Wednesday, February 29, 2012

Azan bersahut-sahut dan solat.

Aku pernah cakap azan dekat Istanbul tu bersahut-sahut kan. (tak abis-abis pasal Istanbul). Tapi aku ada mention tak, from tingkat 13 belas rumah aku dekat Kajang/Bangi ni pon boleh dengar azan bersahut-sahut gitu. Setiap waktu boleh dengar. 

Yang sangat obvious is of course masa Maghrib dan Isyak kan. Sebab dah selalu sangat dengar, aku selalu macam take it for granted jek. Malam ni aku dok diam dan hayati sikit. TV tak bukak, lagilah jelas kan. Kadang-kadang tak perasan sebab TV bukak. Memang aku rasa ada la dalam 10 azan boleh didengar. 3-4 yang sangat jelas. Dan selebihnya macam dekat belah background. You know that it's azan, cuma tak jelaslah. 

Sebenarnya tak yah jauh-jauh nak ada perasaan macam tu. Banyak sangat contoh dan kejadian-kejadian harian yang depan mata kita menunjukkan kebesaran Allah. Up to kita jek, nak bukakakn hati atau tak jek. 

Sometimes aku wonder jugak, memang belah kiri area apartment aku ni Bangi, which is kawasan muslim ramai kan, dan masjid pon memang banyak. Belah kanan aku dah area Sg.Chua yang banyak non-muslim, dan tak banyak sangat lah nampak di mata aku surau-surau semua ni. Tapi tetap jelas dan nyata aku dengar azan bersahut-sahutan ni. Kalau malam tu dekat-dekat 15 minit baru habis semua azan. I love it. 

Tapi kan, suka sangat dengar azan macam tu, diikuti dengan tindakan ke tak Cekna? Lepas tu terus solat awal waktu ke? Bak kata Ed, azan dah memanggil bersahut-sahut, pergi solat jemaah kat masjid/suraunya tak. He is referring to both of us. Sebelum ni, Ed giat gila jugak ke surau kat ground floor apartment ni for Maghrib or Isyak. Semenjak balik lambat dari kerja ni, sangat kurang berkesempatan solat jemaah dekat Surau ni. Tapi kaaaannn, orang lelaki ni, kat surau kat opis pon diorang jemaah kan? Dekat shopping complex pon jemaah Ed kata. Kita ni yang sangat kurang berjemaah. Dah la tak gi solat Jumaat kan. Pastu dalam sebulan ada seminggu lak takleh solat kan. So memang sikit dah pahala solat kat situ kan.

Aku kalau bulan puasa rajen gak solat jemaah dengan Ed. Maghrib dan subuh dekat rumah. Isyak kat masjidlah terus sambung Terawikh kan. itupun alhamdulillah dapat husband yang rajen gak ke masjid. Agaknya kalau dia pon liat, aku lagilerrr liat. Alhamdulillah, Allah jodohkan aku dengan Ed. 

Aku masa baru kawen dulu, bila Ed tegur suruh solat awal or what, bukan main marah lagi aku. Suka sangat nak menjawab, taulaa, sekejapla, jap gi org semayanglaa, aku jawab. Keji gila. Takleh tegur langsung padahal, tegur ke arah kebaikan tu. Sensitip tak pepasal. Sekarang kalau dia kejut subuh, terus jek aku bangun. hahahha takut kena marah. Kalau tak dok mengeliang-geliut lagi atas katil tu, hmmm. Tak solat ialah perkara yg dia tidak tolerate, which is sebenarnya bagusss sangat untuk aku yang suka bertangguh-tangguh dan kadang-kadang termiss solat. Kalau siblings or anak buah tak solat pon dia tanya dan tegur gak, but lembut sikitla. Takdela cam dia tegur aku, hahaha. Tiang agama kan, rukun Islam tu. Memang perintah Allah. 

