Saturday, February 25, 2012

Mana ada diet, hahaha.

Hahaha. Okla..okla aku tak cerita la pasal diet. Bosan lak nanti kan. Semua orang tengah diet sekarang ni. Kalau aku pon cerita diet nanti korang takde gambar-gambar food nanti lepas ni. Hahaha. Dietla sangat. Aku mana boleh diet. Takat kontrol portion and reduce sweet bolehla. Diet tu cam kelakar sikit sebab aku suka masak. Lagi-lagi aku tengah cuti ni. Langsung aku tak makan kat luar, dari breakfast sampai ke dinner masak. Ed pon sekarang balik jek. Com lapar. Muahahaha. 

Okeh aku pergi kedai one morning, pastu aku nampak ada roti gardenia baru ni dekat kedai tu. 


Yang Passion Italiano tu macam savoury sikit pastu ada hirisan tomato in it. Yang Sommerset Cottage tu ada banyak grains but still taste nice. Aku makan for breakfast. Konon-konon healthy la, minum dengan green tea. 
 Petang tu, tadaaaaa..

Sudah jadik bruscheta
Sedap wooo. Hahaha. There goes eating healthily. Ko tengok cheese tu jek dah fail kan, muahahhaa. On my defense that is wholegrain bread and low fat cheese, hahahha. Iyolah keep telling yourself that Cekna. So, malam tadi si Ed sebok lapar, aku pon buatler untuk dia. Dia dok main game aper entah dekat iPad tu, sekali bila dah siap dan dah buat green tea, aku jenguk kat bilik, dah tido. Grrrrr. Aku kejut sikit, tapi I knew kalau aku berjaya kejut dia pon, dia akan makan dengan bad mood jek. So aku bior je dia tido. Dia makanler buat breakfast esok. Besok, aku tak nak masak... Kiutla konon, merajuk dah tua-tua gini. Hahaha.

Another thing that aku nak share ialah kalau malas nak menguli untuk buat pizza, tapi tekak terasa nak makan pizza. Or utk orang yang baru beli oven  masa sarat-sarat mengandung bebaru ni, boleh guna cheat style ni.  Korang boleh buat pizza guna tortilla bread, or whatever flat bread available in supermarket. Lepas tu korang letak whatever toppings yang korang nak. Jangan lupa letak tomato sauce, cam preggo ker, jangan letak tomato sos dalam botol tu manis sangat pulak karang, and letak jek whatever u like. Doesn't have to be fancy. Aku punya ni simple jek, mushroom, and tomato je kot. Oh and of course, mozzarella cheese.

I soo need to get nice plates. Buruk nau pinggan mangkuk aku

Kabur sikit sebab pakai BB camera jek. Malas nak amek the digicam

Owh kalau takut nipis sangat, leh buat 2 lapis ala-ala Dominos punya Cheese Burst. Letak one tortilla layer letak cheese and letak another tortilla layer (tapi kan Dominos punya cheese burst tu does not taste cheesy. Instead it taste creamy. Macam guna cream instead of cheese. Paham tak apa aku maksudkan, never mind..) So utk my brothers dekat UK nun, boleh try senang jek. Pastu kat sana mushroom and cheese murah kan. tapi yelah mana leh lawan pizza yang makan kat Milan tu..(eksen tau pernah makan pizza kat Milan..Mencik! hahahha)

Lepas tu tengok kat TV punya pasal, pasal banana nutella crepe orang makan dekat Paris. Dek kerana aku takde nutella, so aku buatle Chocolate Banana Crepe. 

Banana Chocolate Crepe
Emm too sweet for my liking. So untuk Ed punya aku buat without the chocolate. And aku tambah cinnamon sikit. Yummm

Lempeng pisang je pon. I sooo need to buy set pinggan yang comel sikit
Pastu bila Ed makan dia cakap, Eh manis. Ingatkan ada inti cam karipap. Leeerrr. I got the hint la. Dia nak yang savory. Terus aku gi buat yang inti sardin cam kat bawah ni. The crepe batter tu ada lagi, dan aku ada sardine with oregano leftovers. So aku buatler 4 ketul crepe ni. 2 minit jek habis aku rasa, I kid you not. Muahahha.

Savory crepe with sardines. 
Oh ni resepi entah bila. Masa ni kononya, nak buat meatless and carboless meatloaf. Guna tofu and mushroom, carrots and apa entah lagi. Saje jek try. Atas tu as always ada cheese la. Mampuih. Hahahha

Meatless and vegetarian meatloaf

Kecik jek tray ni, besar tapak tangan jek.
So korang janganla percaya bahawa aku akan berdiet. Hahaha. Wokeys, see ya.

15 comments:

  1. mende ade captcha plok nok tulih ni.. adeh fail ler hehe.. eh crepes je mok??bwat la gandum blauk bru stail.. ni piza adek bli yg instant je kt cni bru sepaun hahaha maleh nok buat sndri.. eh mok camne nok buat makaloni??

    p.s- pizza kt Milan sedap woooo hahahaha

    ReplyDelete
  2. arena..ni bukan rajin masak.. ni namanya kegilaan kepada masakan.aku masak nasik lauk biasa2 pun cam dah kagummm sgt la encik suami.kalau aku masak mcm ni, mau intan permata dia hadiahkan pada aku..(menunjukkan yg aku masak simple je)

    ReplyDelete
  3. aku pun masih struggle dgn nafsu memasak. kata diet... tetiba balik buat ikan bakar, saute mix vege tembam-tembam... esoknya masak nasik ayam pulak....... diet bole makan ayam banyak2 ke??..dont think so. tapi aku bedal jer hehehe... dgn harapan esok lari lebih sket, makan less sikit. tapi hari ni tatau tetiba aku nak masak apelak karang.

    tula masalahnya kalo kita beli something..cam roti tu.. or bahan2 yg cepat expire.. takat makan 2 org.. memang asik kena masaaak je sampai bahan tu habis. camne x gemuk.

