Lepas tu aku gi dapur dan mulalah, naikkan the kek. Ada orang buat susun-susun kasi cantik kan, Aku tak der nak nyusun, semua campak dalam kuali, lain kali lah aku try buat susun cantik2 tu. This time around, guna resipi yang tak guna telur, which I think I like it much better. Sebab teksturnya cantik dan sedap lagi. Sebab takde telur maka boleh ommit the vanilla essence jugak. So ni ler hasilnya. 



Berie-ie nak buat nak bawak balik ke kg. Ed sekali aku tertinggal daaa atas meja makan. Sudahnya aku bawak gi opis hari ni. Habis settle semua. Next aku ada projek lain pulak. Hahahaha. Gambar diambil pakai blackberry. Malas nak amek digicam. So gambar pon ala-ala jelah yer.

Dalam minggu lepas aku ada masak mushroom steak as following. Dah beli daging batang pinang pon keras dan liat. Migrain nak mengunyahnya. Ke daging batang pinang ni, masak sekejap jek baru lembut. Kalau dia cam overwork dia akan liat? Tahla. Pastu aku buatler mushroom punya gravy. Korang pernah makan kat kedai bila kita mintak mushroom steak, dia kasi steak yang disiram dengan muchroom soup. Budus betul. Or pemalas. tu jek komen aku. 

Pastu masa dekat kg Ed, aku mesti singgah nursery pokok dia tuh. Memanglah aku ni tak reti tanam bunga. Dua dah pokok aku mati. Punyalah cantik daisy aku hari tu. Lepas baja terus mati. Muahahhaa. Sedih aku. Alkisahnya, aku letak baja dekat sangat dgn batang pokok. Mampus terus. Sedih. Fail lah aku bab pokok ni. Basik technique 101 pasal tanam pokok pon tataw. Anyway, pokok yang aku baja sebelah dia tu pulak kan main sakan berbunga. Hishhh.. Kawan ko mati, ko plak, sakan berbunga. Konpius. Gamaknya masa aku baja tu, tak kena batang pokok tu. Hahahahha. So aku dah ada ganti dah
Pokok ni ler yang sakan berbunya tu.

Pastu aku ada beli pokok herba apa tah, rupa cam pokok krismas. Tapi bau a cross between daun limau purut dan serai wangi. Memang cam bau minyak urut. Best. Kalau cium kat pokok tau bau. Kena gosok-gosok kat tangan baru bau. Katanya elok untuk mengelakkan asthma dan santau. Fuhh terer betul pokok tuh. Aku beli gakler sebab bau best dan pokok nya pon cantik jek. Si Ed soh letak atas meja makan. Bior betul bro. Anyways, aku letak dulu, karang dah masuk tanah dalam nasik karang, aku alih ler. 
Anybody knows what this plant is called? Aku pon tataw..hahaha.

Macam pokok krismas mini kan?

Oh ya pakok basil aku jua mampos. Arghh ni lah satu talent yang aku takde tapi aku nak belajar. Maka dekat nursery tu hari tu lamalah aku tanya itu ini, teknik membaja, kalau pokok kena penyakit apa nak buat. So now aku eqquipped lah sikit with some knowledge. Tapi tatau ler whether reti dok nak applykan knowledge tu. Cooking, gardening and sewing, masa satu korang pilih?

Wednesday, July 6, 2011

Update

Aku lepas balik tioman ni jadik takde idea pulak nak update.  Life kembali macam biasa. Kerja bosan macam biasa lah kan. Mana ada kerja yang seronok sangat. Hahahha. Weekend dipenuhi dengan projek buat roti hahaha.Every week buat roti, ko. Anak-anak buah aku suka sangat. Memang la investment yang berbaloi. Perkara yang aku suka bila buat roti ialah :
  • Aku boleh lupa mender-mender lain, dan concentrate on buat roti
  • Bebudak excited habis masa buat roti
  • Get the kids to be involved from start to finish
  • Berjaya get the teenagers keluar dari memerap dalam bilik dan menolong buat roti
  • Buat dan makan roti ikut sedap tekak kitorang
Aku selalu bagi anak-anak buah aku satu roti free style each. So lepas diorang tolong-tolong buat pizza, roti cheese dan sebagainya, they get to do their own version. Ikut sedap tekak diorang dan ikut creativity masing-masingla nak creat the buns to. Ko nak letak pepperoni, hotdog, or cheese banyak mana pon letakla. Tu yang diorang semangat tu. 

Tu ler pasal, aku cakap the breadmaker has unleashed the chef in me. Muahahha. Dah lama tak buat kuih raya, tahun ni tetiba rasa nak buat kuih raya laks. Apa nak buat tahun nih  takde bonus dan increment, so takde budget untuk beli kuih raya. Tu yang kena buat sendiri tu.  Hahhaha. Siap dah carik dan salin resepi tu. Yang paling tak tahan, dah tanda dalam kalender bila nak buat. Hahahha.  

So aku nak pelan2 beli bahan buat kuih raya ni. Nanti boleh terus buat jek, yezza. Tak daya aku nak pegi kedai bakery masa bulan puasa tu. Gile ramai orang. Arghh. Sekarang pon kalau pergi sure berlaga bontot punya. Tapi takpe, aku akan cuba gak buat. Aku nak buat yang basic-basic jelah. Cam chocolate chip, biskut Mazola, biskut arab dan biskut cornflakes. Yezza. Berangan jelah nak buat. Entah buat entah tak. Tat nenas aku dah order dengan si Jojoe. Sedap ko tat nenas dia. Silalah order ye. Dia ada buat kuih lain gaks. Kejap aku nak check kat sms, London butter, American choc chip dan bangkit susu.  

Kat opis cam mandom jek sekarang ni. Kenapa entah. Hahahha. Aku pon terikut sama mandom. Aku kan, heheh over sikit dah siap baju raya? Korang dah buat? Hahhaha. Aku tu, kalau bukan sebab mak aku belikan kain dan dia nak pergi kat taylor, takde nyer dah siap baju. So sekarang ialah masanya untuk persuade Ed untuk beli baju melayu. Kena persuade sikit-sikit dari sekarang sampai dekat-dekat nak raya. Hehehhehe.
Oklah korang. Takde mender nak citer.  Mengarut-ngarut jek.