Aku ni bukanla baik sangat. Tapi aku aspire nak jadi lebih baik. Aku bersyukur juga pada Allah, sebab kawan-kawan di sekeliling aku pon  banyak yang jenis tak tinggal solat. Kawan sedepartment memang tak tinggal solat, dan rajen tanya, cekna dah solat? pegi solat dulu nak? Or jom kawan-kawan kita solat. Ya Allah bestnya kawan-kawan cam tu. Cara ajak pon lembut je. Tak terbukak hati nak solat gak tataulah. 

Aku tengok my sis in law, kakak Ed, gigih gila suruh anak solat. Kalau anak dah tertidur belum Isyak, dia akan kejutkan sampai bangun. Most of the time, diorang akan solat jemaah anak beranak. Anak-anak yang kecik semua dah tau masbuk semua, sebab kekadang bapak dia tak daya nak tunggu semua dah siap ambik wudhu' baru nak start solat. Same goes masa Subuh, nak bergegar rumah, dengar kakak ipar aku kejutkan anak dia solat. Sampai aku pon kelam-kabut bangun, takut, hahahha. Respectla aku tengok. Pastu anak-anak dia memang rajen ke masjid. Petang-petang diorang jemaah asar kat masjid on weekends, lepas tu main bola kat perkarangan masjid. The AJK masjid memang galakkan diorang main bola kat situ, dengan syarat datang solat jemaah kat masjid dulu, then baru main bola. Bagus kan. Sebelum tu, diorang take turns utk laungkan azan Asar. Senyum jek aku dengar masa azan tu suara budak-budak. Hebatnya,tak tahulah camana aku nak didik anak solat one day kan.  Hehehe optimis kan aku.

Korang yang anak-anak dah start sekolah, camner didik diorang solat? Start umur berapa?  And what are the challanges? Saja je nak tau. Aku suka dengar cerita-cerita muslim parenting ni. Mana tau kan, sampai nanti rezeki aku. Dah tau apa nak buat kan, Amin. Share eh kawan-kawan.

18 comments:

  1. Alhamdulillah aku berada dlm kelompok camni gak dan kesedaran psl didik anak solat ni makin kuat skrg.. dulu org tunggu masuk sekolah rendah. tapi skrg tgk kindy si dong pun buat dhuha! impress makcik..

    so aku pun baru sedar jugak la.. nape nak tunggu kan kalo mende ni wajib bila dia baligh nanti.. dah elok sgt biasakan melentur dari rebung. nanti dah tua liat. komfem.

    ada makcik aku hadiahkan telekung baby.. so skrg dia solat jugak la sebelah aku.. mmg main2 jela.. tapi dah tau baca fatihah kira ok la for 3 yo for me.. pastu dah tau sket2 pergerakan asas yg dibuat.

    ReplyDelete
  2. Kat kindy dah ajar solat Dhuha. Solat dhuha tu apa pon entah umur berapa baru aku tau.

    Betul, memang kena ajar dari kecik. kalau tak memang lagi liat. Susah sikit camtu.

    Ok sangatla tu sis kalau ish dah boleh baca fatihah dan follow movement kan. Go mamaJoe go.

    ReplyDelete
  3. Arena...kalau kat rumah akak ni .. ada 2 masjid yang berdekatan... yang jauh tu sayup2 je... yang dekat ni... siap kalau ada syarahan boleh dengar...

    ReplyDelete
  4. Untung ibu bapa yang ada anak -anak yang tak pernah tinggal solat nie .....


    Untung isteri yang dapat suami yang rajin berjemaah di surau atau di masjid ....