    ReplyDelete
  4. Baiknyer Cekna bila husband tak suka, sanggup je buat lain yang dia suka pulak. I MUST learn from you. Ini tidak, asal kena komplen je jawabnya esok kita makan kedai. Hihi...owh so bad me. Kenalah berubah ye dak?

    ReplyDelete
  5. Dek,

    Tulah aku meluat dengan captcha tu..aku sendiri kena masukkan tau. budus, dahler mata tak nampak sangat. Tak reti hilangkan.

    Gandum berlauk ek. Nanti aku letak awok terliur kang. Pemaleh tulah beli yang instant jek kerjenya. Eksen giler makan pizza kat Milan, nanti aku letak gambo asam pedas tempoyok ikan patin degn gulai udang with telor baru tau. abru meleleh air liur. ahhahaha..

    ReplyDelete
  6. Hahah,

    Dee, selalunya masak simple2 jek. Yang tayang tu yang tak simple laa. Kalau buat ayam masak kicap, sup sayur dan ikan goreng tak letak la kot. Masak sendiri tu dah cukup baik sis. Simple pon ok sangat dah tu as compared to beli kat luar kan.

    Joe,
    tulah aku diet karang aku gi beli salmon buat salmon grill dengan sayur sedap2 sudahnya makan banyak gak. Hampes. Ayam makan banyak ok, tapi kena makan less dipping sauce and marinate la. Kalau ko marinate dry rub yang takde sos2 tu, ok jek makan banyak pon. Hmm aku pon kena kurangkan beli mender2 yang cepat expired ni, jenuh nak habiskan which resulted in makan banyak. Demm.

    ReplyDelete
  7. Dong,

    Not all the time aku camtu. Pertama, sebab barang nak substitute tu ada so aku buatla, keduanya, yang ,manis tu aku buat 1 jek, so takde yang bazir. Kalau dia komen sikit2 which is jarangla, aku layankan jek. Malas nak take it personally. BUkan dia komen aku kan, dia komen masakan jek kan. So cuba la tak kecik ati sangat.

    ReplyDelete
  8. Mmg Che Na ni gila sabar..aku semalam pun dah merajuk sbb aku lapar gila, dah masak nasi memalam ni 11pm I kid u not sbb aku terasa nak makan ala2 nasi goreng pedas2. Tetiba Zul call dia baru abis class tanya aku nak makan apa,..terus ler aku ckp nasi dah masak, belikan ayam goreng kunyit dgn sambal belacan. Teringin benda pedas..sekali dia bawak balik ayam goreng kunyit style apa tah mamak tu buat siap ada kuah cam kari dgn daun limau..menyirappp gila.. lepas makan masuk bilik tutup lampu aku tido terus haha. Sakit ati kan aku mintak yg simple pun tak bleh bawa balik. Dia kata mamak tu kata tu style masak dia. Teruk aku ni..sket2 majukk

    ReplyDelete
  9. Cekna oiiii, meleleh air lior tgk gambo, nasib baik dah tak pregnant, if not mau minta cekna courier kan hehehe

    ReplyDelete
  10. ala kalo gndum blauk awok xtliur sgt la hehe lgpn bley bwat kt cni cume kene bli makarel laen kali n not seabass hahaha.. ambuih maen kasor nmpk.. jgn dletak gmbor2 mama masok.. tidaaaaakkkk!!! eh mok makaloni camne??

    p.s- i miz the all time best gndum blauk.. al- Fatihah...

    ReplyDelete
  11. Amy,

    Emm diorang ni memang susah sikit kalau nak makan mender2 specific ni babe. So baik masak or beli sendiri jek. Kang frust jek. Aku errr sangat kurang merajuk sekarang, hahaha. Ckp jek nak merajuk aku penat masak, sekali dia tidur kan. Tak merajuk pon, lepas aku makan, aku buat blog update aku tido. Dia esok bangun dan makan as breakfast. So makin kurang ler gaduh over small2 things tu.

    Zue,
    Uishh takde yg pregnant kan korang. so takdelah yang terliur kan..hehehhe

    ReplyDelete
  12. Dek,

    Mama memang dah lama tak masok except for singgang masa dekat hospital hari tu. ya Allah sedapnya mama masak. Sampai berkali-kali aku ulang masak, hahahha. Nanti next 2 weeks dia balik Puchng, so bolehla aku tayang gambor mama masak. Asam pedas tempoyok ikan patin, kari kepala ikan, gulai udang telor, ayam masak merah, perghhhhh..

    Makaroni? Okeh kakok letok the recepi jap gi. Dah banyak kali letak kot. Takpelah I ll put it again, cheat one la kot.

    p.s- i miss his gandum berlauk too. Sedap tak terhingga..Al-Fatihah. Nobody boleh buat sama cam tu. Mama punya pon tak sama kan, even though sedap dah tu.

    ReplyDelete
  13. yup mama pnye pn xsame.. sedap gle doh but not the same

    ReplyDelete
  14. aduhaiiii...aku kalau masak ni semua maka cuma aku yang akan makan sebab tekak laki aku adalah tekak melayu.. di ulangi tekak melayu..

    pizza tu aku bisa buat pakai roti arab.

    ReplyDelete
  15. Adek,

    Kan. Tulah. Kakok buat lagiiilah tak sama kakakka.

    Angah,
    Alhamdulillah, tekak ed ni semua boleh kecuali bubur nasik dan milo hahahha. Yang lelain dia bedal, so aku bolehla berexperiment.

    ReplyDelete