    ReplyDelete
  5. Aku hantar anak aku ke islamic montessori playskul. Kat sana memang background islamic la like solat dhuha selepas morning assembly, zuhur, asar, baca dan hafal doa2 & zikir harian (yg aku pun tak hafal), berpakaian sopan sesuai dengan imej muslimah (no skirts, sleeveless). Plus point dia 100% english medium. Alhamdulillah ada plak option macam ni kat area aku ni. Belajar mengenal Allah dan belajar juga nak converse in English. Cukup baguslah bagi aku. Dulu2 aku pun macam parents biasa jugak. Nak hantar anak ke sekolah yang 100% Enlish with british accent, nak kejar academic boleh membaca usia 4 tahun etc sampailah oneday aku berborak dengan officemate aku. Sangat sweet bila masa tu anak dia umur 5 tahun dah hafal ayat2 lazim, doa dan zikir harian, bacaan solat etc. Which aku rasa, kalau nak harap aku je yang ajar, memang tak complete. Aku tak ada didikan agama yang sempurna. Setakat basic tu bolehlah :) Kalau korang terer bab agama, boleh je buat sendiri. Aku juga suka tengok entry2 Wardina kat fanpage dia tentang macam mana dia didik anak dia tentang solat dan puasa. Aku rasa majoriti yang dia buat tu adalah sangat praktikal. Sama macam dia, aku nak anak aku jadi muslim yang berkualiti maknanya mengamalkan cara Islam dalam kehidupan tetapi juga terer merer dalam ilmu dunia. Insyaallah...suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  6. Dan satu lagi, aku rasa asas dalam didikan agama untuk anak2 adalah Tauhid. Once dia cintakan Allah, percaya kepada kewujudan Allah yang maha esa, semua perintah Allah Insyaallah dia tak berani bantah.

    ReplyDelete
  7. Sedih kawasan rumah aku belum ada surau. In progress sbb kawasan baru kan. Masa kat campus tpm dulu bff aku satu dept mmg selalu ajak solat sesama so mcm aku suka la sbb tak berlengah n aku tak suka solat kumpul tu sbb buat zohor di hujung waktu. Kat campus baru mcm layan hal memasing je :(

    ReplyDelete
  8. pertama,aku hantar anak2 aku kat taska islamic. ko kalau nak hantar lah kat yg dah glamer sket,sbb ada org cakap taska islamic cam akademik teruk kan. kalau anta tempat dong ok..mahal, anak2aku little caliph dah lama established.ok lah.
    kedua ayah mak kena solat.tunjuk je depan anak.pastu suh ikut skali.aku tak paksa pun anak yg baru 4 taun tu, yg 6 taun aku tak paksa pun solat penuh lg.
    nntt dah 7 taun baru start. 10 tahun aku ingat kalau rongak solat dia aku nak pukul je. tapi kalau ko tak stat awal tetiba sepuluh taun ko suh solat pastu ko pukul tak ke merempan anak tu.

    english aku dah belikan anak aku mcm laptop sorang satu rm600 lebih gak satu, ha korang dengar lah apa omputeh tu ajar korang sambil cikgu sekolah pun ada ajar. tawakkal je lah.

    arena- pasal azan sahutt menyahut tu, alhamdulillah kita duduk negara islam. mmg syahdu je bila azan sahut menyahut.katanya kalau tak menyahut yaajut naik sikit2.huhu. tu ada maksut tersirat tu. tapi mmg aku ada tgk dokumentari islam kat dunia ni azan mmg bersahut2an tak berhenti.Indahnya Islam. Insyaallah semoga kita sentiasa menjadi muslim yg cemerlang.Amin...wah..mcm motivator tak aku..

    ReplyDelete
  9. thanks igtkan aku jugak!!! mmuuuahh!!! aku penah tgk kat tv kot...yang mana azan ni akan sentiasa bersahutan dan bersambung di seluruh negara.... kire...setiap masa 24hrs akan ada azan....subhanallah.....

    ReplyDelete
  10. Salam Arena,

    terpanggil plak nak letak komen..hehe
    mmg mak bapak punya tgjwb 1st n foremost tuk didik
    anak yek ke arah solat dan seumpamanya...dpt plak hntar ke taska/tadika islamic lgi bgus sbb mak pak kenkadang bz duniawi lebih..hehe
    bglah lagik advise2 menarik..nak ikut ni..my lil hero 3y
    blh harap lah bc 3qul dlm pelat2 dia

    eyyza@hotmail

    ReplyDelete
  11. Kak Anie,

    Kalau syarahan boleh dengar tu best. Tutup semua Tv dengar syarahan. Silap2 boleh gelak sama bila Ustaz buat joke.

    Kak Pb,
    betul untung sangat. kalau untuk anak2 saya rasa kena pupuk darik kecik baru menjadik,

    ReplyDelete
  12. Dong,

    bagusla montessori gitu. Aku rasa belah bangi ni banyak jugak yg camtu. Betullah tu, kita nak ajae sendiri takat yang tahu jelah. Kadang tahu apa nak diajar, tapi teknik utk ajar budak2 kecik lak yang tak tahu. Tapi aku rasa parents kena buat jugak kat rumah. Ustaz yang ajar kami mengaji, dia ckp, nak suruh anak2 mengaji, mak bapak tak buat macamana?Tak kisahla hantar ke kelas mengaji ke apa ke, mak bapak kena buat jugak kat rumah

    ReplyDelete
  13. Dee,

    Betul, kalau lambat terapkan tetiba nak suruh2 solat, memang liat dah kot masa tu. Dari kecik nak kena ajar balance duniawi dan ukhrawi. Aku rasa sistem pendidikan masa kita kecik2 dulu tak banyak sangat bab ukhrawi ni. Entahla. Sekarang macam banyak choice. Suka. Gitulah indahnya Allah jadikan semua perkara, azan tu tak henti2 sepanjang masa. I like.

    Amy,
    Oh ye ker takde surau. Aku ni yang surau dekat nak mampos pon tak pegi Amy. Harap bulan puasa je gigih. Ada jugak sesekali terniat nak pegi Kualiah Subuh. Tak pernahhnya pegi. Takpe cuba lagi.

    ReplyDelete
  14. Fiechik,

    Tulah sharing is caring. Mana2 yang aku tatau, I bet ramai kawan2 lain dah amalkan dan kita boleh adopt and adapt kan. Subhanallah best kan azan gitu

    Eyyza,
    Tulah nak buat ukhrawi sepenuhnya tak mampu pulak nak zuhud cam tu. So kenala balance dunia dan akhirat. Buat dunia, supaya boleh buat lebih yg akhirat gitulah. Sure kiut tu baca 3 qul pelat2 heheh

    ReplyDelete
  15. Arena..syukur sgt dpt laki yg pentingkan solat cam ed tu..suami impian aku tu..sigh...Allah tu maha adil kan..diberi pasangan utk saling melengkapi..nanti nak buat entry psl solat nilah jugak George bila la Tue?

    Dong...rasa inspired plak psl Bbim ni...aritu aku gi caw ttdijaya ni dia x habaq pun solat seme Tue..nak tanya korang...antara lil caliph dgn bbim tu mana lebih bagus ...pls share ur experience yer

    ReplyDelete
  16. aku mula ajar anak solat dan puasa dr umur 6 tahun..kira training la
    umur 7 dah mula je keras sikit kalau x naj buat (so far diorang x berani melawan..aku kan garang.hehe).
    setakat ni kakak (11tahun) tau tanggungjawabnya.hero 7 tahun masih dalam pemantauan ;)

    ReplyDelete
  17. Hahah mawar,

    Okey read that entry over at ur blog. Yup kita ni saling melengkapi, sebab tu la kita kawen. kalau dpt pasangan yg kureng sikit kena anggap Allah nak bg peluang utk kita dpt pahala free, day in day out, kalau kita sabarrrr..Mencabar gak tu kan.

    Irfa,
    Tu la kena train dari kecik2 kan. Bagus2..

    ReplyDelete
  18. Untung isteri yang dapat suami yang rajin berjemaah di surau atau di masjid .... <- untung kau ada husben macam ed kan na..

    ReplyDelete